Anda di halaman 1dari 2

Ceti Haram

 Peminjam wang yang tidak berdaftar


 Peminjaman wang tidak berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan
 Kadar faedah yang tinggi 120% hingga 300% setahun
 Tidak teragak menggunakan kekerasan

Punca-punca/sebab-sebab berleluasa

1. Pembirokrasian bank

 Kesukaran memperoleh pinjaman daripada bank/syarikat kewangan


 Bank – menyediakan pinjaman bagi urusan terkawal seperti pinjaman perniagaan dan pemilikan harta
 Syarat-syarat ketat – mengambil masa lama meluluskan
 Memerlukan cagaran dan penjamin serta dokumentasi yang membebankan
 Ceti haram – boleh menyelesaikan tanpa masalah pembirokrasian

2. Jumlah pinjaman yang kecil

 Biasanya permintaan peniaga kecil dan penjaja


 jumlah pinjaman yang diminta kecil – RM1000 hingga RM5000
 Ketiadaan kemudahan kredit oleh institusi kewanga
 Bank-bank tidak menyediakan skim berkenaan
 Ceti haram – menyediakan jumlah kecil tanpa cagaran – mudah dan cepat
 Segala-galanya dilakukan tanpa dokumen
 Hanya perlu cagarkan salinan pasport atau kad pengenalan sahaja

3. Ceti haram memenuhi keperluan kecemasan

 Golongan berpendapatan rendah/sederhana – tidak ada tabungan/simpanan


 Memerlukan wang untuk urusan kecemasan – kematian, kemalangan, belanja perubatan/bil hospital
 Institusi kewangan tidak menyediakan pinjaman untuk tujuan tersebut
 Ceti haram – urusan pemprosesan boleh diselesaikan dalam masa 24 jam sahaja
 Mereka yang sudah berada dalam senarai hitam oleh pihak bank tempatan juga berpeluang untuk
melakukan pinjaman.
 Memudahkan dan memenuhi keperluan semasa golngan berpendapatan rendah

4. Pengaruh iklan

 Iklan-iklan berbentuk memujuk dan menarik – kain rentang, poster pada tiang dan dinding, kad-kad
perniagaan
 Mesej/maklumat yang mempengaruhi dan menyakinkan serta janji-janji yang manis
 Golongan kesempitan wang tertarik untuk menggunakan perkhidmatan ceti haram
 Ada ceti haramyang lebih licik dengan menggunakan surat yang dipos kepada syarikat-syarikat
tertentu.
 Mereka ini menyasarkan golongan peniaga kecil dan pemilik syarikat.
 Kandungan surat itu adalah iklan pinjaman wang serta nombor telefon untuk dihubungi sekiranya
berminat.

5. Kesukaran memperkasakan penguatkuasaan undang-undang

 Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (Pindaan 2003) diluluskan untuk mengawal
 Penguatkuasaan dan pelaksanaan masih tidak efektif dan jelas
 Pertindihan tugas dan kuasa antara agensi kerajaan
 Kegiatan tersebut lebih berupa urusan suka sama suka
 Undang-undang sukar dikuatkuasakan
 Peminjam kurang bekerjasama dengan pihak kerajaan
 Jarang melaporkan kepada pihak polis – sukar polis ambil tindakan
Langkah-langkah mengatasi

1. Memulihkan semula institusi koperasi secara meluas

 Institusi koperasi satu cara meringankan beban – golongan berpendapatan rendah


 Koperasi berfungsi membantu peniaga kecil dan individu
 Menyediakan pinjaman kecil – kadar faedah rendah
 Pembayaran balik tidak membebankan – tidak menjejaskan kedudukan kewangan
 Mampu memenuhi keperluan

2. Tabung kecemasan

 Pihak majikan diseru menyediakan tabung kecemasan


 Digesa lebih prihatin dengan masalah dan keperluan kakitangan
 Mewujudkan tabung bagi menampung keperluan kecemasan pekerja
 Bayaran balik rendah melalui potongan gaji tanpa faedah
 Mengurangkan beban dan memudahkan

3. Peruntukan khas - bank

 Pihak bank dan institusi kewangan seharusnya mengkaji semula prosedur mengeluarkan pinjaman –
kepada peniaga kecil/individu
 Meminjam jumlah kecil – tanpa penjamin serta kelulusan segera
 Memperuntukkan jumlah tertentu setiap tahun untuk membantu golongan berkenaan
 Kerajaan melalui agensi-agensi seperti Mara dan Tekun sentiasa membuka peluang kepada usahawan
 mengelakkan usahawan kecil membuat pinjaman daripada ceti haram

4. Skim Kredit Mikro - kerajaan

 Kerajaan menyediakan untuk peniaga kecil dan golongan yang memerlukan bantuan kecemasan
 Kerajaan perlu menambahkan peruntukan yang lebih besar
 Membolehkan lebih ramai mendapatkan pinjaman
 Pinjaman cepat dengan kadar faedah yang rendah

5. Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang

 Tindakan undang-undang yang tegas tanpa pilih kasih


 Ceti haram yang ditangkap – harta dirampas atau dibekukan oleh kerajaan
 Penjara dan rotan mandatori – 6 kali rotan/ penjara 5 tahun
 Boleh dihukum buang daerah jika tiada bukti kukuh tentang penglibatan mereka.
 Juga boleh ditangkap di bawah Ordinan Darurat dan boleh ditahan selama dua tahun.

Anda mungkin juga menyukai