Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

LAPORAN
CERAMAH
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
KURSUS DALAMAN PROFESIONALISME KEGURUAN PEMBINAAN INSAN GURU YANG SEIMBANG KUALITI PERIBADI DAN PROFESINALISME SEORANG GURU
Anjuran:

PELAJAR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KOHORT 2 IPG KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM JUN 2011-JUN 2015 Kumpulan Pendidikan Jasmani Dengan Kerjasama: SK. BUKIT LINTANG, KOTA TINGGI Pelaksana: (JAWATANKUASA LDP SK BUKIT LINTANG) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KOHORT 1 IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

1.

PENDAHULUAN Kertas cadangan ini adalah untuk memaklumkan tentang konsep pelaksanaaan Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan . (Latihan Dalam Perkhidmatan Anjuran Pelajar Program Pensiswazahan Guru Kohort 1 IPG Kampus Temenggong Ibrahim)

2.

TUJUAN Program ini diadakan dengan tujuan membantu guru-guru meningkatkan kualiti yang perlu ada untuk menjadi seorang guru. Adalah menjadi kewajipan guru meningkatkan pengetahuan dalam memastikan tahap atau kualiti diri mereka adalah membanggakan. Kursus ini bertujuan untuk mencapai matlamat tersebut.

3.

LATAR BELAKANG PROGRAM Mungkin pada pandangan sesetengah orang kerjaya seorang guru adalah amat mudah dan boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja. Namun begitu untuk menjadi seorang guru yang baik dan hebat sebenarnya memerlukan beberapa elemen yang perlu wujud secara semula jadi ataupun ianya boleh dipelajari baik melalui buku-buku ilmiah mahupun melalui pengalaman guru itu sendiri. Kursus seperti ini amat membantu seorang guru meningkatkan kualiti profesinalisme mereka sebagai guru.

4.

OBJEKTIF 4.1 Meningkatkan kemahiran guru dalam memperbaiki diri mereka sejajar dengan

kehendak pendidikan negara. 4.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara optimum. 4.3 Mendedahkan guru-guru kepada elemen-elemen terkini dalam proses menarik minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

5.

TEMPAT Bilik Mesyuarat, SK Bukit Lintang

6.

TARIKH PELAKSANAAN 15 April 2013(Isnin)

7.

KUMPULAN SASARAN 7.1Semua guru SK Bukit Lintang, Kota Tinggi. 7.2Semua pelajar Pendidikan Jasmani

8. STRATEGI PELAKSANAAN 8.1 Perbincangan bersama AJK Pelaksana 8.2 Perbincangan bersama-sama pihak pentadbiran sekolah. 8.3 Menyediakan Kertas Kerja Program 8.4 Pengagihan tugas dan taklimat AJK Pelaksana 8.5 Pelaksanaan program 8.5 Penilaian program dan penyediaan laporan 9. TENTATIF PROGRAM 2.00 pm : 2.30 pm : Guru-guru mengambil tempat / Pendaftaran. Slot Ceramah Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang Kualiti Peribadi dan Profesionalisma Seorang Guru Penceramah :

4.30 pm : Bersurai

10.

ANGGARAN PERBELANJAAN 10.1 Kos Perbelanjaan Program : 10.2 Air Mineral + Kuih + mee hun = RM 5 x 30 orang = RM 150.00 Jumlah = RM 150.00

Sumber kewangan sepenuhnya daripada pelajar Program Pensiswazahan Guru PPG dan pihak sekolah terbabit.

11.

JAWATANKUASA PENGELOLA DAN PELAKSANA Pengerusi Timb. Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Urus setia/AJK : : : : : Puan Samsiah bte Hussein (Guru Besar) Encik K Rajendran A/L Kannan (PK Pentadbiran) Puan Jemalah bt Abd Aziz (PK HEM) Puan Jamaliah bt Misron (PK Kokurikulum) Puan Halina Ali Encik Azmi bin Husin ( AJK LAPORAN DAN PENGACARA ) Encik Amran ( AJK PENYEDIAAN SLAID ) Puan Noreha Badron ( AJK LAPORAN ) Encik Nazaruddin bin Ramlan ( AJK PERALATAN DAN JURUGAMBAR )

12.

PENUTUP Diharapkan pelaksanaan program ini akan mencapai objektifnya dengan jaya sebagaimana yang telah dirancang. Semoga program ini dapat memberi impak yang positif kepada semua pelajar Program Pensiswazahan Guru Kohort 2 Kumpulan PJPK Temenggong Ibrahim dalam usaha memartabatkan profesion keguruan. IPG Kampus

Disediakan oleh, ......................................................... (NOREHA BINTI BADRON) Setiausaha KUMPULAN LDP KUMPULAN 2 - PJPK PPG KOHORT 2 IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

Disemak oleh, ........................................... (K RAJENDRAN A/L KANNAN) Penolong Kanan Pentadbiran SK Bukit Lintang.

Disokong / tidak disokong oleh, ............................................................ (SAMSIAH BTE HUSSEIN) Guru Besar SK Bukit Lintang

Anda mungkin juga menyukai