Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN 4

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata


adjektif dan dua kata kerja . Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Faktor kemiskinan merupakan punca utama hak wanita dinafikan.


Jika sesebuah negara berada dalam kemiskinan, maka semua hak akan
diabaikan. Dalam keadaan serba kekurangan, apa yang penting ialah
untuk meneruskan penghidupan. Contohnya, di negara seperti Sudan
dan Somalia, kaum wanita dilahirkan hanya untuk menjadi isteri dan
ibu. Mereka menadah tangan meminta bantuan makanan. Selain itu,
kekurangan perlindungan undang-undang terhadap wanita juga
merupakan puncanya. Undang-undang yang sedia ada kurang berkesan
dan tidak dipraktikkan sepenuhnya. Contohnya di Malaysia, ramai
isteri dan anak perempuan menjadi mangsa penganiayaan kaum lelaki.
Laporan polis pula, tidak diberi perhatian serius. Masalah ini dianggap
sebagai masalah dalaman dalam sesebuah keluarga sahaja. Di negara
dunia ketiga pula, penguatkuasaan undang-undang membanteras
pelacuran tidak ketat. Akibatnya ramai anak-anak perempuan bawah
umur dijadikan hamba seks. Ketiadaan undang-undang juga
menyebabkan gaji wanita jauh lebih rendah.

Anda mungkin juga menyukai