Anda di halaman 1dari 1

‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬

ِ ‫ِبسْ ِم‬
َّ ‫ َوال َعا ِق َب ُة ل ِْل ُم َّت ِقي َْن َوال‬, ‫العا َل ِمي َْن‬
‫صالَة َوال َّسالَ ُم َع َلى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد‬ َ ِّ‫هلل َرب‬ ِ ‫اَ ْل َح ْم ُد‬
‫َو َع َلى آلِ ِه َوأَصْ َح ِاب ِه أَجْ َم ِعي َْن‬

‫الل ُه َّم يا هللا‬


Sesungguhnya solat kami , ibadah kami , hidup kami , dan mati kami semata-mata
hanya untuk-Mu ya Allah

‫يا هللا يا رحمن يا رحيم‬


Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu
sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat, berkat, keizinan dan
iradah-Mu, maka Pertandingan Hoki Majlis Sukan Sekolah Sarawak tahun 2019
telah sampai ke penghujungnya. Engkau jadikanlah majlis kami ini penyebab
penyatuan hati-hati kami ke jalan yang engkau redhai. Engkau sahaja (ya allah)
yang kami sembah dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini)
sekolah-sekolah kami akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah
yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang
berjaya di dunia mahupun di akhirat.

‫واإلكرام‬
َ ‫الل‬
ِ ‫الج‬
َ ‫يا ذا‬,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan , kecergasan minda, ketenangan
jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran,
berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan
negara.
َ ‫ اللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َجمْ َع َنا‬،
‫هذا َجمْ عًا َمرْ ح ُْومًا َو َت َفرَّ َقـ َنا ِمنْ َبعْ ِد ِه َت َفرَّ قا ً َمعْ ص ُْومًا‬
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan
dirahmati .Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

َ ‫ربنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َن ًة َوفِي األخ َِر ِة َح َس َن ًة َوقِ َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّن‬
‫ار‬
‫ َو ْال َح ْم ُدهلِل َربِّ ال َعا َل ِمي َْن‬، ‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫صلَّى هللاُ َع َلى م َُح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai