Anda di halaman 1dari 3

MODUL MONOTOS BMSPM

Praktis 3

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata
kerja transitif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.

Ruang balai perlepasan sesak dan padat dengan manusia. Pelbagai aksi dapat ditonton. Ada
yang berlari-lari anak menggalas beg sandang besar, ada yang lenggang kangkung menolak
troli yang sarat dengan beg dan cenderamata. Zarith berdiri di tengah-tengah lautan manusia,
betul-betul menghadap skrin yang memaparkan jadual penerbangan. Beg sandang yang
berwarna kelabu jenama Karrimor, dirasakan berat benar, seperti mahu patah bahunya.

Dipetik dan diubah suai daripada Cerpen daripada Siswa “Balai Perlepasan”
oleh Syeeda Koppeli. Dewan Siswa, Oktober 2016
[ 8 markah ]

Praktis 4
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan tiga kata kerja tak transitif.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menembahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Budaya bersukan dalam kalangan masyarakat amat digalakkan pada setiap peringkat umur.
Jika kita mengamalkan gaya hidup sihat, sama ada beriadah atau melakukan aktiviti sukan, kita
menjadi sebahagian daripada masyarakat yang memahukan hidup yang berkualiti. Tubuh
badan yang sihat menambahkan produktiviti diri, keluarga, dan negara yang dicintai.
Kementerian Belia dan Sukan menetapkan sehari dalam bulan Oktober setiap tahun sebagai
Hari Sukan Negara. Hari tersebut disambut pada Sabtu kedua di seluruh negara.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Hari Sukan Negara'


oleh Farah Alia Suraya Azman,
Dewan Siswa, Bil. 09/2016
[6 markah]

[Date] 10
MODUL MONOTOS BMSPM

Praktis 11

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan dua kata adjektif terbitan dan
dua kata kerja terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menembahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Langkah mematuhi peraturan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan sekolah
yang harmoni. Amalan ini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai tingkah laku yang
baik dan menjadi insan yang berwibawa. Sebagai contohnya, memakai uniform sekolah
yang lengkap serta kemas, dan beratur ketika membeli makanan. Sekiranya amalan ini
menjadi budaya mereka, nescaya keharmonian dalam kalangan warga sekolah dapat
diterapkan dalam diri setiap insan. Kerjasama antara guru dengan pelajar dalam mematuhi
peraturan pasti akan menjadi pemangkin kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.
Sebagai kesimpulannya, sekolah harmoni penting bagi mewujudkan sekolah yang terbaik
untuk pelajar. Semua warga sekolah harus bekerjasama dan bertanggungjawab dalam
melahirkan sekolah yang harmoni, cemerlang dan terbilang.

Dipetik dan diubah suai daripada Cetusan Pendapat 'Sekolah Harmoni'


oleh Vinoshen a/l Raveentharan,
Dewan Siswa, bil. 09/2013
Dewan Bahasa dan Pustaka

[ 8 markah ]

[Date] 15
MODUL MONOTOS BMSPM

Praktis 14

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja tak transitif dan dua
kata ganda. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Penulis mencadangkan agar anda melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya


10 hingga 15 minit sehari pada waktu petang. Penulis melihat bahawa pelajar yang bercita-
cita tinggi untuk cemerlang selalunya menghabiskan masa mereka dengan belajar setiap
masa. Mereka berasa sangat suntuk dan tidak ada masa lagi untuk melakukan aktiviti lain
selain belajar. Oleh itu, aktiviti pertama yang diabaikan termasuklah aktiviti fizikal iaitu
bersenam dan bersukan. Kebanyakan pelajar berasa aktiviti fizikal tidak berfaedah
menjelang peperiksaan kerana aktiviti sebegini tidak menyumbangkan apa-apa kepada
kecemerlangan dalam peperiksaan.

Petikan daripada motivasi diri bertajuk


‘ Aktiviti Fizikal Menjelang Peperiksaan’
Majalah Dewan Siswa DBP, bil. 9 2016.

[ 8 markah ]
Praktis 15

Lihat rajah infografik di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata
adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
tersebut sebagai peribahasa atau nama khas.

[Date] 18

Anda mungkin juga menyukai