Anda di halaman 1dari 5

Gaya Bahasa Dalam Karya Sastera

Perulangan - gaya bahasa ini terbahagi kepada perulangan kata, ungkapan, baris dan
rangkap. Terdapat empat jenis perulangan:
(1) Anafora
Contoh :

: perulangan kata di awal baris yang biasanya secara berturutan.


Banyaklah bulan antara bulan,
Tidak semulia bulan puasa;
Banyaklah tuan serupa tuan,
Tidak semulia Tuhan Yang Esa.

(2) Epifora: perulangan kata di akhir baris.


Contoh:
Jangan bawa pergi anakku!
Aku masih mencintai anakku!
(3) Responsi
Contoh :

: perulangan kata pada bahagian tengah ayat, baris, atau ayat.


Banyak ada ia bersaudara,
Yang ada pula bersama gara.
[Syair Pohon Buluh]

(4) Repetisi
Contoh :

: perulangan beberapa kali dalam satu kalimat atau ayat.


Pecah kaca pecah gelas.

pemendekan atau penyingkatan dengan menghilangkan suku kata atau huruf.

Sinkope:
Contoh:
Simile :

Ikat tingkatnya tak nampak alam.

[Syair Pohon Buluh]

perbandingan secara langsung yang menggunakan kata-kata perbandingan

seperti, umpama, bak, bagai, macam, dan laksana.


Contoh :

Gelapnya di dalam seperti malam.

[Syair Pohon Buluh]

Personifikasi: unsur yang digunakan untuk memberikan sifat manusia kepada benda, keadaan
atau suasana.
Contoh :
Hiperbola :

Sentuhan angin ini

[Sajak Aku]

perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada


keadaan biasa.

Contoh :
Metafora :

badannya kurus tinggallah tulang.


perbandingan secara langsung yang menghubungkan dua objek, satu konkrit

dan satu abstrak untuk menerbitkan makna yang lain daripada makna
tersurat.
Contoh :

di taman-taman keresahan hidup

[Sajak

Kuingin

Berterima

Kasih]
Inversi :
Contoh :

pembalikan kata atau ayat.


Bahasa berbudi sudah

[Sajak Kunci Bahasa]

Unsur Bunyi
Asonansi

: pengulangan bunyi vokal (a, e, i, o, u) dalam satu baris sajak.

Contoh

: sesekali kuingin berterima kasih (pengulangan bunyi vokal i)

Aliterasi

: pengulangan bunyi konsonan dalam satu baris sajak.

Contoh

: bahasa bermaruah (pengulangan bunyi konsonan b)

Rima

: persamaan bunyi pada akhir baris.

Contoh

: rima akhir a-b-a-b (pantun empat kerat)


rima kahir a-a-a-a (syair)
Nada

Nada merupakan tekanan tinggi rendah suara atau alunan lembut dank eras. Nada juga
mengungkapkan perasaan, pemikiran dan sikap penyair. Nada terbahagi kepada beberapa
jenis.
(1) Melankolik nada murung, iaitu menggambarkan kesedihan atau suasana hati yang
sayu dan hiba.
(2) Romantik menggambarkan perasaan yang menyenangkan, kebahagiaan, kasih sayang
dan harapan.
(3) Sinis menggambarkan ketajaman sindiran dengan menggunakan kata-kata yang
bertujuan untuk menempelak pihak-pihak tertentu.
(4) Protes menggambarkan perasaan memberontak. Biasanya sajak ini menggunakan
kata-kata yang menggambarkan ketidakadilan sosial atau kezaliman yang menimbulkan
kemarahan masyarakat.
(5) Patriotik menggambarkan semangat perjuangan atau semangat cinta akan tanah air.
Maksud Pantun Dua Kerat (Nasihat)

R1 : hubungan sesuatu yang sangat dekat atau rapat.


R2 : orang yang suka berselimut lebih mudah tertidur.
R3 : setiap sesuatu ada keistimewaannya seperti orang yang berkulit hitam yang tetap cantik
dipandang.
R4 : orang yang malas berusaha tidak akan memperoleh apa-apa.
R5 : sikap saling bekerjasama mestilah diamalkan dalam kehidupan seharian

TEMA

Segala kegiatan yang dilakukan berkait rapat dengan sikap dan hal ini akan
memberikan kesan dalam kehidupan.
PERSOALAN

Hubungan sesuatu yang amat rapat.


Sikap malas berusaha.
Setiap sesuatu mempunyai keistimewaan.
Amalan hidup bekerjasama.
BENTUK

Terdiri daripada lima rangkap dan setiap rangkap mempunyai dua baris.
Bilangan perkataan dalam setiap baris antara tiga hingga lima patah perkataan.
Bilangan suku kata dalam setiap baris antara lapan hingga sebelas suku kata.
Rima akhirnya a-a.
Mempunyai pembayang dan maksud.
NILAI

Bekerjasama. Sikap saling bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.


Syukur. Mensyukuri kurniaan Tuhan kerana setiap kurniaan-Nya mempunyai
keistimewaan yang tersendiri.
Kesedaran. Kepentingan mempunyai hubungan yang sangat rapat.
PENGAJARAN

Kita mestilah mengamalkan sikap saling bekerjasama dalam melakukan sesuatu


perkara.
Kita hendaklah mensyukuri setiap kurniaan Tuhan kerana setiap kurniaan-Nya
mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Kita hendaklah menghindari sikap malas kerana perbuatan tersebut akan
mendatangkan kerugian.

Maksud Syair Pohon Buluh

R1 : hidup bersatu sangat penting diamalkan demi mewujudkan satu ikatan yang erat dalam
masyarakat.
R2 : perpaduan dan hubungan yang akrab seperti saudara membolehkan sesuatu kejayaan
dapat dicapai.
R3 : perpaduan yang kukuh tanpa mengira pangkat dan darjat dapat mewujudkan masyarakat
yang kukuh ikatannya.
R4 : hubungan yang akrab dapat menghasilkan kekuatan kepada masyarakat dan bangsa.

TEMA

Kepentingan hidup bersatu kepada masyarakat dan bangsa.

PERSOALAN

Perpaduan teras sesuatu kejayaan.


Muafakat membawa berkat.
Perpaduan melambangkan kekuatan bangsa.

BENTUK

Terdiri daripada empat rangkap dan setiap rangkap mempunyai empat baris.
Bilangan perkataan dalam setiap baris antara empat hingga enam patah perkataan.
Bilangan suku kata dalam setiap baris antara Sembilan hingga dua belas patah suku
kata.
Rima akhirnya a-a-a-a.

NILAI
Bersatu padu. Sikap saling bersatu sangat penting diamalkan dalam kehidupan.
Bekerjasama. Sikap saling bekerjasama mendatangkan kebaikan dalam hidup.

Kesedaran. Hubungan yang akrab antara masyarakat akan mewujudkan bangsa yang kuat.

PENGAJARAN

Kita mestilah mengamalkan sikap saling bekerjasama dalam melakukan sesuatu


perkara.
Kita hendaklah sentiasa hidup bersatu demi melahirkan bangsa yang kuat.
Kita hendaklah sentiasa menjaga dan memastikan hubungan erat terjalin antara
setiap ahli masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai