Anda di halaman 1dari 4

Format Pentaksiran Bahasa Melayu SPM 2022

SOALAN 5 – PERIBAHASA

PANDUAN UMUM:

1 Pelbagai bentuk item:


 gambar situasi
 karikatur
 dialog
 ilustrasi
 petikan dan sebagainya

2 Panjang petikan atau bahan : antara 50 hingga 80 patah perkataan

3 Jumlah peribahasa bergantung pada arahan dalam soalan

4 Jumlah markah: 2 markah bagi satu peribahasa yang tepat

5 Berikan 1 peribahasa sahaja. Jawapan lebih TIDAK DITERIMA

Soalan 5 (i) : Peribahasa


Format Pentaksiran Bahasa Melayu SPM 2022

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.

“Dahlah emak dan ayah saya sakit, sampai hati Mak Liah pula buat saya begini. Saya
sudah berusaha sedaya upaya untuk membantu anaknya dalam pelajaran, tetapi dia bukan sahaja
tidak menghargai pertolongan saya, malah menuduh saya tidak pandai mengajar anaknya,” luah
Hasnun dengan nada sedih.
“Bersabarlah Hasnun,” pujuk Syafik kepada rakan karibnya yang bukan sahaja emaknya
dirawat di hospital, malah ayahnya juga ditahan di hospital kerana mengalami keracunan
makanan. “Jangan fikirkan sangat cakap Mak Liah itu. Perkara penting yang harus kamu
utamakan sekarang ialah teruskan usaha supaya cita-cita kamu tercapai,” nasihat Syafik.
[6 markah]
1
2
3

Soalan 5 (ii) : Peribahasa

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.

Pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara hendaklah pandai menyesuaikan diri ketika berada
di tempat orang, bak kata peribahasa (i) _____________________________________________.
Mereka juga dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya kerana
(ii)_______________________________________. Setelah tamat pengajian, mereka hendaklah
pulang ke tanah air untuk memberikan sumbangan bakti kepada bangsa dan negara agar mereka
tidak bersikap seperti (iii) ________________________________________________________.
[6 markah]
1
2
3

Soalan 5 (iii) : Peribahasa


Format Pentaksiran Bahasa Melayu SPM 2022

Baca ayat di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.

(i) Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dibuang.

(ii) Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda tetapi cuba membaikinya hingga benda
itu menjadi rosak.

(iii) Jangan sengaja mencari kesusahan.


[6 markah]

1
2
3

Soalan 5 (iv) : Peribahasa

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.

Walaupun Shahida dan Shahira adik-beradik kembar tetapi kedua-duanya mempunyai


minat dan perwatakan yang sangat berbeza. Mereka sentiasa berselisih faham dan sering
bertengkar dalam menegakkan pendirian masing-masing. Ibu mereka selalu memberi nasihat agar
mereka bertolak ansur antara satu sama lain namun tidak dihiraukan. Perselisihan yang berlarutan
itu berakhir apabila mereka mula insaf dan bermaafan-maafan.
[6 markah]

1
2
3

Soalan 5 (v) : Peribahasa


Format Pentaksiran Bahasa Melayu SPM 2022

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu lagi peribahasa yang sama maksudnya
dengan peribahasa dalam ayat tersebut.

(i) Orang yang baik, walau di mana-mana berada akan dimuliakan juga, umpama minyak
setitik, di laut sekalipun timbul juga.

(ii) Dia sepatutnya berfikir semasak-masaknya sebelum meletak jawatan kerana dia
belum pasti mendapat pekerjaan di bandar itu, takut nanti yang dikejar tak dapat
yang dikendong berciciran.

(iii) Jangan sekali-kali kita berludah ke langit, kerana perbuatan itu umpama mengeji
diri sendiri.
[6 markah]

1
2
3

Anda mungkin juga menyukai