Anda di halaman 1dari 26

D

Kajian Kes Pembangunan Sahsiah: Sejauh Manakah


Keprihatinan Pelajar UPSI (KUO) dalam Isu Kekejaman Zionis di
Palestin

Nama No. Matrik Program


Nor Anis binti Saleh D 20081032365 AT16
Nor Farah Aina bt Ahmad Nazri D 20081032330 AT16
Siti Aishah binti Abdul Latiff D 20081032348 AT16
Nor Rafiah bt Hussin D 20081032374 AT16
Norlela binti Mohammad D 20081032375 AT16
Ummi Mutti’ah binti Samiran D 20081032513 AT23

Kursus: Pembangunan Sahsiah


Kod Kursus: ULP 1013
Nama Pensyarah: Tn. Hj. Nazri bin Johari
Tarikh Serahan: 4 Mac 2009

ISI KANDUNGAN

1
Halaman

1) PENDAHULUAN 1

2) FAKTA LITERATURE 2

3) FAKTA INTERVIEW 3

4) FAKTOR-FAKTOR KEPRIHATINAN MAHASISWA 4-7

5) CIRI-CIRI MAHASISWA YANG PRIHATIN 8-11

6) KESAN-KESAN KEPRIHATINAN 12

6.1 Kesan kepada individu 12-13


6.2 Kesan kepada masyarakat
13-14
6.3 Kesan kepada negara 14-15
7) ANALISA ATAU PERSONALITI
15-17
8) MODUL KEPRIHATINAN WARGA KOLEJ UNGKU OMAR
TERHADAP KEKEJAMAN ZIONIS DI PALESTIN. 18-21

9) KESAN MODL TERHADAP PEMBINAAN SEMULA


PERSONALITI 21-22

10) SOKONGAN UNTUK MENJAYAKAN MODUL 22-23

11) RUMUSAN DAN KESIMPULAN 24

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

2
1. Pengenalan

Kekejaman Israel sebenarnya telah berlaku sejak berkurun lamanya, namun barulah
sekarang ramai pihak yang baru ingin membuka mata terhadap perkara ini. Di mana
keprihatinan anda sebelum ini? Apakah kita mempunyai perasaan ketika melihat anak-
anak kecil yang tidak bersalah dibunuh begitu sahaja? Di mana keprihatinan kita jika kita
sebenarnya yang menyumbangkan bekalan peluru kepada askar Israel? Inilah yang ingin
kami kaji terhadap mahasiswa-mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Mahasiswa UPSI akan menjadi bakal guru pada masa hadapan. Jika tiada sifat
keprihatinan dalam diri mereka, mampukah mereka bergelar seorang pendidik yang
bitara?

Sedar atau tidak isu ini kelihatan seperti benda kecil. Namun, jika dilihat secara
keseluruhan, keprihatinan merupakan perkara yang perlu dipandang serius oleh setiap
mahasiswa. Mahasiswa merupakan penggerak generasi masa hadapan lebih-lebih lagi
bakal guru yang akan mendidik anak-anak yang akan menerajui negara sedikit masa
nanti. Oleh itu, jika mahasiswa tiada ataupun kurang sifat keprihatinan maka akan
hancurlah negara kita nanti. Oleh itu, untuk kajian tentang keprihatinan mahasiswa ini,
kami memilih tentang kekejaman di Israel kerana perkara ini perlu diberi perhatian. Jika
mahasiswa tidak prihatin akan isu ini, masakan mereka akan prihatin tentang isu yang
lain pula. Oleh itu, akan kita lihat sebentar lagi keperincian kajian kami terhadap isu ini.

3
2. Fakta Literature

Fakta Literature bermaksud fakta yang melibatkan kesusasteraan, kepustakaan ataupun


maklumat. Dalam kajian kes kami, fakta literature yang boleh diguna pakai ialah:

Bertolt Brecht, mengatakan dalam bukunya “When Evil-Doing Comes Like Falling Rain”

When evil-doing comes like falling rain, nobody calls out ‘stop!’
When crimes begin to pile up they become invisible. When sufferings become
unendurable the cries are no longer heard. The cries, too, fall like rain in the
summer.

Apa yang boleh kita lihat di sini ialah Bertolt Brecht mengatakan bahawa apabila
terlalu banyak kekejaman berlaku, maka tiada siapa akan mengatakan hentikan semua ini.
Realitinya, inilah yang berlaku apabila kekejaman di Israel sudah berkurun lama berlaku,
namun sejak dulu lagi sehingga sekarang masih sukar untuk kita mengatakan agar semua
ini dihentikan kerana sedar atau tidak, kitalah yang mencetuskan kekejaman tersebut.

Dalam penyataannya lagi, dapat kita lihat beliau berkata bahawa apabila terlalu
banyak kekejaman berlaku, kita akan lihatnya sebagai sesuatu yang tidak perlu
diherankan lagi, seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku. Dan apabila penderitaan
sudah dapat diterima, tiada lagi tangisan yang akan kita dengari dan tangisan itu seolah-
olah dihujani pada musim panas.

Apa yang dapat kita katakan secara keseluruhan, apabila kita sudah tidak ambil
peduli tentang semua ini, maka kekejaman dilihat sebagai sesuatu yang normal. Hal ini
menunjukkan bahawa masyarakat di dunia ini kurang prihatin terhadap isu kekejaman
sehinggakan kita boleh pandang sebelah mata sahaja akan perkara ini. Hal ini tidak
sepatutnya berlaku kerana sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan, kita
sepatutnya mempunyai sikap prihatin terhadap perkara ini. Oleh sebab itu, kami memilih

4
tajuk ini untuk dijadikan kajian kes kami. Kami ingin lihat sejauh mana keprihatinan
mahasiswa terhadap isu kekejaman di yang berlaku di Israel.
3. Fakta Interview

Didapati bahawa penghuni mahasiswa di Kolej Ungku Omar menunjukan


keperihatinan mereka dengan memperjuangkan isu Palestin yang menjadi fokus penting
kepada seluruh mahasiswa. Semenjak hari pertama serangan Yahudi sudah ribuan umat
Islam yang tidak berdosa bermandi darah terkorban dan tercedera akibat bedilan peluru-
peluru oleh Yahudi. Didapati, sewaktu peperangan berlangsung antara Hamas dan Israel
ramai mahasiswa seluruh dunia termasuk mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris
bangkit memperjuangkan isu ini dan mengancam Yahudi.

Terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh penghuni di Kolej Ungku
Omar bagi menunjukan keperihatinan mereka iaitu dengan mewarnai munajat kepada
Palestin yang mana bukan hanya doa-doa sahaja yang dibaca tetapi kehidupan tokoh-
tokoh pejuang Palestin, menganjurkan diskusi-diskusi ilmiah berkenaan Palestin
dimeriahkan dengan kedatangan mahasiswa agar mahasiswa mengetahui semua isu baru
di Palestin. Selain itu, forum-forum, ceramah, pameran, deklamasi puisi, memboikot
barangan Yahudi dan Amerika dan sebagainya menjadi usaha para mahasiswa di Kolej
Ungku Omar. Bukan terhenti sekadar itu sahaja, sumbangan dana kewangan untuk
membangunkan Palestin yang berdarah dilakukan secara besar-besaran. Perkara asa yang
paling penting ialah doa untuk kesejahteraan umat Islam di Palestin agar mereka tidak
dibelenggu dengan masalah.

5
4. Faktor-faktor Keprihatinan Mahasiswa.

Perjuangan isu Palestin kini menjadi suatu fokus penting kepada seluruh
mahasiswa sama ada di Malaysia mahupun di negara-negara lain. Fenomena hari ini jelas
menggambarkan bahawa mahasiswa kini semakin berani untuk bersuara dan sentiasa
mengikuti isu semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara. Hal ini adalah penting
dan perlu diambil peduli oleh setiap mahasiswa tanpa mengira kaum dan agama kerana
isu yang berlaku di Palestin tersebut adalah bersifat sejagat. Sejak hari pertama serangan
Yahudi hingga ke saat ini, sudah ribuan umat Islam yang tidak berdosa bermandi darah
terkorban dan tercedera akibat bedilan peluru-peluru oleh Yahudi yang tidak berhati
perut. Rumah-rumah, bangunan, sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya
musnah dan ranap dalam sekelip mata. Keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis sejak
bertahun lama ini semakin melampau dan tidak berhati perut. Kanak-kanak dan kaum
wanita yang tidak berdaya semakin ramai menjadi mangsa kekejaman mereka. Oleh itu,
sebagai penggerak masa depan dunia, mahasiswa seharusnya sentiasa responsif terhadap
isu kemanusiaan ini agar tiada lagi pertumpahan darah yang bakal berlaku. Keprihatinan
mahasiswa adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor yang meliputi faktor dalaman serta
faktor luaran.

Antara faktor yang boleh membantu menerapkan sifat keprihatinan dalam diri
mahasiswa ialah faktor media massa yang dianggap sebagai faktor terpenting hari ini. Hal
ini demikian kerana media massa merupakan medium utama yang perlu bagi memperoleh
serta menyebarkan ilmu. Contohnya, televisyen, radio, surat khabar, majalah dan internet
adalah sangat berpengaruh terhadap masyarakat kerana tugas utamanya adalah untuk
menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Umumnya, media massa sentiasa
menyiarkan berita-berita terbaru mengenai apa yang berlaku di dalam dan di luar negara
secara cepat dan tepat. Secara tidak langsung, hal ini dapat membantu masyarakat
terutamanya mahasiswa supaya sentiasa ’up to date’ tentang isu semasa. Malahan,
mereka juga mampu memperoleh maklumat tanpa sempadan dengan melayari internet.

6
Selain itu, media massa seharusnya turut sama menyokong usaha memboikot barangan-
barangan Israel dengan tidak menyiarkan iklan-iklan yang berkaitan Israel seperti iklan
makanan, pakaian dan sebagainya. Sekiranya media massa tetap tidak memboikot
barangan Israel secara konsisten, secara tidak langsung ia juga mampu mengubah
pendirian seseorang melalui iklan-iklan yang disiarkan sama ada di televisyen atau surat
khabar. Oleh itu, peranan media massa dalam hal ini adalah besar terutamanya dalam
usaha untuk memboikot serta menyekat perkembangan ekonomi Israel supaya mereka
sedar bahawa dunia tidak bersetuju atas kezaliman mereka terhadap rakyat Palestin.

Selain itu, keluarga terutamanya ibu bapa turut memainkan peranan penting
dalam usaha menyemai rasa prihatin dalam diri seseorang individu. Apabila ibu bapa
sentiasa mengambil tahu akan isu semasa yang sering berlaku, secara tidak langsung
anak-anak juga akan terangsang untuk mengambil tahu perkara tersebut. Ibu bapa yang
sering berbincang tentang isu semasa apabila berada di rumah, secara tidak langsung
akan turut memberi kesan terhadap personaliti seseorang anak apabila berada di luar. Ibu
bapa seharusnya memberikan pendedahan awal kepada anak-anaknya tentang kekejaman
yang dilakukan Israel dan menerapkan dalam diri mereka rasa benci dan tidak suka
kepada keganasan. Pada asasnya, pendidikan anak-anak adalah bermula dari rumah, iaitu
secara pendidikan tidak formal sama ada melalui pembacaan mereka mahupun melalui
pengajaran ibu bapa. Oleh itu, dalam hal ini, peranan ibu bapa adalah sangat penting dan
perlu supaya anak mereka sentiasa prihatin akan isu semasa sekaligus mengambil berat
akan apa yang berlaku kepada dunia hari ini terutamanya mengenai apa yang berlaku di
Palestin.

Di samping itu, faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam usaha untuk
menerapkan sifat prihatin dalam diri seseorang individu. Sebagai contoh, pihak kerajaan
atau universiti seharusnya mengambil peluang untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang
berkaitan dengan apa yang sedang berlaku di Palestin seperti menganjurkan ceramah,
mengadakan solat hajat, mengadakan demonstrasi aman dan larian amal untuk
menunjukkan sokongan masyarakat terutamanya mahasiswa kepada Palestin. Secara
tidak langsung, hal ini dapat menunjukkan protes akan tindakan kejam Zionis terhadap

7
kanak-kanak dan wanita di Palestin. Malahan, penganjuran aktiviti-aktiviti yang
dijalankan oleh komuniti kampus ini mampu menimbulkan kesedaran kepada warganya
bahawa betapa besarnya isu tersebut pada hari ini. Selain itu, kerajaan juga boleh
melancarkan kutipan derma bagi mendapatkan sumbangan ikhlas daripada rakyat
Malaysia yang prihatin supaya dapat disampaikan kepada saudara-saudara mereka yang
menderita di Palestin. Walau bagaimanapun, dalam hal ini, menurut Muhammad Nizal,
anggota Biro Politik HAMAS, krisis Gaza hari ini bukan pada dana, sebaliknya adalah
kepungan dan sekatan dana pembangunan Palestin yang telah dipolitikkan. Justeru, selain
menghulurkan derma, masyarakat juga seharusnya sama-sama berdoa supaya keamanan
dapat dicapai oleh rakyat Palestin suatu hari nanti.

Selain itu, faktor rakan juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penerapan
rasa ambil tahu dalam diri seseorang mahasiswa. Melalui rakan, mereka dapat berkongsi
pendapat serta pengetahuan yang dimiliki sesama mereka melalui perbincangan dan
sebagainya. Dalam konteks mahasiswa, mereka seharusnya sama-sama mengembeling
tenaga dan minda untuk terus menjuarai isu-isu Palestin. Antara perkara yang perlu
dilakukan oleh mahasiswa walaupun genjatan senjata sudah diadakan adalah untuk
memahami konsep surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud: “Orang-orang Yahudi
dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. dan
Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang
kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” melalui ayat
ini, telah jelas diterangkan dalam Al-Quran bahawa Israel sama sekali tidak akan
membiarkan umat Islam menang bahkan mereka akan mencari jalan memperhambakan
umat Islam dengan telunjuk mereka. Protokol Yahudi dan Talmud yang menjadi
pegangan mereka jelas menyuruh umat Yahudi membunuh, merogol, mencuri dan
memperlakukan apa sahaja asalkan kehendak mereka dipenuhi seperti ayat di atas.

Selain itu, melalui rakan juga mereka dapat mengajak rakan lain supaya bersama-
sama melakukan perkara yang dapat membantu rakyat Palestin seperti memboikot
barangan Israel, mengikuti ceramah dan demonstrasi aman atau menghulurkan derma.

8
Walaupun usaha yang dilakukan ini kelihatan kecil pada pandangan kita, tetapi apabila ia
dilakukan secara istiqamah atau berterusan, secara tidak langsung perkara ini mampu
memberikan kesan terhadap Israel pada masa akan datang. Diskusi-diskusi ilmiah
berkenaan Palestin haruslah dimeriahkan dengan kedatangan mahasiswa agar mahasiswa
mengetahui semua isu baru di Palestin untuk menjadikan mahasiswa benar-benar berjiwa
global dan glokal. Forum-forum, ceramah, pameran, deklamasi puisi, sudut poster isu
Palestin dan sebagainya haruslah dijadikan gaya hidup mahasiswa yang sihat. Bukan
terhenti sekadar itu sahaja, sumbangan dana kewangan untuk membangunkan Palestin
yang berdarah dilakukan secara besar-besaran. Perkara asas yang terpenting ialah doa
untuk kesejahteraan umat Islam di Palestin agar mereka tidak lagi dibelenggu dengan
masalah. Justeru itu, mahasiswa seharusnya sedar dan sentiasa prihatin dengan masalah
sejagat supaya sumbangan yang dilakukan walaupun sedikit, tetap membantu keamanan
Palestin pada masa akan datang.

Mahasiswa seharusnya diberikan peluang untuk melontarkan pendapat serta


kritikan dengan sekatan-sekatan yang sepatutnya supaya mereka sentiasa menjadi
penggerak keamanan pada masa depan. Sekiranya mahasiswa tidak bertindak dan hanya
menunggu perubahan akan berlaku, mereka sebenarnya masih bermimpi dan tidak
berpijak di bumi nyata. Menurut Barrack Obama, Presiden Amerika pada hari ini,

“Change will not come if we wait for some other person or some other time. We
are the ones we've been waiting for. We are the change that we seek.”

Dalam hal ini, mahasiswa seharusnya sedar akan tanggungjawab mereka untuk
membawa perubahan kepada dunia pada masa akan datang mahasiswa mampu membawa
perubahan kepada dunia sama ada melalui penulisan mahupun tindakan mereka dalam
memperjuangkan keamanan sejagat supaya kuasa besar tidak sentiasa memonopoli orang
lain pada masa akan datang. Oleh itu, adalah sangat jelas di sini bahawa mahasiswa
memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membawakan perubahan positif
kepada dunia pada masa akan datang.

9
5. Ciri–ciri Mahasiswa Yang Prihatin

Dunia zaman kini telah mengalami suasana pertumpahan darah antara negara Islam iaitu
Palestin dengan anggota tentera zionis. Negara Palestin yang didiami oleh penduduk yang
menganut agama islam telah ramai yang terkorban dan tercedera ekoran daripada
kekejaman tentera zionis. Pertumpahan darah ini telah melibatkan ramai rakyat yang
beragama Islam yang tidak bersalah meninggal dunia. Di samping itu kekejaman yang
dilakukan oleh tentera Zionis terhadap golongan umat Islam juga bertindak tanpa
memikirkan perasaan belas kasihan antara manusia. Oleh yang sedemikian, sebagai umat
Islam yang bersikap prihatin semestinya mempunyai perasaan bersyukur kerana berada di
bumi yang aman tanpa peperangan.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, prihatin bermaksud mengambil berat,


perhatian terhadap sesuatu perkara: sbg jiran, berdukacita atau kecewa yg amat sangat
(kerana gagal usaha, menghadapi kesusahan, dll), rasa sedih yg amat sangat; ataupun
berusaha (berikhtiar) dgn bersungguh-sungguh utk mendapat yang dicita-citakan selain
menimbulkan rasa mengambil berat, memberi perhatian dan menimbulkan rasa sedih
(kpd), menyedihkan: soal akhlak.

Ciri-ciri orang yang prihatin boleh dikategorikan sebagai sikap mahmudah. Sikap
ini telah dikategorikan sebagai sikap baik yang telah dituntut oleh setiap umat islam. Ciri-
ciri prihatin yang perlu ada pada setiap umat islam ialah pengorbanan. Pengorbanan dapat
dikelaskan kepada banyak kategori, misalnya suasana negara Palestin yang sedang
bergolak dengan peperangan, ramai umat islam yang terkorban dan kita sebagai umat
islam perlu memberikan ruang pengorbanan dengan menghulurkan bantuan untuk
meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka. Setiap umat Islam perlu berkorban
tidak kira apa jua, lebih-lebih lagi dalam menegakkan agama Islam. Sebagai seorang
yang prihatin, individu tersebut harus berani berkorban kerana apabila dia sanggup
berkorban dari segi harta benda mahupun nyawa, itu sudah menunjukkan bahawa

10
individu tersebut mengambil berat ataupun prihatin terhadap persekitarannya serta
masyarakat di luar sana.

Salah satu ciri prihatin juga ialah sensitif dan peka dengan fenomena-fenomena
yang berlaku di sekeliling kita. Hal ini dapat dibuktikan melalui masalah dunia Palestin
yang sedang alami peperangan. Oleh yang sedemikian, kita harus bertanya kepada diri
sendiri apakah kita peka dengan fenomena ini? Jika benar kita peka, kita akan
mendapatkan maklumat mahupun sumber yang boleh kita perolehi maklumat lanjut
seperti melalaui internet, surat khabar, televisyen, radio dan sumber-sumber media lain
sama ada media massa atau cetak yang berkaitan dengan dunia peperangan dan
pergolakan hidup ini. Sensitif juga dapat diungkapkan apabila sikap diri yang selalu
mengikuti setiap perkembangan dan mengambil tahu apa yang sedang berlaku di Palestin
setiap masa.

Ciri-ciri orang yang prihatin juga termasuk sikap simpati dan belas kasihan.
Tambahan pula apabila kita sebagai seorang penuntut pengajian tinggi perlu memainkan
peranan supaya dapat menunjukkan sikap simpati tersebut. Sikap simpati atau belas
kasihan ini dapat ditonjolkan apabila kita memainkan peranan sebagai umat islam.
Misalnya dengan iringan doa yang ikhlas dapat menunjukkan keprihatinan kita terhadap
mangsa pergolakan dan peperangan di negara Palestin. Sikap simpati atau belas kasihan
dapat dilihat apabila kita melihat kesan dari kekejaman pihak askar Zionis. Gambaran
yang diperoleh oleh setiap media massa atau cetak amat banyak. Sikap belas kasihan
amat menyerlah apabila terdapat pembunuhan kejam terhadap golongan bayi yang tidak
berdosa, kanak-kanak, remaja dan lain-lain. Golongan ini tidak mampu melawan atau
menentang askar-askar Zionis yang bersenjatakan pelbagai senjata canggih. Terdapat
linangan air mata antara setiap keluarga yang dipisahkan oleh oleh tentera Zionis. Di situ
kita akan terbelenggu dengan suasana yang dialami oleh mereka dengan sikap simpati
dan belas kasihan. Apabila kedengaran ledakan bom, rakyat bumi Palestin semestinya
berada dalam keadaan ketakutan dan kebimbangan. Hidup mereka diibaratkan “hidup di
hujung tanduk “. Apabila menyelami kehidupan mereka, ibu bapa memainkan peranan

11
penting kerana tentera Zionis yang mementingkan diri sendiri sanggup memisahkan
sebuah keluarga dan membunuh ahli keluarga secara satu persatu.

Ciri-ciri orang prihatin yang seterusnya ialah sikap kerjasama dan muafakat antara
satu sama lain. Setelah mempunyai sikap kerjasama sesama umat islam, kita dapat
membantu rakyat Palestin melalui pelbagai cara antaranya mengadakan larian amal,
ceramah, demonstrasi amal, memboikot barangan Israel, dan sebagainya. Pemupukan
sikap kerjasama ini dapat dibentuk mengikut kesesuaian kita sebagai umat islam untuk
membantu rakyat Palestin yang berada dalam pergolakan dan peperangan yang dilanda
oleh tentera Zionis. Sekurang-kurangnya, melalui kerjasama itu kita dapat membantu
mereka untuk meringankan bebanan, misalnya dari segi keperluan asas seperti makanan
dan tempat tinggal. Pernahkah anda terdetik di hati untuk berjihad bersama-sama rakyat
Palestin untuk menentang askar Zionis?

Bertimbang rasa dan berfikiran rasional juga merupakan salah satu ciri-ciri orang
yang prihatin. Aspek bertimbang rasa merangkumi keadaan sekarang yang di mana telah
diheboh-hebohkan supaya bersama memboikot setiap barangan atau produk keluaran
Israel. Oleh yang sedemikian, kita sebagai umat Islam perlu berfikiran rasional supaya
tidak melibatkan diri untuk menggunakan produk yang dikeluarkan oleh Israel. Antara
contoh produk yang dikeluarkan oleh Israel merangkumi Nestle, Nokia, Kentucky Fried
Chicken (KFC) dan lain-lain. Setiap pembelian barangan tersebut akan disalurkan kepada
pihak pengganas. Sebenarnya, sedar atau tidak sebenarnya kita telah menyumbangkan
peluru kepada askar Zionis apabila kita membeli barangan mereka. Sheikh Yusuf Al-
Qaradawi berkata:

”Setiap riyal, dirham… yang digunakan untuk membeli produk


mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk
menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu,
adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh
Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka
adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman.”

12
Ciri-ciri yang paling penting yang perlu ada pada setiap umat Islam ialah perasaan
kasih sayang. Hal ini dapat diperlihatkan apabila kita dapat menyelami kesedihan yang
dialami oleh rakyat Palestin. Setiap ledakan bom yang dijatuhkan oleh pihak askar zionis
memberikan impak yang negatif kerana ia akan meragut setiap nyawa umat Islam. Setiap
kediaman untuk mereka berlindung turut dimusnahkan dan bekalan makanan juga
terputus. Hal ini menyebabkan rakyat Palestin berada dalam keadaan ketakutan dan
kelaparan untuk meneruskan hidup. Tambahan pula ketakutan dengan setiap bunyian
ledakan bom dan serangan senjata oleh pihak askar Zionis. Sikap kasih sayang
merupakan salah satu ciri orang yang prihatin kerana jika tiada perasaan kasih sayang,
maka akan hilanglah sikap prihatin tadi. Hal ini kerana, bayangkan jika seseorang itu
tidak mempunyai perasaan kasih sayang apabila melihat kanak-kanak dibunuh begitu
sahaja, maka tidak akan lahir perasaan prihatin dan seterusnya tidak akan ada langsung
perasaan ingin membantu individu tersebut. Oleh sebab itu, antara ciri-ciri orang yang
prihatin ialah orang yang mempunyai perasaan kasih sayang.

Kesimpulannya, melalui ciri–ciri yang dinyatakan tersebut, mereka yang prihatin


dianggap sebagai satu wadah islamiah yang berjaya, maka kita harus meletakkan sifat–
sifat terpuji pada tingkat yang tertinggi agar kita sentiasa ingat bahawa sikap terpuji
tersebut akan mendidik dan membimbing kita ke jalan yang benar dan menuju ke arah
kejayaan. Sebagai contoh, umat islam yang prihatin mempunyai nilai belas kasihan yang
tinggi kerana seandainya nilai belas kasihan itu tidak wujud dalam diri umat islam, maka
persaudaraan Islam tidak dapat dirasai. Memetik kata-kata daripada Badi’uzzaman,
seorang tokoh Islam yang terkemuka yang berkata, ”Aku lihat negara Islam hari ini
mengandungkan anak-anak bukan Islam, tetapi aku juga melihat bahawa negara bukan
Islam hari ini mengandungkan zuriat pembela Islam.” Justeru itu, sebagai mahasisawa
terutamanya mereka yang beragama Islam, mereka seharusnya menjadi anak-anak Islam
yang mampu menjadi pembela Islam pada masa akan datang.

13
6. Kesan-kesan Keprihatinan

Manusia yang prihatin adalah manusia yang mengambil berat atau beri perhatian
terhadap sesuatu perkara serta berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan apa yang
yang dicitakan. Banyak kesan yang boleh kita lihat jika manusia itu lebih prihatin.
Keprihatinan sering kali dianggap sebagai benda yang remeh. Namun, kini baru kita lihat
bahawa keprihatinan ini sebenarnya memainkan peranan yang penting kerana ia
membawa kesan yang besar dalam kehidupan kita. Dalam kes ini, kami telah
membahagikan kesannya kepada tiga kategori iaitu kesan kepada individu, kesan kepada
masyarakat, serta kesan kepada negara.

6.1 Kesan kepada individu

Apabila seseorang individu itu lebih prihatin, individu tersebut lebih berminat
untuk mengetahui sesuatu benda dengan lebih mendalam lagi. Maka, secara tidak
langsung sebenarnya individu itu telah berjaya menambah ilmu pengetahuannya terhadap
perkara tersebut. Dalam kajian ini, cuba bayangkan apabila individu itu prihatin, individu
tersebut akan membaca dengan lebih mendalam lagi tentang kekejaman Israel di Palestin
sekaligus menyebabkan pelbagai perkara yang tidak pernah diketahuinya kini telah
diketahuinya dan secara tidak langsung, individu tersebut akan jadi lebih prihatin
terhadap perkara ini.

Antara kesan lain terhadap individu ialah mereka akan lebih bertanggungjawab
kerana apabila seseorang itu prihatin, mereka rasa mereka perlu sama-sama
bertanggungjawab membantu golongan yang lebih memerlukan. Sebagai contoh, dalam
kajian ini, individu akan rasa bertanggungjawab dalam membantu golongan yang ditindas
iaitu warga palestin. Kita tahu kita tidak mampu untuk menolong, namun sekurang-

14
kurangnya apabila kita mempunyai sikap prihatin, kita akan cuba membantu sedaya
upaya.

Kesan yang ketiga yang dapat kita lihat pada individu ialah individu tersebut akan
lebih mempunyai perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Dalam kes ini, dapat kita lihat
jika seseorang itu prihatin, maka tentu terdetik perasaan kasih sayang serta belas kasihan
terhadap anak-anak kecil yang tidak bersalah telah terkorban dalam peperangan itu. Dan
jika benar individu itu mempunyai perasaan kasih sayang, maka secara tidak langsung
individu itu akan lebih menyayangi negara kita kerana negara kita mereka akan mula rasa
bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia, negara yang aman dan sejahtera yang tidak
mempunyai apa-apa peperangan. Dari segi belas kasihan pula, individu yang prihatin
sepatutnya akan rasa belas kasihan apabila melihat apa yang terjadi terhadap warga
Palestin dan seterusnya cuba membantu sedaya upaya seperti menderma ataupun
mendoakan mereka walaupun tahu kita tidak mampu untuk berjihad bersama mereka.

6.2 Kesan kepada masyarakat

Kesan kepada masyarakat berkait rapat dengan kesan kepada individu. Hal ini
kerana bayangkan jika setiap individu prihatin, maka kesannnya terhadap masyarakat
juga sama. Antara kesan kepada masyarakat ialah jika rakyat kita prihatin, kita dapat
melahirkan masyarakat yang lebih bertimbang rasa dan belas kasihan terhadap masalah
yang sedang berlaku di sana selain cuba membantu mereka yang memerlukan.

Selain itu, kita dapat melahirkan masyarakat yang bersyukur serta lebih
menghargai negara kita. Jika diikutkan, masyarakat kita kurang menghargai negara kita.
Lihat sampah bertaburan dan bencana alam yang terjadi seperti banjir dan tanah runtuh
sebenarnya berlaku kerana masyarakat kurang prihatin terhadap alam sekitar. Perkara ini
dilihat sebagai masalah kecil namun jika tidak diubati akan parahlah jawabnya. Oleh itu,
jika masyarakat kita lebih prihatin serta peka terhadap perkara ini, negara kita akan lebih
aman. Jadi, di sini dapat kita simpulkan bahawa jika kita masyarakat lebih prihatin, kita

15
akan dapat melahirkan masyarakat yang lebih menghargai negara serta bersyukur akan
negara masing-masing.

Antara kesan keprihatinan terhadap masyarakat ialah kita akan lahirkan


masyarakat yang lebih bertanggungjawab selain masyarakat yang penuh dengan kasih
sayang jika masyarakat kita lebih prihatin. Sebagai contoh, jika masyarakat kita prihatin,
mereka akan sama-sama menyayangi negara kita dan tidak akan melakukan sesuatu yang
boleh merosakkan nama negara. Selain itu, jika masyarakat kita lebih prihatin, kita dapat
melahirkan masyarakat yang bersatu padu dalam semua perkara.

Kesan yang paling penting dalam masyarakat yang melibatkan keprihatinan ini
ialah kita dapat menyatupadukan semua kaum. Hal ini kerana, sebelum ini, ramai orang
yang melihat isu Palestin daripada segi perspektif agama iaitu berkaitan agama Islam,
tetapi hari ini ramai meneliti isu yang berlarutan itu dengan berbeza. Dapat kita saksikan
kini bahawa ramai orang bukan Melayu kini melahirkan rasa marah terhadap kezaliman
Israel di Palestin. Dapat kita lihat semua kaum turut serta dalam pelbagai aktiviti yang
melibatkan kes ini dan dapat kita lihat bahawa rakyat kita kini bersatu padu selain kita
dapat menyatu padukan kaum-kaum di Malaysia.

6.3 Kesan kepada negara


a.
Keprihatinan masyarakat sebenarnya memberi kesan terhadap negara. Antara
kesan kepada negara ialah dari segi ekonomi negara. Ekonomi negara akan meningkat
kerana jika rakyat itu prihatin, mereka akan memboikot segala barang keluaran Amerika
Syarikat yang telah menyumbang kepada ekonomi Israel di mana sama ada kita sedar
atau tidak, setiap kali kita membeli barangan mereka, kita sebenarnya telah
menyumbangkan sebutir peluru kepada Israel. Oleh itu, jika kita memboikot dan hanya
membeli produk buatan Malaysia, kita akan mengelakkan mata wang kita dari keluar
selain kita dapat menaikkan ekonomi negara kita sendiri. Oleh itu, masyarakat yang
prihatin sepatutnya harus sama memboikot barangan mahupun produk keluaran Israel dan
jika sukar untuk kita tinggalkan produk mereka, cuba cari alternatif lain yang boleh kita

16
gantikan. Sebagai contoh, jika kita sudah biasa membeli biskut jenama Danone, apa kata
kita cuba membeli biskut jenama Hup Seng pula kerana kita akan menyokong produk
buatan Malaysia.
Selain itu, antara kesan kepada negara ialah negara kita akan aman dan tenteram
kerana selain masyarakat kita prihatin terhadap negara, mereka akan lebih menghargai
negara kita dan akan cuba pertahankan negara kita daripada kuasa asing yang mungkin
ingin menakhluk Malaysia. Rakyat kita perlu sedar bahawa jika kita lalai, negara kita
mungkin akan kehilangan kemerdekaan sekali lagi dan tentunya kita tidak mahu perkara
ini berlaku. Oleh itu, mereka perlu sedar bahawa kita harus prihatin terhadap perkara ini
agar ia menjadi peringatan buat kita untuk terus bersatu padu agar negara kita kekal aman
dan damai selamanya.

Antara kesan lain kepada negara ialah kita dapat mengeratkan hubungan sesama
negara. Hal ini kerana, negara kita Malaysia terlibat dengan pelbagai usaha dalam
membantu warga Palestin seperti membekalkan ubat-ubatan, mengutip dana serta
melakukan demonstrasi keamanan. Kita juga telah cuba berunding dengan negara lain
dalam sama-sama membantu menyelesaikan masalah ini. Sebenarnya, semua negara
memandang serius akan perkara ini, dan secara tidak langsung kita dapat mengeratkan
hubungan dengan negara lain kerana kita dapat bertukar-tukar pendapat selain cuba
mencari jalan bersama dalam membantu mereka. Selain itu, kita dapat menguatkan lagi
hubungan negara Islam kerana negara Islam yang lain perlu sedar bahawa kita harus
sedia menegakkan agama kita agar tidak ditindas begitu sahaja.

7. Analisa atau personaliti

Dalam menjalankan kajian ini, seramai 50 orang pelajar yang tinggal di Kolej
Ungku Omar menjadi sampel kajian untuk diedarkan kepada mereka. Kajian yang
dilakukan mendapati bahawa ramai penghuni di Kolej Ungku Omar menunjukan
keprihatinan mereka terhadap kekejaman Zionis di Palestin. Selain itu, terdapat juga
pelajar yang tidak menunjukan keprihatinan mereka terhadap isu tersebut. Dari segi
jantina antara lelaki dan perempuan, didapati mereka mempunyai persamaan iaitu mereka

17
lebih menunjukan keprihatinan mereka terhadap isu di Palestin. Menerusi soal selidik,
penghuni Kolej Ungku Omar menunjukan peratusan yang tinggi iaitu mereka mengetahui
apa yang sedang berlaku di Palestin. Oleh itu, ini menunjukan mereka prihatin dengan
kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat di Palestin.

Selain itu, antara usaha yang menunjukan peratusan yang tinggi sebagai
keprihatinan pelajar yang tinggal di Kolej Ungku Omar ialah dengan mendoakan mereka
kerana doa itu dianggap sebagai senjata bagi rakyat Palestin. Oleh itu, dengan doa
sahajalah yang dapat kita sumbangkan kepada saudara-saudara kita di bumi Palestin
supaya mereka tabah menghadapi ujian Allah kepada mereka. Sesungguhnya doa itu di
sisi Allah (S.W.T) amat tinggi nilainya dan Dia amat menyukai hamba-hamba-Ku yang
meminta kepada-Nya. Doa yang paling makbul adalah doa-doa mereka yang dizalimi dan
ditindas.

Palestin adalah sebahagian ujian ke atas umat nabi Muhammad (S.A.W). Palestin
sentiasa berdarah dan sekiranya dia hidup dalam aman seketika atau lebih lama daripada
itu, maka di sekelilingnya adalah penuh komplot dan konsperasi untuk merampas dan
menghancurkannya kembali. Justeru itu, ramai penghuni di Kolej Ungku Omar terdetik
di hati mereka untuk berjihad bersama-sama rakyat Pelastin di Palestin. Hal ini,
menunjukan penghuni di Kolej Ungku Omar sangat perihatin dengan kesusahan yang
dialami oleh saudara-saudara kita di Palestin. Oleh itu, jihand adalah amal yang paling
utama dan orang yang pergi berjihad tidak boleh ditandingi oleh orang yang tidak
berangkat berjihad.

Saudara-saudara di Palestin dirampas hak mereka sesuka hati, sempadan negara


mereka diperkosa oleh sekumpulan bangsa yang mulanya hanya mengemis secebis tanah.
Tembok Apartheid setinggi lapan meter dan sejauh 703 kilometer meredah
perkampungan dan ladang-ladang zaitun yang menjadi sara hidup masyarakat Palestin.
Oleh itu, bangsa Yahudi memikirkan pelbagai cara secara terang atau secara halus bagi
memusnahkan umat Islam. Malah, mereka menganggapkan umat Islam sebagai bintang
tunggangan mereka. Oleh yang demikian Yahudi akan mempergunakan umat Islam ke

18
arah kesesatan dan sekarang kesesatan itu kian merantai umat Islam dengan meracuni
pemikiran mereka dengan hiburan hidonisme, makanan, barangan kegunaan harian yang
kian bermaharajalela yang akan sentiasa diguna oleh semua masyarakat di dunai.
Contohnya, intel, NOKIA, KFC, Johnson & Johnson dan banyak lagi barangan lain.
Maka dengan itu, marilah kita sama-sama memboikot produk keluaran Israel.

Kesimpulannya, sebagai seorang mahasiswa marilah kita sama-sama menujukkan


keprihatinan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Marilah kita berusaha untuk
membantu mereka, bagi meringankan penderitaan mereka dengan bantuan tenaga dan
diri, bantuan doa, mengadakan solat hajat, menyertai demokrasi aman, menulis forum
anda, menghadiri ceramah, mewujudkan sudut poster isu Palestin dan memboikot
barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Oleh itu, kita dapat membentuk personaliti
yang taat kepada perintah Allah, bertanggunjawab, mengambil berat, perihatin dan belas
kasihan. Justeru itu, menurut kajian kami terbuktilah ramai penghuni di Kolej Ungku
Omar menunjukan keperihatinan mereka terhadap kekejaman Zionis di Palestin.

19
8. MODUL KEPRIHATINAN WARGA KOLEJ UNGKU OMAR
TERHADAP KEKEJAMAN ZIONIS DI PALESTIN.

Mewajibkan kepada semua penghuni Kolej


Ungku Omar untuk mengikuti setiap aktiviti
yang diadakan di kampus mahupun di kolej
bagi melahirkan keprihatinan mereka kepada
isu kekejaman Zionis ini.

Memberi ceramah kepada penghuni Kolej


Ungku Omar mengikut waktu yang sesuai
seperti tazkirah selepas solat maghrib ataupun
menjemput ahli-ahli panel yang
berpengalaman untuk memberi ceramah
tentang isu ini di samping mengedarkan
risalah-risalah berkaitan dan informasi tentang
barangan yang harus diboikot.

Mengadakan tayangan perdana mengenai


kesusahan dan penderitaan dan penderitaan
mangsa-mangsa kekejaman Zionis di Palestin

20
Mengharuskan pelajar Kolej Ungku Omar
untuk menyertai demonstrasi secara aman yang
diadakn di kampus ataupun di kolej itu sendiri

Menggalakkan penghuni Kolej Ungku Omar


untuk menghadirkan diri ke majlis solat-solat
hajat yang diadakan di kampus mahupun di
kolej itu sendiri

Mewajibkan kepada pelajar Kolej Ungku Omar


untuk memberikan sumbangan wang

Meletakkan gambar mangsa kekejaman Palestin


di bungkusan barangan yang diboikot

21
Dunia umumnya mengutuk dan mengecam hebat kekejaman Zionis dalam
menyahbangsakan rakyat Palestin yang secara dasarnya kita sedia fahami sebagai satu
proses terangan untuk memecahbelahkan masyarakat yang beragama Islam. Usaha yang
sememangnya terancang, dirancang dan yang jelasnya mereka merancang. Pelbagai cara
yang telah dilakukan oleh masyarakat dunia terhadap kekejaman tentera Zionis ini. Tetapi
perkara yang paliing penting ialah bagaimana kita hendak mengikis sikap
ketidakprihatinan warga kolej dalam isu ini yang cuba dibincangkan dengan lebih teliti.
Sebagai warga universiti dan kampus yang prihatin, langkah-langkah yang sewajarnya
perlu diambil untuk melahirkan rasa keprihatinan warga Kolej Ungku Omar terhadap isu
kekejaman tentera Zionis di Palestin.

Pada peringkat permulaannya, semua warga penghuni Kolej Ungku Omar


diwajibkan untuk mengikuti dan juga menghadiri setiap aktiviti yang berkaitan.
Antaranya adalah mengadakan kempen kesedaran untuk menyedarkan pelajar tentang
perkara ini. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan membuat pertandingan
melukis poster dan yang sewaktu dengannya. Hal ini bertujuan untuk melahirkan
perasaan simpati dan empati terhadap kekejaman yang berlaku kepada rakyat di Palestin.
Dengan kewajiban ini, ianya secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat saling
sayang menyayangi sesama manusia dan para pelajar juga dapat mendalami serta
menyelami perasaan mangsa-mangsa kekejaman tentera Zionis in. Tindakan akan
dikenakan kepada mereka yang tidak menghadirkan diri seperti dikenakan bayaran
ataupun denda untuk membuat kerja-kerja amal yang juga berkaitan dengan isu tersebut
seperti melukis poster dan sebagainya. Selain daripada itu, hal ini tidak lain tidak bukan
juga dapat mengukuhkan hubungan silaturahim sesame pelajar ataupun pihak pentadbir
yang berada di Kolej Ungku Omar ini.

Langkah seterusnya ialah dengan memberi ceramah kesedaran kepada penghuni


Kolej Ungku Omar. Ceramah ini boleh diadakan samada di dalam kampus yang hanya
melibatkann pelajar Kolej Ungku Omar sahaja ataupun melalui tazkirah yang dilakukan
selepas solat maghrib contohya. Semasa sesi ceramah yang sedang berlangsung, edaran-
edaran atau risalah-risalah akan diedarkan kepada para pelajar. Denggan risalah yang

22
diedarkan, ini akan membolehkan para pelajar mengetahui informasi-informasi terkini
tentang apa yang berlaku di Palestin. Tambahan pula para pelajar akan dapat megetahui
tentang barang-barang yang perlu diboikot seperti produk Milo, Nokia, Jonson & Jonson
dan sebagainya. Sesi ceramah yang diadakan tidak perlu terlalu lama kerana ini akan
menyebabkan para pelajar sukar untuk memberikan perhatian kerana dihujani dengan
jadual yang agak padat dari semasa ke semasa. Dalam masa yang singkat sahaja
maklumat dapat disampaikan kepada para pelajar dengan mudah dan berkesan.

Selain daripada itu, pihak pentadbiran kolej juga perlu mengadakan tayangan
perdana tentang kekejaman Zionis di Palestin. Para pelajar dapat melihat sendiri
kekejaman serenar yang dilakukan kepada rakyat di Palestin. Dengan ini, ianya sedikit
sebanyak akan dapat memberi input kepada para pelajar tentang perkara yang ingin
disampaikan. Tayangan perdana ini sesuai dilakukan pada waktu malam kerana dengan
persekitaran yang tenang akan memudahkan para pelajar untuk menghayati kandungan
atau mesej yang ingin disampaikan.

Meletakkan gambar magsa kekejaman di Palestin di bungkusan barangan yang


diboikot adalah salah satu cara untuk menangani ketidakprihatinan warga Kolej Ungku
Omar dalam hal ini. Apabila perkara ini dilakukan, para pelajar akan berfikir sejenak
samada ingin membeli barangan tersebut atau tidak. Seperti yang kita semua sedia
maklum,duit yang didapati akan digunakan untuk membeli peluru. Ini amat bertentangan
dengan prinsip dan norma para pelajar yang seharusnya menunjukkan keprihatinan.
Apabila semua barangan buatan Amerika mula diboikot, maka penghasilannya akan
berkurang dan sekaligus akan membawa kerugian kepada ekonomi negara mereka.

9. Kesan Modul Terhadap Pembinaan Semula Personaliti

Apakah kesan daripada keperihatinan pelajar UPSI (KUO) dalam isu kekejaman
Zionis di Palestin? Apakah yang mereka lakukan setelah menerima input daripada modul
yang telah dirancang untuk mereka? Persoalan ini yang perlu dirungkai. Kesan pertama
yang diperolehi ialah mahasiswa yang terlibat memberitahu ahli keluarga dan rakan-
rakan supaya memboikot barangan keluaran Israel seperti Coca-Cola, Nestle, Pepsi,

23
McDonalds, Milo, Intel, Noka dan sebagainya. Mereka sudah mula untuk tidak membeli
barangan-barangan tersebut dan ada yang sanggup tidak meminum air Milo lagi semata-
mata ingin memboikot Israel walaupun minuman tersebut adalah kegemarannya. Apabila
boikot berlaku apakah pula kesannya? Barangan-barangan Israel mula tidak terjual dan
kemasukan barangan tersebut ke Malaysia berkurang dan akhirnya boleh merosotkan
ekonomi Israel, sekaligus membuatkan Israel tidak mempunyai sumber kewangan untuk
memperoleh senjata dan bahan letupan. Daripada fakta yang diperolehi, harga Milo juga
menurun berkemungkinan kesan daripada keperihatinan mereka memboikot barangan
tersebut.

Kesan berikutnya ialah mahasiswa membuat kutipan derma dan mengadakan


majlis amal dalam kalangan pelajar UPSI bagi mengutip dana untuk memantu rakyat
Palestin. Daripada wang yang diperolehi, ia dapat meringankan beban rakyat Palestin
terutamanya dari segi makanan dan ubat-ubatan. Mereka yang terlibat juga memperoleh
pahala kerana membantu rakyat Palestin yang berada dalam kesusahan. Kesan seterusnya
ialah mahasiswa mengadakan perarakan dan demontrasi secara aman di Padang UPSI
bagi membantah serangan Israel terhadap Palestin. Mahasiswa turut menunaikan solat
hajat dan berdoa seperti doa qunut nazilah untuk keselamatan rakyat Palestin, serta
mendoakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong,
pemimpin Mesir dan sekutu-sekutunya yang membuka jalan dan menyokong serangan
pengganas Yahudi. Mahasiswa turut menyebarkan risalah-risalah yang memberi input
tentang kekejaman Zionis dan usaha yang boleh dilakukan bagi membantu rakyat
Palestin. Terdapat juga mahasiswa yang mengadakan tayangan video Palestin dan
mengadakan ceramah supaya dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa lain mengenai
keperitan yang dialami oleh rakyat Palestin.

24
10. Sokongan Untuk Menjayakan Modul

Hampir setiap hari kita disajikan dengan gambar-gambar dan video-video terkini
kesan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Gaza di kaca televisyen mahupun di dada-
dada akhbar tempatan dan luar negara. Setiap hari kedengaran keluhan masyarakat dunia
akan ketidaksetujuan mereka dengan apa yang dilakukan rejim Zionis itu. Namun, walau
macam mana hebat sekalipun tentangan masyarakat dunia terhadap kekejaman rejim
Zionis itu, tiada apa yang akan merubah pendirian mereka. Dengan sekutu paling
rapatnya, Amerika Syarikat seolah-olah memberikan lampu hijau terhadap semua
kekejaman ini, rejim Zionis nekad akan menghapuskan Hamas dan mereka tidak akan
berhenti sehingga matlamat itu tercapai. Melihat kepada keadaan sekarang, mungkin
tiada apa yang mampu kita lakukan kecuali menadah tangan memohon kepada Yang
Maha Esa agar mereka dilindungi. Tapi selain itu kita juga boleh membantu dari segi
bantuan kewangan, perubatan dan sebagainya. Antara contoh lain yang dapat kita lihat
ialah dengan modul ini sendiri yang telah menunjukkan tentang keprihatinan warga Kolej
Ungku Omar dalam isu kekejaman Zionis di Gaza.

Di dalam usaha untuk merealisasikan modul ini, banyak pihak yang telah
memberi kerjasama terutama sekali warga Kolej Ungku Omar sendiri yang sudi
meluangkan masa dan tenaga untuk mengikuti semua aktiviti yang diadakan. Selain
daripada itu, pihak pengurusan Kolej Ungku Omar juga banyak memberi sumbangan di
samping felo-felo kolej. Tidak lupa juga kepada Jawatankuasa Mahasiswa Kolej yang
tidak lain tidak bukan kerana telah banyak memberi idea dan merancang usaha untuk
menjayakan modul keperihatinan penghuni di Kolej Ungku Omar dan pendapat
berkenaan modul yang akan dilaksanakan ini. Selain itu, ahli jawatan kuasa surau Kolej
Ungku Omar juga banyak memberi pendapat dan pandangan mengenai modul yang telah
kami rangkakan. Disamping itu, mereka juga banyak membantu menyedikan risalah-
risalah yang berunsurkan ilmiah dan diedarkan kepada penghuni kolej. Malah, Kolej
Ungku Omar sentiasa diwarnai dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dapat memberi
kesedaran dan melahirkan keperihatinan kepada rakyat Palestin. Oleh itu, aktiviti ini
dapat memudah kami bagi menjayakan modul yang telah dirancang atau dirangka.

25
11. Rumusan dan kesimpulan

Kekejaman Yahudi terhadap kaum muslim di Palestin tidak mempunyai sifat


kemanusiaan. Bangsa yang sejak zaman Nabi Musa a.s selalu mendatangkan masalah dan
begitu licik dalam kekejamannya. Banyak yang lupa bahawa permusuhan Yahudi sudah
berlangsung sejak zaman dahulu lagi, sejak berdirinya negara Islam di Madinah
Nabawiyah di bawah pimpinan Muhammad Rasulullah (S.A.W). Allah menggambarkan
bahawa permusuhan dan kebencian Yahudi, mereka adalah musuh sejati.

“Sesungguhnya engkau akan mendapatkan orang yang paling keras


permusuhannya dengan orang yang beriman adalah orang Yahudi
dan orang- orang musyrik.”
(Al-Maidah:82).

Permusuhan umat Islam dengan Yahudi akan hanya berakhir dengan berdirinya
negara yang tidak meninggalkan syiar Islam dan tidak menegakkan syariat Allah.
Bagaimana mungkin akan berakhir permusuhan tersebut? Seorang muslim di dalam
solatnya sentiasa mengamalkan membaca tujuh belas kali sehari semalam ayat ini:

“Bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai dan juga bukan jalan


orang-orang yang sesat.”
(Al-Fatihah:7)

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menunjukan keprihatinan kita sebagai


mahasiswa yang prihatin terhadap saudara-saudara kita di Palestin. Selain itu, kita
hendaklah sentiasa mendoakan mereka supaya berada dalam kesejahteraan Allah (S.W.T)
dan sebagai rakan yang prihatin kita juga dapat memperingatkan diri dan rakan-rakan kita
untuk cuba memboikot produk keluaran Israel dan Amerika yang dijual secara besar-
besaran di Malaysia. Disamping itu, kita juga dapat mengajak rakan kita untuk menyertai
setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej atau pihak universiti dengan cara yang
berhemah.

26

Anda mungkin juga menyukai