Anda di halaman 1dari 1

PRAKTIS 1

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja
transitif dan dua kata kerja tak transitif. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada
setiap kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif tersebut untuk menunjukkan bahawa
anda fahamnakan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Rakyat memainkan peranan yang penting untuk memajukan negara. Oleh itu, kita perlu
mendidik generasi muda agar menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan
berdedikasi. Lantaran itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan baiknya agar mereka
tidak mudah terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral. Kasih sayang yang mencukupi
dan didikan agama yang sempurna akan melahirkan modal insan yang berkualiti. Mereka
tidak akan bertindak terburu-buru kerana tahu akan tanggungjawab mereka terhadap
negara. Generasi muda inilah yang akan memikul tanggungjawab dan menerajui barisan
kepemimpinan negara pada masa hadapan.
[8 markah]

PRAKTIS 2
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja dan
dua kata adjektif. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja kerja
dan kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda fahamnakan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Dari aspek kesihatan, aktiviti pertanian mampu memberikan kesan yang baik terhadap
kesihatan psikologi murid. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti berkebun dapat
mengurangkan tekanan belajar. Aktiviti pertanian berupaya untuk merehatkan minda dan
memberikan ketenangan apabila melihat tanaman hidup dengan suburnya. Melihat
dedaunan yang menghijau juga dapat memberikan kesegaran pada mata selepas penat
menelaah pelajaran dan membaca buku. Bau-bauan yang harum dan warna warni yang
terhasil daripada bunga mampu memberikan perasaan yang menyeronokkan serta berupaya
untuk mempengaruhi emosi seseorang.
[8 markah]

Anda mungkin juga menyukai