Anda di halaman 1dari 3

Persaingan antara tumbuhan

1. Tumbuhan bersaing untuk memenuhi keperluan mereka.


2. Keperluan asas bagi tumbuhan adalah air, cahaya matahari, udara, ruang.
3. Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan air, cahaya matahari, ruang, dan
nutrien( baja )
4. Persaingan ini berlaku kerana sumber yg terhad.
5. Tumbuhan memerlukan keperluan ini secukupnya untuk hidup dan
membesar dgn sihat.
6. Dalam persaingan.tumbuhan yg kuat akan menang, tumbuhan yg tidak
mendapat keperluan secukupnya akan terbantut pertumbuhan atau akan
mati.
contoh : a- tumbuhan di hutan tebal akan bersaing utk mendapatkan cahaya
matahari dgn ketinggian pokok.
b- pokok yg melilit seperti kekacang, duit duit akan menggunakan tumbuhan
lain untuk mendapatkan cahaya matahari.

Bab 1.2
PERSAINGAN
1. Persaingan ialah satu bentuk interaksi hubungan antara hidupan yang
berlaku antara haiwan dan tumbuhan untuk mendapatkan keperluan asas.
2. Persaingan berlaku kerana sumber yang terhad.
Persaingan Antara Haiwan.
1. Persaingan boleh berlaku antara haiwan yang sama spesies dan antara
haiwan yang berlainan spesies.
2. Faktor-faktor yang menyebebkan persaingan antara haiwan ialah:
a-makanan
b-air
c-pasangan
d-tempat perlindungan
3. Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan dan air apabila sumber
makanan dan air terhad.
4. Persaingan untuk mendapatkan pasangan antara haiwan yang sama
spesies. Haiwan jantan perlu bersaing untuk mendapatkan pasangan semasa
musim mengawan.
5. Persaingan mendapatkan tempat perlindungan dan wilayah berlaku
kerana haiwan memerlukan tempat perlindungandan ruang untuk hidup.
6. Persaingan lebih kuat berlaku apabila bilangan haiwan bertambah dan
sumber menjadi semakin terhad.
7. Haiwan yang lebih kuat akan memenangi persaingan dan ia akan
menguasai sumber di suatu habitat.
8. Haiwan yang kalah akan tersingkir dari habitat itu.
Persaingan Antara Tumbuhan
1. Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari, air, nutrien dan
ruang.
2. Persaingan menjadi lebih kuat/sengit jika banyak tumbuhan di suatu
kawasan.

3. Kesan persaingan antara tumbuhan:


a-Tumbuhan akan berlumba untuk tumbuh tinggi bagi mendapatkan
cahaya matahari.
b-Tumbuhan yang gagal dalam persaingan akan terbantut.
(ok,anak-anak jangan lupa kongsi2 ya..cikgu sayang kamu)
Haiwan Yang Telah Pupus
MUNGKIN ramai tidak menyedari selain proses pembangunan dan
pertanian,kepupusan hidupan liar juga berlaku akibat pemburuan haram bagi
mendapatkan haiwan sama ada sebagai makanan, bahan perubatan dan
perhiasan. Namun, sejauh mana mujarabnya menggunakan anggota badan
haiwan sebagai bahan makanan, perubatan atau barang hiasan
memberikankuasa dan kekuatan baru kepada tubuh manusia? Seiring
pengecilan kawasan perhutanan, sikap rakus dan tamak manusia dalam
mengumpul barang perhiasan berasaskan haiwan liar ke pasaran,membawa
kesan amat buruk terhadap populasi hidupan liar.Jom tengok antara haiwan
yang dah pupus....
1.Dodo (Raphus cucullatus) adalah burung yang tak dapat terbang yang
pernah hidup di pulau Mauritius . Burung ini berhubungan dengan Merpati.
Burung ini memiliki tinggi sekitar satu meter, pemakan buah-buahan, dan
bersarang di tanah.Dodo pupus antara pertengahan sampai akhir abad ke17. Kepupusannya sering dijadikan contoh tipikal kerana ia terjadi dalam
sejarah penulisan manusia dan akibat aktiviti manusia.
2.Harimau Tasmania (Thylacinus cynocephalus) adalah haiwan marsupial
karnivor yang paling besar yang diketahui pada zaman moden. Binatang ini
berasal dari Australia dan New Guinea dan dinyatakan pupus pada abad ke20. Binatang ini disebut sebagaiharimau Tasmania kerana punggungnya
yang bercorak belang. Harimau Tasmania pernah pupus di benua Afrika
ribuan tahun sebelum kedatangan bangsa Eropah, tetapi speasis ini berjaya
bertahan di Tasmania dengan sejumlah endemik lain seperti Tasmanian
Devil. Selain pupus akibat pemburuan haram, serangan penyakit, anjing dan
gangguan manusia turut menyumbang. Walaupun telah diisytihar secara
rasmi ia telah pupus, terdapat laporan tentang pertembungan saki-baki
spesies ini.
Bab 1:Sains Tahun 6
Sesetengah Haiwan Hidup Berkumpulan Dan Sesetengahnya Hidup
Bersendirian. # Haiwan dan tumbuhan merupakan benda hidup. # Haiwan
dan tumbuhan tinggal dalam satu satu kawasan. Kawasan di mana haiwan
dan tumbuhan tinggal dikenali sebagai habitat. # Habitat membekalkan
makanan, air, tempat berteduh dan ruang untuk membiak. # Sesetengah
haiwan tinggal secara berkumpulan dan yang lain tinggal secara menyendiri
dalam habitat mereka. # Kebanyakan haiwan yang tinggal secara
menyendiri adalah pemangsa dan mangsa mereka tinggal secara
berkumpulan. PEMANGSA DAN MANGSA adalah salah satu bentuk interaksi
antara haiwan. # Haiwan yang hidup secara menyendiri melindungi diri
mereka, selalunya pemangsa, dengan menggunakan kuku mereka yang
tajam, gigi mereka yang kuat, menggunakan kekuatan tubuh badan mereka

dan menggunakan bisa atau racun. Haiwan Yang Tinggal Secara


Berkumpulan
Haiwan Yang Tinggal Secara Menyendiri # Haiwan yang tinggal secara
menyendiri buat semua perkara sendirian. # Mereka tinggal dan buru
makanan sendirian. # Haiwan ini mempunyai ruang yang cukup dan
memadai untuk berehat dan tidur dalam habitat mereka.

Anda mungkin juga menyukai