Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM

MUNAQASYAH KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH


NEGERI SELANGOR KALI KE 11 TAHUN 2017

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫ وعلى آله وصحبه‬،‫ والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬،‫الحمد هلل رب العالمين‬
.‫أجمعين‬

‫يا هللا يا شكور‬


Ya Allah kami melahirkan syukur yang setingginya ke hadratMu, di atas
nikmat yang Engkau curahkan; di atas limpahan rahmat yang Engkau
anugerahkan.
Kami memohon rahmatMu sehingga dengannya kami senantiasa
diberikan keimanan dan ketaqwaan, kesihatan dan kesejahteraan.

Kami mohon dariMu Ya Allah, satukanlah kami dalam satu pasukan yang
mengutamakan kekuatan dan persefahaman yang mantap dalam
menghadapi dan mengurus perancangan & cabaran dengan penuh
bijaksana dan strategik demi kelangsungan dan survival perundangan
Islam di negari selangor khususnya dan di Malaysia amnya.

‫يا هللا يا من خزائنه بين الكاف والنون‬


YA ALLAH TUHAN YANG MEMILIKI KHAZANAH PERBENDAHARAAN
YANG MAHA LUAS DAN AGUNG, kurniakanlah kekuatan jiwa dan
kemantapan semangat untuk kami terus berkhidmat dengan lebih tekun,
ikhlas dan cemerlang; bersikap dinamik dan inovatif , berfikiran futuristik
yang mampu menghasilkan sumbangan yang bermakna kepada diri,
famili dan syarikat kami.

Jauhilah kami dari ketirisan akidah dan iman yang boleh menjurus kami
kepada kehilangan fokus haluan kehidupan yang diredai dan dirahmati.
Hindarkanlah dari kami sikap prejudis & hipokrasi yang menjadi sebab
pembentukan kudis-kudis yang boleh membawa masalah dan
kecelaruan kepada budaya kerja sihat dikalangan kami.
Kami memohon jiwa yang terus cekal dan mantap sehingga ianya
menjadi benteng yang ampuh yang menjadikan kami tidak mudah cair
dan lemah dengan pancingan keduniaan yang melekakan dan pengaruh
lonjakan nafsu yang melemaskan.

‫يا هللا يا تواب‬


Ampunkanlah kelekaan, kelalaian dan keterlanjuran kami. Jadikanlah
pertemuan kami pada malam yang gilang-gemilang ini sebagai satu
pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami nanti sebagai
perpisahan yang terpelihara.

‫ َوالَ ت َ ْجعَ ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا‬،‫ص ْو ًما‬


ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬،‫اجعَ ْل َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
.‫ط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ْ ‫ش ِقيًّا َوالَ َم‬
َ ‫َوالَ َمعَنَا َوالَ َم ْن يَتْبَعُنَا‬

َ َ‫َّامنَا َي ْو َم ن ْلق‬
‫اك فِ ْي ِه‬ ِ ‫ارنَا أوا ِخ َرهُ َو َخي َْر أ َ ْع َما ِلنَا خ ََواتِ َمهُ َو َخي َْر أي‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم‬
ِ ‫اج َع ْل َخي َْر أ َ ْع َم‬

‫ان َوالَ ت َ ْج َع ْل ِف ْي قـُلُ ْو ِبنَا ِغالًّ ِللَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَا‬ َ َ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْو َبنَا َو ِإل ْخ َوا ِننَا الَّ ِذيْن‬
ِ ِ‫س َبقُ ْونَا ب‬
ِ ‫اإل ْي َم‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ ٌ ‫إنَّ َك َر ُء ْو‬

ِ َّ‫اب الن‬
‫ار‬ َ َ‫سنَةً َوقِنَا َعذ‬ ِ ‫سنَةً َوفِي‬
َ ‫األخ َرةِ َح‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي الدُّ ْنيَا َح‬
ِ ِّ ‫ َو ْال َح ْمدُ ِ ََّلِلِ َر‬،‫سلَّ َم‬
َ‫ب ال َعالَ ِميْن‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءا ِل ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai