Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 1- PENULISAN AKADEMIK

1.0 PENGENALAN PROFESIONALISME GURU

Berdasarkan pembentangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee bin Malik tentang hala tuju
kedua, Kementerian akan menjadikan ketinggian kualiti (high quality) sebagai hala tuju yang
perlu dicapai bersama. Ketinggian kualiti merangkumi tiga aspek iaitu kecemerlangan, relevansi
dan keberkesanan. Amanat beliau tentang ketinggian kualiti lebih menjurus kepada
profesionalisme guru untuk merealisasikan hala tuju kedua ini. Hal ini kerana profesionalisme
guru sangat berkait rapat dengan ketinggian kualiti yang terkandung dalam hala tuju kedua.

Aspek pertama iaitu kecemerlangan bermaksud kecemerlangan pelajar supaya potensi


mereka dapat dicapai tanpa mengira kebolehan dan minat, kecemerlangan pendidik,
kecemerlangan institusi dan kecemerlangan sokongan sistem daripada pentadbiran dan staf-staf
sokongan. Kecemerlangan ini harus dilihat dari semua aspek dan peringkat. Oleh hal yang
demikian Profesionalisme guru harus diberikan fokus dalam meningkatkan kecemerlangan murid
demi mencapai tujuan hala tuju kedua.

Pada aspek kedua iaitu relevensi, konsep pembelajaran yang baik mestilah sentiasa
releven di setiap masa dan tempat serta tidak terikat dengan konsep four walls of room. Maka
Guru yang professional perlu mempunyai mindset bahawa dunia ini ialah kelas pembelajaran
sepanjang hayat. Guru mestilah berusaha untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berfikiran
tinggi, yang membaca, yang mempunyai sifat ingin tahu, dan yang relevan dengan keperluan
industri, serta mempunyai tempatan (local genius) yang mampu berdaya saing di peringkat
global. Peranan guru yang professional sangat penting untuk mengajar murid dengan
memastikan aspek releven diberikan perhatian.

Akhir sekali aspek keberkesanan disini memberi makna bahawa guru yang profesional
mampu memberikan khidmat yang terbaik dalam apa jua kerja yang diamanahkan. Sebagai
contoh, guru dapat mengajarkan ilmu kepada murid-murid menggunakan kaedah pembelajaran
abad ke-21 yang menarik dan berkesan. Hasilnya, murid mengalami perubahan tingkah laku yang
lebih baik dan menjadi lebih positif serta ilmu pengetahuan mereka bertambah.

1
2.0 ANALISIS CABARAN-CABARAN MASA KINI

Terdapat pelbagai cabaran yang perlu kita hadapi dan atasi dalam konteks pendidikan masa kini.
Antaranya ialah memastikan profesionalisme keguruan terjaga dan boleh dipastikan ia
memberikan impak yang besar kepada sekolah dan murid-murid. Hal ini kerana terdapat guru-
guru yang sudah ditugaskan tidak menunjukkan amalan profesionalisme yang sepatutnya dan
melanggar kod etika keguruan. Ini dibuktikan melalui pelbagai isu-isu yang berlaku pada hari ini.
Ini boleh merendahkan profesion guru dan mencabar kualiti profesionalisme guru.

Selain itu, cabaran penumbuhan guru-guru swasta juga cukup membimbangkan kerana
kerajaan tidak boleh memastikan sejauh mana profesionalisme guru-guru swasta sebagaimana
yang digariskan oleh kementerian dan sudah pasti silibus juga tidak dapat dipantau dan
ditambahbaik sebagaimana yang dikehendaki Kementerian Pendidikan untuk mencapai halatuju-
halatuju yang telah dibentangkan.

Seterusnya guru juga menghadapi cabaran dalam usaha untuk melahirkan pelajar
cemerlang yang berfikiran tinggi, yang membaca, yang mempunyai sifat ingin tahu, dan yang
relevan dengan keperluan industri, serta mempunyai tempatan (local genius) yang mampu
berdaya saing di peringkat global. Tuntutan ini sangat mencabar kepada para guru kerana ia
memerlukan usaha yang bersepadu dan efektif dengan menggunakan kaedah pengajaran yang
terbaik.

Penguasaan dalam bidang STREAM (Science – Technology – Reading – Engineering –


Arts –Mathematics) juga menjadi cabaran untuk guru. Hal ini kerana STREAM menjadi kayu ukur
kepada daya saing sesebuah negara. Buktinya, dalam Laporan Forum Ekonomi Dunia 2017 telah
menyatakan bahawa sebanyak 65 peratus kanak-kanak yang berada di sekolah rendah hari ini
akan bekerja dalam bidang baharu yang berlandaskan STREAM pada masa hadapan apabila
mereka mula melangkah ke alam pekerjaan kelak.

Tidak dapat tidak, untuk bertarung di pentas global, dan membawa Malaysia ke
persada antarabangsa, penguasaan bahasa Inggeris ialah nilai tambah yang sangat relevan dan
mustahak di sekolah dan universiti. Maka Penguasaan Bahasa inggeris juga merupakan cabaran
yang perlu dihadapi dan guru-guru hendaklah meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Ini
kerana menurut Lane (2018), bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang ditutur oleh

2
1.5 juta penduduk dunia malah bahasa tersebut juga berada di tangga ketiga dalam kategori 10
bahasa yang paling banyak ditutur di dunia.

Menurut Alis (2016), pada abad ke 21 menjanjikan satu zaman yang serba canggih hasil
daripada perkembangan sains dan teknologi yang hebat. Oleh itu, seseorang guru juga
menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dalam perkembangan era globalisasi. Bertitik
tolak daripada itu, guru-guru pada masa kini perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan
yang setaraf dengan perkembangan era globalisasi yang dihadapi dan menyahut cabaran
kementerian untuk berusaha memanipulasi teknologi seperti blockchain, kepintaran buatan
(Artificial Intelligence – A.I.) dan penjagatan internet (Internet of things) supaya dapat memberikan
pengajaran yang bermakna dan terkini kepada murid.

3.0 KESAN TERHADAP HAK PERKEMBANGAN DAN HAK PENYERTAAN KANAK-


KANAK

Berdasarkan cabaran-cabaran yang dinyatakan tersebut, timbul beberapa kesan kepada perkara
28 didalam Hak Kanak-kanak iaitu hak perkembangan dan hak penyertaan kanak-kanak dalam
pendidikan. Antara kesannya ialah berlaku diskriminasi terhadap kanak-kanak kerana terdapat
guru yang tidak menjaga profesionalisme guru dan melanggar kod etika keguruan. Diskriminasi
ini mungkin berlaku di dalam hak perkembangan mahupun di dalam hak penyertaan kanak-kanak
di dalam pendidikan. Tambahan pula dalam institusi pendidikan swasta yang sukar untuk dijamin
hak ini betul-betul terjaga dan ditunai sebaiknya. Contohnya kemasukan pelajar ke institusi
mungkin berlaku diskriminasi seperti mengenakan bayaran yang mahal, memilih golongan
tertentu sahaja dan lain-lain lagi. Begitu juga pada hak perkembangan pelajar mungkin berlaku
samada mereka betul-betul memastikan hak itu tertunai ataupun tidak kepada murid-murid sesuai
dengan kehendak semasa.

Selain itu, hak perkembangan pelajar juga tidak akan ditunaikan sebaik mungkin
seandainya guru tidak menguasai aspek-aspek yang penting dan tidak mampu menghadapi
cabaran-cabaran masa kini seperti penguasaan bahasa inggeris, bidang STREAM, penguasaan
dan penggunaan ICT. Murid-murid tidak mampu dikembangkan dan dipertingkatkan nilai,kualiti
dan kecemerlangan mereka lantaran guru yang tidak mampu menghadapi cabaran masa kini
yang kian meningkat kehendaknya seiring dengan perkembangan masa dan sistem pendidikan

3
dunia. Jika kehendak-kehendak pendidikan ini tidak mampu dicapai maka perkembangan murid-
murid tidak akan berlaku sebagaimana yang diperlukan oleh murid-murid sesuai dengan tuntutan
pendidikan pada hari ini.

Ketidakupayaan guru dalam melahirkan murid cemerlang yang berfikiran tinggi, yang
membaca, yang mempunyai sifat ingin tahu, dan yang relevan dengan keperluan industri, serta
mempunyai tempatan (local genius) yang mampu berdaya saing di peringkat global, akan
memberikan kesan kepada hak perkembangan kanak-kanak kerana mereka tidak mendapatkan
hak yang sepatutnya dari segi perkembangan ilmu dan minda. Sekiranya guru mampu melahirkan
murid yang cemerlang dan berdaya saing maka ia akan memberikan kesan yang baik kepada
hak perkembangan kanak-kanak.

4.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN PEMBANGUNAN KERJAYA

Terdapat lima peringkat perkembangan guru mengikut Trotter (1986) iaitu peringkat novis,
peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir, dan peringkat pakar. Berdasarkan
kepada peringkat-peringkat tersebut, saya perlu merangka pelan pembangunan diri dan kerjaya
saya sebagai panduan perancangan saya setelah melangkah ke alam pendidikan yang sebenar
nanti. Pelan ini sangat penting untuk menetapkan halatuju kerjaya saya dan memberikan
gambaran yang jelas untuk masa hadapan saya dalam profesion ini sekaligus menepati
kehendak Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam rangka kandungan Hala Tuju Kedua:
Ketinggian Kualiti Sebagai Pemangkin Kecemerlangan,Relevensi dan Keberkesanan.

Berikut merupakan lakaran pelan pembangunan diri dan kerjaya saya:

4
PERINGKAT NOVIS
PERINGKAT NOVIS LANJUTAN
•Melanjutkan pelajaran di IPG
•Mengambil kemahiran asas pendidikan -Mempraktikkan Teori secara amalan
•Memahami Istilah-istilah di dalam praktikum
pembelajaran Pendidikan Islam -menambah maklumat tentang PdPc
•Memahami beberapa teori penting dalam -Mendapatkan kemahiran ICT dan
pendidikan Inovasi
-Mendapatkan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan

PERINGKAT MAHIR
PERINGKAT CEKAP
Gred DG48-DG54
Gred DG41-DG44
-Menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana
(Master) dalam bidang Usul Fiqh -Mula berkhidmat sebagai guru secara
rasmi dan mempunyai kelayakan.
-Mampu menganalisis serta menyusun maklumat
yang kompleks berkaitan sesuatu situasi -Memiliki pelbagai strategi PDPc dan
pembelajaran secara kreatif dan unik mampu menyesuaikannya mengikut
keperluan pelajar yang berbeza.
-Melibatkan diri dalam program Pembelajaran Abad
ke-21 dan juga KBAT -Melibatkan diri dalam Program
Pembangunan Guru Baharu (PPGB)
-Melibatkan diri dalam seminar penyelidikan dan dan Program Transformasi Minda (PTM)
Inovasi peringkat kebanggsaan dan Antarabangsa

PERINGKAT PAKAR
Gred Khas Jusa C
•Menjadi individu yang berautoriti dalam
profesion ini serta idea dan kemahiran boleh
mempengaruhi polisi-polisi berkaitan
pengendalian di bilik darjah.
•Mampu menyusun dan menangani maklumat
yang banyak dengan baik
•Mengikuti Kursus Keupayaan Guru Cemerlang
Gred Khas C

5
Rujukan

Advokasi, B. P. (n.d.). Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Jabatan Kebajikan


Masyarakat Malaysia.

Forum, W. E. (2017). World Economic Forum Annual Meeting 2017 Responsive and
Responsible Leadership. Geneva: World Economic Forum.

Huitt, W. (2007), Stages of Mastery: Educational Psychology Interactive.


Valdosta, GA: Valdosta State University
Lane, J. (2018, November 14). The 10 Most Spoken Language In The World, daripada Babbel
Magazine: https://www.babbel.com/en/magazine/the-10-most-spoken-languages-in-the-
world/

Malaysia, K. P. (2016). Ringkasan Eksekutif Dokumen Awal Pelan Pembangunan


Profesionalisme Keguruan . Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Malaysia, K. P. (2019). Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019: Pendidikan Untuk Semua,
Tanggungjawab Semua. daripada Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia:
https://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4779-amanat2019

Peringkat-peringkat Perkembangan Guru. (2012). Diakses daripada Educate Story:


http://educatestory.blogspot.com/2012/10/peringkat-peringkat-perkembangan-guru.html

Memartabatkan Hak Kanak-Kanak (2016). Diakses daripada Utusan Online:


http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memartabatkan-hak-kanak-kanak-
1.198966.html

Anda mungkin juga menyukai