Anda di halaman 1dari 8

Definisi Bencana

Satu situasi malapetaka(kecelakaan atau kesengsaraan) di manacorakhidup harian


yangterganggu dengan serta merta dan akibatnyamanusia perlu perlindungan, makanan, pakaian,
tempat tinggal, jagaanperubatan & sosial dsbnya (Buku PanduanBencana Palang Merah)Bencana
ditakrifkan sebagai sesuatu kejadian yang berlaku secaramengejut, bersifat kompleks
danmengakibatkan kehilangan nyawa,kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta
menjejaskanaktiviti masyarakat setempat

Manual Pengurusan Bencana

Pengurusan Bencana adalah siri aktiviti yang kompleks melibatkan penilaian tahap risiko,langkah
pencegahan, persediaan dalam menangani situasi bencana pada masa akan datang,tindakbalas
kecemasan, penambahbaikan, pemerolehan, penyembuhan dan pemulihan.Menitikberatkan persediaan
bencana dalam pembangunan komuniti bolehmengurangkan impak terhadap bencana yang akan
dialami terutamanya kepada mereka yangtinggal dalam kawasan yang mudah ditimpa bencana di
samping purata sara hidup keluargayang rendah.Tindakbalas terhadap kecemasan sewaktu bencana
secara amnya adalah seperti berikut:

Operasi Mencari dan Menyelamat

mencari dan menyelamat mangsa bencana

Penilaian Tahap Keperluan

memastikan apa yang diperlukan, berapa kuantitinyadan kepada siapa perlu diberikan

Kesihatan

menyediakan keperluan perubatan, mencegah dari wabak penyakit,menyediakan air dan makanan
yang bersih dan selamat, pelupusan sampah dan pengebumian mangsa-mangsa yang meninggal dunia.

Keperluan Asas

mendapatkan dan mengagihkan makanan, khemah dan pakaian

Jantina

memahami peranan lelaki dan wanita dalam keluarga dan komuniti untuk mengenalpasti keperluan
dan memastikan pengagihan sumber yang lebih adil

Sara Hidup dan Ekonomi

membantu mangsa dalam membaikpulih kehidupanmereka

Sokongan Emosi

Kaunseling dan menyatukan keluarga yang terpisah semasa bencana

Logistik

pengangkutan awam dan peralatan

Kewangan

mendapatkan dan mengagihkan sumber kewangan

Komunikasi

liputan media, maklumat kepada keluarga mangsa dan pengumpulandana atau bekalan

Infrastruktur

membaikpulih jalan, bekalan elektrik, sambungan telefon,sambungan paip-paip air dan sistem
pelupusan sampah

Mencari dan menyelamat

merupakan satu kegiatan dan usaha mencari, menolong,dan menyelamatkan nyawa manusia yang
hilang atau dikhuatiri hilang atau beradadalam satu kejadian yang membahayakan nyawa seseorang
seperti pelayaran, penerbangan, dan bencana.

Operasi dijalankan tidak mengira daerah mahupun di kawasan yang mencabar sepertilaut, hutan, gurun,
tetapi juga dijalankan di kawasan bandar. Operasi M&M dilakukanoleh pasukan yang bertauliah
(biasanya perkhidmatan kecemasan) dan mempunyaiteknik yang tidak membahayakan pasukan
bantuannya sendiri mahupun mangsa yangingin diselamatkan.

Ia juga dilaksanakan terhadap sebarang insiden melibatkan penerbangan seperti pesawat terhempas,
pendaratan cemas dan sebagainya, sementara pada kejadianmelibatkan pelayaran sekiranya terjadinya
mana-mana kapal atau bot didapatitenggelam, terbakar, pelanggaran, terkandas dan lain-lain. Begitu
juga dengan adanyakejadian yang lain seperti kebakaran, bangunan runtuh, kemalangan kereta api
danlain-lain.

PENGURUSAN BENCANA DI TEMPAT KEJADIAN

Agensi dan badan sukrela yang terlibat dalam pengurusan dan bantuan bencana bolehdibahagikan
kepada tiga (3) kategori:1) Agensi Penyelamat Utama ialah SMART, PDRM, JBPM, Jabatan
PerubatanKecemasan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan khas ditubuhkan mana-mana
agensi yang mempunyai kepakaran khas utuk menjalankan tugas bersama penyelamat utama.2 )Agensi
Penyelamat Sokongan ialah Jabatan Pertahanan Awam dan pasukan khasyang ditubuhkan untuk
membantu pasukan penyelamat utama dalam kerja-kerjamencari dan menyelamat.3 )Agensi Bantuan
dan Pemulihan ialah Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan KebajikanMasyarakat, Jabatan Kerja Raya (JKR),
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA),Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), St. John
Ambulans, Tenaga NasionalBerhad (TNB), Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) dan mana-mana
agensiatau badan sukarela yang lain.Bagi pengurusan dan pengendalian bencana di tempat kejadian
yerbahagi kepada tiga(3) iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau.Zon Merah meliputi suatu kawasan
megelilingi tempat bencana. Zon ini adalahkawasan operasi khas untuk pasukan penyelamat utama yang
mempuyai kepakarantertentu seperti SMART, JBPM, PDRM, ATM, Jabatan Perubatan Kecemasan
dan pasukan khas yang ditubuhkan agensi. Agensi-agensi yang mempunyai kepakarankhas akan
menjalankan tugas bersama dan membantu pasukan penyelamat utama.Zon Kuning meliputi suatu
kawsan yang mengelilingi Zon Merah. Zon ini dikhaskanuntuk menempatkan Pos Kawalan di Tempat
Kejadian dan pos-pos AgensiPenyelamat Utama seperti SMART, PDRM, JBPM, ATM, Jabatan
PerubatanKecemasan dan pasukan khas yang ditubuhkan agensi yang mempunyai kepakarankhas akan
menjalankan tugas bersama dan membantu pasukan penyelamat utama sertaagensi-agensi sokongan
seperti Jabatan Pertahanan Awam

Zon Hijau meliputi suatu kawsan yang mengelilingi Zon Kuning. Zon ini dikhaskanuntuk penempatan dan
penugasan agensi-agensi Bantuan dan Pemulihan dan badan- badan sukarela. Agensi-agensi tersebut
ialah JKR, Jabatan Kebajikan Masyarakat,TNB, STMB, RELA, PBSM, St. John Ambulans , mana-mana
agensi dan badansukarela yang lain. Zon Hijau ini juga ditempatkan Pusat Pengurusan Media,
PusatKeluarga Mangsa, Pusat Kaunseling, Tempat Bekalan Makanan, Tempat Rehat danTempat
Mayat.Jarak antara zon adaalah bergantung kepada jenis bencana yang berlaku danditentukan oleh
Komander Operasi Bencana. Komander Operasi Bencana adalah bertanggungjawab menentukan unit-
unit atau agensi-agensi penyelamat yangdiperlukan untuk menjalankan operasi mencari dan
menyelamat di zon-zon berkenaan.Setiap agensi yang terlibat dengan pengendalian bencana hendaklah
berada di dalamZon-zon yang ditentukan. Zon-zon ini juga perlu dikawal dari segi keselamatan
danlalulintas oleh PDRM/RELA di mana keluar masuk hanya dihadkan kepada pihak yang berkenaan
sahaja.

PENGURUSAN MENGHADAPI BENCANA

Bencana Alam adalah fenomena semula jadi yang akan berlaku tanpa diduga. Adalah penting bagi
PSSTLDM bersiap-sedia menghadapi kemungkinan untuk diatur-gerakkan ke zon bencana bersama
angkatan tetap TLDM sebagaimana peranan yang telah dikhususkan.Menurut Akta Pertahanan Awam
1951 (Akta 221),

Pertahanan Awam meliputi apa-apalangkah yang tidak terjumlah kombat sebenar bagi
menyediakan pertahanan terhadap apa-apa bentuk serangan pemusnahan daripadanya.

Definisi ini terpakai semasa perang. DefinisiPertahanan Awam telah digubal untuk kesesuaiannya
semasa aman pada tahun 1959iaitu

meliputi apa-apa langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta-benda samaada langkah itu
diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Umumya, pengurusan bencana bolehlah dipecahkan kepada tiga keadaan iaitu sebelum,semasa dan
selepas bencana. Ketiga-tiga keadaan ini haruslah diuruskan secara terancang bagimemastikan operasi
menyelamat berjalan lancar.

Pengurusan Sebelum Bencana

merangkumi langkah-langkah pencegahan awal denganmengenalpasti maklumat-maklumat penting dan


merangka persediaan tertentu yang akanmemudahkan pasukan penyelamat menjalankan operasi
menyelamat di zon yang terjejas.Berikut merupakan maklumat serta langkah persediaan yang perlu
diambil:a)Pelan kawasan banjir/bencanaa.Mendapatkan pelan kawasan untuk mengkategorikan zon
bencana kepada tigawarna iaitu merah, kuning dan hijau. b)Pusat Pemindahan dan laluan
selamatc)Pusat Bantuand)Sumber Bekalan Kecemasan.e)Tempat Pemerhatian banjir f)Amaran
Bencana/Program Kesedaran dan Pendidikan.g)Latihan/Kursush)Simulasi Bencanai)Jawatankuasa
Bencana. j)Rangka Kerjasama Antara Komunitia)Pembersihan Sistem Saliran/Analisis Kawasan Berisiko.

Pengurusan Semasa Bencana

melibatkan tugas-tugas sebenar di kawasan merah ataupunkawasan paling terjejas menghadapi


sesuatu bencana. Antara tugasan yang perlu dilakukanoleh pasukan penyelamat ketika ini ialah
membuka pusat bantuan mangsa, melaksanakankerja menyelamat dan pemindahan, menghubungi
pihak berkuasa lain seperti AngkatanTentera Malaysia (ATM) misalnya, dan menggerakkan pasukan
bantuan sukarela tempatanyang terlatih untuk sama-sama membantu menyelamat mangsa bencana.
Pasukan-pasukan penyelamat dari pelbagai agensi yang terlibat akan dipimpin dan diaturgerakkan
olehKomander Operasi yang bertindak sebagai perangka pelan menyelamat.

Pengurusan Selepas Bencana

mula dilaksanakan apabila tugas utama iaitu menyelamatkanmangsa selesai dilakukan. Kawasan yang
mengalami bencana sudah pasti turut mengalamikerosakan harta-benda. Pemulihan semula kawasan
yang terjejas akan dilakukan bermuladengan aktiviti gotong-royong yang melibatkan penduduk
tempatan dengan bantuan daripada pasukan penyelamat. Kerja-kerja baik-pulih kemudahan awam
dilakukan oleh pihak berkuasatempatan.Demikian secara ringkasnya gambaran mengenai pengurusan
ketika berlakunyasesuatu bencana. Bencana alam boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Justeru
wargaPSSTLDM perlu bersiap-sedia untuk menghadapi kemungkinan dipertanggungjawabkandalam
operasi menyelamatkan mangsa dalam sesuatu bencana. Warga PSSTLDM perlumengambil peluang
untuk menghadiri kursus-kursus luar yang dianjurkan dari semasa kesemasa seperti pertolongan cemas
dan pengurusan bencana untuk memberi nilai-tambahkepada diri sendiri.

BANTUAN BENCANA DAN OPERASI MENYELAMAT BSMM

Pengenalan Bantuan Bencana dan operasi menyelamatDefinisi BencanaSatu situasi


malapetaka(kecelakaan atau kesengsaraan) di mana corakhidup harian terganggu dengan sertamerta
dan akibatnya manusia perluperlindungan, makanan, pakaian, tempat tinggal, jagaan perubatan
&sosialdsbnya

JENIS-JENIS BENCANABencana Alam Semulajadi serta merta;-

Banjir,

Taufan,

ribut,

ombak pasang,

kapal karam

Kebakaran besar
o

Gempa bumi,

tanah runtuh,

bangunan besar runtuhDi Malaysia kategori di atas banyak berlaku.

Bencana berlaku secara perlahan-lahan:

kemarau

Kekurangan makanan

Wabak penyakit berjangkit (cholera, small pox,)

Kemarau

Kekurangan makanan

Wabak penyakit berjangkit (cholera, dll)

Bencana Buatan Manusia

Peperangan bersenjata antarabangsa

Peperangan saudara-pergaduhan dalam negeri


o

Mogok besar negara melibatkan perkhidmatan penting

Kemalangan besar industri, keretapi, kapal terbang, letupan, dll

BencanaBuatan Manusia:

Peperangan bersenjata antarabangsa

Peperangan saudara- pergaduhan dalam negeri

Mogok besar negara melibatkan perkhidmatan penting

Kemalngan besar industri, keretapi kapal terbang, letupan

KEJADIAN-KEJADIAN BENCANA DI BAWAHARAHAN MKN NO 20

Bencana Alam

Bencana Industri

Kemalangan Udara

Keruntuhan Bangunan Tinggi/Struktur Khas

Kemalangan melibatkan pengakutan, penyaluran dan pemindahan bahanberbahaya

Gas Beracun

Kepecahan Empangan

Kegelinciran keretapi

Nuklear & Radiologi

Kebakaran

Jerubu

Anda mungkin juga menyukai