Anda di halaman 1dari 2

RUMUSAN

Setiap pemimpin mempunyai peranan yang penting dalam sesebuah institusi. Di sekolah, sikap
tanggungjawab dan amanah perlulah ada dalam diri seorang pengetua supaya dapat dijadikan
model dalam kalangan guru-guru di sekolah. Misi dan visi sekolah akan tercapai sekiranya
pengetua mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti. Oleh itu, ilmu dan pengalaman
amatlah penting pada seorang pemimpin untuk menguruskan sesebuah organisasi bagi mencapai
matlamat organisasi itu sendiri. Sebaliknya, jika seseorang pengetua itu tidak mempunyai ciri-
ciri kepimpinan yang berkualiti akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap pencapaian
sesebuah sekolah tersebut. Pengetua perlukan bantuan dan sokongan daripada guru-guru dalam
organisasinya dalam menghadapi cabaran yang semakin sukar dari hari ke hari.

Kecemerlangan dalam pendidikan akan dapat dicapai sekiranya seseorang peimpin itu
mempunyai keperibadian yang baik, bakat, kemahiran dan kebolehan dalam mempimpin. Covey
(1997), memberikan pandangan bahawa pemimpin yang bermoral ialah pemimpin yang
berbincang dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan dan menerima semua pendapat yang
dikemukakan dengan menggunakan konsep syura. Pemimpin juga sepatutnya tahu bagaimana
untuk merancang, memimpin, mengelola dan mengawal organisasi sebelum melakukan sesuatu
keputusan. McDermontt dan O'connor (1994) menjelaskan pemimpin harus percaya kepada ahli
dalam organisasi mereka dan ini secara tidak langsung ahli organisasi mereka akan melakukan
perkara tersebut dengan penuh komitmen atas kepercayaan yang diberi.

Akhir sekali, seorang pemimpin adalah sumber, pemberi tenaga, arkitek dan wira bagi pekerja-
pekerjanya. Organisasi akan dihormati dan akan terus berdiri megah dalam ekonomi yang pesat
membangun pada masa kini dengan adanya kepimpinan yang beretika oleh seseorang pemimpin.
Kepimpinan pengetua penting bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik di sekolah
dimana ia bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran malahan
dapat memupuk kebolehan serta membentuk sahsiah para pelajar.

Covey, S. 1997. Principle centered leadership. New York: Simon & Schuster
McDermontt, C. dan O'connor, M. 1994. Reflections on Ethics Integrity. HR Focus (April 5)

Anda mungkin juga menyukai