Anda di halaman 1dari 14

UNSUR SENI

Pengenalan Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka
wujudlah garisan.

2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula
dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam

menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala

seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki

dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran


seekor ayam
3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.
i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:
Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta,
corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya.

garisan pada anyaman tikar

garisan pada bangunan

ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:


Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali,
urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan,
batu marmar, kulit kayu dan sebagainya

garisan pada titisan


hujan

Jenis-jenis garisan

garisan pada urat daun

garisan pada kulit


harimau

Fungsi Garisan

1. Garisan menimbulkan rupa.


2. Garisan menimbulkan bentuk.

3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya


dan bayang.

4. Garisan mewujudkan ruang.

5. Garisan menghasilkan jalinan.

6. Garisan menghasilkan motif pada


reka corak.

Garisan, Ton dan Ruang


1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal
akan menimbulkan ton yang gelap.
2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan
yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.
3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan
yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang


jauh/belakang dan dekat.hadapan

perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap

semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah


menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti
yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang
lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan
Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni

1. Lukisan
2. Catan
3. Anyaman
4. Tenunan
5. Kolaj
6. Pualaman
7. Arca
8. Gurisan
9. Cetakan
10. Resis (batik / ikat celup)

Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya

penggunaan garisan
dalam karya lukisan

karya tenunan juga


mencipta garisan

Teknik Catan oleh Yusuf


Ghani, Siri Topeng

aplikasi garisan dalam


seni arca

karya teknik resis / ikat


dan celup jelas
memperlihatkan kesankesan garisan

garisan tampak jelas


pada karya anyaman

Unsur-unsur Seni - RUPA


A. Pengenalan
Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan


rupa

rupa
B. Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi,
empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan
ukuran-ukuran tertentu

rupa geometri

2. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur
sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
Dihasilkan secara sepontan

rupa organik
C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan
tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

rupa positif

rupa negatif

Rupa dalam Aktiviti Mencorak


Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan,
tambahan atau luakan ( pengurangan ).

Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang


dengan jarak dan kedudukan tertentu.
Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan
rupa negatif.
Hasilan corak akan lebih menarik apabila rupa disusun berulang-ulang dalam
susunan tertentu.

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak


Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak
1.
2.
3.
4.
5.
6.

susunan selang-seli
Susunan turun separa
Susunan batu-bata
Susunan orgee
susunan cerminan
Susunan sisik ikan

E. Rupa dan Lambang / logo


Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat,
persatuan dan pertubuhan.
Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

logo simbol daripada rupa mata

lambang yang dihasilkan daripada rupa


bunga dan daun

logo daripada huruf

logo jenis representasi

F. Rupa dan Muka Taip


Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san
serif( tidak berekor ).

perbezaan rupa muka taip serif dan san serif

muka taip serif

muka taip san serif

muka taip hiasan

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

karya yang berasaskan rupa muka taip

Anda mungkin juga menyukai