Anda di halaman 1dari 9

SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pertanian
bandar dan cara-cara memajukan bidang pertanian. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Bercucuk tanam di sekeliling rumah sudah lama diamalkan oleh masyarakat, terutama di desa dan
di kampung kerana mereka memiliki kawasan tanah rumah yang luas untuk melakukan aktiviti tersebut.
Keadaan ini berbeza dengan penduduk di bandar yang mempunyai kawasan tanah yang terhad. Oleh itu,
pihak Jabatan Pertanian dan MARDI mengambil inisiatif dan inovasi memperkenalkan kaedah pertanian
moden untuk penduduk bandar melakukan aktiviti pertanian bandar. Tanaman fertigasi atau hidroponik
sama ada menggunakan beg plastik, paip plastik atau takungan hidroponik, pada masa ini mungkin belum
mendesak untuk dilaksanakan di negara kita. Aktiviti ini dilakukan sebagai hobi oleh orang perseorangan
yang berminat bercucuk tanam, atau projek perintis yang dilakukan oleh agensi berkaitan, dan di sekolah
sebagai aktiviti pendidikan.

Selama ini, Malaysia bergantung kepada import untuk memenuhi keperluan sayur-sayuran. Oleh
itu, aktiviti pertanian bandar merupakan langkah proaktif bagi menghadapi situasi itu, khususnya untuk
mengurangkan import sayur-sayuran. Pertanian bandar dan program Bumi Hijau pada dasarnya adalah
untuk memanfaatkan kawasan kosong di sekeliling rumah dan taman perumahan. Kawasan yang kecil
boleh ditanami tanaman secara bertingkat-tingkat untuk jumlah tanaman yang lebih banyak. Sekiranya
jiran-jiran berkongsi kawasan bagi tujuan ini, tentulah jumlah tanaman yang dapat ditanam lebih banyak.
Kaedah pertanian moden ini digunakan bagi mengatasi masalah tanah kurang subur dan sebagainya.
Selain menggunakan baja, mereka juga boleh menggunakan sisa organik dari rumah yang kebanyakannya
dibuang ke dalam tong sampah.

Usaha bersama-sama dengan jiran secara langsung dapat memupuk semangat kejiranan dan
bekerjasama antara penghuni di kawasan perumahan. Keharmonian dan muhibah dapat dipupuk dalam
kalangan penduduk. Mereka lebih seronok lagi kerana tanaman hijau mengindahkan kawasan mereka di
samping menyegarkan udara kerana tanaman hijau membebaskan oksigen dan menggunakan karbon
dioksida yang dapat mengurangkan kesan pencemaran udara. Pengusaha pertanian bandar juga boleh
menjual atau membekal peralatan untuk menyediakan tapak pertanian kepada mereka yang berminat.

Sesungguhnya, aktiviti bercucuk tanam di sekeliling rumah dan taman perumahan memberi
faedah kepada masyarakat. Masyarakat bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dengan melakukan
aktiviti fizikal yang dapat mengeluarkan peluh, malah mereka mendapat bekalan sayur-sayuran yang
segar dan bebas racun serangga. Amalan ini seharusnya menjadi budaya masyarakat untuk mengurangkan
kebergantungan negara kepada sumber import.

Dipetik dan diubah suai daripada


Pertanian Bandar
oleh Md Ishak A. Rahman,
Dewan Siswa, November 2015

1103/2 2017 Hak Cipta Panitia BMSMKPTL SULIT


SULIT 1103/2
3
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menghadapi situasi. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa pihak yang telah mengusahakan pertanian bandar
secara kecil-kecilan kerana keadaan belum mendesak di negara kita.

Nyatakan tiga golongan tersebut. [3 markah]

(iii) Usaha-usaha menyemai minat pelajar untuk mengambil kursus pertanian perlu bermula
pada peringkat sekolah.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menyemai minat
tersebut? [4 markah]

1103/2 2017 Hak Cipta Panitia BMSMKPTL SULIT


SULIT 1103/2
4

Soalan 2(b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Semasa aku menghirup teh, pekedai itu cuba untuk beramah-tamah denganku. Menurutnya, aku
kelihatan seperti artis apabila mengenakan cermin mata hitam, tetapi aku akan menjadi seperti diri sendiri
tanpa cermin mata itu. Dia meminta izin untuk melihat warna mataku. Aku hampir ketawa terbahak-
bahak. Pandai betul Mat Turki ini mengambil hati pelanggan. Dia juga menyuruh aku menanggalkan jaket
yang kupakai dan mencuba jaket-jaket kulit di kedainya. Katanya, aku akan kelihatan seperti bintang
filem jika memakai jaket kulit. Aku hanya tersenyum.

Biarlah aku menjadi diri sendiri dengan jaket kainku.

Jaket kain itu kubeli dengan harga RM 50.00 di sebuah kedai menjual baju terpakai di tanah
airku. Banyak sudah jasa jaket kain itu kepadaku. Poketnya ada dua di sebelah kiri dan kanan. Terdapat
tali bermanik hitam yang membolehkan poket itu dijerut, sekali gus menjamin keselamatan isi poket.

Jaket itu sudah mengikut aku mengembara hampir ke seluruh dunia. Dari negara miskin
Bangladesh, hingga negara mewah United Kingdom. Dari Indonesia di Asia Tenggara, hingga Turki di
Asia Tengah. Aku belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain ini.

Dipetik daripada cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul


oleh Maskiah Haji Masrom
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan helah penjual untuk mempengaruhi aku supaya
membeli jaket kulit kijang. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah manfaat yang diperoleh apabila rakyat Malaysia menggunakan
barangan tempatan? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar tempat lain yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah]

1103/2 2017 Hak Cipta Panitia BMSMKPTL SULIT


SULIT 1103/2
5

Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman dahulu kala
negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk
kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar
yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat
sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam
terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya,
membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli
Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa
rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang.

Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh
menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak membawa orang
Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan,
Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian
dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali.

Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada


dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berikan maksud menghimpunkan segala rakyat. [2 markah]

(ii) Nyatakan reaksi Raja Benua Siam apabila diberitahu bahawa Sultan Muzaffar Syah tidak mahu
menyembah kepada benua Siam? [3 markah]

(iii) Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah yang akan anda lakukan untuk mengelakkan Raja
Benua Siam menyerang kerajaan anda? [3 markah]

1103/2 2017 Hak Cipta Panitia BMSMKPTL SULIT


SULIT 1103/2
6
Soalan 2(d) Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup bererti
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

TEO WEI SING


Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

1103/2 2017 Hak Cipta Panitia BMSMKPTL SULIT


SULIT 1103/2
7

(i) Nyatakan perkara-perkara yang dikenang oleh aku dalam sajak di atas. [2 markah]

(ii) Ikatan kekeluargaan semakin longgar dalam kalangan masyarakat kini.


Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk menyuburkan ikatan
kasih sayang antara anak dengan ibu bapa? [3 markah]

(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

1103/2 2017 Hak Cipta Panitia BMSMKPTL SULIT


SULIT 1103/2
8
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) belut - belot


(ii) tempuh - tempoh
(iii) tuntun - tonton
[6 markah]

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Mereka memasang Jalur Gemilang di sekitar kawasan sekolah sempena sambutan bulan
kemerdekaan.

(ii) Murid-murid perlu menyusun kerusi dan meja sebelum pulang ke rumah.

(iii) Saya menyediakan hidangan pencuci mulut yang enak untuk makan tengah hari.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Bantuan perlengkapan sekolah seperti beg dan unifom telah diserahkan kepada anak-anak
mangsa banjir itu.

(ii) Stesen televisyen TV3 telah mengadakan temubual eksklusif cara langsung dengan wira
badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

(iii) Trajedi Taufan Haiyan yang melanda Filipina baru-baru ini sangat menyayat hati rakyat
Malaysia sehingga banyak yang sanggup berhulur bantuan.
[6 markah]

1103/2 2017 Hak Cipta Panitia BMSMKPTL SULIT


SULIT 1103/2
9

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahn-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Haji Harun seorang usahawan paling ternama di Kuala Lumpur telah menyenaraikan
semua anak-anaknya sebagai wakil yang akan mewarisi harta selepas kematiannya.

(ii) Pengambilan makanan tambahan merupakan satu perspektif untuk menyelesaikan


masalah kekurangan vitamin dan gizi yang seimbang di kalangan masyarakat.

(iii) Remaja yang melewati Internet tanpa pengawasan dan pemantauan ibu bapa akan
menerima pelbagai kesan-kesan negatif.
[6 markah]

(e) Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan
negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-
(i)
murid di samping bekerjasama bagai .. .

Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan
(ii)
kerana .. . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang
murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk
meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah
(iii)
diperoleh kerana .. .
[6 markah]

1103/2 2017 Hak Cipta Panitia BMSMKPTL SULIT


SULIT 1103/2
10

Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif Talib


(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Watak sampingan diwujudkan oleh pengarang untuk membantu perkembangan watak utama
dalam sesebuah novel.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perwatakan satu watak sampingan
yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu latar tempat yang terdapat
dalam kedua-dua buah novel tersebut. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 2017 Hak Cipta Panitia BMSMKPTL SULIT

Anda mungkin juga menyukai