Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN 6

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua


kata adjektif dan dua kata bilangan . Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Golongan wanita atau perempuan sering dianggap sebagai


kaum yang lemah. Sebagai manusia biasa, mereka sepatutnya
mempunyai hak yang sama dengan yang lain. Namun hak wanita di
negara dunia ketiga boleh dikatakan amat mengecewakan. Keadaan
ini berlaku kerana dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu.
Faktor kekurangan peluang pendidikan kerana sistem pendidikan
yang masih mundur juga merupakan punca mengapa hak wanita
dinafikan. Kadar buta huruf adalah tinggi dalam kalangan wanita di
kebanyakan negara dunia ketiga. Jumlahnya mencapai berpuluh-
puluh ribu. Peluang pendidikan anak-anak perempuan juga terhad
berbanding lelaki. Ini menyebabkan mereka tidak ada peluang
pekerjaan yang sesuai melainkan menjadi suri rumah tangga. Ini
menunjukkan hak wanita semakin terhakis.

Anda mungkin juga menyukai