Anda di halaman 1dari 27

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

PROGRAM BINA INSAN GURU 2/09

16-19 FREBRUARI 2009

PISMP PENDIDIKAN KHAS 1, PENDIDIKAN KHAS 2,


PENDIDIKAN KHAS 3 DAN PENDIDIKAN KHAS 4
AMBILAN JANUARI 2009

NAMA: NURUL 'AFIFAH BINTI AZHAR

NO I/C: 890819-08-5370

UNIT: PISMP PENDIDIKAN KHAS 3

NAMA MENTOR: EN. ABDUL SALAM BIN MOHAMED IBRAHIM


LATAR BELAKANG PROGRAM BINA INSAN GURU

PENDAHULUAN

Program Bina Insan Guru (BIG) adalah suatu wahana ke arah pembinaan
dan pembentukan kualiti insan guru yang telah dihasratkan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini
melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan
Kepujian. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam
kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang
dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri
sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan
guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi
serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan
dan arus globalisasi.

Pelaksanaan BIG lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik


darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha
memperkasa ilmu, kemahiran,daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di
kalangan pelajar. Di samping program ini dan aktiviti yang dirancang secara
khusus , usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga dapat diperkukuhkan
lagi melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pedidikan Guru (IPG).
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbngan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik bersedia


menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik,progresif dan berdisiplin.

VISI BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Untuk mewujudkan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi
kualiti bagi memenuhi aspirasi Negara di Malaysia.

MISI BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Untuk membangunkan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk


melahirkan guru yang cemerlang dan bersedia memenuhi aspirasi negara.
OBJEKTIF BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

1. Mengeluarkan guru pemulaan yang mencukupi untuk sekolah rendah dan


menengah
2. Membina insan guru berakhlak mulia, berilmu, kreatif, ikram dan berdaya
tahan yang boleh mendidik murid dengan cekap dan berkesan

3. Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara


berterusan

4. Mengembangkan institusi perguruan sebagai pusat khidmat rujukan


dalam bidang keguruan.
PROGRAM BINA INSAN GURU

MATLAMAT PROGRAM BIG

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru


yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya
ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras denagn prinsip
Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Guru.

Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program


pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah
mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula
dengan Perkhemahan ! ( 4 hari 3 malam) yang akan dilaksanakan pada awal
semester pertama.

Aktiviti perkhemahan ini dijalankan adalah bertujuan memberi


pendedahan awal kepada para guru pelatih tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru
yang unggul mencukupi enam domain utama dalam kandungan kurikulum BIG.
Fokus utama aktiviti perkhemahan ini adalah memberi keutamaan peluang
kepada para guru pelatih.
OBJEKTIF PROBIG

1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada


keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.
2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu
tindakan,amalan atau aktiviti.

3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika, dan akhlak keguruan.

4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta


membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang


tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.

6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan


menyelesaikan masalah.

7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, mental, rohani


(spritual) dan sosial.

8. Memupuk semangat sepasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab


dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

9. Berupaya berfikir secara refleksi dan kritikal ke atas pengalaman,


kekuatan, dan kelemahan diri serta ,mengambil tindakan
penambahbaikan secara berterusan.
PERATURAN DAN ARAHAN TETAP SEMASA PROGRAM
PERKHEMAHAN BIG

Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu
dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya program dan aktiviti yang dirancang
dapat berjalan, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.

Peraturan dan arahan tetap adalah seperti ini :

1. Peserta mesti mematuhi semua arahan , jadual aktiviti, dan


melibatakan siri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG.

2. Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal


dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

3. Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan


mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang tempoh perkhemahan.

4. Peserta beragama islam diwajibkan mengerjakan solat secara


berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk waktu solat..
5. Peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap
program atau aktiviti yang dijalankan.

6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang


disediakan. (Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat
lain tanpa kebenaran).

7. Peserta di larang merokok sepanjang perkhemahan.

8. Peserta di larang membuang sampah di merata-rata tempat dan


bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan.

9. Peserta di larang menebang atau merosakkan pokok dan perlu


sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar.

10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan


dan juga sebaliknya tanpa kebenaran.

11. Pergaulan sihat secara berkumpulan adalah dibenarkan tetapi


berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah
ditegah.

12. Peserta mesti berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan


tuntutan agama) dan di larang memakai sliper atau kain pelikat di dewan
makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan.

13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang-barang kemas


semasa aktiviti

perkhemahan.

14. Sebarang bentuk perjudian dan minuman keras adalah diharamkan


sama sekali.
15. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam
12.00 tengah malam.

16. Peserta di larang memancing, memburu, menangkap dan membunuh


fauna atau merosakkan habitatnya.

17. Peserta di larang membeli makanan dan minuman dari luar semasa
perkhemahan.

18. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa


aktiviti rasmi atau dengan kebenaran.

19, Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan


harta persendirian.

20. Peserta di larang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa


kebenaran.

21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat


kebenaran dan pengawasan daripda jurulatih atau fasilatator.

22. Peserta di larang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

23. Peserta mesti mematuhi lain0lain arahan keselamatan berkaitan


pelaksanaan sesuatu aktivti yang dilaksanakan.

24. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau


dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan./ Urusetia.
LATAR BELAKANG PESERTA PROGRAM BINA INSAN GURU

PISMP SEM 1 SIRI 1/09

Bagi program Bina Insan Guru untuk siri 1 pada tahun 2009 ini adalah
seramai 78 orang yang terdiri daripada Unit Pendidikan Khas 1, Pendidikan Khas
2, Pendidikan Khas 3 dan juga Pendidikan Khas 4 Ambilan Januari 2009.

Dalam Unit Pendidikan Khas 1, mereka terdiri daripada 20 orang guru


pelatih yang terdiri dari 16 orang yang berumur 21 tahun, seorang yang berumur
20 tahun dan 3 orang algi yang telah berumur 22 tahun.

Manakala, dalam Unit Pendidikan Khas 2 pula tediri daripada 19 orang


sahaja kerana seorang daripada guru pelatih kelas mereka mengalami
kecederaan dan terpaksa mengikuti siri ketiga dan mereka semua berumur 20
tahun.

Seterusnya, dalam Unit Pendidikan Khas 3 yang terlibat juga terdiri


daripada 20 orang dan semuanya berumur lingkungan awal 20-an.
Unit yang terakhir ialah Unit Pendidikan Khas 4. Yang terlibat dalam
Program Bina Insan Guru adalah seramai 20 orang yang terdiri daripada 13
orang yang berumur 21, 6 orang yang berumr 20 tahun dan seorang yang
berumur 22 tahun.

MAKLUMAT PESERTA

KUMPULAN 2 : MURABBIAH

FASILATATOR : PN. NORHASLYNDA BT. ABD. RAHMAN

KETUA KUMPULAN : NUR AZLIN BT AB RAHMAN

PEN. KUMPULAN : NUR FAIZAH BINTI MOHD FADZIL

AHLI JAWATAN KUASA KUMPULAN :

1. MAKANAN : NURUL 'AFIFAH BINTI AZHAR


2. KESELAMATAN : SITI NUR FAUZIAH BINTI RUSLI

3. PERALATAN : ATHIRAH BINTI SAHABUDIN

AHLI KUMPULAN :

1. IZIAN FARHANI BINTI ZAINUDIN


2. SITI NURHASLINDAWATI BINTI MOHD NAWI
3. NOR FARHANNA BINTI ABD AZIZ

4. SITI NOREHAN BINTI BURHANUDDIN

5. HANIS AMIRAH BINTI ABDUL HALIM

6. SITI NUR HAFAFIFAH BINTI NGASRI

7. NOR SHAZYEANA BINTI MOHAMAD SAIDIN

DEMOGRAFI PESERTA

NAMA: MUHAMAD ZULFADHLI BIN ZAKARIA

NAMA PANGGILAN :

1. KELUARGA : ZAKUAN
2. RAKAN-RAKAN : PALLY

TARIKH LAHIR :20-11-1989

ZODIAK : SCORPIO

ALAMAT :

LOT.476 KAMPUNG GONG DATUK 16800 PASIR PUTEH,KELANTAN.

ASAL : SEMERAK,PASIR PUTEH,KELANTAN

UNIT : PISMP SAINS SEMESTER 1


KUMPULAN BIG : KUMPULAN 2,GARUDA

HOBI : SENI BELA DIRI,MEMBACA BAHAN MENARIK

MATLAMAT HIDUP:
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT

PERSEKITARAN PROGRAM

Program Bina Insan Guru Siri Ke 2 bagi tahun 2009 ini diadakan di Kem
Tasik Biru di Jasin, Melaka. Program ini berjalan selama 4 hri 3 malam dan
memerlukan para peserta untuk bermalam di tapak perkhemahan yang
disediakan. Pejalanan ke Kem Tasik Biru ini mengambil masa lebih kurang
selama sejam dari Bandar Melaka. Kem Tasik Biru ini 1km terletak dar jalan
Chinchin dan ia mengambil masa dalam 10 minit dari jalan besar kerana jalan
untuk ke Kem Tasik Biru tersebut agak sempit dan tidak bertar. Perjalanan ke
Kem Tasik Biru melalui Kem Lambaian Danau dan kawasan memancing.
Kawasan kem ini juga berdekatan dengan tasik yang dahulunya ialah bekas
tapak lombong.
KEMUDAHAN FIZIKAL

Tapak Kem Tasik Biru ini telah dilengkapi dengan kemudahan-


kemudahan yang telah disediakan bagi memudahkan aktiviti-aktiviti program
dapat dijalankan dengan lancar dan lebih teratur. Antara kemudahan-kemudahan
fizikal yang telah disediakan ialah:

1. Tapak perkhemahan
2. Dewan serbaguna
3. Kawasan memasak/ dapur
4. Tandas peserta
5. Tandas fasilitator
6. Bilik tidur fasilitator
7. Pili air
8. Bilik stor peralatan
9. Stor beg peserta
10. Peralatan memasak
11. Kipas elektrik
12. Sistem pembesar suara
13. Khemah & peralatannya

LAPORAN REFLEKSI
HARI PERTAMA
Tarikh : 16 Februari 2009

Pada pukul 8 pagi kami mula memasukkan semua beg perkhemahan,


makanan,peralatan dan barang-barang lain ke dalam bas supaya dapat
menjimatkan masa kerana pada pagi itu juga, berlansung satu pilihan raya untuk
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi tahun 2009-2010. Setelah selesai
mengundi, kami berkumpul di hadapan Anjung Hikmah untuk sesi taklimat
bersama Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Ketua Fasilatator dan
para mentor yang lain. Kami bergerak ke destinasi perkhemahan dalam pukul 10
pagi dan tiba di destinasi dalam pukul 11.30 pagi. Kami diberi taklimat oleh ketua
jurulatih iaitu, En. Abu Bakar Miskun dan seterusnya memasang khemah
mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Kami mula membahagikan tugas
supaya adil dan saksama.
Untuk pengajaran kami , kita sebagai seorang guru haruslah bijak dalam
mengendalikan tangungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Melalui LDK
1, saya dapat mengenal potensi yang ada dalam diri saya selama ini yang saya
tidak sedar sebenarnya. Jadi sebagai seorang guru kita hendaklah mengenal
potensi yang ada dalam para pelajar agar kita tidak salah menyediakan aktiviti-
aktiviti yang sesuai dengan kemahiran dan potensi yang sedia ada.

Disana, saya juga tahu walaupun kita berada di luar zon selesa, kita
haruslah cepat menyesuaikan diri dengan alam sekeliling supaya kita tidak di
datangi dengan pelbagai masalah atau musibah ketika berada dalam tapak
perkhemahan seperti di Tasik Biru. Pengajaran dan pembelajaran mengenai
Panduan ketika kecemasan & Asas Bantu Mula yang di taklimatkan oleh
fasilitator dapat menambahkan lagi pengetahuan sedia ada saya dan ini akan
membantu seorang guru jika pelajar kita nanti mengalami sebarang kecederaan
dan kita boleh menghulurkan bantuan sambil menunggu bantuan dari pihak
berkenaan. Ketika tu barulah saya sedar betapa pentingnya pengetahuan
mengenai Kecemasan & Asas Bantu Mula kerana kita akan memerlukannya bila-
bila masa kerana bak kata pepatah melayu “malang tidak berbau”.

Seperti Ujian Psikologi yang diadakan di akhir slot pada hari tersebut,
saya juga dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam
diri saya selama ini. Saya juga mengetahui bahwa manusia ini adalah berbeza-
beza dan saya perlu menganggap bahwa ia bukan suatu yang negatif. Sebagai
seorang guru yang professional, seharusnya kita tidak membanding-bandingkan
para pelajar kita kerana secara tidak lansung, ia akan melukakan perasaan para
pelajar kita.
LAPORAN REFLEKSI
HARI KEDUA
Tarikh : 17 februari 2009

Hari kedua bermula dengan solat subuh secara berjemaah dengan


berimamkan fasilitator yang bertugas pada pagi itu. Walaupun saya dan rakan-
rakan terpaksa berjaga pada malam semalam untuk keselamatan rakan-rakan
yang lain mengikut masa yang ditetapkan namun dengan semangat yang tinggi
saya perlu yakin dan tabahkan diri. Walaupun saya berada di luar zon selesa
namun saya tetap menunaikan ibadat kepada Allah s.w.t. Jadi sebagai umat
islam, kita haruslah sentiasa ingat dengan suruhannya dan meninggalkan
larangannya agar segala pelakuan kita diredhai-NYA. Bagi rakan-rakan peserta
yang tidak boleh sembahyang, mereka mengambil tugas untuk menyediakan
sarapan pagi. Pada pagi itu, kami dihidangkan dengan kueh jemput-jemput dan
teh panas.
Setelah selesai tazkirah yang bertajuk doa,rukyat dan juga munajat, kami
bersiap untuk sarapan dan untuk slot Malaysia Cergas. Di dalam slot tersebut
kami menyanyikan lagu Guru Malaysia ,lagu Institut, dan lagu Negaraku. Saya
berasa sangat bangga menjadi salah seorang peserta BIG kerana semangat
patriotik disematkan dalam diri para peserta agar sayangkan profesion keguruan
dan Negara yang tercinta ini.

Setelah selesai, slot yang seterusnya ialah LDK 2 iaitu Motivasi Diri dan
Kepuasan Kerja. Dalam slot ini, apa yang dapat dijadikan pengajaran ialah,
dapat membina semangat antara ahli kumpulan. Selain itu ia juga dapat member
presepsi yang tinggi dan mulia dalam profesion keguruan. Sebagai seorang
manusia biasa, saya telah sedar bahawa setiap manusia mempunyai
pengalaman baik dan buruk yang tersendiri yang akan mereka hadapi. Saya juga
sedar akan realiti sebenar kehidupan sebagai seorang guru dan apa peranan
yang harus saya bawakan.
Slot mencabar yang dinanti-nantikan oleh para peserta BIG iaitu aktiviti
kembara. Dalam slot ini kami diamanahkan untuk menyediakan makan tengah
hari di tengah hutan. Kami dibekalkan siput sedut, keladi, bayam, kunyit hidup,
garam, gula, santan sekotak, cili padi dan lain-lain. Perjalanan yang kami lalui
agak terik cuacanya dan membuatkan kami sangat dahaga. Perjalanan kembara
ini sejauh 12 km pergi dan balik. Tiba di suatu kawasan rehat, kami diberi
kawasan untuk masak disitu dan sembahyang di tengah hutan. Walupun kami
membasuh mengunakan anak sungai yang dikelilingi oleh selut dan saya juga
terpelecok ke dalam selut ketike hendak mengambil wuduk. Alhamdulillah
dengan keredhaan-Nya, semua cabaran itu berjaya saya dan para peserta yang
lain harungi. Sambil memasak, kumpulan saya memikirkan tentang malam
budaya yang telah diberikan tugas sebelum aktiviti kembara.

Kami berkumpul dan berjalan pulang dan tiba-tiba ketua jurulatih memberi
arahan untuk kami melalui kawasan paya secara berkumpulan dan kami juga
turut melalui parit yang tidak dapat dibayangkan betapa busuknya bau air parit
tersebut namun kami tetap sahut cabaran tersebut dan saling bantu-membantu
antara satu sama lain. Sikap kerjasama dan semangat yang tinggi antara para
peserta amatlah penting. Setibanya kami di tapak perkhemahan, kami bersiap
pula untuk solat jemaah magrib dan rakan-rakan yang tidak solat mengambil
bahagian di dapur.

Selesai sahaja bersiap, kami makan secara berkumpulan dan mengemas


semula pinggan mangguk yang telah digunakan. Kami berjemaah bersama-
sama dan mendengar tazkirah yang du beri oleh rakan pesera yang bertugas
pada malam itu. Slot seterusnya ialah refleksi 1 yang memerlukan setiap
kumpulan untuk menghantar wakil kumpulan mereka untuk menyatakan refleksi
masing-masing bermula dari hari pertama sehingga tamat hari ini. Masa itu, ita
boleh lihat kesedaran tentang betapa pentingnya semangat dan ketabahan
seorang insane untuk meneruskan hidupnya walaupun hidupnya dipenuhi
dengan dugaan dan cabaran.
LAPORAN REFLEKSI
HARI KETIGA
Tarikh : 18 februari 2009

Hari ketiga ini bermula dengan solat subuh secara berjemaah dengan
berimamkan fasilitator yang bertugas pada pagi itu iaitu En.Abdul Salam Bin
Mohamed Ibrahim. Walaupun kami terpaksa berjaga pada waktu malam seperti
yang telah ditugaskan namun dengan semangat yang tinggi saya yakin dan
meneruskan perjuangan saya untuk hari ini. Jadi sebagai umat islam, kita
mestilah mengingati tentang suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya agar
segala pelakuan kita diredhai-Nya. Bagi rakan-rakan peserta yang tidak
sembahyang, mereka mengambil tugas untuk menyediakan sarapan pagi. Pada
pagi itu, kami dihidangkan dengan bihun goreng dan teh panas.

Setelah selesai tazkirah yang bertajuk mencari hidayah, kami


bersiap untuk sarapan dan untuk slot Malaysia Cergas. Di dalam slot tersebut
kami menyanyikan tiga buah lagu yang telah ditetapkan. Saya berasa sangat
seronok kerana saya dapat belajar beberapa buah lagu pengakap yang sebelum
ini saya tidak pernah tahu.

Setelah selesai slot Malaysia Cergas, slot yang seterusnya ialah LDK 3
iaitu Penghargaan Kendiri & Perubahan Sikap. Dalam slot ini, saya dapat
mengenal diri saya sendiri dengan lebih mendalam. Saya berasa jujur dengan
kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri saya. Sebagai sorang guru, kita
perlu sedar kekuatan dan kelemahan dalam diri kita agar kita dapat mengawal
diri semasa mengajar agar kita tidak kelihatan terlebih-lebih atau kelihatan bodoh
dihadapan pelajar sendiri.

Slot seterusnya adalah slot yang ditunggu-tunggu oleh para peserta iaitu
aktiviti di air iaitu “water-conident”, kayak dan rakit. Slot 1 aktiviti air ialah “water-
confident” yang diketuai oleh Pn. Zaima. Kami diajar cara untuk terapung di atas
air dengan selamat. Ketika itu barulah saya tahu seoarang yang mempunyai
tubuh badan yang kurus mempunyai risiko lebih tinggi untuk lemas dari
seseorang yang berbadan besar. Jadi kami telah di ingatkan bahawa sentiasa
tenang ketika berada di dalam air. Paa mulanya saya rasa sangat takut kerana
saya tahu tasek itu sangat dalam, namun lama-kelamaan saya mendapat
kekuatan dan semangat dari rakan-rakan yang memberi tunjuk ajar kepada
saya. Hampir 2 jam kami berendam di dalam, fasilitator mengarahkan kami
pulang ke tapak perkhemahan untuk sembahyang dan menyediakan makanan
tengah hari.

Kami brkumpul semual di tepi tasik pada pukul 2.30 petang. Kami diberi
taklimat dahulu tentang cara-cara mengunakan rakit dan kayak dengan betul
oleh En. Abu Bakar Miskon. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan, satu
kumpulan berkayak dan satu kumpulan lagi akan berakit. Saya berada dalam
kupulan berkayak dahulu. Saya berasa sangat takut ketika diarah untuk “rafting”
di tengah-tengah tasik, namun Alhamdulillah saya dan rakan telah berjaya untuk
berkumpul bersama-sama para peserta yang lain, walaupun ianya mengambil
masa. Jadi kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh walaupun percubaan
yang pertama telah gagal. Kami berehat sebentar dan menunaikan solat dan
mengambil air sembahyang dengan air tasik sahaja.

Untuk berakit pula, kumpulan saya mendapat rakit yang patah, namun
kerana semangat sepasukan yang kuat saya dan dua rakan saya ynag lain turun
dari rakit dan berenang sambil menarik rakit tersebut sehingga ke tepi gigi tasik
semula. Kita haruslah ken banyak bersabar dan mempunyai daya tahan yang
tinggi untuk hidup di muka bumi yang penuh pancaroba ini. Setelah selesai kami
dibenarkan pulang ke tapak, kami bersiap pula untuk solat jemaah magrib dan
rakan-rakan yang tidak solat mengambil bahagian di dapur.

Selesai sahaja bersiap, kami makan secara berkumpulan dan mengemas


semula pinggan mangguk yang telah digunakan. Kami berjemaah bersama-
sama dan mendengar tazkirah yang di beri oleh rakan peserta yang bertugas
pada malam itu. Slot seterusnya ialah Malam Budaya yang memerlukan setiap
kumpulan untuk membuat persembahan untuk kumpulan masing-masing. Masa
itu, kita boleh lihat kesedaran tentang betapa ceteknya pengetahuan kita
tentang tradisi melayu yang makin dilupakan oleh generasi muda zaman
sekarang yang lebih mengagung-agungkan lagu barat. Kita haruslah
menyanjung warisan budaya melayu agar ia tidak terus dilupakan.
LAPORAN REFLEKSI
HARI KEEMPAT
Tarikh : 19 februari 2009

Hari ini merupakan hari terakhir perkhemahan BIG ini. Seperti biasa, hari
ini dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah dengan berimamkan
fasilitator yang bertugas. Walaupun saya dan rakan-rakan letih namun dengan
berbekalkan semangat, kami gagah lagi untuk meneruskan hari ini. Walaupun
saya berada di luar zon selesa namun saya tetap menunaikan ibadat kepada
Allah s.w.t. Jadi sebagai umat islam yang muslimah , kita haruslah sentiasa ingat
terhadap suruhannya dan menhindarkan diri dengan larangannya agar segala
pelakuan kita diredhai-Nya dan sentiasa dilindungi. Bagi rakan-rakan peserta
yang tidak boleh sembahyang, mereka mengambil tugas untuk menyediakan
sarapan pagi. Pada pagi itu, kami dihidangkan dengan roti gardenia dan Nescafe
sahaja.
Tazkirah pada hari terakhir ini adalah mengenai adab belajar. Selama ini,
saya buka buku dan terus membaca. Kini, barulah saya sedar hendak mencari
ilmu ada adabnya kita haruslah mengamalkan adab-adab tersebut barulah ilmu
yang kita baca kekal. Selepas tazkirah, kami sarapan dan bersiap pula untuk
slot Malaysia Cergas. Di dalam slot tersebut kami menyanyikan lagu Guru
Malaysia ,lagu Institut, dan lagu Negaraku. Saya berasa sangat bangga kerana
masih mampu berdiri dan terus menjadi salah seorang peserta BIG kerana ada
semangat berkumpulan yang telah disematkan dalam diri ini dan para peserta.

Slot seterusnya pula ialah Pidato Spontan. Setipa kumpulan telah diberi
tajuk yang berlawanan dengan fitrah perasaan seorang wanita muslimah.
Contohnya, saya rela dan sanggup menjadi isteri keempat, namun jika kita kaji
perasaan hati wanita, mana ada wanita yang sanggup berkongsi kasih sayang
suami mereka dengan wanita lain. Dari slot ini, kita boleh lihat potensi peserta-
peserta dalam membangkang seta mempertahankan tajuk masing-masing.
Setelah selesai, slot Refleksi ke 2 di mulakan. Setiap kumpulan diwajibkan
menghantar wakil untuk menyatakan refleksi mereka dari hari ketiga hingga hari
keempat. Slot majlis penutupan diteruskan selepas makan tengah hari. Makan
tengah hari disediakan oleh Pn.Surina dan setiap kumpulan hanya perlu masak
nasi putih sahaja. Setelah selesai majlis penutupan, para peserta diminta untuk
mengemas semula tapak perkhemahan, dapur dan stor semula. Setelah selesai,
kami bertolak pulang ke maktab dalam pukul 2.30 petang. Sikap kerjasama
membantu kita memudahkan kerja agar berjalan dengan lebih cepat dan lancar.
PENILAIAN KENDIRI

1. Melahirkan guru pelatih yang beretika, bertanggungjawab, berilmu dan


kreatif serta kritis.
2. Membina sikap cintakan ilmu dan pengetahuan.
3. Mengembangkan potensi diri seseorang supaya menjadi lebih sempurna.
4. Menasihati dan menolong rakan-rakan yag berada dalam kesusahan.
5. Memupuk semangat setiakawan.
6. Membina sikap untuk bekerjasama antara ahli kumpulan.
7. Mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta
8. Mengelakkan diri daripada terjebak dengan benda-benda atau anasir
yang negative.
9. Berusaha menjaga nama baik sendiri, keluarga, masyarakat,
bangsa,profesion keguruan dan Negara.
10. Melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik
yang mungkin.
11. Menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan serta orang sekeliling.
12. Mewujudkan hubungan yang harmoni dengan semua pihak.
13. Menanam sifat pemaaf dalam diri.
14. Menghormati keputusan orang lain.
15. Tidak mementingkan diri sendiri.

ORGANISASI PROGRAM BINA INSAN GURU INSTITUT


PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

PENAUNG
PN.HJH.NOOR HAYATEE BINTI MD NOOR

PENGERUSI
DATIN SITI HANIFAH BINTI MADARSA

KETUA JURULATIH
DR.HJ.MIHAD BIN DOLAH

QM ALATAN
EN.ABU BAKAR MISKON
QM MAKANAN
PN.SARINA BINTI BAHARUDIN

QM KEBAJIKAN,KESELAMATAN&URUSETIA
TN.HJ.MUSTAFA BIN JANTAN

FASILITATOR KEROHANIAN/MORAL
EN.ABDUL SALAM BIN MOHAMED IBRAHIM

JURULATIH FIZIKAL

EN ABU BAKAR BIN MISKON


PN.ZAIMAWATI BINTI ABDUL KADIR
EN.ABDUL SALAM BIN MOHAMED IBRAHIM
TN.HJ.BADRUL HISHAM BIN ISMAIL
TN.HJ. MAT ISA BIN MAMAT
TN.HJ.MUSTAFA BIN JANTAN
EN.ROSIDIRAIMI BIN RAHMAT

FASILITATOR LDK

PN.HJH. MORAIDAH BINTI YAAKUB


TN.HJ.BADRUL HISHAM BIN ISMAIL

FASILITATOR KUMPULAN
KUMPULAN 1:PN.ROBIAH BINTI MOHAMAD
KUMPULAN 2: PN.NOR HASYLINDA BINTI ABD RAHMAN
KUMPULAN 3: EN.ABDUL SALAM BIN MOHAMED IBRAHIM
KUMPULAN 4: TN.HJ.MUSTAFA BIN JANTAN
KUMPULAN 5: TN.HJ.BADRUL HISHAM BIN ISMAIL
KUMPULAN 6: TN.HJ. MAT ISA BIN MAMAT
KUMPULAN 7:EN. JOHAN BIN NORDIN

Anda mungkin juga menyukai