Anda di halaman 1dari 6

NAMA : KUAN JO YIN TINGKATAN : 5N

SMK BANDAR BARU SUNGAI LONG


43000 KAJANG SELANGOR.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021


TINGKATAN LIMA

MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU KERTAS 1


MASA : 2 JAM KOD KERTAS : 1103/1 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

DIBERITAHU

ARAHAN :
1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu
2. Tulis nama dan tingkatan anda pada ruang yang disediakan
3. Murid wajib jawab soalan Bahagian A dan diminta memilih satu sahaja soalan di
Bahagian B
4. Jawapan anda hendaklah ditulis pada kertas jawapan/ kertas kajang. 5. Kertas
soalan ini hendaklah diserahkan kepada pengawas peperiksaan pada akhir
peperiksaan.

BAHAGIAN A
SOALAN MARKAH (30 MARKAH)
1

BAHAGIAN B
SOALAN (PILIH SATU) MARKAH (70 MARKAH)
1

4
JUMLAH

KERTAS INI MENGANDUNGI 5 HALAMAN BERCETAK


BAHAGIAN A
[ 30 markah ]
[Masa dicadangkan: 45 minit]
Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan menabung. Huraikan pendapat anda tentang
amalan menabung. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah
perkataan.

Adakah amalan menabung masih segar dalam kalangan kita? Masyarakat kini semakin
mendorong kepada bersikap fatamorgana dan mengakibatkan amalan berjimat cermat semakin
dipandangkan enteng . ”Sediakan payung sebelum hujan” peribahasa tersebut mengingati kita
supaya bersedia penuh pada semasa ke semasa untuk menghadapi ranjau, duri dan onak yang
mungkin datang.Persoalannya, apakah faedah-faedah mengamalkan amalan menabung?
Antara faedah amalan menabung ialah tabungan boleh mengatasi masalah yang kita hadapi
semasa kecemasan. Keadaan ini boleh digambarkan seseorang menyediakan payung sebelum
hujan.Misalnya, kita boleh menggunakan tabungan untuk menderma kepada mangsa Gaza. Selain
itu, kita juga boleh membantu keluarga dan saudara kita apabila kecemasan berlaku. Hal ini
disebabkan oleh kita tidak mungkin dapat memperoleh sejumlah wang yang banyak dengan
segera jika kita tidak ada wang tabungan.
Selain itu, amalan menabung dapat memudahkan pembiayaan keperluan semasa dan yang
akan datang. Kita telah mempunyai wang yang secukupnya untuk membiayai apa-apa sahaja
yang diperlukan. Kita tidak perlu meminjam wang daripada lintah darat dan berhutang selama
beberapa tahun.
Amalan menabung boleh menyemai amalan berjimat cermat.Dengan adanya amalan ini,
kita tidak akan boros dalam perbelanjaan seharian seperti makanan, hiburan dan sebagainya. kita
akan menggunakan wang dengan cermat dan memastikan kita tidak terlebih guna wang yana ada
pada kita.
Kesimpulannya,amalan menabung amat penting kepada semua lapisan masyarakat.Amalan
menabung harus dititikberatkan dan diamalkan oleh kita segera untuk menikmati masa depan
yang lebih menarik.

BAHAGIAN B
[70 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 15 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya hendaklah
antara 350 hingga 500 patah perkataan.

Soalan 1

“Kalau pemuda sudah berumur 21-22 tahun sama sekali tidak berjuang, tak bercita-cita,
tak bergiat untuk tanah air dan bangsa, pemuda begini baiknya dihilangkan saja.”

“Berilah aku sejuta orang tua, maka aku akan sanggup memindahkan gunung Merapi dari
tempatnya; dan berilah aku sepuluh pemuda yang bersemangat besar, nescaya aku akan
sanggup menggemparkan dunia.”

“Berikan aku sepuluh pemuda, akan ku goncangkan dunia.”

Sumber:
60 Kata-kata Ir. Soekarno Tentang Pemuda, Cinta. www.dream.co.id > your-story >
60-

Petikan kata-kata Ir, Soekarno, Presiden Indonesia jelas dengan ungkapan “Pemuda harapan
bangsa, pemuda tiang negara” iaitu hal ini memberikan gambaran betapa golongan remaja
merupakan khazanah sumber manusia yang cukup penting kepada pembangunan, kemajuan
dan masa depan bangsa dan negara. Berikan pendapat anda sebagai remaja tentag penyataan
di atas.

3
Soalan 2

“Setiap murid yang mendapat kecemerlangan jangan cepat berpuas hati kerana
persaingan masih terbuka luas terutamanya dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Murid harus sentiasa berusaha dengan lebih gigih lagi dan mempunyai sikap orang yang
sangat dahaga akan ilmu serta dalam diri seorang murid juga perlu seimbang antara
akademik, kokurikulm, dan sahsiah diri,” katanya.

Dipetik daripada ucapan pengetua SMK Kinabutan II, Abdul Said Hj Maid Utusan
Bornoe Online, 16 September 2020

Petikan akhbar di atas menyatakan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang murid yang
cemerlang. Sebagai ahli siding redaksi sekolah, anda telah ditugaskan untuk mewawancara
murid cemerlang SPM 2020 pada Hari Anugerah Kecemerlangan. Hasil wawancara itu akan
dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis wawancara itu selengkapnya.

SOALAN 3

Hiasan ceria tarik minat murid ke pusat sumber

1 Disember 2016 | ISMANIZA AHMAD

Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir (SKBP) tercalon dalam lima utama Anugerah
Kecemerlangan GPSBestari kategori Pusat Sumber paling ceria.
SELEKOH – Menuju ke Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir (SKBP) di
tingkat satu sekolah berkenaan memberi aura positif kepada sesiapa yang berada di
sekitarnya apabila kawasan dikenali sebagai gedung ilmu itu dipenuhi pelbagai
maklumat serta berwarna-warni.

Petikan berita di atas menunjukkan antara faktor yang boleh menarik minat pelajar ke pusat
sumber. Malangnya hari ini banyak perpustakaan ataupun pusat sumber di sekolah
semakin kurang dikunjungi oleh pelajar sekolah.
Sebagai pengawas pusat sumber, bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk
menarik minat pelajar berkunjung ke pusat sumber.

4
Soalan 4

Nama seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Azizulhasni Awang, dan
Rashid Sidek antara ikon besar sukan di Malaysia. Mereka mencipta nama menerusi
bakat dan minat mendalam melalui sukan yang diceburi. Hasilnya, mereka
menjadikan sukan sebagai punca pendapatan dan memberikan fokus secara
sepenuh masa sebagai kerjaya.

Sumber: BH Online, 24 Februari 2016 Petikan akhbar di atas menunjukkan bahawa sukan
juga boleh dijadikan karier sepenuh masa oleh atlet negara dan kejayaan mereka pasti
dikenanag sepanjang zaman.
Huraikan usaha-usaha melahirkan atlet yang bertaraf antarabangsa

Datuk Lee Chong Wei,tiada sesiapa masyarakat Malaysia yang tidak tahu tentang nama
tersebut.Datuk Lee Chong Wei, seorang pemain badminton profesional Malaysia,beliau seorang
atlet yang membawa kebanggaan kepada negara kita.Memang tidak dapat dinafikan bahawa atlet-
atlet yang bertaraf antarabangsa sebegini semakin mengurang.Masyarakat negara kita semakin
memandang rendah terhadap bersukan seperti peribahasa bagai rumput di tepi jalan.Negara kita
mestilah melahirkan atlet-atlet seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membangkitkan kedudukan
atlet dalam kalangan kita.Oleh itu,apakah usaha-usaha perlu dilakukan untuk melahirkan atlet
yang bertaraf antarabangsa?
Antara langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk melahirkan atlet negara kita yang
bertaraf antarabangsa ialah kerajaan haruslah memulakan langkah untuk mencungkil bakat-bakat
muda dari bangku sekolah. Hal ini amatlah signifikan kerana terdapat ramai anak muda yang
mempunyai bakat yang terpendam tetapi tidak diserlahkan kerana tidak mempunyai pembimbing
yang boleh membimbingkan mereka untuk mengasah bakat mereka. Jika diasah dan dibimbing,
nescaya negara kita dapat melahirkan adiwangsa yang dapat mengharumkan nama negara di
arena sukan antarabangsa.
Selain itu, para atlet haruslah didedahkan dengan kejohanan antarabangsa secara lebih
kerap. Langkah ini amat penting kerana ia merupakan rencah utama untuk menaikkan semangat
kesukanan dalam kalangan mereka. Suatu ketika dahulu, para atlet boleh sepak Malaysia telah
menggegarkan seantero dunia apabila menjadi juara dalam Piala Suzuki. Sejak dari peristiwa itu,
bola sepak negara kita yang semakin malap sinarnya kini semakin bercahaya. Walaupun begitu,
prestasi mereka semakin tidak memuaskan apabila sering tewas dengan negara-negara luar. Oleh
itu, kerajaan harus juga memaparkan kemenangan yang pernah diperoleh mereka dahulu agar ia
menjadi inspirasi untuk menaikkan nama sukan negara.
Di samping itu, pengambilan jurulatih serta pengambilan pemain import merupakan
prakarsa utama memantapkan cara bermain yang lebih kuat oleh atlet-atlet negara kita.
Pengambilan jurulatih dari luar negara mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam dapat
membimbing para atlet negara kita supaya dapat melakukan anjakan paradigma terhadap cara
permainan mereka. Pemain-pemain import yang dibawa masuk dari luar negara diharapkan dapat
menaikkan imej kesukanan yang kukuh di negara kita.
Secara tuntasnya, langkah-langkah tersebut haruslah dilakukan dengan segera agar negara-
negara luar tidak memandang enteng terhadap para atlet negara kita seperti peribahasa bagai
rumput di tepi jalan. Diharapkan, dengan langkah-langkah tesebut, atlet negara kita dapat
dikembali kepada kegemilangan yang pernah dicapai oleh kita dalam arena sukan dan
merealisasikan slogan 'Majulah Sukan untuk Negara'.

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH DISAHKAN OLEH ____________________


________________ _________________ ( Nordiana Ibrahim ) ( Zalina Nasir) ( Tunku Hamidah
Tunku Ahmad) Guru Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu GKMP Bahasa

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai