Anda di halaman 1dari 92

Model-model Kurikulum

PDFP 2053
Mohd Faeez Bin Ilias
MODEL-MODEL KURIKULUM BARAT
Model2 Kurikulum Barat
(1) Plato (424-348SM)
(2) Aristotle (322-384SM)
(3) Ralph Tyler (1949)
(4) Benjamin Bloom (1956)
(5) Mortimer Jerome Adler(1902-2001)
(6) Robert Gagne (1965)
(7) Hilda Taba (1966)
(8) Mauritz Johnson (1967)
(9) Jean Piaget (1970s-80s)
(10) Lawrence Stenhouse (1975)
(11) William Spady (1994)
1)Plato (424-348SM)
• Tujuan pendidikan adalah bagi memperolehi
pengetahuan.
• Plato menekankan pendidikan, kesihatan fizikal
dan minda (the total development of a man, mind
body and soul by using every possible mean).
• Mencadangkan sukan gimnastik dan muzik dalam
kurikulum.
• Memegang moto Education for All.
• Mempertanggungjawabkan pendidikan kepada
republik
• Mencadangkan 6 tahap kurikulum;
– Pra sekolah: pendidikan di rumah mengenai moral
(sebelum berumur 7 tahun)
– Sekolah Rendah: mathematik, puisi, musik and sastera (7
tahun-18 tahun lelaki & perempuan diasingkan)
– Latihan Ketenteraan: pendidikan jasmani (2 tahun) bagi
persediaan sebagai pelindung negara-pengalaman
berperang.
– Pendidikan Tinggi: mathematik, sastera dan falsafah
(dari umur 25 ke 30 tahun selama 10 tahun-sbg
persediaan memegang jawatan rendah dalam kerajaan).
– Pendidikan Tinggi (pertengahan): mempelajari dialek
(selama 5 tahun)
– Pendidikan Tinggi (akhir): praktikal sebagai
pemerintah
(2) Aristotle (322-384SM)
• Anak didik kepada Socrates & Plato
• pandangan Aristotle agak berbeza drpd plato dan
socrates
• Berpegang kepada konsep pendidikan bertujuan.
• Matlamat pendidikan bukan shj bg mendapatkan
pengetahuan (melalui pengajaran & pengalaman) ,
ttp juga utk mendptkan kebahagiaan /
kesejahteraan (intelek dan peribadi-melalui
formasi habit/tabiat).
• Skim pendidikan sama dgn Plato
– pendidikan moral bagi pendidikan awal kanak2
– pendidikan rendah dan tinggi diberikan beserta
dgn pendidikan moral dari ibu bapa.
• Pendidikan adalah tanggungjwb republik dan
ibu bapa
• Mengenalkan pendekatan induktif dan
deduktif
(3) Ralph Tyler (1949)
• kurikulum ialah segala pembelajaran yg diarah, dirancang,
dikelola & dilaksanakan oleh pihak sekolah utk mencapai
matlamat pendidikan yg ditentukan.
• Kurikulum merangkumi ;
-objektif pendidikan
-segala pengalaman yang dirancang
-dan penilaian pelajar
• Menegaskan objektif dalam kurikulum
• pendidikan di anggap alat untuk mencapai suatu tujuan
• tujuan sebenar pendidikan ialah utk membawa perubahan
dlm tingkah laku murid-murid.
• 4 soalan asas kurikulum
• Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai?
• Bagaimanakah pengalaman pembelajaran
untuk mencapai objektif?
• Bagaimana pengalaman pembelajaran disusun
untuk pengajaran berkesan?
• Bagaimana keberkesanan pengalaman
pembelajaran dapat dinilai?
Model Objektif/Produk Tyler
1) Tujuan yang ingin dicapai
• Langkah utama/penting yang perlu dilakukan.
• memberikan arah kepada segenap kegiatan
pendidikan
• fungsi tujuan iaitu (Ahmad D. Marimba (1980):
• 1) Mengakhiri usaha
• 2) Mengarahkan usaha
• 3) Titik tolak untuk mencapai tujuan-tujuan lain
• 4) Memberi nilai pada usaha-usaha tersebut
• menggambarkan hasil yang dicapai oleh pelajar
setelah mengikuti sesuatu program pendidikan.
• Persoalan Tyler (1949):
• hendak dibawa ke mana pelajar-pelajar?
• kemampuan apa yang harus dimiliki oleh
pelajar setelah mengikuti program pendidikan?
• Lalu sebenarnya dari mana dan bagaimana kita
menentukan tujuan pendidikan?
• Dimana jawapannya?
– pelajar, pembelajaran kehidupan masa kini, disiplin
ilmu, falsafah, dan psikologi belajar.
– sangat tergantung dari teori dan falsafah pendidikan
serta model kurikulum apa yang digunakan
• Tujuan kurikulum?
– "discipline oriented" : konsep atau teori dalam
disiplin ilmu.
– "child centered“ : pengembangan peribadi pelajar
– "society centered" : alat untuk memperbaiki
kehidupan masyarakat
• tiga aspek dalam menentukan tujuan
pendidikan (Tyler, 1949):
– keinginan pelajar sebagai individu,
– Masyarakat
– berpusat pada bahan pelajaran (subject-matter).
• Lima faktor yang dijadikan arah dalam
penentuan tujuan pendidikan (Tyler, 1949), di
antaranya:
• pengembangan kemampuan berfikir,
• membantu memperoleh informasi,
• pengembangan sikap masyarakat,
• pengembangan minat peserta didik, dan
• pengembangan sikap sosial.
2) Menentukan Pengalaman Belajar
• Menjadi pertimbangan berlakunya proses PdP
• Proses PdP bergantung kepada interaksi
• Interaksi membentuk sikap, pengetahuan, dan
keterampilan – bentuk tingkah laku baik.
• Proses PdP perlu diorganisasikan secara sistematik –
gambarkan PdP terlaksana
• Prinsip membentuk pengalaman belajar (Tyler,
1949):
– Sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai
– Mampu memuaskan pelajar
– PdP melibatkan pelajar
– Dapat mencapai tujuan yang berbeza
3) Mengelola Pengalaman Belajar

• menentukan isi kandungan/bahan - mencapai


tujuan kurikulum serta berdasarkan
pengalaman-pengalaman yang telah dimiliki
oleh pelajar.
• bahan disusun mengikut urutan pengalaman
pelajar
– mudah untuk diimplementasi
– memberi gambaran terhadap penilaian
pembelajaran
• Penyusunan bahan:
• Vertikal
• Hubungkan pengalaman bidang matematik
terhadap pelajar tingkatan 4 dan 5
• Horizontal
• Hubungkan pengalaman belajar dalam bidang
sains dan matematik terhadap pelajar
tingkatan 5
• Kesinambungan
– Penggabungan kedua-duanya
4) Menentukan Penilaian Pembelajaran
• Penilaian?
• Kumpul, rekod, analisis, guna – bantu proses
pembelajaran
• Langkah terakhir dan terpenting
• Tentukan tujuan awal pembinaan kurikulum tercapai
atau tidak
• Apa yang dinilai?
• Tingkah laku berubah sesuai dengan tujuan
pendidikan?
• Bagaimana dengan alat penilaian yang digunakan?
• Formatif dan sumatif
(4) Benjamin Bloom (1956)
• Menekankan objektif sebagai panduan
kurikulum
• Mengkategorikan 3 domain dalam pendidikan;
kognitif, afektif dan psikomotor
• Membangunkan sistem /taksonomi bagi
objektif pendidikan;
a. Bloom menyenaraikan 6 objektif asas bagi domain kognitif;
1. Pengetahuan- mengingat atau mengenalpasti sesuatu tanpa
perlu melibatkan pemahamam, aplikasi atau perubahan.
2. Pemahamam- memahami sesuatu tanpa perlu
menghubungkait dengan perkara yang lain.
3. Aplikasi– menggunakan konsep umum bagi meyelesaikan
sesuatu masalah.
4. Analisis – Mengklasifikasi sesuatu kepada bahagian2.
5. Sintesis – Mewujudkan sesuatu yang baru melalui
pencantuman beberapa idea.
6. Penilaian – menilai kebaikan atau nilai kepada sesuatu
perkara atau metod bagi diaplikasikan dalam satu2
keadaan.
b. Bloom menyenaraikan lima objektif asas bagi domain
afektif;
• 1. Menerima- peka atau mengendalikan sesuatu dalam
persekitaran.
• 2. Tindakbalas– menunjukkan pelakuan yang baru sebagai
hasil dari sesuatu pengalaman.
• 3. Menghargai – menunjukkan penglibatan dan komitmen
yang jelas.
• 4. Organisasi– mengintegrasi nilai baru sebagai nilai
tambah dengan memberikan penumpuan kepada nilai
tersebut.
• 5. Mencirikan/ mampamerkan nilai– mempamerkan nilai
yang baru dalam tindakan.
c. Bloom menyenaraikan enam objektif asas domain psikomotor;
• 1. mengreflek pergerakan– tindakbalas secara automatik
kepada stimulus.
2. Pergerakan asas– penghasilan paten pergerakan dalaman
daripada kombinasi pergerakan refleks.
3. Keupayaan persepsi – penterjemahan stimuli daripada
sensori kepada pergerakan yang bersesuaian.
• 4. Keupayaan fizikal- pergerakan asas dan keupayaan yang
penting kepada perkembangan pergerakan yang memerlukan
kemahiran tinggi.
5. Pergerakan berkemahiran- pergerakan yang lebih kompleks
yang memerlukan kekerapan secara efisien.
6. Pergerakan tanpa taakulan – keupayaan berkomunikasi
melalui pergerakan badan.
• Tahun 1994, pemurnian terhadap DOMAIN KOGNITIF oleh
Lorin Anderson Krathwohl sesuai dengan peredaran zaman.

KENAPA?

Psikomotor
Afektif
(skill)
(attitude)
dipraktikkan
terbentuk
sejak lahir
• Secara logiknya, interpretasi berlaku seperti
ini:
– Sebelum kita memahami sebuah konsep, mesti
mengingat.
– Sebelum kita menerapkan, mesti memahami.
– Sebelum kita menganalisa, mesti menerapkan.
– Sebelum kita mengevaluasi, mesti menganalisa.
– Sebelum kita berkreasi atau mencipta mesti
mengingat, memahami, mengaplikasi,
menganalisis dan mengevaluasi.
• Kritikan terhadap tahap pemikiran kerana tidak
semestinya berlaku secara turutan.
Bagaimana menggunakan Taksonomi Bloom?
Tujuan pembelajaran

Kompetensi yang dicapai (knowledge,


skill, attitude)

Tentukan domain

Gunakan kata kerja kunci yang sesuai

Tentukan media pembelajaran???


(domain kognitif sahaja)
Tentukan media pembelajaran
(domain kognitif sahaja)
(5) Mortimer Jerome Adler(1902-2001)
• “the best education for the best is the best
education for all”
• Menekankan pendidikan liberal dengan
mengenalkan The Paideia Proposal (1982) (liberal
education).
• 3 perkara kebiasaan untuk anak-anak:
– untuk mencari nafkah dengan cara yang bijak dan
bertanggungjawab,
– berfungsi sebagai rakyat bijak dan bertanggungjawab,
– untuk membuat kedua-dua perkara-perkara ini menjadi
tujuan bijak dan bertanggungjawab menjalanimungkin
untuk menikmati dengan sepenuhnya kehidupan
semua
barang-barang yang membuat hidup manusia baik – sesuatu
perkara yang dibolehkan.
• Kenapa kanak-kanak?
• Manifesto The Paideia Proposal – all children can
learn.
• Menolak andaian hanya sebahagian anak-anak boleh
dididik – selebihnya untuk bekerja.
• “There are no unteachable children.”
• “All children deserve the same quality of education,
not just the same quantity.”
• Kanak-kanak mesti memperoleh 3 jenis
pengetahuan:
– Merancang pengetahuan,
– Kemahiran intelektual,
– Memahami idea dan nilai.
• Bagaimana?
• Pengetahuan – ceramah/kuliah.
• Kemahiran intelektual – bimbingan dan
penyeliaan.
• Idea dan nilai – perbincangan dan soal jawab.
• Pendidikan perlu memenuhi tiga tujuan:
– untuk mengajar orang bagaimana untuk
menggunakan masa lapang mereka dengan baik,
– untuk mengajar orang untuk menyara hidup mereka
secara beretika,
– untuk mengajar orang untuk menjadi warganegara
yang bertanggungjawab.
Kesimpulan
• Falsafah dan seni penting dalam pendidikan.
• Kenapa?
• Dapat membaca fikiran sendiri dan orang lain.
• semua kanak-kanak boleh belajar
• Persekolahan yang berkualiti – ibubapa yang
bijak membentuk anak mereka.
• Sekolah yang terbaik adalah yang menjadikan
tujuan pendidikan itu umum.
• Ketua sekolah bukan hanya mentadbir semata-
mata.
(6) Robert Gagne (1965)
• Conditions of learning – internal (pengetahuan lepas) dan external
(pengetahuan semasa)
• Langkah pertama adalah mengkhususkan hasil pembelajaran yang
ingin dicapai.
• Kedua, menganjurkan langkah pengajaran yang sesuai
• Gagné memperkenalkan 9 jenis arahan (nine events of instruction)
dalam The Conditions of Learning;
1. Menarik perhatian;
2. Memberitahu objektif kepada pelajar;
3. Mengulang pengajaran lepas;
4. Membentangkan bahan-bahan sebagai stimulus;
5. Membimbing pelajar;
6. Memastikan dan mengesan pencapaian;
7. Memberikan maklumbalas;
8. Menilai pencapaian;
9. Mengukuhkan retensi dan pemindahan kemahiran.
Menarik perhatian
• Perhatian pelajar diganggu oleh banyak
perkara.
• Pentingnya guru menarik perhatian pelajar.
• Bagaimana?
• Perubahan rangsangan yang mendadak. Cth?
• Memulakan pengajaran dengan soalan
provokasi/fakta menarik
• Sediakan visual/audio yang menarik.
Memaklumkan objektif kepada pelajar

• Perlu dijelaskan pada awal kelas.


• Cara ini membantu guru bersedia secara
dalaman.
• Sebagai motivasi kepada pelajar untuk habis.
• Contoh objektif?
Mengulang pengajaran lepas
• Mengaitkan tajuk baru dengan tajuk lepas.
• Menggalakkan pelajar berfikir apa yang
mereka ada/tahu
• Merangsang ingatan terhadap sesuatu konsep
Bahan pengajaran sebagai rangsangan
• Pelajar bersedia menerima pelajaran
• Perkara baru kepada pelajar
• Diatur dengan penuh bermakna
Membimbing pelajar
• “Make the stimulus as meaningful as possible”
• Melibatkan prosedur praktikal: lihat - terang - step
by step

Memantapkan hasil pencapaian


• Menerapkan apa yang telah dipelajari
• Perlu berlatih untuk kemahiran baru/ behaviour
• Memastikan pemahaman mereka betul
• Pengulangan meningkatkan pengekalan
Memberikan maklumbalas
• Tanya “hasil pembelajarannya benar/tidak?”
• Soal jawab ketika PdP

Menilai pencapaian
• Memberi ruang soal jawab/beri kefahaman
sepenuhnya
• Pelajar menunjukkan apa yang mereka belajar
tanpa ada bantuan tambahan.
• Latihan perlu diteruskan dan diamalkan
Berusaha untuk pengekalan dan
pemindahan kemahiran
• Kita sentiasa yakin bahawa sesuatu yang baru
diperolehi akan kekal disimpan.
• Tanggapan ini benar dengan cara???
• Konsep pelajaran yang diulang akan menjamin
pengekalan/amalan
(7) Model Hilda Taba (1966)

• dikenali sebagai model pembangunan konsep


• mengembangkan kurikulum sebagai suatu proses
perbaikan dan penyempurnaan.
• mengutamakan penyusunan bahan-bahan
pengajaran dlm proses P&P.
• Juga menekankan objektif sebagai platform untuk
aktiviti di sekolah – dikenali sbg kurikulum
• Objektif memandu keputusan kurikulum spt;
 apa yang perlu disampaikan,
 apa yang perlu ditekankan,
 apa jenis isi kandungan yang perlu dipilih
 apa jenis pengalaman pembelajaran yang perlu
dititikberatkan
• kaedah yg berkesan utk mengajar kandungan
kurikulum dlm bentuk generalisasi & diskriminasi.
• Model ini mengesyorkan 4 strategi pengajaran utk
menggalakkan pemikiran kritis di kalangan murid.
Strategi Pengajaran model Taba
Pembentukan konsep
•Menyenaraikan data-data sesuatu topik
•Mengumpul & mengkategorikan data
mengikut persamaan
•Menyusun kategori-kategori data mengikut kepentingan

Interpretasi perasaan, sikap & Mengintepretasi data


nilai(domain afektif) •Membuat diskriminasi antara data
•Penyelesaian masalah dlm kategori yg berlainan
Strategi
interpersonal pengajaran •Membuat pengasingan antara
•Membincang & membuat hubungkait kesan & akibat
pertimbangan nilai •Membuat rumusan @ inferens
drpd pemerhatian

Pengaplikasi prinsip-prinsip
•Menganalisis sesuatu masalah
•Meramalkan penyelesaian masalah
(7)Menentukan bahan pembelajaran yg akan dinilai & cara-cara utk menilai
(6)Penyusunan pengalaman pembelajaran
(5)Pemilihan pengalaman pembelajaran
(4)Penyusunan bahan pembelajaran
(3)Memilih bahan pembelajaran
yg sesuai
(2)Membentuk objektif
pembelajaran
(1)Mendiagnosis
Keperluan pembelajaran
Langkah-langkah dlm Model Kurikulum Taba:
(8) Model Mauritz Johnson (1967)
• Mauritz Johnson mendefinisikan kurikulum
sebagai satu siri berstruktur hasil
pembelajaran yang dikehendaki
• mengandungi 4 komponen utama iaitu
menentukan matlamat, memilih kurikulum,
merancang kurikulum dan menilai kurikulum
Elemen-Elemen dalam Model Kurikulum Johnson

Elemen dalam
Model Johnson 1. Menentukan matlamat kurikulum

2. Memilih kurikulum

3. Merancang melaksanakan kurikulum

4. Menilai kurikulum
Menentukan matlamat
• Matlamat?
• Suatu perkara yang sudah dijangka dan bukan semata-
mata apa yang dijangka.
• Kurikulum adalah laluan mudah untuk mencapai matlamat
• Pencapaiannya bergantung kepada proses pembangunan
yang dilalui.
• Matlamat wujud dalam perkara yang dicapai – keputusan
tidak diperolehi selagi proses tidak selesai.
• Goal (potensi), result (actual) = curriculum (potensi),
learning (actual)
Alat mencapai matlamat
• Meluaskan kemudahan teknologi
• Meningkatkan latihan keguruan
• Meluaskan dan memperbaharui suasana sekolah
• Sediakan penempatan bag program baru
• Melanjutkan tahun persekolahan
• Sediakan pra tadika
• musyawarah
• Menambah kecekapan operasi sekolah
• Arahan terarah kepada individu
• Guru berkualiti tinggi
• Pengajaran berpasangan
(9) Jean Piaget (1970s-80s)
• Piaget mempengaruhi 2 sistem pendidikan:
pendidikan awal kanak2 & pendidikan moral.
Pendidikan awal kanak2- guru menggunakan teori
perkembangan kognitif sebagai alat dalam bilik
darjah.
Pendidikan moral- 2 prinsip
a. kanak2 membina idea moral secara berperingkat
b. Kanak2 membina sendiri idea mereka mengenai
dunia persekitaran (nilai moral dll)
• Empat tahap perkembangan;
1. Tahap bayi (infancy) / sensorimotor: umur 2
tahun(kanak2 belajar melalui pergerakan dan
sensori serta objek2)
2. Tahap Pra sekolah/pra operasi: umur 2-7 tahun
(menguasai kemahiran motor)
3. Tahap kanak2/operasi konkrit: umur 7-11 tahun
(kanak2 mula berfikir secara logik mengenai
peristiwa yg konkrit)
4. Tahap remaja/operasi formal: 11 tahun ke atas
(perkembangan penaakulan secara abstrak)
(10) Lawrence Stenhouse (1975)
• Merupakan model proses kurikulum
• membawa implikasi proses penyebaran apa yang
bernilai untuk dipelajari
• Pendidikan melibatkan aktiviti dan aktiviti mempunyai
nilai standard dan nilai tara kecemerlangan tersendiri
-Contoh berenang … mengetahui bagaimana drp
mengetahui tentangnya.
• Mengikut Stenhouse, kurikulum=satu perantaraan utk
murid mendapatkan pengalaman pembelajaran yg
menyeluruh.
• Menekankan Interaksi guru dengan murid, murid dengan
murid dan guru dengan bahan.
• Satu proses yang mempunyai Ciri2;
– aktif  
– dinamik 
– bukan sesuatu yang berbentuk fizikal 
– melibatkan interaksi antara guru, murid dan ilmu yang
disampaikan
– Pengurusan
– guru masuk kelas untuk mengajar, mereka membawa satu
perancangan yang akan disampaikan
– jangkaan masing-masing terhadap pencapaian murid
– Penilaian 
– Perhatian diberikan kepada interaksi guru dan murid
– Proses pembelajaran menjadi keutamaan.
(11) William Spady (1994)
• bertujuan menghasilkan pembelajaran yang
khusus sekurang-kurangnya pada tahap
minima pengetahuan dan kebolehan
seseorang pelajar.
Tiga peringkat utama proses pembelajaran tersebut iaitu :-
 Penyataan Hasil Pembelajaran
• Hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh pelajar yang merupakan
bukti bahawa pengajaran dan pembelajaran telah berlaku. Tingkahlaku
dan bahan penghasilan daripada pembelajaran tersebut boleh diukur.

 Proses Pembelajaran
• Apakah tema, konsep dan isu-isu yang pelajar harus fahami untuk
melakukan tugasan pembelajaran.
• Apakah kemahiran yang seterusnya dikuasai oleh pelajar dalam
pembelajaran.
 Hasil Pembelajaran
• Apakah yang dapat ditunjukkan oleh pelajar bagi membuktikan
bahawa mereka telah menguasai ilmu yang diperolehi dalam
pembelajaran yang telah lalu.
• Apakah kreteria kualitatif yang dapat ditunjukkan oleh pelajar bagi
membuktikan mereka telah mengikuti pembelajaran.
Hasrat Hasil
Proses Sumber
Pembelajaran Pembelajaran
Pembelajaran Pembelajaran
(ILO) (ALO)

Strategi P&P
Bahan P&P
• Masteri
• Kontekstual • Buku Teks
• Konstruktivisme • BPG
• KMD • Buku Sumber
• KBKK • Modul
• Akses Kendiri • CD
• Pembelajaran Cara Belajar • Buku Kerja
• Penggunaan ICT • Internet
• PBL • ICT
• PPSMI
MODEL-MODEL KURIKULUM ISLAM
(1) Rasullullah s.aw. (571M-632M)
(2) Imam Abu Hanifah (699-767 Masihi)
(3) Imam Malik(714-798 Masihi)
(4) Imam Syafi’i (767-854 Masihi)
(5) Muhammad Ibn Sahnun (m. 256H)
(6) Ibn Sina (m. 428H)
(7) Imam al-Ghazali (450-505H)
(8) Ibn Khaldun (m. 808H)
(9) Muhammad Abduh (1849-1905)
(10) Hasan Langgulung (1989)
(11) Syed Muhammad Naguib Al Attas (1992)
(12) Al-Qabisi
(1) Rasullullah s.aw. (571M-632M)
• Kurikulum yang didedahkan oleh Rasulullah sama ada di Mekah atau pun Madinah bertujuan
melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal dan spiritual agar memperolehi kebahagian di
dunia dan akhirat.
• Kurikulum yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. ini kemudiannya diwarisi oleh para sahabat
termasuk pengumpulan dan pembukuan al-Quran dan Hadis yang membawa kepada pengenalan
ilmu tafsir, usuludin, fiqah, dan ilmu-ilmu lain.
• Matlamat pendidikan Islam : melahirkan insan yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t
dan menajuhi larangan melalui bimbingan agama,akhlak,akal,emosi dan kemahiran

• Kurikulum :
• Akidah : rukun iman mengEsakan Allah dan melarang mensyirikkannya dengan berhala dan
sebagainya. Beriman kepada rasul-rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w. Beriman kepada kitab-
kitab termasuk Al-Quran wahyu daripada Allah s.w.t. Beriman kepada hari akhirat,manusia akan
dihidupkan semula untuk mendapat pembalasan baik atau sebaliknya
• Syariah : Bersolat : hanya Allah sahaja yang disembah. Konsep wajib, sunat ,halal, haram, harus
dalam melaksanakan tanggungawab
• Akhlak : Konsep amar maaruf spt hormat-menghormati, tolong menolong, jujur,amanah, berkata
benar. Konsep nahi mungkar iaitu larangan berzina,berdusta dan membunuh anak perempuan
Pelaksanaan pendidikan di Mekah :
• Secara senyap atau rahsia atau  sirriyah : kepada kaum keluarga dan sahabat
terdekat seperti isterinya Khadijah,Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar as Siddiq
yang berpusat di rumah Arqam bin Abi Arqam berlangsung selama 3 tahun.
• Secara terang-terangan : Diperintah oleh Allah s.w.t selama 10 tahun.
Ditujukan kpd kaum kerabat spt keluarga Abdul Mutalib dengan berceramah
di rumah Ali bin AbiTalib. Ada keluarga yangmenerima dan ada yang
menentang terutamanya Abu Lahab bapa saudara baginda.
• Dakwah terbuka kepada orang ramai : - Di Bukit Safa  – dihadiri olehsemua
ketua-ketua pentadbir Mekah spt ketua Bani Abdul Mutalib, Bani Zahrah,
Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad. Abu Lahab mengganggu dakwah
Nabi Muhammad s.a.w .
• Cara nabi mendidik : menunjukkan contoh teladan dan akhlak yang baik.
Nabi sendiri tidak pernah berdusta. Menyampaikan dengan hikmah
berbincang lemah lembut, sabar dan doa. Menanamkan keimanan
Kurikulum dan pelaksanaan pendidikan di Madinah :

• Peluasan ajaran Islam : Aqidah – diteruskan menanam keimanan. Akhlak – akhlak manusia diteruskan
dengan kemasyarakatan seperti muamalah, kejiranan,  Kenegaraan – kewajipan mendirikan solat Jumaat,
mengerjakan puasa, haji, zakat, kekeluargaan di  tambah dengan ibadat sunat
• Institusi pengajian : Masjid Nabawi – pusat pendidikan Islam serambi bersambung dengan masjid disebut
al Suffan
• Mempelajari bahasa asing : Rasulullah s.a.w menghantar para sahabat belajar bahasa asing untuk
sebarkan  /pendidikan Islam cth: Muaz bin Jabal ke Yaman, Abdullah bin Mas-ud ke Kufah, Abu Musa Al-
Asyaari ke Basrah.
• Pendidikan untuk semua : Rasulullah memberi peluang dan membuka ruang kepada semua orang untuk
belajar sejajar dengan tuntutan dalam hadis yang bermaksud “ menuntut ilmu wajib bagi semua umat
Islam.” Terdapat satu hari khas untuk mengajar kaum wanita. Saidatina Aishah menjadi rujukan para
muslimat.
• Pendidikan membaca dan menulis : Individu yang boleh membaca dan menulis diarahkan mencatat
wahyu. Rasulullah mengarahkan orang yang boleh membaca dan menulis supaya mengajar orang lain.
Contoh: Tawanan perang Badar yang tahu membaca dan menulis dikehendaki mengajar kanak-kanak Islam
sehingga pandai untuk membebaskan diri mereka.
• Pendidikan fizikal : Rasulullah menggalakkan menunggang kuda, memanah, berenang.  “otak yang cergas
terletak di badan yang sihat”
(2) Imam Abu Hanifah (699-767 Masihi)
• Menekankan keperluan kurikulum pendidikan yang relevan dengan keadaan semasa
bagi membolehkan para pelajar menangani persoalan zamannya
• tidak terikat dengan kurikulum yang jumud (statik). Para pelajar mestilah diberikan
persiapan yang membolehkan mereka menyahut cabaran semasa
• mereformasikan metod pengajaran agar intipati al-Quran dan Sunnah dapat
diaplikasikan dengan sebaik mungkin dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat
• Menurut beliau, syariat Islam bertujuan menyelesaikan masalah masyarakat,
bukannya terasing dari masyarakat.
• Kaedah Qiyas (ukuran/persamaan), Ijtihad (mengerah bersungguh2) dan Istihsan
(kecenderungan) menjadi sumber-sumber bagi mengistinbat (mengeluarkan rumusan)
hukum dalam mazhab Hanafi yang dipimpin oleh Abu Hanifah dan muridnya
Muhammad Ibn al-Hasan kerana mereka mahu hukum Islam yang terhasil adalah
berasaskan kemaslahatan (kepentingan) dan realiti tuntutan semasa masyarakat.
(4) Imam Malik(714-798 Masihi
• berinisiatif menghubungkan di antara
kesesuaian kurikulum dengan keperluan
semasa masyarakat Madinah.
• setiap negeri-negeri Islam wajar mengambil
kira persoalan tempatan dan kondisi semasa
seperti keadaan iklim, geografi, adat tradisi
(budaya), sosial masyarakat dan sebagainya.
(4) Imam Syafi’i (767-854 Masihi)
• melaksanakan reformasi pendidikan agar lebih progresif dan berkesan.
• Beliau tidak mahu membataskan pengajaran ilmu kepada bidang Akidah dan
Syariah sahaja.
• Menyarankan agar ilmu sains dimasukkan ke dalam silibus pendidikan.
• Dalam buku biografinya Manaqib al-Syafi’i, diceritakan bahawa Imam Syafi’i
amat dukacita atas kecuaian umat Islam pada zaman itu yang meninggalkan
pengajian ilmu perubatan dan menyerahkan ilmu tersebut kepada orang-
orang Yahudi dan Kristian. Ini terjadi akibat salah faham umat Islam yang
merasakan bahawa ilmu perubatan adalah ilmu keduniaan (sekular) yang
tidak perlu dikuasai kerana tidak ada kaitan dengan keagamaan.
• Walaupun Imam Syafi’i lebih dikenali sebagai ulama fiqh, namun beliau
memberi sumbangan yang tidak kurang hebatnya dalam bidang perubatan,
astronomi, sastera dan sejarah.
• Dalam kurikulum pengajarannya, beliau telah memasukkan ilmu kemahiran
memanah dan menunggang kuda.
(5) Muhammad Ibn Sahnun (m. 256H)
• Ibnu Sahnun =salah seorang tokoh pendidik angkatan pertama
dikalangan umat Islam, (sebagai ahli fiqh yang bermazhab Maliki).
• Pemikiran Ibnu Sahnun mengenai pendidikan banyak berkaitan
tentang perilaku pendidik, dan kompetensi pendidik itu sendiri
(tanggung jawab dalam mengajar,kemampuan serta kapasiti ilmu)
• Kurikulum
• Ibnu Sahnun membahagi kurikulum pendidikan kepada dua
bahagian,
 kurikulum wajib(al-Qur’an hadits, dan fiqh)
 kurikulum pilihan(ilmu hisab, syair, al-Gahrib (kata-kata sulit), bahasa
Arab, dan ilmu nahwu.
• Menurut Ibnu Sahnun, kurikulum dan kaedah pengajaran adalah berbeza. Kurikulum
adalah satu istilah yang menjelaskan tentang kuantiti dan kualiti bahan yang diajarkan,
manakala kaedah pula menjelaskan tentang cara-cara penyampaian di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. 
• Menurutnya kurikulum wajib seperti subjek Al-Quran mesti dipelajari oleh semua
Pelajar tanpa mengira bidang pengkhususan. (Malah disyaratkan untuk menyambung
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, anak didik mestilah mengkhatamkan Al-Quran terlebih
dahulu).
• Sementara kurikulum pilihan, Ibnu Sahnun telah menawarkan subjek-subjek pilihan
seperti Ilmu Hisab, Syair, Bahasa Arab, Kaligrafi, Pidato dan subjek-subjek yang
diperlukan oleh anak didik bagi keperluan kehidupan mereka ketika itu. 
• Dalam konteks sekarang, anak didik perlu dibekali dengan kemahiran dan keterampilan
sesuai dengan bakat yang dimilikinya dan keperluan semasa.(agar anak didik tidak
hanya menguasai bidang akademik semata, tetapi juga mampu merialisasikannya dalam
bentuk amali.)
• Beliau juga menitikberatkan peranan pendidik sebagai pelaksana utama
dalam pendidikan yang kini dikenal sebagai Teori Pemusatan Guru.
• Para pendidik hendaklah memiliki ilmu yang mendalam, mempunyai
hubungan yang baik dengan ibu bapa dan Pelajar.
• Pendidik hendaklah bijak mengurus bilik darjah sebagai mekanisme
utama dalam mempastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar.
• Menurut Ibnu Sahnun peranan pendidik adalah luas dan tidak hanya
terhad di dalam  bilik darjah. Seorang pendidik seharusnya memberikan
perhatiannya terhadap anak didik secara berterusan dan memantau
mereka di mana sahaja, sama ada di rumah mahupun ditengah-tengah
masyarakat. Inilah satu tanggungjawab yang besar dan harus dipikul oleh
seorang pendidik.
(6) Ibn Sina (m. 428H)
Falsafat ilmu.
• Menurut Ibnu Sina falsafah ilmu terbahagi kepada 2;
ilmu yang tak kekal
ilmu yang kekal

Tujuan utama pendidikan adalah untuk mencapai kebahagiaan (sa’adat);


• Tujuan pendidikan harus diarahkan pada pengembangan seluruh potensi yang dimiliki seseorang ke arah
perkembangannya yang sempurna, 1aitu perkembangan fizikal, intelektual dan budi pekerti.
• Selain itu tujuan pendidikan harus menyediakan seseorang untuk hidup bermasyarakat sesuai dengan bakat,
kemahiran, kecendrungan dan potensi yang dilmilikinya.
• Tujuan pendidikan juga tidak melupakan pembinaan fizikal dan segala sesuatu yang berkaitan dengannya seperti
olah raga, makan, minum, tidur dan menjaga kebersihan.

Konsep Ibn Sina tentang kurikulum didasarkan pada tingkat perkembangan usia pelajar.

• Untuk usia 3 sampai 5 tahun menurut Ibn Sina perlu diberikan mata pelajaran olah raga(utk pertumbuhan
fizikal dan fungsi organ secara optimum), budi pekerti (sopan santun), kebersihan (mencintai kebersihan),
seni suara dan kesenian (perkembangan emosi dan imaginasi).
• Untuk usia 6-14 tahun menurut Ibn Sina: perlu diberikan pelajaran membaca dan menghafal Al-Quran,
pelajaran agama, pelajaran syair dan olah raga. Pelajaran membaca dan menghafal al-Quran menurut Ibn
Sina berguna di samping untuk mendukung pelaksanan ibadah yang memerlukan bacaan ayat-ayat al-
Quran, fiqih, tauhid, akhlak dan pelajaran agama lainnya yang bersumber utama melalui al-Quran.
sambung

• Untuk usia 14 ke atas; mereka diberi mata pelajaran teoritis


dan praktis. (ilmu tentang akhlak, bentuk, pergerakan dan
perubahan,kewujudan dan kehancuran, perubatan, astrologi,
kimia dan fizikal. Ia juga merangkumi ilmu akhlak yang
mengkaji tentang cara-cara pengurusan tingkahlaku
seseorang, ilmu pengurusan rumah tangga, iaitu ilmu yang
mengkaji hubungan antara suami dan isteri, anak-anak,
pengaturan kewangan dalam kehidupan rumah tangga.

konsep kurikulum yang ditawarkan Ibn Sina memiliki tiga ciri.


 Pertama, konsep kurikulum Ibn Sina tidak hanya terbatas pada sekadar
menyusun sejumlah mata pelajaran, tetapi juga disertai dengan penjelasan
tentang tujuan dari mata pelajran tersebut, dan mengapa mata pelajaran itu
harus diajarkan. Selain itu Ibn Sina juga sangat mempertimbangkan aspek
psikologis, iaitu minat dan bakat para pelajar.
sambung

Kedua, strategi penyusunan kurikulum yang ditawarkan Ibn


Sina juga didasarkan pada pemikiran yang bersifat pragmatis-
fungsional,iaitu dengan melihat dari segi kegunaan dari ilmu
dan keterampilan yang dipelajari dengan tuntutan masyarakat
atau berorientasi pasaran (Market Oriented). Dengan cara
demikian, setiap lulusan pendidikan akan dapat memenuhi
pelbagai bidang pekerjaan.

Ketiga, strategi pembentukan kurikulum Ibn Sina sangat


dipengaruhi oleh penglaman yang terdapat dalam dirinya
(kepakaran). Pengalaman peribadinya dalam mempelajari
pelbagai ilmu dan keterampilan cuba diterapkan dalam
konsep kurikulum.
Model Kurikulum Ibnu Sina
Tujuan (Objektif)

Penyusunan Kandungan (pragmatis Functional)

Kemahiran Bidang Ilmu (Kepakaran)


(7) Imam al-Ghazali (450-505H)
• Imam al-Ghazali adalah antara ulama pembaharuan yang mendalami pelbagai bidang sama ada
akademik, agama, politik, sosial dan tamadun zamannya.
• Imam Al-Ghazali mengistilahkan pendidikan anak-anak dengan istilah ‘Riadhatus Sibyan’. Beliau
telah menyatakan pentingnya para ibu bapa memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka
untuk memastikan mereka membesar sebagai seorang muslim dan mukmin yang benar-benar
memahami tugas dan tanggungjawab mereka terhadap agama, diri, keluarga, masyarakat, negara
dan dunia.
• mengkonsep ilmu secara sistematis menjadi dua ;( Ihya’ Ulumuddin jilid pertama)
 ilmu fardhu ‘ain  
 fardhu kifayah. Konsep ini ditulis dalam salah satu magnum opusnya, .

• Ilmu fardhu ‘ain – adalah ilmu-ilmu yang berkenaan dengan perbuatan yang wajib akan
dilaksanakan. Cth, orang yang akan berniaga wajib mengetahui hukum-hukum fiqh perniagaan, bagi
yang akan menunaikan haji wajib baginya memahami hukum-hukum haji. Dan ilmu-ilmu yang
berkaitan dengan persoalan-persoalan yang harus ditinggalkan seperti sifat-sifat tidak terpuji dan
lain-lain.
• Ilmu fardhu kifayah adalah ilmu yang wajib dipelajari oleh sebahagian masyarakat Islam, bukan
seluruhnya. Dalam fardhu kifayah, kesatuan masyarakat Islam secara bersama memikul tanggung
jawab (Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin jilid 1).
Sistem Pendidkan
• Pendidikan dasar dan menengah;pengajaran ilmu fardhu ‘ain diperkuat.
Menekankan akidah dan praktikal.

• Empat bidang penting menurut al Gahazli;


 akidah sebagai bidang teratas
 tarbiyah ruhiyah, fiqh dan pola hubungan dengan masyarakat (sosiologi)
bidang hikmah (mencakuip ilmu-ilmu teknikal, pengurusan dan pengetahuan-
pengetahun yang diperlukan oleh masyarakat). Bidang ini termasuk dalam
lingkaran ilmu fardhu kifayah
 Cross bidang atau berkorelasi

• Pada tahap pendidikan tinggi, mahasiswa diberi rangsangan untuk


menggali konsep-konsep Islam yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan.
• Gagasan penting penting yang dikemukakan oleh al-Ghazali adalah sebagai berikut:

1. menjadikan kedekatan diri kepada Allah dan kebahagiaan dunia dan akhirat
sebagai tujuan, dengan menetapkan kebahagiaan akhirat sebagai tujuan akhir dan
hakiki; 

2. tujuan akhir berupa kebahagiaan akhirat dapat dicapai_dengan dimilikinya


kebahagiaan di dunia berupa kesempurnaan al-nafs, kesempurnaan al-jism,
kesempurnaan kemanusiaan dan kesempurnaan taufiq, dengan kata lain kebahagiaan
di dunia hanyalah merupakan alat dan pelengkap bagi terwujudnya kebahagiaan
akhirat;

3. tujuan hanya dicapai dengan ilmu dan amal yang didalamnya mengandung tiga
domain, iaitu domain afektif, kognitif dan psikomotor;
4. ilmu yang dijadikan sebagai kurikulum harus meliputi ilmu keduniaan dan keahkiratan
yang terpuji, baik dalam bentuki ilmu fardhu `ain, fardhu kifayah dan mubah(harus);

5. kurikulum harus dipandang sebagai ilmu yang kukuh, dengan menjadikan ilmu akhirat
fard `ain sebagai titik sentral dan ukuran bagi pengembangan bidang ilmu lainnya;

6. secara vertikal ilmu tidak diklasifikasikan berdasarkan tahap pendidikan, tetapi


dilihat berdasarkan tingkat ilmu itu sendiri berdasarkan tuntutan kewajiban peribadi
muslim sebagai hamba Allah.
7. dalam sistem pelaksanaan dianjurkan agar dalam pelaksanaan kurikulum diberikan
secara berkesinambungan sesuai dengan tingkat ilmu itu sendiri berdasarkan tingkat
beban kewajiban agama dan bertahap berdasarkan kemampuan pelajar dan berdasarkan
pertimbangan masyarakat.
Selain itu ilmu yang ingin dipelajari perlu diberikan kebebasan sepenuhnya kepada
pelajar
Model Kurikulum Al Ghazali
Ilmu & Amal (Psikomotor, Kognitif, Afektif)

Kebahagiaan Dunia & Akhirat


(8) Ibn Khaldun (m. 808H)
• Pendidikan menurut Ibnu Khaldun adalah mentransformasikan nilai-nilai yang
diperoleh dari pengalaman untuk dapat memepertahankan kewujudan manusia
dalam peradaban masyarakat. 
• Tiga tujuan pendidikan Islam;
 peningkatan kecerdasan dan kemampuan berpikir,
peningkatan nilai kemasyarakatan,
peningkatan kerohanian manusia.
 Rumusan tujuan; pendidikan Islam mampu membinakan manusia yang bersedia
menghadapi berbagai fenomena sosial yang ada disekitarnya.
• Ibnu Khaldun menggariskan tiga elemen kurikulumnya sendiri setelah membuat
memperbandingkan kurikulum pada persekilahan rendah yang terjadi di negara-
negara Islam +Barat dan Timur;
pertama, kurikulum sebagai alat bantu pemahaman (ilmu bahasa, ilmu nahwu, balagah dan
syair).
Kedua, kurikulum sekunder iaitu subjek2 yg menyokong pemikiran Islam (seperti logika,
fizikal, metafizik, dan matematik).
Ketiga kurikulum primer iaitu inti pati ajaran Islam (ilmu Fiqh, Hadis, Tafsir, dan sebagainya).
 Ibnu Khaldun telah mengklasifikasikan ilmu pengetahuan yang banyak dipelajari manusia
pada waktu itu kepada dua iaitu:
1. Ilmu-ilmu tradisional (Naqliyah)
Ilmu naqliyah adalah yang bersumber dari al-Qur’an dan Hadits , termasuk ilmu tafsir,
ilmu qiraat, ilmu hadits, ilmu usul fiqh, ilmu fiqh, ilmu kalam, ilmu bahasa Arab, ilmu
tasawuf.
2.Ilmu-ilmu filsafat atau rasional (Aqliyah)
Ilmu ini bersifat alami bagi manusia, yang diperolehnya melalui kemampuannya untuk
berfikir. Menurut Ibnu Khaldun ilmu-ilmu filsafat (aqliyah) ini dibagi kepada empat ilmu
iaitu: a. Ilmu logika, b. Ilmu fizikal, c. Ilmu metafizik dan d. Ilmu matematik.
 Ibnu Khaldun membahagi ilmu berdasarkan kepentingannya bagi anak didik kepada
empat elemen berdasarkan kegunaan dan prioriti mempelajarinya;
1. Ilmu agama (syari’at), yang terdiri dari tafsir, hadits, fiqh dan ilmu kalam.
2. Ilmu ‘aqliyah, yang terdiri dari ilmu kalam, (fisizal), dan ilmu Ketuhanan (metafizik)
3. Ilmu alat yang membantu mempelajari ilmu agama (syari’at), yang terdiri dari ilmu
bahasa Arab, ilmu hisab dan ilmu-ilmu lain yang membantu mempelajari agama.
4. Ilmu alat yang membantu mempelajari ilmu filsafat, iaitu logika.
• Peranan pendidik hendaknya memberikan
pemasalahan yang bersifat umum dan
menyeluruh, dengan memperhatikan
kemampuan akal anak didik dan mengekpolasi
penyelesaian bersama.
• Ibnu Khaldun juga menekankankan keutamaan
metode perbincangan serta aplikasi dan
mengurangkan aktiviti penghafalan.
(9) Muhammad Abduh (1849-1905)
• Muhammad Abduh membawa pembaharuan dalam pendidikan,berkaitankurikulum, metode mengajar dan pendidikan
wanita.
• Gibb dalam salah satu karya terkenalnya, Modern Trends in Islam, menyebutkan empat agenda pembaharuan
Muhammad Abduh. :
1. Purifikasi
Purifikasi atau pemurnian ajaran Islam telah mendapat tekanan serius dari Muhammad Abduh berkaitan dengan
munculnya bid`ah dan khurafat yang masuk dalam kehidupan beragama kaum muslim. Dalam pandangan Muhmmad
Abduh, seorang muslim diwajibkan mengindarkan diri dari perbuatan dari perbuatan Syirik (lihat QS.6:79).
2. Reformasi
Reformasi pendidikan tinggi Islam difokuskan Muahammad Abduh pada universiti cont; Al-Azhar.
Muhammad Abduh menyatakan bahwa kewajiban belajar itu tidak hanya mempelajari buku-buku klasik berbahasa
Arab yang berisi dogma ilmu kalam untuk membela Islam. Akan tetapi, kewajiban belajar juga terletak pada
mempelajari sains-sains modern, serta sejarah dan agama Eropah, agar diketahui sebaba-sebab kemajuan yang telah
mereka capai.
Usaha awal reformasi Muhammad Abduh adalah memperjuangan subjek falsafah agar diajarkan di Al-Azhar. Dengan
belajar filsafat, semangat intelektualisme Islam yang padam diharapkan dapat dihiduipkan kembali
3. Pembelaan Islam
Muhammad Abduh mempertahankan identiti diri Islam dengan menghilangkan unsur-unsur asing.
serta mengfokus kepada serangan-serangan terhadap agama Islam dari sudut keilmuan.
4. Reformulasi
Agenda reformulasi tersebut dilasanakan Muhmmad Abduh dengan cara membuka kembali pintu ijtihadd. Menurutnya,
kemunduran kaum muslim disebabkan oleh dua faktor iaitu intelnal dan eksternal. Muhammad Abduh dengan
refomulasinya menegaskan bahwa Islam telah membangkitkan akal fikiran manusia dari tidur panjangnya. Manusia
tercipta dalam keadaan tidak terkekang.
• Muhammad Abduh menekankan pendidkan formal dan non formal.
• Tujuan pendidikan adalah mendidik akal dan jiwa dan menyampaikannya kepada batas-batas kemungkinan seseorang
mencapai kebahagiaan hidup didunia dan akhirat”

• Kurikulum Muhammad Abduh :


1. Kurikulum al-Azhar
Kurikulum perguruan tinggi al-Azhar disesuaikannya dengan keperluanan masyarakat pada masa itu. (ilmu falsafah, logik
dan ilmu pengetahuan moden)
2. Tingkat Sekolah Dasar
Ia beranggapan bahwa dasar pembentukan jiwa agama perlu bermula semenjak usia kanak-kanak. Oleh itu, mata
pelajaran agama hendaklah dijadikan dasar semua mata pelajaran yg lain Pandangan ini mengacu pada anggapan bahwa
ajaran agama (Islam) merupakan dasar pembentukan jiwa dan pribadi muslim serta memiliki jiwa kebersamaan dan
nasionalisme untuk dapat mengembangkan sikap hidup yang lebih baik, sekaligus dapat meraih kemajuan.
3. Tingkat Atas
ia mendirikan sekolah menengah untuk menghasilkan ahli dalam berbagai lapangan administrasi, ketenteraan, kesihatan,
peridustrian dan sebagainya termasukpendidikan agama. Sejarah Islam, dan kebudayaan Islam.
Di Madrsah-madrash yang berada di bawah naungan al-Azhar, Abduh mengajarkan ilmu Mantiq, Falsafah dan tauhid,
• Ketiga2 pakej kurikulum diatas merupakan gambaran umum dari kurikulum pelajaran agama yang diberikan dalam setiap
tahap dengan penekanan kepada fiqh, sejarah Islam , akhlak dan bahasa.
• Muhammad Abduh tidak memasukkan ilmu-ilmu barat kedalam kurikulum yang direncanakan.
• Dalam bidang metode pengajaran iapun
membawa cara baru dalam dunia pendidikan
saat itu dengan byk mengaplikasi metod
perbincangan bagi memberikan tingkat
pemahaman yg tinggi kpd pelajar.
• M. Abduh mengkritik penerapan metode
hafalan tanpa pengertian yang umumnya
dipraktikkan disekolah-sekolah saat itu,
terutama sekolah agama.
(10) Hasan Langgulung (1989)
• Menurut Hasan langgulung istilah pendidikan yang dalam bahasa inggris adalah education, berasal dari
bahasa latin iaitu educere, yang bererti memasukkan sesuatu/ilmu ke kepala seseorang.
• Dalam hal ini menurut beliau ada tiga hal yang terlibat iaitu: ilmu, proses memasukkan ke kepala , ilmu kekal
dalam fikiran
• Dalam makna yang lebih luas hasan langgulung mengertikan pendidikan sebagai usaha memindahkan nilai-
nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat.
• Pendidikan suatu tindakan (action) yang diambil oleh suatu masyarakat, kebudayaan, atau peradaban untuk
memeneruskan
• Pendidikan itu amat penting bagi manusia dalam menjalani kehidupannya di dunia ini agar mendapatkan
kebahagiaan dan kesejahteraan.
• fungsi-fungsi pendidikan :
1. Menyediakan generasi akan datanguntuk memegang peranan-peranan tertentu dalam masyarakat. Peranan
disini berkaitan dengan kelanjutan hidup (survival) masyrakat itu sendiri.
2. Memindahkan ilmu pengetahuan yang bersangkutpaut dengan peranan-peranan tersebut dengan generasi
tua kepada generasi muda.
3. Memindahkan nilai-nilai yang bertujuan untuk memelihara keutuhan dan kesatuan masyrakat yang menjadi
syarat mutlak untk kelanjutan hidup (survival) suatu masyarakat dan peradaban.
• 4.Sebagai sebuah proses pemindahan nilai-nilai pada suatu masyarakat kepada setiap individu yang ada
didalamnya (melalui pengajaran, latihan atau indokrinasi iaitu proses yang melibatkan seseorang meniru atau
mengikuti apa yang diperintahkan oleh orang lain).
• Dasar yang menjadi acuan pendidikan Islam merupakan sumber nilai
kebenaran dan kekuatan yang dapat mempersediakan pelajar kearah
kecemerlangan
• Dasar yang terpenting dalampendidikan islam menurut hasan
langgulung adalah al-quran dan hadits.
• Tujuan pendidikan pada dasarnya merupakan perubahan yang
diinginkan dan diusaha dalam proses pendidikan, baik pada aspek
tingkah laku individu dalam kehidupan pribadinya mahupun
kehidupan bermasyarakat serta alam sekitarnya.
• Menurut hasan langgulung, tujuan pendidikan merupakan perkara
yang terpenting, sebab ia menentukan kandungan dan metode
pendidikan
• Tujuan akhir pendidikan islam itu dapat di nyatakan sebagai berikut:
-persiapan dunia dan akhirat
-kewujudan diri sesuai dengan pandangan islam.
-persiapan menjadi warga Negara yang baik.
-perkembangan yang menyeluruh dan bersepadu bagi pribadi pelajar
(tidak split personality)

• kurikulum mencakupi 4 :
-Tujuan yang berasal dari falsafah,
-Pengetahuan yang berasal dari teori,
-Cara mengajarkan pengetahuan diambil dari falsafah dan lain-lain,
-Ditentukan melalui penilaian (evaluasi)
(11) Syed Muhammad Naquib Al Attas (1992)
• Dalam bahasa Arab, terdapat tiga terminologi yang merujuk kepada konsep pendidikan, yakni
Ta’lim, Tarbiyah dan Ta’dib.
• Naguib al-Attas memberikan pengertian kritis tentang penggunaan ketiga istilah tersebut.
Istilah Tarbiyah, menurutnya menggambarkan pendidikan Islam terlalu dipaksa. Pengertian
yang terkandung di dalam istilah tersebut tidak mewakili hakikat dan proses pendidikan Islam
secara penuh. Kerana itu, ia meyakini bahwa istilah tersebut tidak tepat digunakan untuk
mengertikan pendidikan Islam
• Naguib al-Attas menawarkan sebuah istilah yang dianggapnya dapat menggambarkan
pengertian pendidikan Islam dalam keseluruhan yang fundamental danlebih cenderung
menggunakan istilah ta’dib untuk konsep pendidikan, bukan tarbiyah. Alasannya bahwa kata
tarbiyah secara semantik tidak khusus ditujukan untuk mendidik manusia, akan tetapi dapat
dipakai pada species lain, seperti mineral, tanaman dan haiwan. Selain itu tarbiyah
berkonotasi material yang mengandung erti: mengasuh, menanggung, memberi makan,
mengembangkan, memelihara, membuat, menjadika bertambah dalam pertumbuhan,
membesarkan, memproduksi hasil-hasil yang sudah matang dan menjinakkan. Sementara
ta’dib sasarannya jelas yakni khusus hanya untuk manusia. (Naguib al-Attas, 1992:66-67).
• Dalam istilah ta’dib, pengetahuan lebih ditonjolkan daripada kasih sayang.
Dalam sturktur konseptualnya ta’dib sudagh mencakupi unsur-unsur
pengetahuan (‘ilm), pengajaran (ta’lim) dan pengasuhan yang baik
(tarbiyah).

Dari sini Naguib al-Attas melihat ta’dib sebagai suatu sistem pendidikan
Islam yang didalamnya terdiri dari tiga sub sistem 1aitu: pengetahuan (‘ilm),
pengajaran (ta’lim) dan pengasuhan yang baik (tarbiyah). Jadi tarbiyah
dalam konsep Naguib al-Attas merupakan satu dari sub sistem yang berasal
dari ta’dib
• Tujuan Pendidikan Islam
lebih menitikberatkan pada pembentukan aspek pribadi individu dari pada
masyarakat kerana dengan pembinaan diri pribadi individu menjadi baik,
maka secara automatik akan menghasilkan masyarakat yang baik
• Menurut Naguib al-Attas, dalam penyusunan kurikulum
pendidikan yang terlebih dahulu ditetapkan adalah ruang
lingkup dan kandungan ilmu pada tingkat universiti.
Kemudian ke tahap2 yg lebih rendah (model kpd yg lebih
rendah)
• pemikiran Naguib al-Attas adalah lebih mengarah kepada
pendidikan yang bercorak moral-religious dengan tetap
menjaga keseimbangan dan keterpaduan sistem.
• Perkara ini tersirat dalam konsepnya tentang adab yang
menurutnya telah mencakupi konsep ilmu dan amal.
• Latar belakang tokoh – kehidupan, pendidikan.
• Sumbangan dalam bidang pendidikan.
• Pandangan berkenaan kurikulum dalam
pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai