Anda di halaman 1dari 34

2.

2 UKURAN DATA
A S A S S A I N S KO M P U T E R
T I N G K ATA N 1
SMK CONVENT GREEN LANE
2.2.1 UNIT UKURAN IMEJ DIGITAL DAN
AUDIO DIGITAL
i. Pengenalan
Komputer menganggap semua data, nombor, huruf dan simbol adalah sebagai nombor.
Malah, arahan komputer juga adalah berbentuk nombor.

Sistem pernomboran yang digunakan oleh komputer diwakilkan dalam sistem perduaan
(binary), perenambelasan (hexadecimal) dan perlapanan (octal). Komputer menggunakan digit
perduaan untuk mewakilkan data iaitu 0 dan 1 yang dikenali sebagai bit.
ii. Hubungan Perwakilan Data: bit, bait dan aksara.
Komputer hanya mengenali dua digit sahaja; 1 dan 0, sistem nombor ini dipanggil sistem
perduaan atau lebih dikenali sebagai sistem binary (binary system).

Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit dan merupakan unit terkecil untuk data yang diwakilkan
oleh komputer.

Satu bit sebenarnya tidak membawa apa-apa makna, namun kombinasi 8bit dikenali sebagai bait
(byte) dan boleh mewakilkan banyak data atau pun maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1
yang berbeza di dalam 1 bait boleh mewakili sehingga 256 aksara berbeza ini termasuklah
nombor, huruf besar, huruf kecil dan simbol-symbol tertentu. Kombinasi beberapa 0 dan 1
dipanggil Skema Pengekodan.

Dua sistem pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII (American Standard Code for
Information interchange), yang digunakan di dalam komputer peribadi dan minikomputer; dan
EBCDIC (Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) yang digunakan di dalam
komputer kerangka utama.
ii. Hubungan Perwakilan Data: bit, bait dan aksara.
Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf Roman (A hingga Z)
dan nombor (1-9). Ia tidak dapat mewakili huruf-huruf bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina,
Tamil dan Jepun

Skema pengekodan untuk Bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun menggunakan unit UNICODE.
Skema ini merangkumi 65536 aksara di dalam perisian pemprosesan perkataan dan perisian-
perisian lain.

Data, maklumat dan arahan yang disimpan pada peranti storan boleh diukur mengikut urutan
seperti rajah di bawah;

1 Bit = 1 dan 0 (On/Off)


1 Bait = 8 bit
8 Bit = 1 aksara ASCII dan EBCDIC
16 Bit = 1 aksara UNICODE
ii. Hubungan Perwakilan Data: bit, bait dan aksara.

Unit terkecil dimulai dengan Bit, berasal dari perkataan Binary Digit terdiri daripada digit 0 dan
1 sahaja.
Gabungan 8 bit menjadi 1 Bait. 1 Bait bersamaan dengan 1 aksara.
Unit Bersamaan
1 kilobait 210 bait
1 Megabait 220 bait
1 Gigabait 230 bait
1 Terabait 240 bait
IMEJ (IMAGE)
iii. Mengenalpasti unit ukuran bagi imej digital.
Merujuk kepada imej yang dihasilkan menggunakan komputer atau grafik berkomputer. Imej
berkomputer dibahagikan kepada dua iaitu;
Imej Bitmap atau grafik Raster
Imej Vektor atau grafik Metafile.

a) Imej Bitmap atau grafik Raster


Imej bitmap terbentuk daripada satu kumpulan piksel.
Imej ini disimpan dalam satu set piksel.
Satu piksel merujuk kepada satu titik pada skrin komputer
Setiap piksel terdiri 2 atau lebih warna.
Setiap titik pada skrin ditetapkan untuk warna yang dinyatakan dalam bitmap.
b) Imej Vektor atau grafik Metafile.
Imej vektor ini disimpan sebagai satu set persamaan matematik.
Persamaan ini akan mentakrifkan lengkung, garis dan bentuk.
Dibina berdasarkan unsur-unsur lukisan atau objek.
Imej ini boleh terdiri daripada garis, segi empat tepat, elips, lengkok, lengkung dan lain-lain.
Semua imej yang dicipta ini akan disimpan sebagai satu set arahan dalam komputer.
Kedalaman Warna ditentukan oleh berapa banyak data dalam bit yang digunakan untuk
menentukan bilangan warna.
FAKTOR MENENTUKAN KUALITI DAN SAIZ IMEJ
a) Dimensi / Saiz imej (Image size)
a) Merujuk kepada tinggi dan lebar dan diukur melalui unit cm, inci, dot, dan sebagainya.
b) Biasanya imej diukur dalam dot atau piksel. Dengan cara ini kita mudah untuk menentukan kualiti
data bagi sesebuah imej kerana imej yang bersaiz 300 piksel lebar dan 500 piksel tinggi
mengandungi 15 000 piksel walau sebesar mana pun saiz tersebut dalam inci.
c) Saiz imej akan menentukan bentuk paparan serta masa yang diperlukan untuk muncul dipaparan
komputer.
FAKTOR MENENTUKAN KUALITI DAN SAIZ IMEJ
b) Kedalaman warna (Color depth)
a) Kedalaman warna merujuk kepada julat warna yang wujud di dalam sesebuah piksel ataupun berapa
banyak warna yang berbeza wujud dalam sesebuah imej.
b) Imej boleh mempunyai kedalaman warna sekurang-kurangnya 2 warna iaitu hitam dan putih.
Kedalaman imej boleh mencapai 16 juta warna.
c) Semakin tinggi kedalaman warna semakin besar saiz sesebuah fail
d) Kedalaman warna juga dipanggil ColourDepth. Semakin tinggi kedalaman semakin banyak warna
terlibat.
FAKTOR MENENTUKAN KUALITI DAN SAIZ IMEJ

c) Dithering
Proses penukaran kedalaman imej yang lebih tinggi kepada yang lebih rendah. Warna imej
asal ditukar kepada palet warna yang paling hampir dengan palet warna yang ada.

a) Kualiti imej selepas dithering adalah bergantung kepada algoritma yang digunakan
b) Apabila sesebuah aplikasi melakukan proses Dithering terhadap sesuatu imej, ia akan
menukarkan warna yang tidak mampu untuk dipaparkan kepada corak-corak(pattern)
dua atau lebih warna yang hampir menyerupai warna imej sebenar.
FAKTOR MENENTUKAN KUALITI DAN SAIZ IMEJ

d) Resolusi Imej
a) Resolusi imej merujuk kepada jumlah titik (dot) bagi setiap inci (dot per
inci) yang meliputi lebar dan tinggi pada imej.

b) Resolusi boleh dikurangkan tetapi ia akan mengurangkan ketajaman atau


ketepatan sesebuah paparan imej.

c) Resolusi boleh dipertingkatkan dalam keadaan sebenar dengan cara


redigitizing (digital semula) sesuatu imej dengan resolusi yang lebih tinggi.
Contohnya, scan semula imej dengan menggunakan scanner yang mempunyai
resolusi yang tinggi.

d) Resolusi paparan komputer merujuk kepada jumlah bilangan piksel yang meliputi
lebar dan tinggi sesebuah monitor
FAKTOR MENENTUKAN KUALITI DAN SAIZ IMEJ

Resolusi Imej
AUDIO
MENGENALPASTI UNIT UKURAN BAGI AUDIO DIGITAL
Audio yang anda dengari adalah dalam bentuk analog yang tebentuk dari isyarat
gelombang. (contohnya radio)

Komputer pula memproses data dalam bentuk isyarat elektrik.

Bunyi yang dirakam oleh kad suara (sound card) didigitalkan (ditukarkan dari
bentuk analog ke bentuk digital) dan disimpan sebagai fail audio.

Untuk memainkan semula bunyi tersebut melalui komputer, bunyi digital yang
disimpan dalam bentuk kombinasi angka (1 dan 0) perlu ditukarkan kembali ke
dalam format analog.
MENGANGGAR SAIZ FAIL AUDIO
Saiz fail bagi rakaman audio digital selama 1 saat berasaskan jenis mono bergantung kepada
kadar sampel dan kedalaman bit. Formula berikut boleh digunakan bagi menentukan saiz fail
rakaman audio.

Kadar Sampel x Kedalaman Bit / 8 x masa

Sebagai contoh, rakaman audio bagi satu saat dengan kadar sampel 44.1 kHz dan bit-depth ialah
16 bit adalah bersamaan 88,200 bait (88.2 Kb)

44100 x 16 /8 = 88200

Bagi rakaman jenis stereo jumlah ini perlu digandakan 88200 x 2 = 176400 (176.4 Kb). Kualiti
rakaman stereo lebih baik berbanding jenis mono.
2.2.2 PERBANDINGAN SAIZ FAIL IMEJ
YANG SAMA DALAM PELBAGAI FORMAT
2.2.2 PERBANDINGAN SAIZ FAIL IMEJ YANG SAMA DAL AM
PELBAGAI FORMAT
i. Bitmap (*.bmp)
i. Format piawaian yang disediakan oleh kebanyakan perisian imej dipersekitaran Windows. Imej
boleh dieksport dalam kedalaman berbeza seperti 1-bit, 4-bit, 8-bit atau 24-bit.
ii. Imej 4-bit dan 8-bit boleh dimampat mengguna pengekodan RLE(Run Length coding) yang
merupakan kaedah pemampatan Lossless.

ii. Joint Photographic Expert Group (*.jpeg)


i. Disimpan menggunakan ukuran penyimpanan lebih kecil.
ii. Menggunakan format .jpg atau .jpeg
iii. Format fail JPEG mampu menyimpan gambar dengan jumlah warna yang sangat banyak (24 bit
warna)
iv. Format ini sesuai digunakan untuk imej yang diimbas dan ingin digunakan pada WWW.
v. Kegunaan utama adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar kerana JPEG mampu
mengendalikan imej-imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi (sehingga 16.7 juta warna)
tetapi ianya tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar
2.2.2 PERBANDINGAN SAIZ FAIL IMEJ YANG SAMA DALAM
PELBAGAI FORMAT
iii. Tagged Image File Format (*.tiff)
i. Ianya khas digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti seperti
pengimbas imej (scanner), frame grabber ataupun perisian-perisian grafik.
ii. Merupakan antara piawaian atau format fail grafik yang serbaguna dan diterima dengan meluas
bagi tujuan-tujuan mengubahsuai bagi imej-imej warna, hitam putih dan sebagainya.

iii. Graphic Intercharged Format (*.gif)


i. Format penyimpanan fail grafik secara GIF sering digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti
ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun. Ianya juga berkapasiti rendah.
ii. Fail yang menggunakan format GIF menggunakan format grafik 8 bit yang mana ini bermakna ia
mampu memaparkan imej sehingga 256 warna yang berbeza.
iii. Walaupun imej GIF agak kecil dan tidak memerlukan masa pemindahan terima yang tinggi namun
ianya mempunyai satu kelemahan di mana ianya tidak boleh digunakan bagi grafik yang mempunyai
lebihdari 256 warna.
2.2.2 PERBANDINGAN SAIZ FAIL IMEJ YANG SAMA DAL AM
PELBAGAI FORMAT
2.2.3 PERBANDINGAN SAIZ FAIL IMEJ YANG SAMA DAL AM
PELBAGAI FORMAT
2.2.3 PERBANDINGAN KUALITI DAN SAIZ IMEJ
2.2.4 PERHUBUNGAN SAIZ AUDIO
1) Saluran (Channel)
i. Mono
Bermaksud setiap sample (contoh) dirakam melalui satu saluran (channel)
Saiz fail audio adalah kecil kerana cadar pencontohan (sampling rate) adalah rendah.
Contohnya rakaman satu minit pada kadar pencontohan 11kHz akan menghasilkan
fail bersaiz 661kb sahaja.

ii. Stereo
Rakaman melalui dua saluran (Channels)
Kadar sampling adalaj dua kali ganda dari saiz rakaman mono
2.2.4 PERHUBUNGAN SAIZ AUDIO
2) Kadar Percontohan -Sampling (8 dan 16 bit)
Merujuk kepada berapa kali atau kekerapan audio sampel dirakam.

Semakin tinggi sampel, semakin tinggi kualiti rakam audio digital.

Seperti frekuensi, kadar sampel juga diukur dalam unit Hertz. Tiga nilai
kadar sampel yang biasa digunakan bagi sesebuah rakaman audio ialah
11.025 kHz, 22.05 kHz dan 44.1 kHz.

Sebagai contoh, kadar percontohan 44.1 kHz bermaksud bunyi tersebut


dipercontohkan (sampled) 44,100 kali setiap saat. Ini bermaksud panjang
gelombang yang dijanakan ialah setinggi 44,100 kali bagi setiap saat
2.2.4 PERHUBUNGAN SAIZ AUDIO
3) Kedalaman bit (Bit Depth)
Kedalaman Bit ataupun Bit-depth juga dikatakan sebagai saiz sampel yang mewakili jumlah
banyaknya informasi yang disimpan mengenai sesuatu sampel tersebut.

Dua jenis bit-depth yang biasa digunakan ialah 8 bit dan 16 bit.

Rakaman 16 bit lebih baik dan berkualiti berbanding 8 bit kerana lebih banyak maklumat
atau informasi boleh disimpan.

Semakin tinggi bit-depthyang digunakan, maka ia akan menggunakan ruang storan yang lebih
besar (1 bait bagi sampel 8 bit). Ini bermakna jika rakaman audio dibuat selama 10 saat
dengan menggunakan kadar sampel 44.1 kHz dan bit-depth 16 bit serta dirakamkan secara
stereo akan menggunakan ruang storan sekitar 2 MB.
2.2.4 PERHUBUNGAN SAIZ AUDIO
4) Perbandingan Saiz Fail Untuk Kadar Percontohan (Sampling Rate) / Mod Rakaman Yang
Berbeza
2.2.5 PERHUBUNGAN SAIZ FAIL DAN KUALITI AUDIO
1) Fail Wave (Waveform Audio Format)
Singkatan untuk Waveform Audio File adalah format standard bagi fail audio digital yang digunakan
oleh Microsoft yang mempunyai extension * .wav hujungnya
Format wav juga boleh dirakamkanpada kadar percontohan (sampling rate) 8-bit atau 16-bit dalam
mod mono ataupun stereo.
Boleh dimainkan di beberapa mesin Macintosh.
Juga boleh dimampatkan (Scheme Compression) untuk mengecilkan saiznya.

2) Fail MIDI (Musical Instrument Digital Interface)


Digunakan untuk membolehkan alat muzik berkomunikasi dengan sistem komputer.
Ini bermakna papan kekunci elektronik, gitar dan lain-lain peranti MIDI boleh disambungkan ke
synthesizer yang bersambung ke komputer.
Data MIDI bukanlah berbentuk digital tetapi merupakan perwakilan alat muzik dalam bentuk
perangkaan (numerical representation of musical instrument).
2.2.5 PERHUBUNGAN SAIZ FAIL DAN KUALITI AUDIO
3) MP3 (MPEG Level 3)
Merupakan format audio terkini yang menggunakan algoritma mampatan lossy yang menyah data
yang tidak didengari oleh telinga manusia.
Juga dikenali sebagai MPEG3 (Motion Pictures Experts Group) yang digunakan didalam video.
audio digital yang berkualiti CD boleh dimampatkan dengan faktor 12.1 tanpa mengalami kehilangan
yang jelas dari segi kualitinya.
Sebagai contoh, trek yang menggunakanruang sebanyak 40MB dalam CD audio boleh dimampatkan
sehingga 5MB atau kurang tanpa menjejaskan kualiti audionya. Ianya mampu menjimatkan ruang
storan.

Format dan saiz audio


2.2.6 PENUKARAN SAIZ DATA

Penukaran saiz data


2.2.6 PENUKARAN SAIZ DATA

Contoh Pengiraan bagi audio


Kadar Persampelan x sample saiz x masa x saluran (mono atau stereo)

44100hzx16 bits x 180saat x 2


= 254016000 bits
= 254016000 / 8 bait (ditukarkan kepada bait)
= 31752000 / 1024 kb (ditukarkan kepada kilobait)
= 31007.8125 / 1024 mb (ditukarkan kepada megabait)
= 30.28 mb

Anda mungkin juga menyukai