Anda di halaman 1dari 5

KAJIAN MASALAH MURID PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELJARAN

NAMA MURID :SITI IZATI BT IMBERAN


KATEGORI MURID : AUTISME

Masalah-masalah yang dihadapi


Cara-cara mengatasi
o Suka menjerit-jerit di dalam kelas apabila dia merasa bosan dengan p & p yang sedang
dijalankan.

o Duduk yang kurang sopan dan kurang bertertib.

o Mudah cepat bosan dengan P & P dan akan berjalan-jalan di dalam kelas.
o Guru akan mententeramkan pelajar dan menyuruh pelajar keluar sebentar dan duduk di
ruang tamu. Guru akan member nasihat dan memujuk kembali pelajar agar mengikuti
semula sesi pembelajaran.
o Guru akan menegur pelajar dan menyedarkannya bahawa suasana di sekolah tidak sama
seperti suasana di rumah dan di taman permainan. Guru juga akan memberitahu pelajar
bahawa sebagai seorang perempuan kita tidak boleh bercakap kuat dan mesti duduk
dengan sopan dan tertib. Biasanya apabila ditegur, pelajar akan mendengar kata guru.
Guru akan memberi kata-kata pujian setiap kali tingkahlaku dapat diubah.

o Guru akan mengenal pasti aktiviti yang boleh menarik minat murid ini untuk terus
mengikuti proses P & P yang dijalankan. Sebagai contoh, murid ini amat meminati
komputer atau laptop. Justeru, guru akan mengajar atau menyediakan lembaran kerja
dalam bentuk power point.

PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah dirancang,
dibina, dilaksana dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satu-satu tingkah
laku bermasalah atau luar biasa.
BORANG MODIFIKASI
Nama murid : Siti Izati bt Imberan
Umur :10 tahun
Masalah :Suka menjerit-jerit dan meraung-raung di dalam kelas terutama
apabila disuruh melakukan sesuatu aktiviti.
Objektif :Menghilangkan Tingkah laku ini agar tidak menganggu P & P yang
sedang berjalan.
Tempoh :4 minggu
Tarikh : 21 Julai-21 Ogos 2008

LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH


LAKU.
Langkah 1
Memilih tingkah laku yang perlu diubahsuai berdasarkan keutamaan
Nama murid :Siti Izati bt Imberan
Tingkah laku yang hendak di urus ialah menjerit-jerit semasa guru mengajar di dalam

kelas
Sebab keutamaan :
1. mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
2. tumpuan pelajar lain terjejas.
3. keadaan kelas menjadi tidak terkawal.
Langkah 2
Membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut
Pemerhatian secara langsung terhadap Siti Izati
i) 60 minit menjerit 3 hingga 4 kali
ii) Sehari menjerit 8 hingga 10 kali
Temuduga dengan guru-guru lain
Langkah 3
Menentukan tingkah laku yang hendak dicapai
Mengurangkan tingkah laku Siti Izati yang suka menjerit-jerit di dalam kelas.
Langkah 4
Mengenalpasti masa perlaksanaan
Pengurusan tingkah laku Siti Izati akan dilakukan semasa kelas berlangsung iaitu semasa
waktu pengajaran Bahasa Melayu dan jangkamasa yang ditetapkan adalah 4 minggu.
Jumlah jeritan Siti Izati akan direkod selama 4 minggu tersebut.
Langkah 5
Memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai
i) Pengasingan time out
ii) Kehilangan hak - Suka bermain komputer. Semasa mata pelajaran ICT guru tidak akan
membenarkan Siti Izati ke makmal komputer sekiranya dia menjerit di dalam kelas dan
mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran
iii) Modelling - kawan-kawan sekelas. Guru memuji kerja yang disiapkan dan tumpuan
yang diberikan oleh kawan-kawan sekelas yang lain ketika di dalam bilik darjah. Guru
meminta Siti Izati meniru sikap dan tingkah laku dan kawan-kawan sekelas yang lain.
iv) Amaran dimana guru meminta Siti Izati agar tidak menjerit kerana ini mengganggu
rakan yang lain belajar.
Langkah 6
Menentukan gajaran dan dendaan
i) Guru memuji Siti Izati setiap kali dia meninggalkan tingkah laku negatif.
ii) Guru memberikan senyuman kepada Siti Izati dan membenarkannya ke kelas ICT

Langkah 7
Menjalankan program
i) Guru akan menempatkan Siti Izati berasingan daripada kumpulan kelas setiap kali dia
menjerit dan tidak akan dapat menyertai kelas komputer (ICT) yang digemari.
ii) Siti Izati akan diasingkan di satu sudut di hujung kelas selama 10 minit.
iii) Semasa pengasingan ini, guru akan memberitahu Siti Izati bahawa tindakan yang
dilakukan adalah salah.
iv) Setiap kali dia mengurangkan tingkah laku negatifnya, guru akan memujinya.
v) Dia juga berpeluang ke kelas ICT dan bermain games kegemarannya semasa kelas
ICT.

Langkah 8
Menilai keberkesanan Intervensi
Sepanjang 4 minggu intervensi, didapati Siti Izati berjaya mengurangkan sedikit tingkah
lakunya yang suka menjerit di dalam kelas. Ini kerana semasa pengasingan dia menyedari
tindakan dan tingkah lakunya adalah salah.
Minggu 1
Minggu 2
Minggu 3
Minggu 4
Selasa
4
2
3
1
LAPORAN
Minggu pertama
Pada minggu pertama ini, teknik yang saya gunakan ialah amaran dan modelling. Saya
telah memberi amaran kepada Siti Izati agar tidak menjerit di dalam kelas kerana
perbuatannya itu mengganggu orang lain dan memintanya meniru sikap rakan-rakan
sekelas lain yang sentiasa mendengar arahan, rajin, memberikan tumpuan ketika belajar
serta menyiapkan tugasan yang diberikan dengan kemas.
Namun pada minggu yang pertama ini, teknik pengurusan tingkah laku yang saya

laksanakan untuk mengurangkan Siti Izati menjerit di dalam kelas tidak berkesan di mana
dia masih lagi menjerit seperti minggu-minggu yang sebelumnya sekiranya dia merasa
bosan atau tertekan. Oleh itu, teknik yang lain perlu diaplikasikan pada minggu hadapan
bagi mengubah tingkah laku Siti Izati ini.
Minggu kedua
Pada minggu yang kedua ini pula, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
saya telah mengaplikasikan teknik memberi amaran agar dia tidak melakukannya. Jika
dia menjerit lagi, saya akan mendendanya menjerit tanpa henti selama 10 minit. Jadi dia
tidak melakukannya lagi kerana takut di denda. Di akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran, guru telah memuji Siti Izati kerana tidak menjerit.
Minggu ketiga
Minggu ketiga ini, saya telah melaksanakan pula teknik time out di mana saya telah
meletakkannya di satu sudut di dalam kelas selama 10 minit dan memberitahu tentang
kesalahan yang telah dilakukannya. Semasa sesi time out itu Siti Izati tidak
mengendahkan penerangan dan nasihat saya dan masih juga menjerit. Pada hari ini,
kekerapan Siti Izati menjerit telah meningkat berbanding dengan minggu kedua. Mungkin
teknik ini kurang berkesan untuk diaplikasikan tambahan pula sebelum sesi pengajaran
dan pembelajaran ini, Siti Izati telah dimarahi oleh penyelaras pendidikan khas iaitu
Cikgu Norlia kerana dia menjerit-jerit tanpa sebarang sebab.

Minggu keempat.
Pada minggu yang ke empat ini saya telah melaksanakan teknik kehilangan hak di mana
saya memaklumkan Siti Izati yang dia tidak akan dibenarkan ke makmal komputer jika
dia masih lagi melakukan tingkah laku negatifnya. Siti Izati memang berminat dengan
pelajaran ICT kerana gemar bermain games dan mengendalikan komputer. Apabila
mendengar saya berkata sedemikian, Siti Izati telah menjaga tingkah lakunya. Di akhir
sesi pengajaran dan pembelajaran didapati bahawa hanya sekali sahaja Siti Izati menjerit
iaitu sebelum dimaklumkan tentang kehilangan hak ke makmal komputer.
Oleh itu didapati teknik kehilangan hak yang dilakukan untuk modifikasi tingkah laku
Siti Izati telah berjaya dan tingkah laku Siti Izati yang suka menjerit semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat dikurangkan berbanding dengan minggu pertama
pelaksanaan modifikasi tingkah laku ini.

Anda mungkin juga menyukai