Anda di halaman 1dari 2

MENCONTOHI DAKWAH RASULULLAH SAW

KEFAHAMAN AYAT 159 SURAH ALI IMRAN





(Ali Imran ayat 159)
Maksudnya : Maka disebabkan rahmat Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya
kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling mu. Oleh itu,
maafkanlah mereka, mohonkanlah keampunan bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam
urusan itu, Kemudian apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah suka orang yang bertawakal kepada Nya.

LEMAH LEMBUT

Rasulullah SAW lemah


lembut dlm pertuturan,
pergaulan & tindakan.
Sifat mulia Rasulullah
menyebabkan ramai orang
tertarik memeluk Islam.
Orang yang keras hati akan
lembut hatinya apabila
melihat keluhuran peribadi
Rasulullah Saw.

MESYUARAT

PEMAAF

Rasulullah SAW selalu


memaafkan kesalahan
orang lain.
Baginda tidak menyimpan
dendam pada penentang
dakwah.
Baginda mendoakan agar
mereka dikurniakan
hidayah.

Rasulullah SAW
sentiasa bermesyuarat
dgn para sahabat
ketika hendak
membuat keputusan
yang penting.
Contohnya Rasulullah
menerima pandangan
Salman Al-Farisi dlm
Perang Khandak.

MENCONTOHI
SIFAT DAKWAH
RASULULLAH SAW
MEMOHON KEAMPUNAN UNTUK ORANG
LAIN

Rasulullah SAW amat perihatin terhadap masa


depan umatnya.
Ketika Rasulullah SAW luka dibaling batu oleh
kafir Quraisy, Baginda tidak marah malah
mendoakan keampunan ke atas mereka.

Baginda juga sentiasa mendoakan


kesejahteraan umatnya.

BERTAWAKAL DALAM
PELAKSANAAN
Dalam peristiwa Badar, walaupun Rasulullah SAW
dan para sahabat kekurangan jumlah tentera dan
senjata, mereka sanggup menghadapi tentera
musyrikin yang tiga kali ganda lebih besar dan
lengkap dengan senjata.
Mereka bertawakal kpd Allah setelah mencari
tempat yang strategik untuk peperangan tersebut.
Akhirnya mencapai kemenangan.

HIKMAH TAWAKAL DALAM PELAKSANAAN KEPUTUSAN BERSAMA


Kita akan sabar menghadapi kesulitan dalam
sesuatu keputusan mesyuarat, dan sentiasa
berdoa memohon pertolongan Allah.

Kita akan berusaha untuk meningkatkan


prestasi kerja supaya mencapai kejayaan yang
lebih cemerlang.
Kita akan bersifat tawaduk iaitu merendah diri
ketika menerima sesuatu kejayaan.

Kita akan tenang dan tabah menerima


kegagalan tanpa menyalahkan orang lain,
sebaliknya mengadakan muhasabah bersama
untuk mengetahui kelemahan dalam
pelaksanaan.

1.
2.
3.
4.

Kita akan bersyukur dan menikmati kejayaan


bersama.

PENGAJARAN AYAT
Sifat pemaaf dan memohon keampunan adalah asas penting dalam menentukan kejayaan dakwah.
Mesyuarat dan perbincangan dengan cara yang sistematik amat penting untuk membuat sesuatu
keputusan.
Setiap umat Islam wajib berdakwah mengikut kemampuan masing-masing.
Tawakal kepada Allah adalah keistimewaan umat Islam.

INFO TAMADUN

PENGHAYATAN

Apabila dakwah berjalan dengan baik dan


bilangan umat Islam bertambah, Negara Islam
akan berkembangdan menjadi kuat serta dapat
menguasai dunia. Dengan itu hukum Islam
dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.

1.
2.
3.
4.

Berlemah lembut & tegas dlm tindakan.


Mempertahankan syariat Allah di muka
bumi.
Bermesyuarat dan menghormati
pandangan orang lain dalam membuat
sesuatu keputusan.
Bertawakal setelah membuat sesuatu
keputusan.

PENILAIAN
1.
2.
3.
4.
5.

Apakah pengertian dakwah?


Senaraikan lima sifat mulia yang perlu dimiliki oleh pendakwah dan berikan sebabsebabnya.
Jelaskan dua kepentingan mesyuarat dalam menentukan sesuatu keputusan.
Huraikan hikmah bertawakal dalam melaksanakan sesuatu keputusan mesyuarat.
Huraikan akibat perbuatan tidak bersifat pemaaf dalam berdakwah.

DOA AMALAN
Amalkan doa ini apabila selesai sesuatu mesyuarat atau majlis.( Tasbih Kafarah )

Anda mungkin juga menyukai