Anda di halaman 1dari 8

Solaf Set 2, 2011

Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha berjimat untuk aktiviti melancong dan faedah-faedah melancong. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong, kita perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian kita berjalan dengan lancar. Tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika merancang untuk bercuti, hanya guna duit tabungan yang diasingkan untuk kegunaan bercuti. Apabila hendak bercuti di luar negara pula, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik negara itu supaya percutian diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Jika melalui pakej pelancongan, cari pakej pelancongan yang menawarkan harga yang murah tetapi selesa. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan. Seandainya hendak ke negara sejuk pakaian yang bersesuaian perlu disediakan. Sebelum melancong dan bercuti, perlulah merancang perbelanjaan dengan rapi dan teliti yang hendak digunakan semasa melancong. Penyediaan anggaran perbelanjaan harian semasa bercuti, termasuk kos penginapan, makanan, dan pengangkutan adalah sangat penting. Anggaran perbelanjaan ini untuk mengawal perbelanjaan semasa bercuti, terutama jika bercuti di luar negara. Tentukan dengan betul negara,kota atau tempat peranginan yang dilawati sesuai dengan kemampuan kewangan kita. Sebelum bercuti keperluan utama perlu diadakan supaya tidak kelam kabut pada saat-saat akhir. Pastikan visa dan pasport sudah diperoleh untuk ke luar negara. Jika perlu pemeriksaan kesihatan diselesaikan untuk memastikan kesihatan terjamin. Industri pelancongan banyak bergantung pada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan pada saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka dimasukkan ke dalam anggaran perbelanjaan. Sebaik sahaja sampai ke destinasi percutian, pastikan mendapatkan peta tempat tersebut bagi mudah mencari tempat dan kosnya. Maklumat ini penting supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Selain itu, kita memilih jenis pengangkutan yang sesuai seperti bas atau teksi untuk pergi melawat ke tempat-tempat menarik yang telah ditetapkan. Pilihan pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut dapat menjimatkan kos dan tidak mudah tertipu. Penggunaan kad kredit lebih baik daripada membawa wang tunai yang banyak tetapi lebih baik elakkan menggunakan kad kredit untuk mengelakkan daripada melebihi bajet. Kesimpulannya, perancangan kewangan yang bijak akan menjimatkan percutian malah memberi pulangan yang bermanfaat. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berjimat Semasa Melancong oleh Sidang Pengarang, Ringgit, Nov 2010)

Solaf Set 2, 2011

Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a)- Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata memberikan kepuasan. [2 markah] (ii) Nyatakan tiga persediaan awal sebelum pergi melancong sama ada di dalam negara atau ke luar negara. [3 markah] Kemukakan empat cara bagaimana anda dapat membantu negara ini menarik lebih banyak pelancong ke negara ini mengikut pendapat anda. [4 markah]

(iii)

Solaf Set 2, 2011

Soalan 2(b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Tetapi dia mempunyai fikiran lain. Kalau bukan dia yang memberikan khidmat kepada ibu pertiwinya, maka siapa lagi orang lain? Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellissa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor. Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza. (dipetik daripada Cerpen Mellisa oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Mengapakah Mellisa ingin memberikan khidmat kepada negaranya?

[2 markah]

(ii)

Sebagai seorang pelajar, apakah cara-cara yang dapat anda lakukan untuk menjadi warga negara yang cinta akan negara? [3 markah] Huraikan satu perwatakan Mellisa dalam petikan cerpen di atas dan satu perwatakan Mellisa lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

(iii)

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik

Solaf Set 2, 2011

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dan serta sampai surat itu ke Johor, maka Yang Dipertuan Johor pun mengampungkan segala orang besar-besar, muafakat, menyuruh membaiki kota, parit. Dan sudah masyhur khabar itu, mengatakan anak Marhum Mangkat Dijulang sudah keluarlah; segala rakyat pun datang dibawa oleh Raja Negara Selat. Dan serta sampai, bertemu dengan Yang Dipertuan di Mengkalis, mengatakan tuan dari Johor. Dan segala Minangkabau mengatakan tuan dia, datang dari Minangkabau. Hatta, lalu berkelahi. Maka titah baginda, " Janganlah engkau berkelahi, sama-sama bekerjalah." Dan baginda pun menyiapkan perahu, kecil besar. Setelah sudah, sampailah ketika yang sempurna, maka baginda pun berangkat ke Johor. Dan segala rakyat Selat, dan segala yang di lahut, semuanya mengiringkan baginda. Dan sampailah di Kuala Johor. Maka orang Johor pun gegerlah, mengatakan, Tuan kita sudah datang! Dan mana suku Laksamana, semuanya datang, menghadap baginda. Maka kata orang Johor, Jikalau betul asal tuan kami, minta tawarkan air yang masin. Dan titah baginda, Baiklah. Dan lalu diambil rotan, dilingkar, dimasukkan ke dalam air. (Dipetik daripada Hikayat Siak dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) (ii)

Berikan maksud sudah masyhur khabar.

[2 markah]

Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Yang Dipertuan Johor ketika ingin menyambut anak Marhum Mangkat Dijulang? [3 markah] Pada pandangan anda, mengapakah anak Marhum Mangkat Dijulang perlu membuktikan asal keturunannya dengan menawarkan air masin? [3 markah]

(iii)

Soalan 2(d) Sajak

Solaf Set 2, 2011

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ADAT SEZAMAN Peradaban zaman semakin berlalu meninggalkan kesan mendalam terlalu indah apabila dipandang terlalu mulia apabila diselidik santun di dara jadi idaman warak si teruna jadi ikatan si tua tersenyum mesra memandang teruna dara sama cantik sama padan berganding bersama di singgahsana ... Masa itu telah jauh zaman sudah berlalu santun sang dara dan warak sang teruna telah lenyap si tua berduka lara memandang teruna dara berganding tanpa silu tanpa hormat tanpa batasan adat sezaman ditinggal jauh adat agama dipandang remeh adat kuning jadi ikutan. Wan Nazihah Wan Abdullah Annyyss Sophillea, 1997 Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka
(i)

Mengapakah 'si tua berduka lara' ?

[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha dapat dilakukan untuk menyemai nilai budi bahasa dalam kalangan remaja ? [3 markah] Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

(iii)

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Solaf Set 2, 2011

[30 markah] Jawab semua soalan.


(a)

Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata akronim di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) angkat angkatan diangkat terangkat berangkat mengangkat [6 markah]
(b)

Sambungkan setiap ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi tiga ayat majmuk tanpa mengubah maksud asalnya. Hutan paya bakau sangat kaya. Hutan paya bakau mempunyai nilai komersial. Hutan paya bakau juga menjadi sumber kayu-kayan. Penduduk di kawasan pantai menggunakan kayu bakau. Kayu bakau itu akan dijadikan rasuk, alang, pelancar dan tiang. Mereka juga boleh membina bot. Kayu bakau turut digunakan untuk membuat perangkap ikan. Kayu bakau dapat dijadikan sumber bahan api. Kayu bakau dapat dijadikan sumber kraf tangan dan perabot rumah. [6 markah]

(c)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Beberapa orang pembaca mensyorkan kepada penerbit majalah akedemik itu supaya mengadakan ruangan tentang sejarah tempatan. (ii) Kawasan rehat dan rekreasi yang diwujud bagi memberikan peluang kepada penggguna lebuhraya untuk berhenti seketika. (iii) Pertandingan lanskap antara sekolah dapat memupuk sikap cinta akan pengindahan kawasan sekolah masing-masing. [6 markah]

Solaf Set 2, 2011

(d)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Para pelancong yang menaiki mini bas itu dipandu laju lalu tersasar ke dalam

longkang besar pagi semalam. (ii) Kami amat kagum melihat keupayaan menyulam bakul yang ditunjukkan oleh orang buta-orang buta itu.
(iii)Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan salah satu lapangan

terbang yang memiliki kemudahan peralatan termoden dan canggih di dalam dunia. [6 markah] (e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan. Saiful bekerja di sebuah syarikat pengangkutan. Dia merupakan seorang pekerja yang rajin dan akan menyiapkan tugasannya sehingga selesai walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Pihak majikannya amat mengharapkan Saiful di tempat kerjanya kerana Saiful sangat berkemahiran malah mampu mengendalikan syarikat. Walaupun tanpa kehadiran pihak majikannya , Saiful berupaya bekerja dengan cekap dan sempurna. Dia sentiasa meningkatkan kecekapannya dengan sering bertanya kepada rakan-rakan yang berpengalaman. Selain itu, dia menyambung belajar jarak jauh supaya kebolehan dan kelulusannya setanding dengan pegawai-pegawai yang lain. [6 markah]

Solaf Set 2, 2011

Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut: (i) Kembara Amira karya Amer Hamzah L.Kader (ii) Interlok karya SN Abdullah Hussain (iii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan (iv) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah (v) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (vi) Papa (Akhirnya Kau Tewas Jua) karya Deana Yusuf (vii) Renyah karya Gunawan Mahmood (viii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda telah pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan kerjasama. [7 markah] Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam setiap novel. [8 markah]

(b)

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai