Anda di halaman 1dari 24

SIMPANAN PERIBADI

sumber yang paling murah yang tersedia oleh usahawan Usahawan perlu mengeluarkan sekurangkurangnya separuh daripada dana permulaan dalam bentuk modal ekuiti

KAWAN-KAWAN DAN SAUDARA-MARA


Lebih anjal dari segi pembayaran balik dan jarang sekali mengenakan syarat tertentu Tetapi, kadangkala timbulnya harapan yang kurang realistik atau salah faham antara keduadua pihak

PELABUR PERSENDIRIAN LAIN


Merupakan individu yang kaya-raya, biasanya seorang usahawan atau individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan Mereka biasanya membiayai usaha teroka baru yang kecil dan berisiko. Sebagai tukaran, mereka akan memiliki kepentingan ekuiti perniagaan Sumber ini juga dikenali sebagai sumber modal tidak formal kerana individu ini tidak membuat pelaburan secara berterusan dalam mana-mana pasaran yang sudah kukuh

KREDIT PERDAGANGAN (AKAUN BELUM BAYAR)


Merupakan sumber pembiayaan jangka pendek yang paling meluas digunakan oleh usahawan Tempoh pendek kredit perdagangan selama 30 hari Pembekal biasanya akan menghantar bahan yang dipesan oleh pembeli dan pembeli akan membuka akaun belum bayar bagi sejumlah harga barangan tersebut

PINJAMAN PEMBELIAN PERALATAN DAN


SEWA PAJAK PERALATAN Melibatkan pembelian peralatan secara bayaran ansuran bagi tempoh yang ditetapkan Bayaran muka dikenakan dan bayaran selebihnya mengikut jumlah dan tempoh yang ditetapkan Melibatkan penyewaan peralatan (tidak melibatkan pembelian) daripada pembekal seperti mesin pendua Sewaan menyediakan perlindungan nilai lapuk

Antara bank perdagangan yang membantu usahawan di Malaysia - Malayan Banking Berhad, Bank BumiputraCommerce Berhad, Affin Bank Malaysia Berhad, RHB Bank, Public Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, dan HSBC Bank Malaysia Berhad

Antara bank saudagar yang membantu pembiayaan perniagaan - Arab Malaysian Merchant Bank Berhad, Aseanbankers Malaysia Berhad, Bumiputera Merchant Bankers Berhad, dan Rakyat First Merchant Bankers Berhad

JENIS-JENIS PINJAMAN YANG DITAWARKAN


PIHAK BANK Barisan kredit perjanjian tidak formal antara peminjam dengan pihak bank tentang pembiayaan kewangan Pinjaman bertempoh pinjaman wang antara 5 hingga 10 tahun Gadai janji sumber modal pinjaman jangka panjang, iaitu gadai janji barang-barang dan gadai janji hartanah

PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN


OLEH BANK UNTUK MELULUSKAN PINJAMAN

Karakter peminjam (character) Kapasiti peminjam (capacity) Modal yang dilaburkan (capital) Keadaan ekonomi semasa (conditions) Sandaran yang ada (collateral)

PANDUAN MENDAPAT LAYANAN BAIK


DARIPADA PIHAK BANK Membawa individu lain yang sudah mempunyai hubungan baik dengan pihak bank sebagai pengenal Membuat perancangan yang baik, bukannya apabila keadaan sudah terdesak Tidak terlalu mengharapkan pihak bank menunjukkan kesungguhan dan minat yang sama sebagaimana yang ditunjukkan seseorang usahawan Dapatkan sumber alternatif lain

Terdapat pelbagai agensi kerajaan seperti Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia (CGC) yang menyediakan kemudahan pembiayaan seperti: Skim Jaminan Utama (SJU) Tabung Pinjaman Penjaja dan Perniagaan kecil Bank Negara Malaysia MIDF MARA Bank Pembangunan Malaysia Berhad Bank Industri Malaysia Berhad Kementerian Belia dan Sukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar

PERBADANAN BESAR
Firma-firma besar yang berminat dengan teroka firma-firma kecil biasanya akan mempunyai peruntukan kewangan tertentu untuk dilaburkan Peruntukan ini bukan sahaja terhad kepada bentuk kewangan bahkan bantuan teknikal

FIRMA-FIRMA MODAL TEROKA


Merupakan perbadanan atau rakan kongsi yang bertindak sebagai kumpulan pelabur yang akan membuat pelaburan dalam usaha teroka perniagaan baru Biasanya pelaburan dalam bentuk hutang boleh tukar atau saham terutama boleh tukar.

JUALAN SAHAM
Kaedah pertama, firma menjual sahamnya kepada individu terpilih Kaedah kedua, firma menjual stok sahamnya kepada pelabur luar Kaedah ini berkesan untuk mendapatkan sejumlah besar modal, tetapi kaedah ini ialah satu proses yang mahal dan memakan masa yang agak panjang serta banyak peraturan

Tidak semua firma perniagaan boleh menjual sahamnya kepada orang awam. Terdapat ciri yang membolehkan firma menjual saham secara awam iaitu: Kadar pertumbuhan yang tinggi secara berterusan Rekod pendapatan yang teguh Penyata kewangan firma bagi tempoh 3-5 tahun telah diaudit Kedudukan yang teguh dalam pasaran yang mengalami tumbuhan pesat Pasukan pengurusan yang berkaliber dan lembaga pengarah yang mantap

KEBAIKAN JUALAN/TERBITAN SAHAM


SECARA AWAM Keupayaan untuk meningkatkan jumlah modal firma Memperoleh kemudahan untuk pembiayaan masa depan Memperbaik imej korporat Dapat menarik dan mengekalkan sumber manusia yang penting dalam firma Saham dapat digunakan sebagai alat untuk melakukan pengambilalihan sesebuah syarikat Disenaraikan di bursa saham

KEBURUKAN MEMPEROLEH SUMBER MELALUI JUALAN/TERBITAN SAHAM


Melemahkan pemilikan sepenuhnya oleh pemilik asal Pemilik hilang kawalan terhadap perjalanan operasi syarikat Perlu menyebarkan maklumat syarikatnya kepada awam Perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Sekuriti Kos yang besar Bertanggungjawab terhadap pemegang saham Mengambil masa yang panjang untuk menjadi syarikat awam

RUJUKAN: LONGMAN TEKS PRA-U STPM MATRIKULASI: PENGAJIAN PERNIAGAAN 2

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai