Anda di halaman 1dari 4

** TUTORIAL **27 JULAI 2021

LATIHAN INTENSIF TATABAHASA

Morfologi 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am dan dua kata kerja. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dunia sekarang sedang mengalami masalah obesiti dengan jumlah
individu obes meningkat tiga kali ganda sejak 1975, manakala bilangan kanak-kanak dan remaja obes berumur lima
hingga 19 tahun pula meningkat 10 kali ganda dalam tempoh yang sama. Hampir setiap dua daripada lima individu
(39%) berumur 18 tahun ke atas mengalami berat badan berlebihan pada 2016, dan 13% berdepan masalah obesiti.
Sementara itu, Malaysia memegang gelaran negara yang mempunyai kadar obesiti dan berat badan berlebihan yang
paling tinggi di rantau Asia yang dihuni 60% penduduk di dunia. Hampir dua pertiga penduduk negara kita mengalami
berat badan berlebihan atau obes, dengan pecahan 64% lelaki dan 65% wanita berada dalam kategori ini.

(8 markah)

Morfologi 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata hubung. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat
anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas

Sukan ini membawa banyak faedah kepada individu, masyarakat, dan negara secara tersirat.Impak positif penglibatan
sukan kepada individu ini ialah diri mereka akan berasa puas dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Kepuasan ini
tercapai kerana sebarang aktiviti sukan itu memerlukan tumpuan tenaga yang banyak lalu menjadikan individu tersebut
menikmati suasana kehidupan yang bermakna selepas selesai melakukan sukan tertentu itu. Lama-kelamaan kepuasaan
ini membawa keyakinan diri seseorang itu menjadi lebih tinggi sehingga mampu menyelesaikan pelbagai cabaran
hidupnya dengan mudah. Ringkasnya, acara sukan membawa kehidupan manusia itu lebih bermatlamat dan fokus
untuk meneruskan kehidupan harian mereka. (6
markah)

Morfologi 3

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata majmuk dan dua kata adjektif. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas

"Masalah rasuah adalah sikap individu dan tidak mewakili agensi secara keseluruhannya. Namun disebabkan sikap
tamak, telah menyebabkan agensi atau pihak berwajib gagal melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.
"Mungkin hukuman terhadap pesalah rasuah tidak cukup berat untuk menyedarkan golongan yang tamak ini, jadi satu
langkah drastik perlu diambil memastikan hukuman bagi jenayah rasuah ini membuatkan orang lain takut untuk terlibat
dengan rasuah”. Akuinya, jenayah tersebut akan membuatkan negara hilang kredibiliti sebagai sebuah negara yang
mendukung 'rule of law' dan menguatkuasakan undang-undang anti rasuah yang tegas."Kerajaan dicadangkan supaya
membuat tapisan temu duga kerja penjawat awam serta temu duga kenaikan pangkat penjawat awam dengan lebih
ketat”

(8
markah)
Sintaksis 1

Berdasarkan petikan di bawah, tukar ayat susunan biasa kepada ayat songsang bagi tiga ayat yang bergaris dengan
betul.

Pertanian di negara kita hanya berfungsi untuk memenuhi keperluan asas rakyat tempatan. Kini, fungsi pertanian
ternyata telah berubah. Pertanian dilihat sebagai perniagaan yang memberi prospek besar kepada seluruh masyarakat
Malaysia, membantu merapatkan jurang sosial ekonomi dalam masyarakat dan turut menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Bidang pertanian dilihat dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan
bahan makanan dari negara lain. Kebanyakan bahan makanan asas seperti beras, kopi, koko dan bijirin yang lain sesuai
ditanam di negara ini. Kita tidak perlu mengimport bahan makanan ini daripada negara luar.
(6 markah)

Sintaksis 2

Berdasarkan petikan di bawah, pilih empat ayat dan tuliskan subjek dan predikat bagi setiap ayat tersebut dengan
betul.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sungai merupakan nadi kehidupan kita. Namun begitu, selaras dengan peralihan
zaman, masalah pencemaran air semakin menjadi-jadi. Pencemaran yang berlaku telah mengakibatkan kawasan
tadahan air dimusnahkan. Keadaan ini juga telah banyak memberikan implikasi yang buruk kepada manusia dan
hidupan lain, terutamanya hidupan akuatik. Pembuangan sampah sarap dan sisa toksik ke dalam sungai telah membawa
kepada pencemaran sungai. Sungai yang tercemar akan menjadi semakin cetek dan mudah menyebarkan penyakit
kencing tikus. Lama-kelamaan, dunia juga akan menghadapi krisis bekalan air bersih. Dengan ini, kita wajiblah
mengekalkan kebersihan sungai sebelum keadaan sungai menjadi teruk kerana sediakan payung sebelum hujan. Sejak
zaman lampau lagi, sungai telah memainkan peranannya yang penting dalam kehidupan harian kita. Sungai merupakan
sumber bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. Manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti
sebagai air minuman dan kegunaan domestik. Bekalan air yang bersih sangat penting dalam kegunaan harian supaya
peralatan yang kita guna akan sentiasa dicuci dengan bersih.
(8 markah)

Sintaksis 3

Berdasarkan petikan di bawah, terdapat lima ayat yang bergaris dan tukarkan ayat-ayat tersebut kepada ayat tanya.
Tulis ayat-ayat Tanya tersebut dengan betul.

Pendatang asing terbahagi kepada pendatang asing yang datang dengan izin, iaitu dengan menggunakan dokumen yang
sah dan pendatang asing yang datang ke negara ini tanpa izin iaitu tanpa dokumen yang sah. Kedatangan pendatang
asing semakin ketara pada tahun 1980-an. Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah
melebihi dua juta orang. Majoriti mereka ialah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia,
Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Kebanjiran pendatang asing sama ada secara sah atau pun haram memberikan impak
dan telah menimbulkan kebimbangan kepada negara. Kedatangan pendatang asing tanpa izin disebabkan pelbagai
faktor yang mendorong tarikan mereka untuk datang ke Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi
oleh lautan, keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad.
Kerajaan patutlah mengkaji segala aspek dari segi politik, sosial dan ekonomi supaya kemasukan pekerja asing ini dapat
dimanfaatkan untuk pembangunan negara. Oleh itu,langkah yang drastik dan signifikan harus difikirkan bersama agar
bilangan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia dapat di bending dengan jayanya.
(10 markah)
Penyuntingan 1

Petikan ini mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti enam kesalahan tersebut dan betulkannya. Anda perlu
menulis kesalahan-kesalahan tersebut sebelum membetulkannya.

Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan salahlaku yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan
emosi dan kemajuan akademik murid yang dibuli. Buli dikatakan sering berlaku di bilik darjah, di padang, di koridor, di
dalam dewan, di kantin dan juga di dalam tandas. Terdapat banyak punca-punca yang menyumbang kepada perlakuan
yang tidak sihat ini umpamanya pengaruh persekitaran dan rakan-rakan. Lazimnya, golongan pembuli berfikiran bukan
matang dan gagal membezakan baik buruknya sesuatu tindakan. Sebaliknya, mereka sentiasa terikut akan perangai dan
tindakan rakan sebaya. Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka kemungkinan besar akan tenggelam dengan
gejala buli ini. Di samping itu, keadaan akan bertambah uzur dengan sifat ego mereka yang tidak mahu kalah setelah
dicabar oleh rakan sebaya. Rakan-rakan pula akan memprovokasi individu tersebut sehingga tindakan pembuli di luar
kecerdikan otaknya. Sebelum masalah ini menjadi semakin serius, langkah-langkah mengatasi perlu diambil dengan
efektif. Ibu bapa harus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan anak mereka tidak terlibat.

(6 markah)

Penyuntingan 2

Petikan ini mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti lapan kesalahan tersebut dan betulkannya. Anda perlu
menulis kesalahan-kesalahan tersebut sebelum membetulkannya.

Pembuangan dan pembunuhan bayi ialah antara jenayah yang paling kejam sekali dan tidak berperikemanusiaan. Sejak
lebih sepuluh tahun lalu, media mula memaparkan insiden pembuangan bayi yang pihak tidak bertanggungjawab
lakukan, khususnya si hamil dan penyebab kehamilan itu. Bayi yang lahir dan tidak diingini dibuang dan ditemui dalam
keadaan tidak hidup di tempat kotor seperti di dalam tong sampah, dikerumuni semut di atas rumput, hanyut di dalam
sungai, digongong binatang buas, di buang dalam tandas, ditanam dan sebagainya. Senario tragedi ini menunjukkan
betapa dasyatnya perlakuan ini, hasil dari kelahiran tidak sah tarif iaitu lahir di luar nikah ataupun bagi menyembunyikan
bukti perbuatan zina yang telah dilakukan. Terdapat juga bayi terbuang yang ditemui dalam keadaan hidup yang
ditinggalkan di masjid, di hadapan pintu rumah orang dan sebagainya. Purata sebanyak 100 orang bayi dibuang di
Malaysia setiap tahun dan kebanyakkannya telah mati bila ditemui.
(8 markah)

Penyuntingan 3

Petikan ini mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti lapan kesalahan tersebut dan betulkannya. Anda perlu
menulis kesalahan-kesalahan tersebut sebelum membetulkannya.

Pada masa kini jumlah perokok samada di negara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai
usaha telah dilakukan oleh kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedar orang ramai tentang bahayanya
merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang pada lebih 10,000 kematian setahun; 30%
daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah
pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan setrok. Kerajaan telah
membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai-bagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan
negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung belanja rawatan dan kehilangan
produk.

Anda mungkin juga menyukai