Anda di halaman 1dari 3

DOA PAGI

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬


ْ ِ‫ب‬
‫ص َحابِ ِه أَ ْج َم ِع ْي َن‬
ْ َ‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوأ‬ َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫ َوال‬,‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب ا ْل َعالَ ِم ْي َن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬
Ya Allah Ya Tuhan kami, dengan penuh kerendahan hati, kami menadah tangan,
bersyukur ke hadrat-Mu, di atas nikmat kehidupan dan kesihatan, yang kami kecapi
setiap hari.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih
Kurniakanlah kami tekad dan semangat yang tidak pernah padam, untuk bekerja dengan
penuh dedikasi dan keikhlasan, agar dapat menghasilkan mutu kerja yang berkualiti,
dan mampu memenuhi kehendak para pelanggan kami.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa
Bimbing dan restuilah kehidupan kami, terutama semasa melaksanakan tugas harian
kami. Teguhkanlah sifat integriti di dalam diri kami, untuk mencintai dan
menyempurnakan amanah, membenci rasuah, menghindari segala bentuk
penyelewengan dan salah guna kuasa, serta mengatasi segala bentuk kelemahan, agar
rezeki yang kami terima, adalah rezeki yang halal dan penuh keberkatan.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang
Kekalkanlah permuafakatan dan budaya kerja sepasukan dalam kalangan kami.
Suburkan dalam hati kami, nilai cinta dan kasih sayang, kegembiraan dan kebahagiaan,
serta saling menghormati sesama manusia. Bukakanlah pintu hati kami, untuk sentiasa
menghayati slogan keramat kami : SABAH HEBAT dan KATAKAN TIDAK
KEPADA NOMBOR 16.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui
Kami sedar, cabaran pekerjaan kami semakin berat. Justeru itu, jangan biarkan kami
dalam keadaan lemah dan putus asa. Anugerahi kami kekuatan fizikal, ketahanan
mental, kematangan emosi dan kemantapan rohani, agar kami mampu memberikan
khidmat bakti yang terbaik, bagi mengangkat maruah dan imej jabatan kami.
Lindungilah kami dari sebarang fitnah, bencana dan perpecahan, yang boleh menggugat
kekuatan kami. Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.

َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬


ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬، ‫س َّل َم‬
َ‫العا َل ِم ْين‬ َ ‫ص َّلى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

DOA PROGRAM RASMI

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬


ْ ِ‫ب‬
َ‫ص َحابِ ِه أَ ْج َم ِعيْن‬
ْ َ‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوأ‬ َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫ َوال‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب ا ْل َعالَ ِميْن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬
Ya Allah, pada hari yang penuh bermakna ini, kami berhimpun dengan penuh rasa kesyukuran, di atas
nikmat kesihatan, kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran yang Engkau kurniakan.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang,
Bersempena dengan Program ____________________________________, kami pohon Engkau
permudahkanlah urusan kami, agar program ini berlangsung dengan teratur serta tercapai segala
objektifnya. Kurniakanlah kami keazaman untuk bekerja dengan tekun dan penuh kesungguhan.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih,


Suburkanlah pada diri kami rasa cinta, kasih sayang, kegembiraan, rasa bertanggungjawab serta
semangat saling menghormati sesama manusia, agar kami dapat memenuhi amanah dan menyantuni
para pelanggan dengan tenang, dedikasi dan penuh keikhlasan.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar,


Perkukuhkanlah keazaman, permuafakatan dan persefahaman antara kami, agar kami mampu
merealisasikan slogan keramat : “SABAH HEBAT. KATAKAN TIDAK KEPADA
NOMBOR 16”. Justeru itu, jadikanlah kami warga pendidikan yang sentiasa mengutamakan
kecemerlangan dan budaya kerja yang berkualiti di setiap peringkat. Jadikanlah kami penjawat awam
yang sentiasa menjaga tahap integriti yang tinggi, membenci rasuah, serta menghindari segala bentuk
penyelewengan dan salahguna kuasa. Begitu juga setiap masa, memperbaiki kelemahan dan
melaksanakan penambahbaikan berterusan.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa,


Anugerahi kami kekuatan dan kesihatan untuk terus menyumbang jasa bakti di mana jua kami berada.
Peliharalah kami dari perkara-perkara yang negatif, fitnah, perselisihan dan dari segala kejahatan.
Semoga kami merasa aman, tenang dan produktif dalam melaksanakan tugas-tugas kami.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemberi Kesejahteraan,


Jadikanlah perhimpunan kami ini perhimpunan yang dirahmati,
dan perpisahan kami selepas ini perpisahan yang terpelihara dari segala bencana.

َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح َس َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّنار‬
‫ َو ْال َح ْم ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعا َل ِمي َْن‬، ‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫صلَّى هللاُ َع َلى م َُح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫َو‬

DOA MESYUARAT

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬ْ ِ‫ب‬


‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬
َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫صالَة َُوال‬ َّ ‫ َوال‬,‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب ا ْل َعالَ ِم ْي َن‬
‫ص َحابِ ِه أَ ْج َم ِع ْي َن‬
ْ َ‫َوأ‬
Alhamdulillahi rabilalamin, wassalatu wasallamu ala saidina Muhammad
wa ala alihi wa sahbihi ajmain.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang


Kami memanjatkan rasa syukur, kerana dengan izin-Mu, kami dapat menghadiri Mesyuarat
……………………………………. ini. Semoga mesyuarat ini berjalan lancar, dan menghasilkan
keputusan terbaik untuk tindakan dan panduan kami.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih,
Suburkanlah pada diri kami rasa kasih sayang, kegembiraan, rasa bertanggungjawab serta semangat
saling menghormati, agar kami dapat memenuhi amanah dan menyantuni para pelanggan dengan
tenang, dedikasi dan penuh keikhlasan.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar,


Perkukuhkanlah keazaman, permuafakatan dan persefahaman antara kami, agar kami mampu
merealisasikan slogan keramat : “SABAH HEBAT dan KATAKAN TIDAK KEPADA

NOMBOR 16. Justeru itu, jadikanlah kami warga pendidikan yang sentiasa mengutamakan
kecemerlangan dan budaya kerja yang berkualiti di setiap peringkat. Jadikan juga kami penjawat
awam yang sentiasa menjaga tahap integriti yang tinggi, membenci rasuah, serta menghindari segala
bentuk penyelewengan dan salahguna kuasa. Begitu juga setiap masa, memperbaiki kelemahan dan
melaksanakan penambahbaikan berterusan.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa, Jadikanlah perhimpunan kami ini, perhimpunan yang
dirahmati, dan perpisahan kami selepas ini, perpisahan yang terpelihara dari segala bencana.

َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬


ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬، ‫س َّل َم‬
َ‫العا َل ِم ْين‬ َ ‫ص َّلى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai