Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN – PETIKAN 1

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan tiga kata majmuk dan tiga
kata hubung. Kemudian anda dikehendaki membina ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Kami berasa risau kerana ayah telah ditahan di rumah sakit sejak dua minggu
yang lepas. Menurut doktor, keadaan ayah semakin tenat memandangkan sel barah
telah merebak ke bahagian paru-parunya. Kami tidak berani memberitahu nenek
tentang keadaan ayah. Tubuh ibu semakin susut kerana terpaksa bersengkang mata
untuk menjaga ayah. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain berdoa kepada Allah
SWT. Saya berharap semoga kami sekeluarga tabah menghadapi dugaan hidup
dengan hati yang tabah.

LATIHAN – PETIKAN 2

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan tiga kata adjektif tunggal dan
tiga kata adjektif terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Pihak Syarikat Mass Rapid Transit Corporation Sdn.Bhd. (MRT) sentiasa


memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang. Tambangnya pula tidak
semahal tambang teksi atau kereta Grab jika dibandingkan dengan perkhidmatan yang
ditawarkan kepada penumpang. Dengan kemudahan dan perkhidmatan yang
disediakan, pengangkutan MRT ini dapat dianggapkan sebagai tren paling moden di
negara kita. Tren ini sangat canggih. Ketika berada di dalamnya, kita akan berasa
kagum dan merasakan diri kita seolah-olah berada di negara Barat. Hal ini dikatakan
demikian kerana hiasan dalamannya kebaratan. Namun demikian, ciri-ciri ketimuran
penumpangnya tetap terpelihara.
LATIHAN – PETIKAN 3

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan tiga kata kerja transitif dan
tiga kata kerja pasif. Kemudian anda dikehendaki membina ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Profesion keguruan cukup mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru
terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana merekalah
yang harus memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru
dicapai dengan jayanya. Pendidik memainkan peranan yang dominan dalam
merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga
membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangkan kewujudan integrasi nasional
yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru ialah ejen keberkesanan
pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan,
keilmuan, dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani
dengan profesional.

Anda mungkin juga menyukai