Anda di halaman 1dari 1

‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬

ِ ‫سْ ِم‬
َ َ َ
‫صالة َُوال َّسال ُم َعلى َرس ُْولِ َنا األ ِمي َْن َو َعلى َءألِ ِه‬ َ َّ ‫ َوال‬، ‫ات‬ُ ‫ِـح‬
َ ‫هلل الذِيْ ِبنِعْ َم ِت ِه َت ِت ّم ُالصَّال‬ َ ‫ْال‬
ِ ‫ـحمْ ُد‬
‫ َوأصْ َحاب ِه أجْ ـ َم ِعي َْن‬.
Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat
baginda.
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah
mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Kursus
Kepimpinan Pemimpin Kecil pada pagi ini.

Ya Hayyu Ya Qayyum
Jadikanlah Badan Kepimpinan Sekolah ini sebagai wahana untuk
membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar
pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan
sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah
kami .

Allahu Ya Karim Ya Aziz


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha
kami ini, barisan Kepimpinan kami akan menjadi pemimpin yang
bertanggungjawab, mempunyai keyakinan diri yang tinggi ,
ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada
sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pemimpin yang
cemerlang, terbilang , disegani dan dihormati, sama ada dalam
aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu
melahirkan barisan pelajar yang berketrampilan dan berwibawa .

Ya Allah Ya Muqallibal Qulub


Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan
hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah
kami dengan ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan
kesejahteraan.

َ ‫ِ ر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح َس َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬
‫اب ال َّنار‬ َ
َ
ْ‫العالمِي‬ ‫هَّلِل‬ ُ ْ َّ
َ ِّ‫ َوال َح ْمد ِ َرب‬، ‫صحْ ِب ِه َو َسل َم‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلى م َُح َّم ٍد َو َعلى َءالِ ِه َو‬
َ َ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai