Anda di halaman 1dari 2

‫الر ِحْي ِم‬ ِ ‫بِس ِم‬

َّ ‫اهلل الرَّمْح َ ِن‬ ْ

َ‫َأج َم ِع ْين‬ ‫َأص َحابِ ِه‬ ِِ ٍ ِ ِّ ‫ْح ْم ُد لِلَّ ِه َر‬


َّ ‫ َو‬  ,‫ب ال َْعالَ ِم ْي َن‬
ْ ْ ‫السالَ ُم َعلَى َسيِّدنَا ُم َح َّمد َو َعلَى آله َو‬
َّ ‫الصالَة َُو‬ َ ‫اَل‬
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu ya Allah kerana telah
mengizinkan kami untuk berada dan menjayakan majlis restu ilmu pada
hari ini sempena peperiksaan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Sesungguhnya Ya Allah pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Kami
berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu ,

Ya Allah Ya Ghaffar

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami
dan seluruh umat manusia yang berada di bumi Mu ini. lengkapkanlah budi
pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap
rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang
Engkau hindarkan daripada kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha ini


kami akan menjadi insan yang elok budi pekertinya dan indah akhlaknya.
Engkau jadikanlah kami ini menjadi seorang manusia cemerlang
akademiknya, gemilang sahsiahnya dan terbilang agamanya. Mudah-
mudahan mereka dapat berbakti untuk Negara dan agama-Mu Ya Allah

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang


hadir pada pagi ini, dapat melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon
perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .
teguhkanlah iman kami,kuatkanlah hati kami. Kurniakanlah kepada kami
hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu. Berikanlah kami kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM nnti.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Ya Allah Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,
kecergasan minda, ketenangan jiwa dan kekuatan semangat. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬


ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬
َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬، ‫س َّل َم‬
َ‫العا َل ِم ْين‬ َ ‫ص َّلى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai