Anda di halaman 1dari 10

NAMA :.................................................................................

Tingkatan

:..............................

SULIT
1103/2
BAHASA MELAYU
Kertas 2
Mei
2015
2 1/2 jam
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA
LENGKOK SEMBILANG, 13700 SEBERANG PERAI

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


TINGKATAN EMPAT 2015

BAHASA MELAYU
Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2 b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4
berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.
5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

___________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak 1 halaman tidak bercetak.
[Lihat sebelah
1103/2

SULIT

SULIT

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
berbelanja secara berhemat oleh golongan muda dan kekangan untuk menggalakkan
mereka menabung. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Tabiat berbelanja melebihi pendapatan dipercayai menjadi faktor anak muda di negara ini
terjerat dalam krisis kewangan. Situasi ini jika tidak ditangani, pasti memberikan kesan buruk
kepada tabungan negara. Selain itu, timbul keadaan golongan muda menghadapi masalah
kewangan kronik apabila usia mereka meningkat dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan
datang jika beban hutang yang ditanggung hari ini tidak dilangsaikan sepenuhnya.
Sebenarnya, prinsip pengurusan kewangan bukanlah sesuatu yang sukar untuk
dipraktikkan jika anak muda mahu berubah sikap dan lebih berdisiplin ketika mengurus hal-hal
kewangan mereka. Bagi mereka yang mempunyai maklumat asas tentang perancangan kewangan
pasti tidak sukar untuk melakukannya. Anak muda yang tidak arif pula, usahlah malas membaca
dan membuat kaji selidik bagi mencari penyelesaian terhadap beban kewangan. Tiada masalah
yang tidak dapat diselesaikan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Mereka perlu menentukan
matlamat dalam mengurus kewangan untuk masa hadapan mereka, misalnya menyambung
pelajaran, membeli rumah, atau mendirikan rumah tangga. Apabila kita sudah menentukan
matlamat kewangan, sudah pasti aliran kewangan kita akan menjadi lebih teratur dan terancang.
Jika golongan muda merasakan bahawa pada setiap akhir bulan mereka gagal untuk
menyimpan wang, inilah masanya untuk mereka memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa.
Perkara penting yang perlu dilakukan adalah dengan menyemak aliran perbelanjaan mereka pada
setiap hujung bulan. Sekiranya mereka melakukan semakan, maka mereka akan mengetahui
sama ada perbelanjaan mereka lebih cenderung ke arah keperluan ataupun atas kehendak nafsu
semata-mata. Tidak dapat dinafikan bahawa ada golongan muda yang lebih cenderung untuk
terus berbelanja sepuas-puas hati hingga lupa untuk menabung. Hal ini, biasanya terjadi kepada
orang muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Bagi mengelakkan perkara ini terus terjadi,
mereka yang baru memasuki alam pekerjaan perlu mencatat butiran perbelanjaan dan merancang
aliran perbelanjaan sepanjang bulan. Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya ialah
2

SULIT

perbelanjaan tidak melebihi pendapatan. Oleh yang demikian, setiap kali menerima gaji bulanan
mereka perlu menabung untuk masa hadapan.

Penularan penggunaan kad kredit juga kini menjadi trend yang sukar untuk dibendung
dalam kalangan orang muda. Perkara yang membimbangkan kita ialah mereka menggunakan kad
kredit sebagai jalan mudah untuk membeli-belah dan membayar hutang. Seharusnya, mereka
mengelakkan penggunaan kad kredit sebaliknya, menggunakan wang tunai ketika berbelanja.
Sekiranya mereka berbelanja mengikut hawa nafsu ketika menggunakan kad kredit, hal ini akan
menyebabkan mereka terjebak dalam kancah hutang, seterusnya dikejar oleh along. Oleh itu,
golongan muda perlu berhemat ketika berbelanja.
(Dipetik dan diubah suai daripadaUrus RM, Tip Belanja Berhemat, Elak Jadi Hamba Duit
Oleh Alzahrin Alias, Berita Harian, 12 Mac 2011)
Soalan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata dilangsaikan sepenuhnya.


[2 markah]

(ii)

Nyatakan tiga kesan yang akan timbul sekiranya golongan muda boros berbelanja
[3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha kerajaan untuk menggalakkan golongan remaja
menabung.
[4 markah]

Soalan 2(b)-Petikan Prosa Moden


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk
menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar.Syarikat ini beroperasi
dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken, Global Chicken menubuhkan cawangan di
Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatnya RAJA. Hakim membuat
3

SULIT

keputusan memasuki bidang perternakan bersandarkan beberapa faktor. Dia selalu sangat
mendengar para menteri dan pakar ekonomi berkata, Pada masa sekarang ini kerajaan sangat
mementingkan aktiviti pengeluaran makanan. Negara mesti mengeluarkan lebih banyak
makanan.

Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagian besar
bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang diimport,sedangkan kita ada ratusan ribu
ekar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif.Mengapakah kita bergantung pada beras,
ikan,daging,ayam dan sayu-sayuran import? Keadaan ini akan membahayakan kita kalau terjadi
sesuatu bencana. Kerajaan mengutamakan bidang pengeluaran makanan kerana ini soal
keselamatan negara.
(Dipetik daripada cerpen Kaduk,Ayam dan Raja,karya Zurinah Hassan dalam
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,Dewan Bahasa dan Pustaka,halaman 48)
i)

Nyatakan rasional rakyat diseru menceburi bidang pertanian.

ii)

( 2markah )
Pada pendapat anda, apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum menceburi
bidang pertanian.

iii)

( 3 markah )
Jelaskan satu perwatakan Hakim dalam petikan dan satu perwatakannya yang lain
daripada keseluruhan cerpen.
( 4 markah )

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik


Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka sembah orang itu,Daulat tuanku, mana titah patik junjung.
Maka sembah Laksamana,ya tuanku,jika demikian sahaja aniayalah duli yang maha
mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta.Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada
itu,mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.
4

SULIT

5
Maka titah baginda, Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?
Maka sembah mereka itu, Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah

dan Rasul-Nya,dengan tulus ikhlas hati patik sekalian. Masing-masing pun memberikan segala
hartanya akan Laksamana.

Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi.Maka
yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada
segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi dibiarkan pada pegawai yang tiada penguasaan dan
sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itupun habislah, suatu pun tiada
diambil oleh Laksamana.
Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau
tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah.
(Dipetik daripada prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan dalam antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka ms 38-39)

(i)

Berikan maksud tiadalah putus.


(2 markah)

(ii)

Nyatakan cara-cara pembahagian harta yang dilakukan oleh Laksamana terhadap harta
miliknya sendiri yang telah dibahaginya.
(3 markah)

(iii)

Pada pendapat anda, mengapakah pemilik-pemilik harta yang dicuri itu masih ingin
memberikan segala harta itu kepada Laksamana?
(3 markah )

SULIT

Soalan 2(d) Petikan Puisi


Baca syair di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Syair Bidasari
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
6

SULIT

Seisi negeri gundah-gelana,


Membawa diri ke mana-mana.
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."
(Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,Dewan Bahasa dan
Pustaka)
i)

Berikan maksud rangkap kedua Syair Bidasari.


(2 markah )

ii) Sekiranya anda ialah sultan negeri Kembayat, apakah persediaan anda sebagai ketua
negeri bagi menghadapi musuh yang datang menyerang?
( 3 markah )
iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam syair Bidasari.
( 4 markah )
Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) muat turun
(ii) pusat sumber
(iii) jualan gudang
(iv) pasaran saham
(v) pusat asuhan
(vi) jurai keturunan
(6 markah)
(b) Nyatakan jenis ayat di bawah ini sama ada ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan, atau
ayat tanya.
(i) Menerusi komunikasi, pelbagai maklumat disebarkan dari sebuah negara ke sebuah
negara lain dengan mudah dan cepat.
7

SULIT

(ii) "Siapakah nama kamu?" soal seorang pemuda berwajah garang sambil mendekati diriku.
(iii) Bangunan yang tinggi itu direka bentuk oleh seorang arkitek dari luar negara.
(iv) Syabas, kamu telah berjaya rnenjuarai kejohanan yang berprestij itu!
(v) "Mazwin, tolong hantar buku-buku ini ke bilik guru dan letakkan di atas meja saya," kata
Puan Geetha kepada Mazwin dengan tembut.
(vi) Sampai bilakah Pak Dol akan menangisi kematian isteri kesayangannya itu?
(6 markah)
(c)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sorakan gemuroh rakan-rakan Safiah menguatkan semangatnya untuk berlari lebih pantas
bagi memenangkan perlumbaan tersebut.
(ii) Setelah mengikuti sessi latihan renang dengan gigih selama dua bulan akhirnya Najwa
berjaya mengrangkul pingat emas peringkat kebangsaan.
(iii) Sindiket memalsukan paspot Malaysia dibongkar apabila seorang daripada ahlinya
ditangkap polis semalam
(6 markah)

(d) Dalam setiap ayat di bawah,terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)

Setiap pelajar program interaksi diminta memberikan sebuah komen untuk


membaiki sebarang kekurangan program tersebut.
8

SULIT

9
(ii)

Berapa orang pelancong telah terbunuh di dalam serangan bom di hotel itu dua hari
lalu

(iii) Datuk Hashim telah tiga setengah tahun memegang pangkat pengerusi badan amal
tersebut.
(6 markah)

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud ayat tersebut.
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu
tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut
mempunyai maksud yang tertentu.
2. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan
menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
3.Perbuatan Puan Tong Kuan Yee menasihati rakannya yang bernama Wong Du Hou
supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali
oleh Wong Du Hou.

( 6 markah)
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(a) Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan dua
peristiwa yang menarik dalam novel tersebut.
9

SULIT

10
(7 markah)

(b) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga persoalan yang diketengahkan
dalam novel tersebut.

(8 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT

10

Anda mungkin juga menyukai