Anda di halaman 1dari 3

KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SK PULAU INDAH

RABU 28 JULAI 2021

INFO KERJAYA : CHEF @ TUKANG MASAK

Gelaran “Chef “diberi untuk ketua tukang masak yang memasak secara
profesional di dalam dapur yang direka bentuk secara profesional.
Menjadi seorang tukang masak haruslah mempunyai ciri-ciri yang
bertanggungjawab di dapur termasuklah bidang pengurusan dapur.

Menjadi seorang tukang masak juga membantu untuk meningkatkan


kemahiran memasak dan mungkin anda berpeluang untuk memiliki
perniagaan sendiri.

Buat pengetahuan anda, kerjaya dalam bidang kulinari kini tidak lagi
dipandang remeh, sebaliknya diiktiraf sebagai kerjaya profesional kerana
memerlukan kreativiti dan komitmen tinggi, malah pekerjaan sebagai
seorang chef sebenarnya membuka pelbagai peluang dalam industri
restoran, perhotelan, kapal persiaran dan juga resort.

Peranan sebagai seorang tukang masak(Chef) adalah mengarah dan


mengambil bahagian dalam menyediakan semua jenis bahan untuk di
masak. Contohnya, anda mahu masak masakan sup tomyam. Jadi, anda
perlulah menyediakan terlebih dahulu bahan-bahan masakan sebelum
memasak.

Seorang Chef juga boleh merancang berapa harga bekalan untuk di tempah,
menetapkan harga untuk setiap item menu mengikut bajet yang sudah
ditetapkan and simpan semua data ke dalam buku akaun untuk di semak
atau di kemas kini semula.

Ilmu pengetahuan sangatlah penting walaupun anda mahu menjadi


seorang tukang masak sahaja kerana menjadi seorang tukang masak juga
perlukan ilmu pengetahuan dari segi masakan apa yang anda perlu pelajari
dan bagaimana cara untuk memasak. Tidak lupa juga tentang asas-asas
pembuatan makanan, katering pentadbiran, perhotelan dan juga
pelancongan.

Kemahiran yang perlu ada pada seorang tukang masak adalah:-

1. Pendengaran yang jelas dan faham apa yang klien katakan: Anda
perlu dengar dengan teliti apa yang pelanggan minta dan faham apa
yang pelanggan cuba sampaikan. Contohnya, klien anda minta
hidangan jenis A, anda harus turuti apa yang klien anda minta,
jangan pula anda tokok tambah yang lain.

2. Lisan: Seorang tukang masak haruslah menggunakan pertuturan


kata yang baik kerana anda yang akan berhadapan dengan pelbagai
jenis pelanggan yang anda tidak akan tahu bagaimana personaliti
setiap pelanggan anda.

3. Idea dan logik: Anda seorang Chef jadi sudah semestinya anda
memiliki idea yang bernas dalam membuat sesuatu hidangan
mengikut logik anda sendiri. Tidak semestinya terlalu merujuk pada
buku atau catatan yang sudah tersedia ada.

Antara personaliti yang perlu ada pada seorang tukang masak ialah :-

1. Integriti
2. Inisiatif
3. Kewibawaan

Akhir sekali, laluan kerjaya untuk seorang Chef adalah boleh menjadi ketua
tukang masak, pengurus katering dan Tukang Masak untuk institusi.
Mungkin juga, anda mahu jadi tukang masakan yang terkenal jadi anda
haruslah belajar bersungguh-sungguh. Gunakan semua ilmu pengetahuan
yang dipelajari itu untuk kegunaan di masa hadapan anda!

Anda mungkin juga menyukai