Anda di halaman 1dari 4

SET 4

UJIAN BERTULIS
Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan
daripada Bahagian D.

Bahagian A
(25 markah)

1. Dalam petikan di bawah ini, terdapat empat kesalahan bahasa. Gariskan empat kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin petikan itu semula.

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik
darjah seperti kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam, dan kelab atau
persatuan. Kegiatan kokurikulum ini dapat mendatangkan pelbagai kebaikan pada pelajar. Antara
kepentingan kegiatan kokurikulum ialah kokurikulum dapat mengembangkan potensi seseorang
pelajar. Setengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui
kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui bila seseorang pelajar bergiat dalam
kokurikulum. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan di
kalangan pelajar.

(i)
(ii)
(iii)
(iv)

[8 markah]

2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenai pasti kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Baharuddin Kahar ialah pengarang yang berkelibar pada tahun 1980-an.

(ii) Dewan Bahasa dan Pustaka sering menganjurkan sayembara penulisan kretif untuk para belia
yang berbakat dalam bidang penulisan.

(iii) "Saya berasa gembira kerana berjaya mendapatkan tanda tangan penulis novel yang terkenal
itu semasa menghadiri Program Bedah Buku," kata Ashraf.

[3 markah]
3. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian bina ayat tanya dengan menggunakan kata
tanya yang betul. Penggunaan kata tanya hendaklah bersesuaian dengan perkataan atau rangkai
kata yang bergaris.

(i) Pegawai muzium itu sedang memberikan penerangan kepada para peserta lawatan sambil
belajar.

(ii) Cara yang saya lakukan untuk mengindahkan kawasan tempat tinggal ialah menjaga
kebersihan dan menanam pokok bunga.

(iii) Sulaiman tidak dapat menyertai perlawanan bola sepak itu kerana kakinya patah akibat
kemalangan jalan raya.

(iv) Cikgu Amran yang memberikan kebenaran kepada Amir untuk masuk ke bilik komputer.

(v) Lawatan sambil belajar ke Melaka itu akan diadakan pada 16 April 2016.

[10 markah]

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut, tulis dua
peribahasa yang sesuai.

Bahagian C
(15 markah)
8. Lihat rajah di bawah dengan teal. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut,
tuts ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PENGAMBILAN MAKANAN YANG SEIMBANG

Bahagian D
(30 markah)

9. Gambar di bawah berkait dengan industri pelancongan di Malaysia. Teliti gambar-gambar


tersebut, kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan. Anda boleh memilih untuk
menjawab sama ada Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3. Panjangnya karangan anda hendaklah
tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA

(i) Kerajaan telah melancarkan Kempen Cuti-cuti Malaysia.


Jelaskan kelebihan-kelebihan yang akan anda peroleh melalui kempen tersebut.

(ii) Perkembangan industri pelancongan di Malaysia memberikan pendapatan kepada negara.


Bincangkan faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan industri pelancongan negara.

(iii) Semasa cuti sekolah yang lepas, anda dan keluarga telah melawat ke beberapa buah destinasi
yang menarik yang terdapat di Malaysia. Anda ingin menceritakan percutian anda itu kepada
rakan yang tinggal di luar negara.

Tulis surat kiriman anda itu selengkapnya.

Anda mungkin juga menyukai