Anda di halaman 1dari 21

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tanda tangan Nama Penulis Tarikh

: .. : MUSTAFA B ALI : 24 OGOS 2013

Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tanda tangan Nama Penulis Tarikh

: .. : AHMAD FIRDAUS B ABD MAJID : 24 OGOS 2013

PENGHARGAAN

Pertamanya kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke atas Yang Maha Esa kerana atas keizinan-Nya dan limpah kurnia-Nya kami berdua dapat menyiapkan tugasan Pendidikan Keselamatan ini dengan baik. Kami berharap dengan hasilan tugasan kami ini dapat memberi peluang berkongsi ilmu pengetahuan mengenai Pendidikan Keselamatan di sekolah. Tugasan ini amat penting buat kami kerana memandangkan tajuk ini yang memberi penekanan kepada aspek keselamatan dan juga tatacara penggunaan alatan keselamatan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekumpulan yang samasama membantu menyediakan bahan dan menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing kami iatu Cik Shaireena bt Hj Jaffar. Selain dari kerjasama dari segi masa dan tenaga, malah juga bantuan dari segi kewangan juga turut disalurkan oleh rakan di antara kami yangberhempas pulas dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Jutaan terima kasih juga kami kalungkan kepada pensyarah pembimbing kami atas tunjuk ajar penyediaan tugasan ini dan juga atas bimbingan dan nasihat beliau kepada kami. Akhirnya, semoga dengan penghasilan tugasan ini sedikit sebanyak ianya dapat membantu kita semua peka dan mengetahui kepentingan mengenai penjagaan diri kita semua.

Sekian, terima kasih.

1. PENGENALAN Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan atau persekitaran di mana seseorang itu dapat menjalankan aktiviti harian dan lain-lain aktiviti anjuran sekolah dengan selamat, sejahtera, harmonis, kurang risiko, tanpa sebarang gangguan dan kemalangan. Langkah-langkah keselamatan dimaksudkan sebagai sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak, sekolah, ibu bapa, masyarakat atau agensiagensi berkenaan bagi mewujudkan keadaan atau persekitaran yang selamat di sekolah. Keselamatan di sekolah adalah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serta menjadi tanggungjawab utama semua orang. Di sekolah, pelbagai usaha dan rancangan diatur dengan tujuan untuk mengelak, mengawal, atau mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah keselamatan Keselamatan diri boleh dikaitkan sebagai seseorang yang berasa selesa dan mesra terhadap gerak balas dirinya terhadap orang lain seperti keluarga, rakan dan masyarakat sekelilingnya. Ia melibatkan seseorang itu bebas daripada sebarang ancaman penderitaan atau kesakitan yang berpunca daripada kecedaraan dan kemalangan. Kecederaan boleh berpunca daripada keadaan tanpa niat seperti kemalangan dan dengan niat seperti penderaan dan penculikan. Berdasarkan Teori Motivasi Maslow, setelah tahap keperluan makanan dipenuhi, seseorang itu perlukan keselamatan. Setelah tahap keperluan keselamatan dipenuhi, seseorang itu akan melangkah ke tahap keperluan sosial iaitu keperluan berkawan dan berhubung dengan orang lain ( Saccuzo, 1987). Tuntutan ini menyebabkan manusia melakukan pelbagai perkara untuk menjamin tahap dan standard aspek keselamatan diri sentiasa dipenuhi, dihormati dan dijamin.

2. PROGRAM PERLINDUNGAN DIRI Program perlindungan diri ini amat penting bagi menjaga keselamatan diri semasa berada di tempat awam, sekolah atau di tempat kerja. Ramai orang yang masih menganggap keselatan di tempat kerja remeh dan dipandang ringan terutamanya dari segi pakaian pelindungan dan juga keadaan persekitaran tempat kerja. Begitu juga dengan kawasan persekitaran sekeliling kita. Mungkin di taman permainan terdapat pokok yang rendang sesuai dijadikan tempat istirahat dan juga tempat teduhan namun, dalam masa yang sama, kita juga perlu pastikan pokok tersebut tiada dahan reput mahupun ranting-rantingyang mudah patah dan mungkin terkena pada orang yang bersantai di situ. Bagi individu yang peka akan hal keselamatan ini, ada di antara mereka telah menyiapkan pakej atau pelan insurans sebagai suatu bentuk perlindungan dari segi bahaya yang kita sendiri tidak tahu apa akan terjadi. Pelan-pelan insurans ini disediakan atas dasar sebagai dapat menuntut ganti rugi atas dasar keselamatan atas kemalangan yang menimpa mereka daripada pihak yang menguruskan pelan insurans ini. Dalam dunia yang semakin mencabar ini, kita semua hendaklah lebih peka akan hal keselamatan lebih-lebih lagi melibatkan diri sendiri. Dalam tugasan yang diberikan ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut mengenai keselamatan anggota badan, pakaian perlindungan yang sesuai dan juga cara mengguna alat perlindungan diri.

3. KESELAMATAN DIRI KESELAMATAN DIRI boleh didefinisikan sebagai keupayaan atau kebolehan seseorang untuk melindungi diri daripada mendapat kemudaratan secara fizikal dan emosi sebagai gerak balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam dirinya dan di sekitarnya. Keupayaan menjaga keselamatan diri ini melibatkan adanya usaha dan tindakan awal seseorang untuk mengelak sesuatu kemudaratan seperti kemalangan dan kecederaan daripada berlaku. Manusia memberi respon kepada perkara-perkara yang mengancam keselamatan dirinya. Misalnya, lari

menyelamatkan diri apabila dikejar anjing.


4

Pendidikan keselamatan ditekankan dan perlu dipatuhi arahannya oleh semua warga yang mana terdiri daripada guru, pihak pentadbir, staf sokongan, murid-murid, pekerja sekolah, pengawal keselamatan dan juga pihak-pihak lain. Warga sekolah perlu dibimbing bagaimana mengatasi setiap masalah kecemasan yang berlaku. Keselamatan diri perlu diutamakan selain dari keselamatan mengenai dokumen rasmi dan peribadi. Negara Jepun misalnya, mereka mempunyai satu sukatan pelajaran dalam pendidikan keselamatan iaitu tatacara situasi menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami. Selain itu, di Malaysia dalam sukatan pelajaran tahunan dan subjek Pendidikan Kesihatan juga ada bahagian tunjang iaitu Keselamatan di Sekolah, Rumah dan Jalan raya. Ini juga menunjukkan di Malaysia juga menekankan aspek keselamatan sejak dari sekolah rendah lagi. Namun begitu walaupun pelbagai aspek telah diambil dan disediakan terdapat juga kemalangan yang berlaku disebabkan kecuaian manusia itu sendiri. Kebakaran sering berlaku dimana-mana tempat. Litar pintas, pendawaian elektrik yang tidak disahkan, langsir atau bahan mudah terbakar terkena pada nyalaan ubat nyamuk, api lilin antara punca mengapa kebakaran terjadi di negara kita. Kebakaran yang berlaku tidak kira kecil atau besar, sekurang-kurangnya memberi impak yang besar sama ada berlaku kemalangan nyawa atau kemalangan harta benda. Selain itu, kejadian bangunan yang runtuh juga sering kita dengar. Kejadian Higland Tower, apartment Bukit Damansara runtuh pada sekitar tahun 1996 dan 2009 dulu, masih lagi menjadi igauan ngeri bagi rakyat ini. Namun, seolah-olah rakyat ini tidak belajar dari kejadian yang lepas dan masih lagi mencari kawasan perumahan sekitar cerun yang agak merbahaya. Kurang ilmu pengetahun mengenai pendawaian elektrik yang sempurna dan sah juga mendorong kejadian masalah berkaitan elektrik berlaku. Kawasan penempatan setinggan banyak menggunakan sistem pendawaian yang tidak disahkan oleh pegawai TNB. Ini yang akan menyebabkan litar pintas terjadi dan akhirnya menyebabkan kebakaran yang dahsyat. Bangunan yang telah lama dan usang juga mudah untuk terbakar sekiranya terkena punca-punca api. Contohnya, pondokpondok usang dan juga rumah yang terbiar.

Kadar jenayah di negara kita juga semakin menakutkan dan agak meningkat saban tahun. Kadar jenayah seksual yang dahulunya jarang kita dengar berlaku, namun sekarang ianya menjadi igauan ngeri bagi kebanyakan di antara kita. Jika kita lihat kadar gangguan seksual yang dikatakan menjadi punca utama jenayah seksual di negara ini dan ianya bukan sahaja melibatkan gangguan seksual berlainan jantina malahan juga melibatkan sesama jantina. Lenggok badan, gaya percakapan, nada suara manja yang dibuat-buat agar menggoda pasangan mereka dan sentuhan yang kurang menyenangkan pada anggota badan antara punca gangguan seksual ini terjadi. Kita perlu menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit agar dapat memupuk perpaduan yang erat dan kasih saying yang sejati dia antara kita sehingga kita semua dapat hidup aman harmoni dalam satu negara. Slogan Satu Malaysia, sebagai tanda atau simbol rakyat Malaysia yang hidup bersatu padu berbilang bangsa dalam satu negara. Namun slogan dan keteguhan sebagai satu negara kini seolah-olah retak menanti belah apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab cuba meruntuhkan kepercayaan antara kaum, meniup api hasuta, ugutan sehingga antara kaum kini wujud perselisihan. Keharmonian kehidupan dalam masyarakat juga sudah hilang serinya apabila terdapat kes-kes buli, pergaduhan yang mana wujud akibat dari salah faham dan kurang penjelasan tentang sesuatu isu yang dibangkitkan. Selain itu, kes kecurian semakin kerap berlaku terutama jika barang atau harta tertinggal sesuatu tempat atau akibat kecuaian akan mengakibatkan harta tersebut hilang. Kadar jenayah kecurian ini juga sering berlaku sekiranya terdapat rumah rumah yang difikirkan atau berpotensi untuk dimasuki kerap berlaku pada waktu malam, pada waktu rumah itu ditinggal kosong tanpa penghuni. Perompak yang masuk selain dari merosakkan harta benda, mereka juga merompak dan mengugut penghuni rumah tersebut. Dinasihatkan kepada kita semua, agar sentiasa berhati-hati wapau di mana berada dan juga jagalah keselamatan harta benda kita semua. Kerjasama dengan pihak polis juga adalah sebaik-baiknya jika kita ingin tinggalkan rumah dengan menghubungi Rakan COP. Selain itu, jika terdapat maklumat yang boleh dikongsi bersama pihak polis, ianya juga adalah terbaik dalam mengurangkan dan membasmi kes-kes jenayah di negara kita.

4. AMALAN KESELAMATAN DIRI Walau di mana sahaja kita berada, langkah-langkah keselamatan sangat penting dan perlu dititikberatkan. Sebagai seorang warga pendidik, kita perlu berganding bahu bagi memastikan segala aspek keselamatan diambil berat agar setiap orang berasa selamat semasa berada di kawasan dalam sekolah atau pun di luar kawasan sekolah. Setiap warga sekolah perlu mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

4.1 Amalan Keselamatan Diri Di Rumah Menjadikan rumah sebagai sebuah rumah yang selamat untuk kanak-kanak adalah satu proses yang rumit dan terperinci. Proses ini bermula daripada kesedaran serta kemahuan ibu bapa untuk menjadikan rumah sebagai sebuah tempat perlindungan yang selamat. Berikut adalah senarai perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menjadikan rumah sebagai tempat perlindungan yang selamat: i. Jangan tinggalkan objek-objek kecil terbiar di merata tempat. Bayi dan kanakkanak kecil boleh tercekik apabila meletakkan objek-objek kecil dalam mulut atau boleh mencederakan diri dengan meletakkannya ke dalam hidung ii. Pastikan tingkap rumah anda dilengkapi dengan besi bersilang dan anjung rumah tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak iii. Jangan amalkan tabiat merokok di dalam rumah. Hampir semua kebakaran bermula dengan penghisap rokok yang cuai yang tidak memadam api puntung rokok sepenuhnya. iv. Rangkakan satu pelan keselamatan untuk kebakaran. v. Beli sebuah alat pemadam api untuk disimpan di dalam rumah. vi. Pagarkan kawasan disekeliling kolam mandi anda. vii. Simpan ubat/bahan-bahan mudah terbakar/sabun/racun rumah seperti pembasmi kuman atau penyembur serangga ditempat yang jauh dari capaian kanak-kanak. Labelkan benda-benda yang berbahaya sebagai tanda amaran kepada kanakkanak.
7

viii. Jangan biarkan alat elektrik yang rosak di rumah, kerana anak anda mungkin akan cuba menggunakannya. ix. Labelkan semua bahan-bahan beracun yang disimpan dalam rumah dengan pelekat-pelekat yang boleh dikenalpasti oleh kanak-kanak sebagai bahan yang berbahaya dan tidak boleh disentuh

4.2 Amalan Keselamatan Diri di Sekolah Keselamatan di sekolah adalah penting bagi melahirkan individu yang sihat dan selamat untuk merangsang kecemerlang pembelajaran dari segi JERI selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Setiap sudut dalam kawasan sekolah mempunyai peraturan yang tersendiri dan pastinya setiap sekolah mempunyai kawasan larangan untuk murid-murid. Kawasan larangan ini ditetapkan adalah atas faktor-faktor keselamatan selain terdapat beberapa tempat ditanda dengan cat kuning sebagai kawasan amaran sebagaiman kita lihat di tepi longkang yang menunjukkan amaran dan bahaya jika bermain di kawasan longkang tersebut. kelas, bilik-bilik khas pastinya mempunyai peraturan yang tersendiri sama ada dari segi alatan yang ada dalam kelas tersebut seperti tingkap cermin, pintu, kerusi meja dan juga hal berkaitan dengan penggunaan elektrik yang berkaitan dengan keselamatan menggunakan suis elektrik. Penggunaan alatan yang terdapat di kawasan sekolah paling tidak sekurangkurangnya mestilah mendapat kebenaran pihak yang berkaitan contonhnya semasa dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, murid hanya akan menggunakan alatan tajam seperti pisau, gergaji, penggarit dan sebagainya. Selain dari mendapat arahan, cara menggunakan alatan juga penting agar murid tahu bahawa penggunaan alatan tersebut pada tujuan yang betul seperti jentera mesin ringan. Guru perlu memantau murid yang menggunakan alatan ini agar tidak berlaku kecederaan semasa menggunakan alatan ini. Begitu juga dengan penyimpanan alatan sukan, guru boleh meminta bantuan murid untuk mengangkat alatan dalam kuantiti yang banyak seperti kayu hoki, skital, bola dan sebagainya.

Antara amalan keselamatan diri yang perlu dilakukan adalah seperti berikut : i. Sistem kawalan rekod yang kemas

ii. Mengawasi kawasan dengan kerap iii. menyediakan tempat berkumpul yang selamat dan terkawal. iv. Menekankan aspek keselamatan melalui pengajaran, peraturan,latihan, bimbingan dan amalan. v. memaklumkan kepada ibu bapa mengenai penggal dan aktiviti sekolah. vi. Sistem berteman vii. Menjadikan peraturan keselamatan sebagai sebagai peraturan sekolah viii. Pakaian mestilah sesuai dengan peraturan sekolah

4.3 Amalan Keselamatan di Luar Kawasan Sekolah dan di Jalan Raya Selain dalam kawasan sekolah, aspek keselamatan juga perlu dititiberatkan semasa berada di luar atau kawasan sekolah. Contohnya, Guru memberi

pendedahan cara melintas jalan, undang-undang jalan raya, kemudahan yang ada di jalan raya dan juga tanda-tanda yang terdapat di jalan raya. Setiap individu yang beraa di jalan raya adalah orang yang penting dan perlu mematuhi setiap peraturan sama ada mereka penunggang motosikal, pejalan kaki atau pemandu. Kita juga tidak boleh duduk berseorangan di tempat sunyi atau gelap bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Sekiranya kita meletakkan kenderaan semasa membeli belah di apsar raya, kita juga digalakkan meletakkan kenderaan di kawasan yang terang dan tidak di kawasan yang sunyi atau jauh dari pandangan orang. 4.4 Amalan Keselamatan Diri Di Tandas Awam Tindakan semua pengguna tandas: i. ii. Jangan menconteng dan melakukan vandalisme di dalam tandas. Pastikan semua pili paip ditutup selepas digunakan.

iii. Curahkan tandas selepas digunakan. iv. Cuci tangan sebelum keluar tandas. v. Jangan bergurau dan merokok di dalam tanda
9

5. ALAT PELINDUNG DIRI Alat pelindung diri (APD) merupakan langkah yang diambil bagi mencegah pekerjaan.

kecederaan atau kemalangan yang disebabkan oleh suatu aktiviti atau

Penggunaan APD hanya apabila langkah-langkah yang lain tidak sesuai atau tidak boleh akan dilaksanakan. Selain itu, penggunaan APD juga dipraktikkan bagi melengkapkan atau menambah cara lain kawalan risiko dan seterusnya mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun, penggunaan APD merupakan pendekatan yang perlu apabila langkah kawalan kejuruteraan, kawalan pentadbiran dan prosedur kerja tidak dapat melindungi pekerja daripada aktiviti yang dijalankan. Keperluan dalam menggunakan APD turut disebut di dalam akta bagi memastikan seseorang pekerja dilindungi daripada kecederaan yang mungkin timbul akibat daripada kerja yang dijalankan. Merujuk Seksyen 24, Akta Kilang Dan Jentera, 1974 :Jika dalam mana-mana kilang di mana seseorang terdedah kepada proses yang basah atau berhabuk, kepada bunyi bising, kepada bahang atau kepada apa-apa bahan beracun, mengakis atau peralatan yang boleh memudaratkan lain yang boleh menyebabkan kecederaan pada tubuh badan orang itu, Menteri boleh menetapkan peruntukan dan penyelenggaraan bagi penggunaan orang yang sesuai dan pakaian dan peralatan keselamatan peribadi yang mencukupi termasuklah di mana perlu gogal, sarung tangan, sarung balut kaki, topi, kasut dan salap atau losen pelindungIsu yang sering timbul semasa penggunaan APD termasuklah kecederaan yang mungkin timbul daripada

ketidakselesaan, peralatan sesuai dengan fisiologi badan pengguna atau tidak diselenggara dan sebagainya. Kesesuaian APD adalah bergantung kepada fisiologi pengguna dan berbeza mengikut individu. Sehubungan itu, pemilihan APD adalah merupakan faktor penting bagi memastikan keberkesanan dalam penggunaannya selain faktor penyelenggaraan yang turut memainkan peranan penting dalam memastikan penggunaan APD .

10

6. KATEGORI KELENGKAPAN PELINDUNG DIRI MENGIKUT BAHAGIAN BADAN 1. Pelindung Badan. 2. Pelindung Pernafasan. 3. Pelindung Tangan. 4. Pelindung Kaki. 5. Pelindung Mata. 6. Pelindung Kepala. 7. Pelindung Pendengaran.

6.1 Pelindung Badan Pelindung badan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja di mana dedahan kepada hazard yang diterima adalah meliputi seluruh tubuh seperti : i. Mengendalikan bahan kimia dalam makmal atau menangani tumpahan bahan kimia. ii. Mengendalikan bahan biologi dalam skala besar atau menangani pelepasan bahan biologi. iii. Contoh pelindung badan yang biasa digunakan ialah baju makmal, coverall, apron berplumbum (lead apron) dan sebagainya. 6.2 Pelindung Pernafasan Pelindung pernafasan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja di kawasan kerja yang berisiko seperti : i. Kandungan oksigen dalam udara yang rendah seperti ruang terkurung dan sebagainya. ii. iii. iv. Pendedahan kepada bahan kimia berbahaya seperti hidrogen sulfida. Pendedahan kepada bahan biologi seperti bakteria, spora dan sebagainya. Contoh pelindung pernafasan yang biasa digunakan adalah seperti topeng gas, alat bantuan pernafasan (respirator) dan sebagainya.
11

6.3 Pelindung Tangan Pelindung tangan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang menjalankan kerja yang melibatkan kesankepada bahagian tangan seperti : i. Mengendalikan bahan suhu lampau seperti sampel panas dan cecair kriogenik. ii. Mod kemasukan hazard melalui tangan seperti kejutan elektrik, dedahan kepada bahan radioaktif dan sebagainya. iii. Contoh pelindung tangan yang biasa digunakan adalah seperti sarung tangan getah dan sebagainya. perlu

6.4

Pelindung Kaki perlu

Pelindung kaki merupakan peranti yang digunakan apabila seorang menjalankan kerja yang mempunyai risiko seperti berikut : i.

Bekerja di bengkel mekanikal yang mempunyai risiko terpijak / tertusuk benda tajam dan objek terjatuh mengenai kaki.

ii.

Bekerja di makmal dimana ianya mempunyai risiko tumpahan bahan kimia dan sebagainya.

iii. iv.

Bekerja di kawasan yang licin dan mempunyai risiko tergelincir. Contoh pelindung kaki yang biasa digunakan adalah seperti kasut keselamatan, pelindung kasut (shoe cover) dan sebagainya.

6.5 Pelindung Mata Pelindung mata merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja yang melibatkan hazard berikut : i. ii. Menggunakan bahan kimia yang merengsa kepada mata. Menjalankan kerja pateri (welding) yang menghasilkan tahap cahaya yang boleh menyebabkan kerosakan pada mata. iii. iv. Menjalankan kerja menggunakan peralatan laser berkeamatan tinggi. Kawasan kerja mempunyai hazard partikel beterbangan, habuk dan sebagainya. v. Contoh pelindung mata yang biasa digunakan adalah seperti pelindung muka, cermin mata keselamatan dan sebagainya.
12

6.6. Pelindung Pendengaran Pelindung pendengaran merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja sama ada : i. Peralatan yang digunakan menghasilkan kebisingan yang melebihi aras yang ditetapkan seperti mesin gerudi . Atau; ii. Bekerja di kawasan yang mempunyai tahap kebisingan yang tinggi seperti di bengkel dan sebagainya. iii. Contoh pelindung pendengaran yang biasa digunakan adalah seperti palam telinga (ear plug), penutup telinga (ear muff) dan sebagainya 6.7 Pelindung Kepala Pelindung kepalamerupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja di mana bahagian kepala merupakan bahagian tubuh yang berpotensi menerima kecederaan akibat kerja yang dijalankan. Antara contoh kawasan kerja yang memerlukan pelindung kepala adalah seperti : i. Kawasan yang berisiko objek jatuh dan terkena kepala pekerja di kawasan berkenaan seperti kawasan pembinaan. ii. Seseorang pekerja berisiko terhantuk kepada kepada objek pegun/ tetap seperti menjalankan kerja pembaikan di bahagian bawah kereta dan sebagainya. iii. Contoh pelindung kepala yang biasa digunakan adalah seperti topi keselamatan dan sebagainya.

7. PEMELIHARAAN DAN PENJAGAAN APD i. ii. Mencuci dengan air sabun, kemudian dibilas dengan air secukupnya. Menjemur di kawasan bercahaya untuk menghilangkan bau, terutama pada topi. iii. IV. Mengganti filter/cartridge nya, untuk topeng Tempat penyimpanan harus bebas dari debu, kotoran, gas beracun dan gigitan serangga/binatang
13

8. RUMUSAN / PENUTUP Aspek keselamatan diri ini adalah penting bagi setiap individu walaupun di mana mereka berada. Menjaga diri sendiri adalah lebik baik dari pada menjaga diri orang lain kerana hanya kita sahaja yang tahu tentang diri kita sama ada mengenai kesihatan kita, situasi kita insan berada dan bahaya masyarakat yang kita

hadapi.Tanggung

jawab

sesama

melahirkan

selamat.

Masyarakat akan menjadi selamat jika semua orang menjaga keselamatan diri.

14

BORANG KOLABORASI PENDIDIKAN KESELAMATAN

NAMA PELAJAR

: MUSTAFA BIN ALI : AHMAD FIRDAUS BIN ABD MAJID

KUMPULAN SEMESTER MATA PELAJARAN

: PPG /PEN.JASMANI DAN KESIHATAN : EMPAT : PENDIDIKAN KESELAMATAN ( PKE3102 )

PENSYARAH PEMBIMBIN : CIK SHAIREENA BT HJ JAFFAR

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN

TANDA TANGAN

Menerima soalan 28.7.2013 tugasan dan taklimat daripada pensyarah Cik Shareena

Tugasan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 24 Ogos 2013 Penerangan ringkas tentang tajuk tugasan (Cik Shaireena)

Memahami kehendak 28.7.2013 soalan tugasan dan mencari maklumat daripada buku di perpustakaan serta melayari internet. Pembahagian tugasan Mencari maklumat

Mustafa Firdaus

15

29.7.2013

Menganalisis maklumat yang dicari dan berbincang tentang aktiviti seterusnya

Membahagikan bahan yang diperoleh.

Mustafa Firdaus

15.8.2013

Mengumpul bahan dan berbincang tentang isiisi penting.

Membaca nota dan meneliti isi-isi penting yang telah disusun berkaitan tugasan Mustafa Firdaus membuat huraian dan menaip draf. Mustafa Firdaus

16.8.2013

Menyediakan draf tugasan.

20.8.2013

Tugasan disempurnakan dan dicetak

Sempurnakan tugasan dengan refleksi Mustafa Firdaus

24.8.2013

Menghantar tugasan untuk disemak oleh pensyarah. . (Cik Shaireena)

16

REFLEKSI KENDIRI

MUSTAFA B ALI NO I/C : 780205-11-5419 UNIT PPG KOHORT 2 PJPK AMBILAN FEBRUARI 2012 - 2016

Buat pertamanya saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya juga kami menyiapkan tugasan Pendidikan Keselamatan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pada peringkat awal mendapat soalan tugasan ini, saya menghadapi masalah kerana agak keliru isi utama yang hendak disampaikan dalam penulisan dan pembentangan memandangkan hal yang berkaitan Keselamatan diri agak luas skopnya. Namun hasil penerangan daripada pensyarah, Cik Shasireena bt Hj,

Jaafar, saya mula mendapat gambaran untuk menyiapkan tugasan ini. Setelah mendengar penerangan tersebut saya mula berbincang dengan rakan

sekumpulan saya, En. Ahmad Firdaus untuk membuat tugasan ini. saya telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari maklumat tentang tugasan amali ini. Bahan-bahan yang diperoleh di sekolah juga banyak membantu terutamanya yang berkaitan pekeliling dan keselamatan di sekolh.Selain dari itu saya juga mencari maklumat menggunakan internet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, saya

membahagikan tugas di mana saya menyiapkan bahagian persembahan dalam bentuk power point manakala saya rakan saya menyiapkan tugasan secara penulisan. W aaubagaimanapun kami tetap berhubung
17

untuk memastikan kedua-dua tugasan yang dilakukan adalah berkaitan dan tepat dengan tajuk. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana sebagai guru PJK, ilmu yang diperoleh akan dapat digunakan untuk disampaikan kepada murid-murid di sekolah.selain it, pengetahuan ini membuatkan saya sedar bahawa keselamatan mestilah menjadi keutamaan di dalam apa juga aktiviti atau tindakan yang hendak dilakuka Akhir sekali, sekali lagi saya memanjatkan kesyukuran kerana Berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih yang tedai terhingga saya ucapkan kepada semua pensyarah dan rakan -rakan khusus En. Ahmad Firdaus kerana memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam

pelaksanaan tugasan ini.Sekian, Terima Kasih. .

18

REFLEKSI KENDIRI

AHMAD FIRDAUS B ABD MAJID NO I/C : 811019-06-5285 UNIT PPG KOHORT 2 PJPK AMBILAN FEBRUARI 2012 - 2016

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah Izin-Nya, dapat saya siapkan tugasan ini. Saya telah mendapat sedikit sebanyak manfaat berdasarkan tugasan yang diberikan ini.

Di awal semester 4 ini, saya membayangkan kesukaran dalam mempelajari subjek pendidikan keelamatan walhal saya pernah membacanya dan pernah mengetahui sedikit sebanyak mengenai subjek Pendidikan Keselamatan ini. Namun, dengan berkat kesabaran dan ketekunan saya mampu melakukan nya berdasarkan kemampuan saya sekarang.

Sekalung terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing bagi mata pelajaran ini iaitu Cik Shaireena bt Hj Jaffar atas tunjuk ajar kepada saya dan ilmu yang diperingatkan kembali kepada saya mengenai subjek ini. Ini juga membantu saya dalam menyiapkan tugasan pada semester ini. Segala surat pekeliling ikhtisasa yang sebelum ini saya tidak pernah membecanya dan tidak pernah terbaca juga turut dikongsi bersama.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat rakan sekumpulan saya yang mana menjadi contoh baik kepada saya dalam bersama-sama menyiapkan tugasan ini, iaitu Encik Mustafa b Ali. Tugasan dapat dijalankan dengan sempurna dan juga dalam keadaan yang lapang.
19

Walaupun begitu, saya tidak dapat lari dari masalah. Saya telah menghadapi masalah pada permulaan tugasan ini yang mana saya tidak mengetahui cara pelaksanaan untuk melakukan tugasan ini terutama sekali masalah kekangan masa. Namun, atas keprihatinan dan rasa tanggungjawab rakan sekumpulan yang samasama membantu, saya berusaha dan cuba menjayakan dan menyiapkan tugasan ini.

Akhirnya, Saya amat berpuas hati kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Dengan pengalaman dan ilmu yang diperoleh, hasil daripada tugasan ini , saya akan sedaya upaya mengamalkan pengetahuan saya sebagai panduan apabila menjalankan khidmat sebagai guru untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah saya.

20

Bahan_bahan Tambahan

21

Anda mungkin juga menyukai