Anda di halaman 1dari 2

Rumusan Pembentangan "The Example" by Kamil

Tajuk “The Example” merujuk kepada contoh teladan seluruh ummat Islam iaitu Nabi
Muhammad saw. Sesi ke-2 enrichment class yang berlangsung di Dongyang Technical College ini
ibarat sesi diskusi minda mengenai keperibadian, kepimpinan Rasulullah sepanjang baginda
berhubungan dengan ahli keluarganya, sahabatnya, musuhnya, non-muslim dan lain-lain yang
sepatutnya dicontohi oleh setiap insan yang bergelar Muslim.

Saya membuka medan bicara dengan memaparkan 5 prinsip utama untuk menjadi manusia yang
hebat sebagaimana yang digariskan oleh pakar-pakar motivasi hebat dunia iaitu :

1) Mission Statement (jelas halatuju)


2) Character Building (pembentukan sahsiah diri)
3) Self-controlling (selia kendiri yang hebat)
4) Strategic Collaboration (kesatuan,perpaduan)
5) Total Action (tindakan menyeluruh)

Lantas, saya menimbulkan persoalan kepada hadirin, jika betullah ini


pakej untuk menjadi manusia yg hebat sebagaimana kata sarjana
Barat. Adakah Islam yang diyakini kebenaran itu tidak menyediakan
pakej sebegini untuk menjadi manusia yang hebat sehebat Rasulullah
yang diakui sendiri oleh seorang penulis Barat, Michael Hart?

Maka, sebenarnya Islam telah menyediakan kesemua pakej tersebut


iaitu:

1) Syahadah yang jelas dan suci


2) Solat yang membentuk keperibadian yang mulia
3) Puasa yang mampu mengawal nafsu
4) Zakat yang mencerminkan kesatuan dan budaya saling membantu
5) Haji yang menggambarkan tindakan yang menyeluruh kita dalam
Bergama

Hakikatnya, semua dari kita berhak menjadi manusia yang hebat


hanya dengan mengikuti kewajipan-kewajipan yang sedia ada +
PENGHAYATAN yang mendalam terhadap setiap suruhan yang
dilaksanakan.

Seterusnya, apabila kita sudah mampu memperbaiki diri kita, tiba pula
masa untuk mengajak orang lain untuk bersama-sama dalam
kebaikan. Dan saya menekankan, soal mengajak kepada kebaikan ini
merupakan suatu perkara subjektif yang tiada satu dan duanya.
Bahkan ia memiliki beribu-ribu cara, dan bermatlamatkan satu perkara.

Buat seorang penulis, sedarlah tinta penamu mampu mengetuk pintu


hati manusia yang lalai, buat seorang jurugambar, lasermu yang mahal
itu sudah cukup untuk mengetuk mata-mata kealpaan insan bergelar
manusia dan juga buat seorang pemidato, tutur katamu mampu
meluluhkan lautan keegoan seorang hamba.

Maka, gunakanlah setiap inci kelebihan yang engkau miliki untuk


menyeru manusia kearah kebaikan kerana itulah tugas utama kita
sejak diputuskan untuk hadir ke dunia ini.

Sila tengok slideshow yang disediakan untuk maklumat lanjut ^^.

Anda mungkin juga menyukai