Anda di halaman 1dari 2

Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas

‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬


ِ ‫ِبسْ ِم‬

‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َع َلى َرس ُْولِ َنا‬ ُ ‫ِـح‬


َّ ‫ َوال‬، ‫ات‬ َ ‫هلل ال ِذيْ ِب ِنعْ َم ِت ِه َت ِت ّم ُالصَّال‬ َ ‫ْال‬
ِ ‫ـحمْ ُد‬
‫ األ ِمي َْن َو َع َلى َءألِ ِه َوأصْ َحاب ِه أجْ ـ َم ِعي َْن‬.
Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan
keluarga serta para sahabat baginda.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis Perlantikan Rasmi
Pengawas Sesi (Tahun Semasa) pada hari ini.

‫َيا هللا َيا َحىُّ َيا َقي ُّْو ُم‬


Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional ,
bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan
ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .

‫اَللَّ ُه َّم َيا َك ِر ْي ُم َيا َع ِز ْي ُز‬


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini, barisan pengawas
kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab, mempunyai keyakinan diri yang tinggi ,
ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus
menjadi pengawas yang cemerlang, terbilang , disegani dan dihormati, sama ada dalam aspek
kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pengawas yang
berketrampilan dan berwibawa .

‫ف ْالقُلُ ْو ِـ‬
‫ب‬ َ ِّ‫َيا هللاُ َيا ُمَؤ ل‬
Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-
lembut, dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesejahteraan.

‫ال ٰلّ ُه َّم اجْ َع ْل َجمْ َعنا َ َه َذا َجمْ عا ً َمرْ ح ُْوما ً َو َت َفـرُّ َقنا َ ِمنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ ًقا َمعْ ص ُْـومًا والَ َتجْ َع ْل‬
‫ِفيْنا َ َوالَ ِم َّنا َش ِق ًّيا َوالَ َمحْ ر ُْومًا‬
‫ك ِف ْي ِه‬ َ ‫ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخي َْر َأعْ َمالِ َنا َخ َوا ِت ُم ُه َو َخي َْر أيَّا ِم َنا َي ْو َم ْأل َقا‬ ‫َأ‬
ِ ‫اللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َخي َْر عْ َم‬
ًّ‫ان َوالَ َتجْ َع ْل ِفيْ قـُلُ ْو ِب َنا غِ ال‬ ِ ‫اغ ِفرْ َل َنا ُذ ُن ْو َب َنا َوِإل ْخ َوا ِن َنا الَّ ِذي َْن َس َبقُ ْو َنا ِباِإل ْي َم‬
ْ ‫اللَّ ُه َّم‬
‫ك َرء ُْوفٌ َر ِح ْي ٌم‬ َ ‫لِلَّ ِذي َْن َءا َم ُن ْوا َر َّب َناإ َّن‬
َ ‫ِ ر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح َس َنة ًَو ِق َنا َع َذ‬
‫اب ال َّنار‬ َ
‫ َو ْال َحمْ ُد هَّلِل ِ َربِّ ال َعا َل ِمي َْن‬، ‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‬ َ ‫صلَّى هللاُ َع َلى م َُح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai