Anda di halaman 1dari 1

‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َعلَى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأصْ َح ِاب ِه َأجْ َم ِعي َْن‬

َّ ‫ َوال‬،‫اَ ْل َحمْ ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعالَ ِميْن‬.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon
ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq hidayah dan inayah,
juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada cikgu Bhaif Bin Bar yang akan bersara,
menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara
nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan
kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya Munzilar Rahmah wa Ya Fatihal Barakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan
atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar murabbi
sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada
semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab
sebagai pendidik, pemimpin dan bapa yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan
kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan
semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang
insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya Qadhial Hajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur.
Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami
kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang
cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami
segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya dZal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan
jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

َ‫ َوالَ َتجْ َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا َشقِ ًّيا َوالَ َم ْطر ُْو ًدا َوال‬،‫ َو َت َفرُّ َقـَ َنا مِنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ قا ً َمعْ ص ُْومًا‬،‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َجم َْع َنا َه َذا َج ْمعًا َمرْ ح ُْومًا‬
‫ َمحْ ر ُْومًا‬.

َ ‫ر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي اَألخ َِر ِة َح َس َنة ًَو ِق َنا َع َذ‬.ِ
‫اب ال َّنار‬ َ

‫ َو ْال َح ْم ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‬،‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‬


َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫و‬.َ

Anda mungkin juga menyukai