Anda di halaman 1dari 2

TAKLIMAT DISIPLIN KVLC BIL. 1/2022 (Jumaat / 11.02.

2022)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada

1. Tn. Pengarah KVLC, Tn. Harith Bin Abd Rahman

2. TPA, Tn. Hj Mohammad Bin Dahlan

3. TPSA, Pn. Latifah Binti Abdul Mutalib

4. Ketua Jabatan, Ketua2 Program, guru2 dan semua pelajar yang saya kasihi.

Sebelum saya memulakan taklimat disiplin ini, saya mohon semua anak-anak yang hebat, anak2 yang
cemerlang, pandang saya. Semat dalam hati “Disiplin diri akan mencipta hari esok yang lebih cerah”

Berikut dimaklumkan beberapa keputusan dan tindakan yang akan dilaksanakan oleh
Jawatankuasa Disipilin KVLC bagi tahun 2022. Perkara ini telah dibincangkan oleh Jawatankuasa
Disiplin dan Unit HEP serta dipersetujui di peringkat PIBG. Mohon semua pelajar untuk memberi perhatian
dan tindakan berkaitan perkara ini.

1. Masalah Datang Lewat ke kolej


- Semua pelajar LUAR dikehendaki sampai dan masuk ke dalam kawasan kolej sebelum jam 8 pagi. Pelajar
yang tiba melebihi 8.01 pagi akan didenda RM 1 setiap kali lewat dan kehadiran lewat akan direkodkan.
Denda akan dipertingkatkan jika pelajar didapati masih melakukan kesalahan yang sama kecuali ada
alasan yang didapati munasabah. Perjumpaan dengan ibu bapa akan dilakukan jika masalah kelewatan
pelajar didapati berterusan.

2. Membawa barangan terlarang


- Semua pelajar tidak dibenarkan membawa/menyimpan barangan terlarang seperti rokok, vape, pod,
lighter, peralatan tajam (pisau, buku lima dll) sama ada untuk kegunaan sendiri ataupun untuk disimpan
bagi pihak rakan lain. Sekiranya pelajar didapati melakukan kesalahan ini, pelajar dan rakan subahat akan
dikenakan hukuman rotan seperti yang ditetapkan oleh TPSA. Untuk makluman, hukuman ini telah mula
dilaksanakan semasa sesi spotcheck yang dilakukan secara rawak sebelum cuti yang lepas.

3. Merokok
- Pelajar dilarang sama sekali merokok di dalam kawasan kolej sama ada di asrama, di dalam
tandas, di kawasan blok kelas atau bengkel, di dalam kelas, di tempat letak motosikal, ataupun di
kawasan hadapan pagar kolej. Hal ini demikian kerana, terdapat segelintir pelajar didapati merokok di
tempat letak motosikal dan di hadapan kawasan kolej semasa waktu balik. Cuba tanam sifat malu, kita
pakai baju KV, kita bawa imej KV. Jangan bagi orang luar tengok pelajar KV ni buruk sikapnya. Cikgu tahu
kamu yang berdiri depan cikgu ni, semua anak2 yang baik. Cuba berubah, paksa diri untuk berdisiplin
kerana sesuatu perkara yang kita buat, walaupun dalam keadaan terpaksa akan menjadi kebiasaan suatu
hari nanti. Nak jadi baik ni kena paksa diri ye anak-anak. Sebab peritnya memaksa diri untuk
mengikut peraturan itu, tidak seperit menanggung penyesalan.

4. Pergaduhan dan Buli


- Semua aktiviti buli dan pergaduhan adalah dilarang sama sekali dilakukan di kolej dan juga di
asrama. Semua pelajar yang melakukan kesalahan ini atau didapati bersubahat melakukannya
akan dikenakan hukuman berat oleh pihak kolej seperti dibuang sekolah atau dibuang asrama.
Pelajar-pelajar juga dinasihatkan supaya tidak menyembunyi perkara ini sekiranya berlaku, ataupun
mengambil tindakan sendiri untuk mengatasi sebarang masalah.

5. Penggunaan telefon di kawasan kolej


- Semua pelajar diingatkan supaya menggunakan telefon semasa berada di dalam kawasan kolej secara
berhemah dan tidak berleluasa. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon semasa sedang
berjalan di dalam kawasan kolej. Pelajar hanya boleh menggunakan telefon semasa berada di
wakaf atau kantin sahaja. Penggunaan telefon di dalam kelas semasa guru sedang mengajar juga
dilarang sama sekali dan mana-mana guru boleh mengambil tindakan merampas telefon anda.
Sekiranya pelajar menggunakan telefon semasa ketiadaan guru di dalam kelas, sila gunakan mod senyap.

6. Penunggang Motosikal
- Semua pelajar yang menunggang motosikal ke kolej dikehendaki mematuhi peraturan dan tidak
melakukan perbuatan negatif yang menunjukkan sikap kurang adab dan mengganggu
ketenteraman orang lain. Sikap segelintir pelajar yang ‘press’ motosikal dengan kuat bermula dari
tempat letak motosikal sehingga sepanjang jalan di depan kolej didapati sangat biadap. Semoga perkara
ini tidak akan berulang lagi. Semua penunggang motosikal juga diminta untuk menyediakan satu
salinan lesen memandu dan satu salinan geran motosikal untuk tindakan lanjut rekod
Jawatankuasa Disiplin. Pelajar yang meletakkan motosikal dalam kawasan pagar kolej,
diminta mematikan enjin dan menolak motosikal semasa masuk dan keluar dari pagar.
- Bermula tengahari ini, cikgu nak tengok kamu kawal diri. Jangan press motor. Tak ada faedah. Boleh ke
janji dengan saya?

7. Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pengilat bibir (Lip gloss) yang berwarna
semasa berada di kolej.

Oleh itu, semua pelajar diminta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan makluman/peringatan secara
berkala akan diberikan dari semasa ke semasa. Kesemua kesalahan2 berat akan dimasukkan dlm sistem
Sahsiah Diri Murid (SSDM) yang sangat penting dalam pengurusan disiplin murid.

Anda mungkin juga menyukai