Anda di halaman 1dari 19

UNIT 5 :

TRANSISTOR

By: NOR IZLAIKHA BINTI CHE AZIZ


Apakah itu transistor??
Transistor

BJT (PNP) Rajah


Pelbagai jenis dan saiz Elektrikal

FET and BJT Transistor

Modern Electronics
First Transistor
• Transistor diperbuat daripada bahan
separuh pengalir silikon dan germanium.
• Fungsinya adalah sebagai penguat
(amplifier), litar pensuisan dan komponen
pemecah fasa.
JENIS DAN BINAAN TRANSISTOR

• Diperbuat daripada 3 lapisan bahan pengalir


dan mempunyai dua simpang. Apabila bahan
P diapit antara 2 lapisan N, maka transistor
ini jenis NPN.
• Manakala apabila bahan N diapit antara 2
lapisan P, maka transistor ini jenis PNP.
https://www.youtube.com/watch?v=sQk510BZs2U
PINCANG TRANSISTOR DWIKUTUB

Pincang ialah nama khusus bagi voltan arus terus (AT) yang dibekalkan di antara tapak ke pengeluar
dan tapak ke pemungut bagi membolehkan transistor itu berfungsi. Pincang terbahagi kepada dua
kaedah iaitu pincang hadapan dan pincang songsang.

a. Transistor PNP b. Transistor NPN

Rajah 4.5 Kaedah memincang transistor dwikutub

Untuk membolehkan transistor itu berfungsi kekutuban voltan pincang mestilah betul. Rajah 4.5
menunjukkan kedudukan voltan pincang bagi transistor PNP dan NPN. Simpang tapak ke pengeluar
(VBE) dikenakan pincang hadapan dan simpang tapak ke pemungut (V BC) dikenakan pincang songsang.
ARUS TRANSISTOR

Rajah 4.6 : Arah pengaliran arus litar transistor PNP dan NPN
Berdasarkan teori pengaliran arus lazim, arus akan mengalir dari positif ke negatif. Rajah 4.6
menunjukkan tiga jenis arus utama yang mengalir dalam satu litar transistor PNP atau NPN, iaitu arus
pengeluar (IE), arus pemungut (IC) dan arus tapak (IB). Menurut hukum arus Khirchoff pula, jumlah arus
yang memasuki simpang adalah sama dengan jumlah arus yang keluar simpang.

Oleh itu :- IE = IB + IC

Arah pengaliran arus bagi transistor NPN adalah terbalik daripada pengaliran arus transistor PNP seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 4.6.
TATARAJAH TRANSISTOR

Terdapat tiga tatarajah penyambungan transistor dwikutub (Rajah 4.7) seperti :-

a. Tapak Sepunya
b. Pengeluar Sepunya
c. Pemungut Sepunya

Rajah 4.7 : Tatarajah Sambungan Transistor


Tapak Sepunya (Common Base)

Rajah 4.8 Tatarajah tapak sepunya

1. Isyarat masukan dikenakan antara pengeluar dan tapak


manakala isyarat keluaran diambil dari pemungut dan tapak.
2. Ie bergantung kepada isyarat masukan
3. Apabila gandaan rendah dan gandaan voltan tinggi, fasa isyarat
masukan dan isyarat keluaran adalah SAMA.
4. Gandaan kuasa dalam litap tapak sepunya adalah tinggi.
5. Jenis litar ini digunakan sebagai penguat pengayun.
Pemungut Sepunya (Common Collector)

Rajah 4.9 Tatarajah pemungut sepunya

Rajah 4.9 menunjukkan tatarajah pemungut sepunya. Isyarat masukan adalah antara pengeluar dan tapak.
Keluaran diambil melalui perintang beban RL yang disambung antara pengeluar dan pemungut. Perubahan
arus pemungut IC akan menghasilkan perubahan isyarat merentangi beban. Litar pemungut sepunya ini
mempunyai gandaan voltan yang rendah iaitu kurang daripada 1. Gandaan kuasa tinggi dan tiada
pembalikan fasa antara masukan dan keluaran. Litar jenis ini biasanya digunakan sebagai litar penguat
Pengeluar Sepunya (Common Emitter)

Rajah 4.10 Tatarajah pengeluar sepunya

Rajah 4.10 menunjukkan tatarajah litar pengeluar sepunya. Isyarat masukan dikenakan antara tapak
dan pengeluar dan isyarat keluaran diambil antara tapak dan pemungut. Dalam litar pengeluar sepunya,
perubahan kecil arus tapak akan menghasilkan voltan dan gandaan kuasa yang tinggi. Pembalikan fasa
1800 berlaku antara masukan dan keluaran.
GANDAAN ARUS
??????
• Bahagikan kepada 4 kumpulan
• 1kumpulan alfa
• 1kumpulan beta
• 1 kumpulan aras voltan kendalian transistor
• 1 kumpulan lengkung ciri iv
• Sila bincangkan dalam masa 30 minit dan
bentangkan
• Masa untuk kuiz kahoot….
• SILA BERADA DALAM KUMPULAN
• 1 HANDPHONE MEWAKILI 1 KUMPULAN
• BUKA WEBSITE KAHOOT.IT
• SILA PILIH TEAM MODE
• MASUKKAN NAMA KUMPULAN
• MASUKKAN NAMA AHLI KUMPULAN PADA
KOTAK NICKNAME
• KEMUDIAN KLIK READY TO JOIN
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai