Anda di halaman 1dari 4

SAINS DAN TEKNOLOGI

Bidang sains dan teknologi memainkan peranan penting ke arah melestarikan


dunia penuh imaginasi mencabar dari segi struktur dan kelengkapan moden serta
terbaik ke arah negara lebih maju, cemerlang, gemilang dan terbilang.

Dari segi pertumbuhan tenaga, ia memerlukan kepakaran dan ikhtiar tersusun agar
misi serta visi berjaya. Sains dan teknologi cabang ilmu menyerapkan minda berfikir
lebih maju sebagai rakyat kreatif serta inovatif.Cabaran besar dalam merenung
kembali sinar di sebalik dunia sains dan teknologi, memberikan kita cabaran baharu
untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tinggi agar dapat merentas zaman
lebih meluas lagi.

Inilah hakikat dapat dihadapi rakyat berfikiran matang untuk menghadapi dunia
moden berteraskan sains
Kepentingan Sains Dan Teknologi Kepada Manusia

√ Meningkatkan produktiviti dan kemampuan manusia


√ Memperluaskan skop pendidikan dan penyelidikan
√ Menambah baik kesihatan dan keselamatan manusia

√ Membantu pemuliharaan serta pemeliharaan alam semula jadi


√ Membuka peluang eksplorasi ke angkasa lepas

√ Membentuk masyarakat global yang lebih aman dan harmoni

Banyak kepentingan yang boleh didapati dan digunakan kepada kehidupan

manusia pada hari ini. KIta seharusnya bersyukur dan menggunakan

setiap kemudahan hasil daripada sains dan teknologi dengan penuh

manfaat. Mutakhir ini, negara jiran seperti Indonesia dan Singapura telah

berjaya menghasilkan syarikat “unicorn” yang berasaskan teknologi serta

menarik pelabur asing yang terkemuka seperti Tesla dan Google untuk

melabur di dalam negara dan pasaran mereka. Perkara ini menunjukkan

kita sudah ketinggalan beberapa langkah dibelakang. Justeru, setiap pihak

perlu berganding bahu mencari mekanisme terbaik untuk negara supaya

dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju

yang lain. Semoga inisiatif yang dirancang dapat direlisasikan membawa

negara ke arah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


© Sumber Asal Informasi Dari : https://www.irujukan.my/sains-dan-teknologi/

LATIHAN

1) Nyatakan kepentingan Sains dan Teknologi kepada manusia.


2) Pada pendapat anda apakah kepentingan kemajuan Sains dan
Teknologi untuk negara kita?
3) Nyatakan satu kebaikkan kemajuan Sains dan Teknologi untuk
manusia.
4) Jika anda seorang Saintis ,apakah perubahan akan kamu buat
untuk negara kita?
GLOSARI

֍ LESTARI → TIDAK BERUBAH

֍ IKHTIAR → KEHENDAK/UPAYA /USAHA

֍ MERENUNG → MEMIKIRKAN SESUATU

֍ HAKIKAT → DINAFIKAN KEBENARAN

֍ MANFAAT → FAEDAH

֍ INISIATIF → DAYA USAHA

LATIHAN WORDWALL

1) https://wordwall.net/ms/resource/34270622/bahasa-melayu/kosa-kata-tema-teknologi

2) https://wordwall.net/ms/resource/34270418/bahasa-melayu/padankan-tema-teknologi

3) https://wordwall.net/ms/resource/34101370/sains/sains-t2-teknologi-susun-langkah-
langkah-membina-model

Anda mungkin juga menyukai