Anda di halaman 1dari 5

MENGURANGKAN KEKERAPAN PELAJAR LELAKI KE

TANDAS DI SMK PELABUHAN


Oleh
LAILATUN ZALALIAH BINTI HUSSAIN

Abstrak
Program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kekerapan bilangan pelajar
lelaki ke tandas. Tinjauan awal dibuat berdasarkan pemerhatian guru-guru dan pentadbir
terhadap pelajar lelaki yang kerap ke tandas dalam satu-satu masa. Masalah pelajar kerap ke
tandas boleh mendorong kepada peningkatan masalah disiplin di kalangan pelajar. Satu kajian
telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Setidaknya untuk mengurangkan jumlah pelajar
lelaki ke tandas. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengenalpasti masalah yang
menyebabkan pelajar kerap ke tandas. Cara temubual yang dilakukan ke atas pelajar untuk
mendapat maklumbalas berkaitan masalah pelajar lelaki kerap ke tandas dan keadaan tandas
pelajar lelaki.
1. PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Kebanyakan pelajar lelaki kerap ke tandas semasa berada dalam sesi persekolahan. Ia
melibatkan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan bukan sekadar waktu rehat pelajar
sahaja. Situasi ini cukup membimbangkan warga pendidik SMK Pelabuhan.
1.2 Refleksi Masalah
Tinjauan mengenai program ini berdasarkan pengalaman sendiri serta rakan-rakan guru yang
lain mendapati terlalu ramai pelajar lelaki di sekolah kerap pergi ke tandas, malah menjadikan
tandas sebagai tempat untuk bersembunyi daripada melakukan aktiviti yang diwajibkan kepada
pelajar. Masalah yang dihadapi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan
seperti yang dirancang. Ianya sedikit sebanyak menganggu guru yang ingin melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, perlu wujud satu usaha bagi menbendung
masalah ini daripada berpanjangan agar dapat memupuk minat pelajar kekal berada di kelas
pada waktu p&p di samping mengurangkan bilangan pelajar ke tandas dalam satu-satu masa.
2. OBJEKTIF KAJIAN
i. mengurangkan bilangan kekerapan pelajar lelaki ke tandas.
i. memelihara dan memulihara kebersihan dan keceriaan tandas pelajar lelaki.
ii. mengenalpasti kaedah untuk mengurangkan kekerapan pelajar kerap ke tandas.
iii. memupuk minat pelajar untuk menjaga kebersihan tandas.
3. FOKUS KAJIAN
Kajian ini memfokuskan sasaran kepada pelajar lelaki dari tingkatan 1 hingga 5 dan guru-guru
SMK Pelabuhan.
4. PELAKSANAAN KAJIAN
4.1 Tinjauan Awal
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah yang dikenalpasti dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam
masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:
4.1.1 Soal selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan

maklumbalas pelajar berkenaan terhadap persepsi pelajar mengenai tujuan pelajar ke tandas.
4.1.2 Temubual
Satu temubual secara non formal telah dilakukan terhadap guru dan pelajar lelaki di setiap
tingkatan (5 orang setiap kelas) mengenai keadaan tandas, suasana dalam tandas, peraturan
yang perlu dipatuhi semasa ke tandas dan punca pelajar kerap ke tandas serta dengan keizinan
siapa pelajar itu ke tandas.
4.1.3 Pemerhatian
Kami telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa berada di luar tandas.
Rata-ratanya pelajar melebihi 5 orang berada untuk menunggu giliran masuk ke tandas pada
waktu pagi,rehat dan waktu antara guru masuk ke kelas.

5. ANALISIS TINJAUAN MASALAH


5.1.1 Analisis soal selidik
Satu borang soal selidik telah dibuat untuk mengetahui tujuan pelajar ke tandas. Seramai 200
pelajar telah memberikan respon positif. Antara dapatan yang dapat diambil daripada analisis
soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar ialah:Memang berhajat untuk qada hajat.
(68 pelajar)
Untuk menukar pakaian dan memperkemaskan diri.
(55 pelajar)
Ponteng kelas
(25 pelajar)
Keinginan tanpa tujuan
(21 pelajar)
Merokok
(21 pelajar)

Daripada soal selidik yang dijalankan, ada beberapa cadangan dari pelajar hasil dari soal
selidik. Antaranya:
140 pelajar dari beberapa aras tingkatan mencadangkan agar bayaran masuk ke tandas
sebanyak rm0.20 @ rm0.50 dikenakan ke atas setiap pelajar setiap kali masuk.
140 orang juga mencadangkan supaya guru mengawasi setiap pelajar ke tandas untuk
mengetahui aktiviti pelajar di dalam tandas sama ada merokok atau lain-lain.
125 pelajar mencadangkan supaya pintu tandas dikunci setelah digunakan. Kunci hanya boleh
diambil dengan kebenaran guru dan pelajar perlu memakai pas kebenaran.

5.1.2 Analisis Temubual


Setelah temubual dijalankan daripada 270 orang pelajar lelaki berbagai tingkatan, dapatlah
dirumuskan
60% pelajar menyatakan tandas pelajar lelaki kotor dan tidak selesa bila berada di tandas.
70% pelajar tidak mengikut peraturan tandas yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
60% pelajar ke tandas setiap hari.
80% pelajar tidak suka pergi ke tandas.
63% pelajar dapat menerima peraturan yang telah ditetapkan di sekolah.
5.1.3 Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian terhadap situasi dan peraturan masuk semasa kajian dijalankan
terhadap kumpulan sasaran didapati :
Pelajar pergi ke tandas dengan keizinan guru matapelajaran dan
Terdapat pelajar yang pergi ke tandas tanpa keizinan guru iaitu samada waktu pertukaran guru
atau semasa guru tiada dalam kelas
Pelajar merekodkan kemasukan mereka ke tandas dengan menandakannya di dalam buku
rekod penggunaan tandas.
Buku rekod tersebut hanya membenarkan pelajar sekali sahaja masuk ke tandas pada satu hari
persekolahan.

Dalam satu masa hanya tiga pelajar sahaja boleh masuk ke tandas.
Pelajar perlu menanggalkan kasut sekolah mereka dan menggunakan selipar yang telah
disediakan di tandas.
Pelajar yang lain perlu menunggu giliran untuk masuk ke tandas. Situasi ini memperlihatkan
ramai pelajar berada di kawasan tandas.
Manakala pelajar yang berada dalam tandas tidak diberi masa tertentu menyebabkan mereka
lama di dalam tandas dan ada juga pelajar yang lepak di dalamnya kerana tidak mahu masuk
ke kelas atas sebab tertentu.
6. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

6.1 Tol Tandas


Cara pelaksanaan:
Sebelum peraturan ini dikuatkuasakan, usul ini perlu dibentang dan dipersetujui
dalam mesyuarat PIBG untuk mengelakkan sebarang masalah berbangkit.
Peringkat awal : Setiap pelajar dikenakan bayaran sebanyak 20 sen setiap kali ke
tandas.Ini adalah untuk mendidik pelajar supaya lebih berdisiplin dan menghargai tandas.
Pelaksanaan secara bayaran ini akan berterusan sehingga tempoh 4 bulan.
Setelah mereka berjaya mendisiplinkan diri, bayaran hendak ke tandas tidak dilaksanakan.
Bayaran ini akan dibayar pada pekerja yang menjaga dihadapan tandas.
Duit bayaran pelajar akan direkod dan digunakan bagi membaik pulih sebarang kerosakan yang
ada di tandas.
6.2 Kunci dan Guna
Cara pelaksanaan:
Tandas akan dikunci pada 3 waktu yang tertentu iaitu pada waktu pertama, waktu selepas rehat
dan waktu akhir. Ini bagi mengurangkan kadar bilangan pelajar yang masuk ke tandas
memandangkan pada waktu ini agak terlalu ramai pelajar yang masuk ke tandas.
Sekiranya pelajar ingin menggunakannya,dia perlu meminta izin daripada GPK HEM
untuk membukanya.
Pelajar juga perlu menulis nama dan tingkatan untuk tujuan semakan guru. Ini bagi memastikan
tandas yang digunakan berada dalam keadaan yang bersih dan selamat selepas kegunaan
pelajar tersebut.
Selepas menggunakan tandas, pelajar perlu menyerahkan kunci kembali kepada pekerja swasta
yang dilantik oleh pihak sekolah untuk menjaga tandas supaya kunci tandas tidak hilang.
6.3 Pas Tandas
Cara pelaksanaan:
Pelajar yang ingin pergi ke tandas perlu mendapatkan pas tandas yang hanya boleh didapati
daripada guru matapelajaran.
Pas ini memerlukan pelajar mendapatkan tandatangan guru beserta namanya dan catatan yang
menjelaskan bahawa hanya dibenarkan seorang sahaja pelajar yang diizinkan pergi ke tandas.
Di dalam pas tandas itu juga perlulah dinyatakan tarikh, hari dan masa yang dibenarkan untuk
pergi ke tandas.(rujuk lampiran 2)
Sekiranya pelajar yang berada di dalam tandas tidak mempunyai pas tandas, guru berhak
meminta bayaran rm0.30 daripada pelajar tersebut, diberikan kepada pekerja yang menjaga
tandas. Pelajar akan diberikan resit denda sebagai bukti dia telah membayar denda tersebut.
Usul pelaksanaan bayaran sebagai denda ini perlu dibentang dan dipersetujui oleh ahli
mesyuarat PIBG sebelum dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit.

Ia kerana pelaksanaan ini bukan untuk menganiayai pelajar atau ibubapa tetapi untuk sebagai
satu cara untuk pelajar berdisiplin.
Sekiranya pelajar dapat mendisiplinkan diri, denda tidak akan dilaksanakan lagi. Ianya bukan
dalam jangka masa yang panjang. Ianya bergantung kepada keadaan.

6.4 Tandas Angkat


Cara pelaksanaan:
Setiap tandas yang terdapat dalam tandas pelajar lelaki diberikan nama tertentu.
Kunci disediakan pada setiap pintu tandas tersebut.
-Semua kelas sebanyak 38 kelas akan dibahagi kepada jumlah tandas yang ada dalam tandas
lelaki.
-Setiap pelajar dipertanggungjawab untuk menjaga kebersihan, keceriaan tandas angkat
tersebut.
-Pelajar hanya boleh menggunakan tandas yang dijaga oleh mereka sahaja untuk menjamin
kebersihan tandas tersebut.
Pelajar yang masuk ke tandas itu perlu menulis nama sebagai rujukan.
-Sekiranya tandas itu dalam kedaan yang tidak memuaskan maka ia akan dirujuk kepada pelajar
yang dipertanggungjawab (AJK Tandas disetiap tingkatan) untuk menjaga tandas itu.

6.5 Pas, Tol dan Resit PIBG


-Sebelum peraturan ini dilaksanakan, ianya perlu dibentang dan dibincangkan dalam mesyuarat
PIBG untuk pemahaman dan persetujuan ibubapa. Ini bagi mengelakkan sebarang kontroversi
di antara ibubapa dan guru serta pelajar.
Sekiranya dipersetujui dalam mesyuarat PIBG, barulah ianya boleh dilaksanakan mengikut
keadaan tertentu.
Mengikut perancangan, setiap pelajar yang ingin pergi ke tandas perlu mendapatkan pas tandas
daripada guru matapelajaran.
Sebelum masuk ke tandas pelajar perlu membayar duit sebanyak 0.20 sen sebagai tol tandas
yang dikutip oleh pekerja kontrak yang dilantik oleh pihak sekolah dan PIBG.
Pelajar akan diberikan resit bayaran (kupon ) yang dicop dengan cop sekolah dan PIBG sebagai
bukti pelajar memasuki tandas. Ini bagi mengelakkan pelajar pergi ke tandas bukan untuk
ponteng dan hanya untuk qada hajat. Dengan ini, ia akan mengurangkan masalah disiplin di
kalangan pelajar lelaki.
Duit kutipan tol ini akan digunakan untuk membiayai kebersihan dan keceriaan tandas.
7. PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN
Peraturan memasuki tandas sebelum ini menetapkan supaya pelajar menulis nama dan kelas
setiap kali ingin memasuki tandas. Setelah peraturan ini dilaksanakan, kami mendapati
peraturan tersebut mempunyai kelemahan iaitu pelajar tidak menulis nama sebenarnya untuk
memasuki tandas dan menanggalkan kasut serta memakai selipar yang disediakan.
Peraturan yang kedua diperkenalkan iaitu senarai semua nama pelajar beserta tingkatan telah
disediakan dalam rekod pelajar ke tandas. Pelajar yang ingin pergi ke tandas perlu merekodkan
dalam buku rekod tandas. Pelajar hanya boleh pergi ke tandas sekali sahaja dalam sehari. Ini
berdasarkan kotak yang disediakan. Pelajar hanya perlu tanda pada bahagian
namanya.Pekerja kontrak kebersihan akan memastikan pelajar menandakan pada nama pelajar
itu.mereka akan menanggalkan kasut dan memakai selipar yang disediakan.
Selepas itu, penilaian akan dibuat oleh JK Disiplin dan pihak HEM. Mereka akan menyemak
buku rekod tandas pada setiap akhir bulan. Analisis kelemahan dan kekerapan penggunaan

oleh pelajar tertentu ke tandas akan dipanggil dan diberi amaran. Tindakan tatatertib seterusnya
akan diambil bagi pelajar yang melanggar peraturan dan perjanjian untuk memasuki tandas.
8. REFLEKSI KAJIAN
Amalan pelajar pergi ke tandas mungkin perkara biasa di semua sekolah tetapi sekiranya dalam
satu masa terlalu ramai pelajar berada di tandas adalah tidak wajar. Diharapkan dengan kajian
yang dijalankan ini, bilangan pelajar yang pergi ke tandas dapatlah dikurangkan. Dengan ini
masalah disiplin pelajar juga akan berkurangan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
peraturan ini dapat dilaksanakan dengan baik. Cuma untuk menjadikan peraturan ini lebih
berkesan, pekerja yang bertugas menjaga tandas perlu melihat tandanama pelajar di pakaian
seragamnya sebelum pelajar menanda dalam buku rekod tandas. Ini bagi mengelakkan
penipuan di kalangan pelajar.
Posted by Yahya Zainal Abidin at 11:55 PM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Lailatun Zalilah binti Hussain, SMK Pelabuhan

Anda mungkin juga menyukai