Anda di halaman 1dari 12

Sekolah Menengah Tsun Jin

Peperiksaan Akhir Semester 1, 2022


BAHASA MALAYSIA
Senior 3

KERTAS 2
___________________________________

Tarikh : 24 Jun 2022 (Jumaat)


Masa : 1.10 petang – 3.00 petang
( 1 jam 50 minit )

________________________________

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas ini mengandungi 3 bahagian :


(i) Bahagian A : Rumusan
(ii) Bahagian B : Kefahaman
(iii) Bahagian C : Morfologi dan Sintaksis
2. Anda dikehendaki menjawab SEMUA soalan.
3. Tulis jawapan anda dalam kertas jawapan yang disediakan.
4. Mulakan setiap jawapan anda dengan helaian baharu.
5. Tulis jawapan anda dengan pen atau pen mata bulat yang berdakwat biru atau
hitam.
6. Kertas ini mengandungi enam halaman bercetak.
7. Jangan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.

Nama : _______________( ) Kelas BM : _______

Nama Guru BM : ____________

1
BAHAGIAN A : RUMUSAN 30%
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat menderma
darah dan langkah-langkah menggalakkan masyarakat menderma darah. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Markah akan dipotong
sekiranya anda tidak menyatakan jumlah perkataan yang sebenar.

Setiap tahun, ribuan orang bergantung pada penerimaan darah dan produk darah yang
disumbangkan untuk kekal hidup. Kecederaan dan penyakit tertentu boleh menyebabkan
kadar darah seseorang menurun. Tanpa bekalan darah yang cukup, mereka tidak akan
menerima oksigen yang mencukupi dalam badan yang seterusnya boleh mengakibatkan
kematian. Umum mengetahui bahawa menderma darah membawa 1001 manfaat. Malah,
menderma darah bukan hanya memberikan kelebihan kepada penerima tetapi juga faedah
kesihatan kepada penderma, selain dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain.
Menderma darah juga dapat mencegah hemochromatosis, iaitu penyerapan zat besi
yang berlebihan oleh tubuh dan menurunkan risiko bagi serangan jantung sebanyak 88 peratus
seperti kajian yang dilakukan oleh American Journal of Epidemiology. Melalui pendermaan
darah, penderma dapat mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum
penyakit tersebut makin teruk. Hal ini dikatakan demikian kerana para penderma akan
menjalani analisis secara percuma bagi mengetahui tahap kesihatan dan jenis darah mereka.
Penderma darah juga akan mendapat manfaat dari segi rawatan kesihatan seperti rawatan
pesakit luar dan rawatan perubatan di hospital kerajaan. Bagi seseorang yang mengalami
masalah berat badan berlebihan, inilah masanya untuk mengurangkan berat badan.
Seterusnya, menderma darah juga dapat merangsang pengeluaran sel darah baharu yang
seterusnya dapat membantu menjaga kesihatan anda. Sel darah merah banyak digunakan
untuk pesakit yang memerlukan transfusi darah apabila berlaku pendarahan berlebihan seperti
kemalangan, pembedahan atau tumpah darah semasa bersalin. Sel darah merah juga
diperlukan untuk transfusi darah secara berkala bagi pesakit talasemia, kanser, dan penyakit
buah pinggang demi mengekalkan kualiti kehidupan yang baik.
Masyarakat Malaysia sebenarnya sudah mempunyai kesedaran untuk berbuat
demikian dari tahun ke tahun. Namun, masih ada yang ragu-ragu untuk menderma darah
sedangkan banyak manfaat kesihatan yang bakal diperoleh. Ramai antaranya fobia dengan
darah dan tidak kurang juga mempunyai tanggapan bahawa menderma darah boleh
menggemukkan badan. Keadaan tersebut berlaku akibat kurangnya maklumat dan
pengetahuan tentang manfaat menderma darah serta persepsi terpesong masyarakat yang
berfikir bahawa mereka akan dapat jangkitan penyakit HIV dan hepatitis dengan menderma
darah. Oleh itu, Pusat Darah Negara (PDN) akan terus bergiat bagi menggalakkan orang
ramai supaya menderma darah.

( Dipetik dan diubah suai daripada


‘Manfaat Derma Darah yang Anda Tak Tahu, Rugi Kalau Abaikan’,
Sinarplus. Sinarharian.com.my, Jun 2020

2
BAHAGIAN B : KEFAHAMAN (40%)
SOALAN 1 KEFAHAMAN BEBAS (20%)
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
Bidang keusahawanan ialah bidang yang wajar diterokai oleh golongan remaja.
Bidang keusahawanan kini merupakan satu daripada bidang yang penting dalam industri
Malaysia. Remaja yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh
menceburi bidang keusahawanan walaupun masih bergelar pelajar. Dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025, terdapat 10 lonjakan yang
diketengahkan. Lonjakan yang pertama adalah untuk melahirkan graduan holistik, berciri
keusahawanan dan seimbang. Hal ini bertujuan untuk menganjak minda graduan daripada
menjadi pencari kerja kepada penjana pekerjaan.
Dunia sekarang yang semakin moden dan mencabar menuntut para remaja supaya
lebih berdikari dan berdaya kreatif. Hal ini dikatakan demikian kerana keadaan pasaran
kerjaya yang semakin tidak menentu dan terhad menyebabkan masalah pengangguran
semakin meruncing dan membimbangkan. Oleh sebab itu, golongan remaja haruslah berani
menceburi bidang keusahawanan. Bidang keusahawanan menggalakkan para remaja berdikari
tanpa mengharapkan mana-mana pihak untuk meneruskan kehidupan.
Bidang keushawanan juga dapat mendidik remaja menjadi lebih berdaya kreatif untuk
membuat keputusan dengan berpandukan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Para
remaja yang menuntut di universiti tentunya mempunyai pelbagai kemahiran seperti
kemahiran pengurusan perniagaan, pentadbiran, pemasaran dan komunikasi. Kemahiran ini
sedikit banyak dapat membantu remaja untuk mengurus bidang keusahawanan yang dipilih.
Kerajaan turut menyediakan pelbagai kursus dan latihan bagi usahawan muda dengan
tujuan untuk memantapkan kemahiran dalam bidang ini. Bukan itu sahaja, dana dan tabung
pinjaman juga diwujudkan untuk menggalakkan pelibatan remaja seperti Skim Usahawan
Muda di bawah Kementerian Usahawan dan Koperasi dalam bidang teknologi maklumat,
pelancongan, produk halal, pemprosesan dan pembungkusan makanan. Oleh hal yang
demikian, sepatutnya para remaja yang berminat dalam bidang keusahawanan tidak
mempunyai masalah dalam usaha untuk mencari modal, kursus dan latihan keusahawanan.
Apabila keusahawanan dan perniagaan dijadikan satu daripada kerjaya pilihan dalam
kalangan remaja, maka hal ini turut membantu mengurangkan kebergantungan terhadap
pasaran kerjaya yang semakin mencabar. Organisasi keusahawanan yang ada, remaja juga
mampu mewujudkan peluang pekerjaan untuk insan lain dan seterusnya mengurangkan kadar
pengangguran dalam masyarakat.
Kesimpulannya, golongan remaja perlu menceburi bidang keusahawanan kerana
banyak manfaat bakal diperoleh. Jika bidang keusahawanan menjadi pilihan kerjaya anda hari
ini, maka berusahalah menjadikan kerjaya tersebut menyeronokkan dan memberikan kesan
positif kepada kemakmuran masyarakat dan negara.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Ayuh, Jadilah Usahawan!”,


Dewan Siswa, Julai 2019)

1. Terangkan maksud kata di bawah berdasarkan penggunaannya dalam petikan. (4%)


(a) menuntut
(b) memantapkan

3
2. Berikan maksud frasa daripada menjadi pencari kerja kepada penjana pekerjaan
berdasarkan penggunaannnya dalam petikan. (3%)

3. Berdasarkan petikan, mengapakah penulis mengatakan bahawa remaja yang berminat


dalam bidang keusahawanan tidak mempunyai masalah menceburi bidang tersebut?
(4%)

4. Nyatakan kelebihan remaja menceburi bidang keusahawanan. (4%)

5. Bidang keusahawanan dan perniagaan sebenarnya menjanjikan pulangan yang lumayan


seandainya dijalankan secara gigih dan bijaksana.
Pada pendapat anda, mengapakah masih tidak banyak remaja yang baru tamat pengajian
memilih untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan?
Berikan dua sebab anda berpendapat sedemikian? (5%)

SOALAN 2 KEFAHAMAN PROSA MODEN (20%)


Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

RIPIN : Wak masuk hutan minggu lepas? ( Melihat longgokan akar kayu di hujung
beranda )
TUK WALI : Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi!
RIPIN : Dah berpuluh tahun diredah, wak! Tak ada siapa pulak yang menanam semula.
TUK WALI : Kalau ikut petua, ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-Allah ada
lagi. Bila aku cakap fasal pantang larang, semua orang ketawa. Bila aku
bukakan rahsia petua ke hutan, ada orang kata aku ni nak jadi Tarzan. Orang
sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan … dah hilang rasa hormat
mereka pada alam!
RIPIN : Petua yang mana, wak ?
TUK WALI : Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. Pokok yang lebih
kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. Kalau hati belum pasti, jangan
cantas. Kalau belum mengenal, kenal dulu.
RIPIN : Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah, wak!
TUK WALI : Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak. ( Kesal ) Yang langgar
pantang, anak cucu aku jugak. Cakap aku ni tak dihargai langsung.
( Marah ) Si Berahim anak tiri aku tu! Dia murid Si Guan, Guan kedai singse
tu! Tunjuk mana pasak bumi, tongkat ali, dikenalkannya rancang besi, rancang
tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya
tengkuk biawak!

(Dipetik daripada cerpen Gelanggang Tuk Wali oleh


Ismail Kassan dalam antalogi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

4
1. Berikan maksud kata-kata di bawah ini mengikut penggunaannya dalam petikan (4%)

(a) diredah
(b) tengah

2. Berikan maksud frasa Cakap aku ni tak dihargai langsung berdasarkan


penggunaannnya dalam petikan. (3%)

3. Berdasarkan petikan, apakah sebab yang menyebabkan pokok-pokok ubat di hutan


semakin kurang ? (4%)

4. Nyatakan petua yang diamalkan oleh Tuk Wali apabila masuk ke hutan. (4%)

5. Pada pendapat anda, mengapakah Tuk Wali amat berpegang kuat pada pantang larang
ketika mencari pokok-pokok ubat di hutan? Berikan dua sebab anda berpendapat
sedemikian. (5%)

BAHAGIAN C : MORFOLOGI DAN SINTAKSIS ( 30%)


SOALAN 1 MEMBINA AYAT (10%)
Bina satu ayat bagi setiap kata di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
penggunaan dan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,
serta menggunakan kata tersebut sebagai peribahasa atau kata nama khas.

1. rangup
2. rapat
3. reput
4. remuk
5. renggang

SOALAN 2 MENGANALISIS AYAT (10%)


Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah ini kepada ayat bersusunan biasa tanpa
mengubah maksud asalnya.

1. Tidak menjamin kejayaan hidup kecemerlangan akademik.


2. Menyatakan bahawa ayam telur itu sesuai digoreng sahaja tukang masak itu.
3. Bilakah Gunung Tahan yang tinggi dan curam itu akan kita daki?
4. Akan bertambah sesak keadaan di lebuh raya pada setiap hujung minggu.
5. Masih menjadi amalan penduduk kampung yang tinggal di kawasan pedalaman perubatan
tradisional.

5
SOALAN 3 ANALISIS AYAT (10%)
Dalam petikan di bawah ini terdapat penggunaan kata dasar yang memerlukan imbuhan agar
kata tersebut bermakna dalam ayat yang diberikan itu. Anda dikehendaki membubuh imbuhan
yang sesuai pada kata dasar tersebut. Anda tidak perlu menyalin petikan semula.

Pantai Cherating (1)________( letak ) di Kuantan. Pantai ini mempunyai tarikannya


yang

tersendiri. Antara (2)_______( istimewa ) Pantai Cherating yang menggamit (3)_______( hadir )

para pelancong ialah keindahan alam semula jadinya. Pantai Cherating ialah pantai yang bersih

dengan pasirnya yang (4)______( putih ). Keindahan pantai ini amat memikat hati pelancong

yang pernah (5)______ ( kunjung ) ke sini. Kebersihan pantainya juga memuaskan hati semua

(6) ______ ( kunjung ) . Selain itu, Pantai Cherating merupakan pusat bagi beberapa jenis
aktiviti

riadah. Semua aktiviti riadah ini dapat (7)_______ ( hibur ) hati dan dapat mengeratkan

hubungan (8)_______ ( keluarga ). (9)_______( cuti ) di sini umpama serampang dua mata.

Pendek kata, Pantai Cherating sememangnya menarik untuk (10)_______( kunjung ) oleh semua

pelancong.

-TAMAT -

Diluluskan oleh : ............................


(Cikgu Marini)
Penolong Ketua Panitia Bahasa Malaysia

6
Jawapan kertas 2
BAHAGIAN A : RUMUSAN
Pendahuluan:
Rumusan membincangkan faedah/ kebaikan/ kelebihan menderma darah dan langkah-langkah
menggalakkan masyarakat menderma darah. [3m]
Rumusan membincangkan faedah/ kebaikan/ kelebihan menderma darah kepada penderma darah.
[3m]
Petikan membincangkan faedah/ kebaikan/ kelebihan menderma darah kepada penderma darah. [3m]
Petikan membincangkan faedah/ kebaikan/ kelebihan menderma darah dan langkah-langkah
menggalakkan masyarakat menderma darah. [2m]
Rumusan / Petikan membincangkan manfaat menderma darah dan langkah-langkah menggalakkan
masyarakat menderma darah. [11/2m]
Rumusan / Petikan membincangkan manfaat menderma darah. [11/2m]

Isi tersurat :
1. Menderma darah dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain. [3m]
2. Menderma darah juga dapat mencegah hemochromatosis, [3m]iaitu penyerapan zat besi
yang berlebihan oleh tubuh. [3m]
3. Menderma darah menurunkan risiko bagi serangan jantung [0m] sebanyak 88 peratus. [3m]
4. Penderma dapat mendiagnosis sebarang penyakit [0m] pada peringkat awal.[3m]
5. Para penderma akan menjalani analisis [0m]secara percuma[2m] bagi mengetahui tahap
kesihatan dan jenis darah mereka. [3m]
6. Penderma darah juga akan mendapat manfaat dari segi rawatan [0m]kesihatan. [3m]
7. Menderma darah dapat membantu seseorang yang mengalami masalah berat badan untuk
mengurangkan berat badan. [3m]
- Menderma darah dapat mengurangkan berat badan. [0m]
8. Seterusnya, menderma darah juga dapat merangsang pengeluaran sel darah [0m]baharu.
[3m]

Isi tersirat :
1. Kerajaan mengadakan kempen menderma darah [3m]untuk memberikan kesedaran awal
tentang manfaat menderma darah. [3m]
2. Kerajaan mengadakan kempen untuk memberikan kesedaran awal. [0m]
3. Kerajaan mengadakan kempen menderma darah untuk memberikan kesedaran kepada
masyarakat . [3m]
4. Pusat Darah Negara menyebarkan maklumat tentang pendermaan darah yang tepat dan
mudah difahami secara menyeluruh di semua platform. [3m]
5. Pusat Darah Negara menyebarkan maklumat di semua platform. [0m]
6. Ibu bapa menjadi teladan kepada anak-anak [0m]dengan menderma darah di depan anak.
[3m]
7. Media massa menyebarkan maklumat tentang kepentingan menderma darah[3m] untuk
pengetahuan masyarakat . [3m]

Penutup
Kesimpulannya, Kementerian Kesihatan Malaysia perlu menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan menderma darah agar bilangan kematian dalam kalangan pesakit dapat

7
dikurangkan. [3m]
Kementerian Kesihatan Malaysia perlu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan
menderma darah agar bilangan kematian dalam kalangan pesakit dapat dikurangkan.[0m]
Kesimpulannya, Kementerian Kesihatan Malaysia perlu menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan menderma darah. [0m]
Kesimpulannya, semua pihak perlu giat melibatkan diri dalam pendermaan darah supaya
bekalan tabung darah sentiasa cukup untuk memenuhi keperluan. [3m]

Markah maksimum untuk ayat tergantung ialah 2m


Kesalahan bahasa dalam kategori yang sama hanya ditolak satu kali.

Rumusan perlu disemak seperti biasa sekiranya terdapat kesalahan format. Setiap kesalahan
berikut ditolak 1 markah. Kesalahan termasuklah :
a. Rumusan dibuat dalam 1 perenggan
b. Mencampuradukkan isi tersurat dan isi tersirat
c. Kekurangan perenggan
d. Kesalahan pemeranggan isi
e. Bahagian pendahuluan atau penutup ditulis lebih daripada satu ayat.
f. Tidak nyatakan jumlah patah kata

BAHAGIAN B KEFAHAMAN (40%)


SOALAN 1 KEFAHAMAN BEBAS (20%)
1. Terangkan maksud kata di bawah berdasarkan penggunaannya dalam petikan. (4%)
(a) menuntut – belajar [2m], mempelajari [0m]
(b) memantapkan - menstabilkan [2m], mengukuhkan [2m],
menjadikan tetap [1m]

2. Berikan maksud frasa daripada menjadi pencari kerja kepada penjana pekerjaan
berdasarkan penggunaannnya dalam petikan. (3%)
Daripada menjadi pencari kerja kepada penjana pekerjaan bermaksud daripada makan
gaji / mendapat upah kepada bekerja sendiri/ berniaga sendiri [3m]
Daripada menjadi pencari kerja kepada penjana pekerjaan bermaksud daripada makan
gaji / mendapat upah kepada penjana pekerjaan [1m]
Daripada menjadi pencari kerja kepada penjana pekerjaan bermaksud daripada pencari
kerja kepada bekerja sendiri/ berniaga sendiri [1m]
(jawapan lengkap tetapi ayat tidak gramatis – 2m)

3. Berdasarkan petikan, mengapakah penulis mengatakan bahawa remaja yang berminat


dalam bidang keusahawanan tidak mempunyai masalah menceburi bidang tersebut?
(4%)
Berdasarkan petikan, penulis mengatakan bahawa remaja yang berminat dalam bidang
keusahawanan tidak mempunyai masalah menceburi bidang tersebut kerana
- para remaja yang menuntut di universiti sudah mempunyai pelbagai kemahiran
seperti kemahiran pengurusan perniagaan, pentadbiran, pemasaran dan komunikasi.
- Kerajaan menyediakan pelbagai kursus dan latihan bagi usahawan muda dengan
tujuan untuk memantapkan kemahiran dalam bidang ini.

8
- Dana dan tabung pinjaman juga diwujudkan untuk menggalakkan pelibatan remaja
seperti Skim Usahawan Muda di bawah Kementerian Usahawan dan Koperasi dalam
bidang teknologi maklumat, pelancongan, produk halal, pemprosesan dan
pembungkusan makanan.
( 3 isi – 4m)
( 3 isi jawapan tidak lengkap – 3m )
( 3 isi ayat tidak gramatis – 3m )
( 2 isi – 3m )
( 2 isi jawapan tidak lengkap – 2m )
( 2 isi ayat tidak gramtis – 2m )

4. Nyatakan kelebihan remaja menceburi bidang keusahawanan. (4%)


Kelebihan remaja menceburi bidang keusahawanan ialah
- Pelibatan remaja dapat membantu mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran
kerjaya [0m]yang semakin mencabar. [1m]
- Dengan organisasi keusahawanan yang ada, remaja juga mampu mewujudkan
peluang pekerjaan untuk insan lain [1/2m]dan seterusnya mengurangkan kadar
pengangguran dalam masyarakat. [1m]
- Remaja juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan untuk insan lain [1/2m]dan
seterusnya mengurangkan kadar pengangguran dalam masyarakat. [1m]
- dapat mendidik remaja menjadi lebih berdaya kreatif [0m]untuk membuat keputusan
[1/2m]dengan berpandukan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki.[1m]
- Bidang keusahawanan menggalakkan para remaja berdikari[1/2m] tanpa
mengharapkan mana-mana pihak untuk meneruskan kehidupan [1m]

5. Bidang keusahawanan dan perniagaan sebenarnya menjanjikan pulangan yang lumayan


seandainya dijalankan secara gigih dan bijaksana.
Pada pendapat anda, mengapakah masih tidak banyak remaja yang baru tamat pengajian
memilih untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan?
Berikan dua sebab anda? (5%)
Pada pendapat saya, masih tidak banyak remaja yang baru tamat pengajian memilih
untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan kerana
- mereka kekurangan modal memandangkan kedua-dua bidang memerlukan sejumlah
wang untuk beroperasi pada peringkat awal.
- mereka kurang berminat kerana melibatkan kemahiran – kemahiran yang tertentu
- mereka tidak berani menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan kerana tiada
pengalaman / bimbang akan risiko yang tidak menentu.

( 2 sebab +2 huraian = 5m )
( 2 sebab +2 huraian, ayat tidak gramatis = 4m )
( 2 sebab + 1 huraian = 4m )
( 2 sebab +1 huraian , ayat tidak gramatis = 3m )
( 1 sebab + 1 huraian = 3m, ayat tidak gramtis = 2m )
( 2 sebab + 0 huraian = 3m, ayat tidak gramtis = 2m )
( 1 sebab +0 huraian = 2m , ayat tidak gramatis = 1m )

9
SOALAN 2 KEFAHAMAN PROSA MODEN (20%)
1. Berikan maksud kata-kata di bawah ini mengikut penggunaannya dalam petikan (4%)
(a) diredah - ditebang [2m], dipotong [1m], ditebas [0m]
(b) tengah – sedang [2m]

2. Berikan maksud frasa Cakap aku ni tak dihargai langsung berdasarkan penggunaannnya
dalam petikan. (3%)
Frasa Cakap aku ni tak dihargai langsung bermaksud petua atau pantang larang yang
diberitahu oleh Tuk Wali tidak dipatuhi / diikuti [3m]
Frasa Cakap aku ni tak dihargai langsung bermaksud petua atau pantang larang yang
diberitahu oleh Tuk Wali tidak didengar [2m]
Frasa Cakap aku ni tak dihargai langsung bermaksud tidak mematuhi petua atau pantang
larang [1m]

3. Berdasarkan petikan, apakah sebab yang menyebabkan pokok-pokok ubat di hutan semakin
kurang ? (4%)
Berdasarkan petikan, pokok-pokok ubat di hutan semakin kurang kerana
- sudah berpuluh – puluh tahun pokok-pokok ubat diredah [0m]tetapi tiada sesiapa yang
menanam semula [1m]
- tiada sesiapa yang menanam semula [0m]
- Petua dan pantang larang masuk ke hutan tidak dipatuhi [0m]orang kampung [1m]
- Orang kampung tidak berasa malu apabila merosakkan hutan [1m]
- Mereka juga hilang rasa hormat kepada alam [1m]
( ayat tidak gramatis -1m )

4. Nyatakan petua yang diamalkan oleh Tuk Wali apabila masuk ke hutan. (4%)
Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, [0m] jangan ditebang. [1m]
Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, [0m] jangan disentuh. [1m]
Kalau hati belum pasti, [0m ] jangan dicantas. [1m]
Kalau belum mengenal, [0m] berkenal dulu. [1m]
( ayat tidak gramatis -1m )

5. Pada pendapat anda , mengapakah Tuk Wali amat berpegang kuat pada pantang larang
ketika mencari pokok-pokok ubat di hutan? (5%)
Pada pendapat saya, Tuk Wali amat berpegang kuat pada pantang larang ketika mencari
pokok-pokok ubat di hutan kerana

- Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh.


- anak-anak pokok ubat yang dicantas sewenang-wenang boleh memupuskan pokok-
pokok ubat di hutan dalam jangka panjang

- Kalau hati belum pasti, jangan dicantas.


Anak-anak pokok ubat tidak dicantas sewenang-wenang agar bekalan ubat-ubat herba
tradisional tidak putus sampai bila-bila

10
- Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh.
- Ada pokok-pokok ubat memerlukan puluhan tahun untuk dewasa sebelum dapat
digunakan

- Pokok-pokok tersebut merupakan habitat haiwan liar agar kehidupan haiwan liar tidak
terpengaruh

- Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang.


Pokok yang berbunga dan berbuah menghasilkan benih bagi menghasilkan pokok-pokok
baharu bagi menggantikan pokok-pokok ubat yang telah tua dan tidak produktif

- generasi muda /anak cucu dapat terus mengenali ilmu perubatan tradisional agar ilmu
perubatan tradisional dapat diwariskan.

( 2 sebab +2 huraian = 5m )
( 2 sebab +2 huraian, ayat tidak gramatis = 4m )
( 2 sebab + 1 huraian = 4m )
( 2 sebab +1 huraian , ayat tidak gramatis = 3m )
( 1 sebab + 1 huraian = 3m, ayat tidak gramtis = 2m )
( 2 sebab + 0 huraian = 3m, ayat tidak gramtis = 2m )
( 1 sebab +0 huraian = 2m , ayat tidak gramatis = 1m )

BAHAGIAN C MORFOLOGI DAN SINTAKSIS ( 30%)


SOALAN 1 MEMBINA AYAT (10%)
1. rangup - Keropok ikan yang dibeli oleh Salina sangat rangup dan sedap dimakan. [2m]
Saya suka akan biskut yang rangup. [2m]
Ayam goreng Mak Cik Siti laris kerana ayam gorengnya rangup. [2]
Biskut itu rangup. [1m]
2. rapat – Budak lelaki dan perempuan dilarang duduk rapat. [2m]
Tabung itu sukar dibuka kerana ditutup rapat. [2m]
Tabung itu ditutup rapat. [1m]
Penduduk kampung saya bergaul rapat. [1m]
Hubungan penduduk kampun saya rapat kerana hidup saling membantu. [2m]
3. reput – Tanaman yang saya tanam terpaksa dicabut kerana akarnya sudah reput. [2m]
Akar tumbuhan itu sudah reput. [1m]
4. remuk – Kereta itu remuk di bahagian tepinya selepas dilanggar lori. [2m]
Kereta itu remuk di bahagian tepinya. [1m]
5. renggang - Suatu pertengkaran telah membuatkan adik-beradik Mei Hong semakin
renggang. [2m ]
Hubungan mereka semakin renggang. [1m]

SOALAN 2 MENGANALISIS AYAT (10%)


1. Kecemerlangan akademik tidak menjamin kejayaan hidup.
2. Tukang masak itu menyatakan bahawa ayam telur itu sesuai digoreng sahaja.
3. Gunung Tahan yang tinggi dan curam itu akan kita daki bila?
4. Keadaan di lebuh raya akan bertambah sesak pada setiap hujung minggu.

11
5. Perubatan tradisional masih menjadi amalan penduduk kampung yang tinggal di kawasan
pedalaman.

SOALAN 3 ANALISIS AYAT (10%)


(1) letak - terletak (8) keluarga – kekeluargaan
(2) istimewa - keistimewaan (9) cuti - percutian
(3) hadir - kehadiran (10) kunjung - dikunjungi
(4) putih - memutih
(5) kunjung - berkunjung
(6) kunjung - pengunjung
(7) hibur – menghiburkan

12

Anda mungkin juga menyukai