Anda di halaman 1dari 5

Tempat

Penanda aras ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Paroi, 70400 Jln Kuala Pilah, Seremban.

PENANDA ARAS SEKOLAH PEMILIHAN PENANDA ARAS. Pemilihan telah dilakukan untuk memilih penanda aras yang terbaik. Berikut merupakan lokasi-lokasi sekolah yang berpotensi menjadi penanda aras : 1. Makmal ICT / computer 2. Makmal Sains 3. Perpustakaan

Makmal komputer : Di dalam makmal komputer, terdapat lebih kurang 40 buah

computer.kebanyakkan komputer yang berada di dalam makmal komputer adalah tidak elok. Sesetengahnya adalah rosak. Makmal komputer dilengkapi dengan system penghawa dingin serta kerusi untuk kegunaan dan keselesaan para pelajar.

Makmal sains : Keadaan makmal sains adalah baik dan sempurna. Makmal sains dilengkapi dengan skrin untuk penggunaan LCD. Peralatan di dalam makmal adalah mencukupi. Semua peralatan makmal adalah di dalam keadaan baik dan sempurna. Bahan bantu mengajar juga telah disediakan oleh pihak pengurusan bagi membantu guru mengajar. Selain dari itu, alatan yang cukup memberi keistimewaan dan menjarakkan sekolah ini dari sekolah yang lain ke arah kecemerlangan.

Perpustakaan Keadaan di perpustakaan adalah baik. Susun atur meja dan rak buku yang kreatif telah memanfaatkan banyak ruang di perpustakaan. Pelajar-pelajar suka datang ke perpustakaan untuk membaca dan mengulang kaji pelajaran.

Kesimpulan Melalui pemerhatian dari pelbagai aspek, kata putus ditentukan dengan menjadikan makmal sains Sekolah Kebangsaan Paroi sebagai penanda aras bagi sekolah-sekolah di daerah itu.

Anda mungkin juga menyukai