PERTOLONGAN CEMAS
Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di
tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat
rawatan perubatan yang sempurna.
Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.
Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik
a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes
kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau
sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan
rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si
mangsa.
Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas
a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa
terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan
kuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh
supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.
Pengendalian Mangsa Kemalangan
a) Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi
keadaan.
b) Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang.
c) Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan segera.
d) Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu.
Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan,
- Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
- Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan
bantuan.
- Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
b) Membuat diagnosa mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan
sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan
mangsa.
PEMBEBATAN
Tujuan pembebatan
a) Menahan pendarahan
b) Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran yang
boleh menyebabkan jangkitan.
c) Mencegah jangkitan di tempat luka.
Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih suci hama.
Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan
kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap.
Pembebat Semasa Kecemasan
a) Sapu tangan yang bersih.
b) Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.
Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau
menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan meminimakan
jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.
Pembalut (Bandages)
Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan
mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).
b) Pembalut lebar (broad bandage).
c) Pembalut panjang (narrow bandage).
d) Pembalut gulung (rollar bandage).
Kegunaan Kain Pembalut
a) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
c) Mengampu bahagian yang cedera.
d) Membantu menghentikan pendarahan.
e) Mengurangkan bengkak.
Kain Anduh Tiga segi
Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas
kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1
meter x 1.4 meter.
Antara kegunaan kain anduh ialah:a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b) Menghenti atau menahan pendarahan.
c) Menetapkan bahagian yang cedera.
d) Dapat digunakan sebagai pengipas.
e) Menutup tempat yang luka atau cedera.
f) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.
Anduh (sling)
Jenis-jenis Anduh
a) Anduh besar (large arm sling)
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b) Anduh tiga segi/Anduh St. Johns (triangular sling)
- menahan pendarahan anggota atas.
- Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
c) Anduh kecil (small arm sling)
- mengampu kecederaan di bahagian bahu.
- Mengampu tulang klavikal yang cedera.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
- mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.
SISTEM PENGALIRAN DARAH
Merupakan rangkaian sistem yang tertutup yang terdiri dari jantung, saluran-saluran darah
dan limpa. Saluran darah terbahagi kepada 3 jenis iaitu saluran arteri, vena dan kapilari.
Jantung
Jantung terletak di ruang dada iaitu di belakang bawah dada. Letaknya 2/3 arah ke kiri
ruangan dada iaitu di antara kanan dan kiri jantung. Saiznya adalah lebih kurang sebesar
gengaman. Bentuknya adalah seperti buah pear iaitu tirus di hujungnya. Jantung dapat
mengepam darah kira-kira 120-150 mls darah bagi setiap kali ia mengepam. Setiap minit ia
dapat mengepam kira-kira 5 liter darah. Pengaliran dan pengepaman darah dari jantung
akan menjadi lebih banyak apabila seseorang itu melakukan pergerakan.
Jantung terbina daripada otot-otot di luar kawalan. Oleh yang demikian, pergerakannya
adalah tidak dikawal oleh mana-mana bahagian sistem badan. Jantung terbina dari 3
lapisan otot. Antaranya:a) Lapisan pericardium (bahagian luar jantung) terbina dari otot-otot berfiber dan serosa.
b) Lapisan Myocardium (lapisan tengah) terbina dari lapisan tisu otot bebas.
c) Lapisan Endocardium (lapisan dalam) terbina dari tisu-tisu epithelium leper.
Jantung terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian kiri jantung dan bahagian kanan
jantung. Kedua-dua bahagian ini dipisahkan oleh dinding yang dikenali sebagai septum. Dari
setiap bahagian ini ianya terbahagi kepada 2 ruangan iaitu atrium (aurikal) di bahagian atas
dan ventrikal di bahagian bawah. Oleh itu secara keseluruhannya di dalam jantung terdapat
4 ruangan yang dikenali sebagai aurikal kiri, aurikal kanan, ventrikal kiri dan ventrikal kanan.
Di dalam ruangan-ruangan jantung ini terdapat injap-injap iaitu:a) Injap Antrio Ventricular (injap serambi) yang terdiri dari Injap Tricuspid yang terletak di
antrium kanan dan injap Bicuspid yang dikenali sebagai Injap Mitral di antrium kiri.
b) Injap Semi Luar (injap separuh bulat) terdapat di bahagian kanan ventrikal ke pulmonary
artery dan kiri ventrikal ke aorta.
Saluran darah terbahagi kepada 3 jenis iaitu:a) Saluran Arteri terbina dari 3 lapisan selaput. Selaput luar terbina dari lapisan tisu
berfiber yang bertindak sebagai pelindung kepada saluran arteri. Dinding arteri sebagai
elastik dan kuat.
b) Saluran Vena terdiri daripada 3 lapisan selaput tetapi tidak setebal dan selastik arteri.
c) Saluran Kapillari saluran ini sangat kecil, terbina dari satu lapisan selaput tisu epithelium
leper biasa.
Saluran arteri mengalirkan darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan kecuali saluran
pulmonary arteri. Manakala saluran vena pula menyalurkan darah yang berkarbon dioksida
dari tisu ke jantung untuk pembebasan gas karbon dioksida di paru-paru.
Darah yang telah digunakan oleh tisu akan di salur kembali ke saluran badan kecuali
kapillari vena, saluran vena dan seterusnya ke ruangan antrium kanan jantung. Dari situ
darah dipam ke ruangan ventrikal kanan jantung dan seterusnya dipam ke paru-paru melalui
saluran pulmonary arteri untuk proses pengoksigenan. Apabila telah pengoksigenan, darah
akan dialir ke saluran pulmonary vena ke ruangan antrium kiri jantung dan seterusnya dipam
keluar untuk diedarkan ke seluruh badan melalui saluran aorta, arteri dan kapillari arteri
untuk kegunaan sel badan.
Pengaliran Darah
Terbahagi kepada 2 peringkat:a) Peredaran darah paru-paru (pulmonary) yang bermula dari ventrikal kanan hingga ke
antrium kiri.
b) Peredaran sistematik peredaran darah mula dari ventrikal kiri hinggalah kembali ke
antrium kanan jantung.
Jantung berdenyut antara 70 hingga 100 kali seminit bagi orang dewasa. Manakala
peredaran darah mengambil masa kira-kira 0.8 saat bagi setiap kali.
Nadi
Apabila ventrikal kiri jantung mengucup bagi mengepam darah keluar, maka satu utusan
mengalir ke saluran aorta dan seterusnya keseluruh saluran arteri. Pengucupan jantung
yang dihasilkan itu akan menghasilkan nadi. Nadi boleh dirasa pada tempat-tempat tertentu
di saluran arteri sahaja.
SISTEM SARAF
Sistem araf terdiri dari unit-unit neuron. Sistem saraf berfungsi sebagai pengalir rangsangan
bagi penyelarasan perhubungan di antara satu binaan dengan binaan yang lain. Pusat
pengawalan saraf berpusat di otak. Sistem saraf terdiri dari otak, saraf tunjang dan gentiangentian saraf (aferen dan eferen) yang bertugas menghantar utusan ke otak dan membawa
semua utusan rangsangan dari otak.
Sistem saraf boleh dibahagikan kepada:a) Sistem saraf pusat.
b) Sistem saraf pinggir yang berfungsi menghubung saraf pusat dengan organ dan otot.
c) Sistem saraf otonomi (sistem di luar kawalan kemahuan).
Otak dilindungi oleh satu lapisan selaput nipis yang dikenali sebagai meninges. Berat otak
adalah kira-kira 31bs. Manakala otak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:a) Serebrum yang terdiri dari 2 hemispere.
b) Serebrum yang terdiri dari 2 cuping (lobe)
c) Otak tengah, Pons varoliidan Mendulla Oblongata yang membentuk pangkal otak.
Tugas Sereblum
a) Menerima utusan rangsangan deria dan mentafsirkannya.
b) Berfungsi sebagai pusat intelektual dan ingatan.
c) Menguasai gerak geri otot jalur.
d) Menguasai bahagian rendah otak dan mempengaruhi beberapa tugas tubuh.
Tugas Sereblum
a) Menyelenggara kesegaran otak.
b) Menyelaras segala gerak-geri otot.
c) Mengawal keseimbangan badan.
SISTEM PERNAFASAN
Sistem yang penting bagi hidupan, di mana oksigen dari bahagian hidung hingga ke peparu
diserapkan oleh saluran darah untuk diedar untuk kegunaan pernafasan semula sel-sel.
Setelah oksigen digunakan, karbon diokida dan wap yang terhasil akan di hantar kembali ke
paru-paru dan dibebaskan melalui hidung.
Pernafasan terbahagi kepada 2 kategori iaitu:1. Pernafasan luar oksigen yang disedut dari udara di bawa ke dalam sistem saluran
darah dan kemudiannya pembebasan karbon dioksida.
2. Pernafasan dalam pertukaran oksigen di antara saluran kapillari dengan sel-sel.
Sistem pernafasan terdiri daripada :a. Hidung
b. Faring
c. Laring (larynx) peti suara
d. Bronchi
e. Bronchiole
Hidung
Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian hadapan dan belakang. Ia bermula dari
hadapan hidung ke bahagian faring. Rongga hidung terbahagi kepada 2 bahagian iaitu
bahagian kiri dan kanan yang dipisahkan oleh nasal septum. Tisu yang membina lapisan ini
adalah dari sel epithelium turus bersisik. Dalam ruangan hidung terdapat turbinate, bulu
hidung, tulang lembut dan tulang hidung.
Tugas hidung:
a) Saluran tempat mula-mula udara masuk ke paru-paru.
b) Sebagai organ bau
c) Menentukan sifat bunyi suara.
Faring.
Merupakan sebahagian dari saluran pernafasan . Panjang kira-kira 5 inci panjang yang
bermula dari dasar tengkorak (base of skull) hingga ke oesophagus (ruas ke 6 tulang
cervical).
Faring terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:a) Nasopharynx belakang rongga hidung
b) Oropharynx belakang ruang mulut (tekak).
c) Laryngopharynx saluran penyaluran udara yang di sedut.
- membantu menentukan sifat bunyi suara.
Laring
Terletak di pertengahan leher iaitu di antara faring dengan trakea (ruas 4,5 dan 6 tulang
cervical). Terbina dari rawan hailin. Pada bahagian laring terdapat juga rawan thyroid,
krikoid, anteoid dan epiglotis.
Tugas Laring : - penyaluran udara
- menentukan sifat bunyi suara.
Trakea
Bermula dari bahagian bawah laring hingga ke cabang braonchi. Trakea terletak di bahagian
depan saluran oesophagus. Terbina dari rawan.
Tugas Trakea: menjadi saluran pernafasan udara masuk dan keluar.
Bronchi
Terbina dari rawan berbentuk C. Panjangnya kira-kira 4.5 inci. Struktur binaan sama
seperti struktur trakea.
Bronchiles
Merupakan cabang atau ranting bronchi yang lebih kecil bentuknya. Terbina dari otot bebas
(involuntary muscle).
Alveoli
Merupakan penghujung bronchioles. Ia merupakan gelembung udara (air sac) yang diliputi
oleh selaput squamous epithelium.
Paru-paru
Paru-paru merupakan organ yang elastik yang berbentuk kun yang terletak pada ruangan
thorex. Ia diseliputi oleh lapisan nipis yang dikenali sebagai lapisan pleura. Paru-paru
terbahagi kepada 2 iaitu kiri dan kanan paru-paru. Setiap bahagian terbahagi kepada
cuping-cuping (lobe) yang tersendiri. Paru-paru kanan mempunyai 3 cuping manakala kiri
pula mempunyai 2 cuping.
Mekanisma pernafasan
Pernafasan manusia dikawal oleh pusat pernafasan di bahagian meduolla oblongata.
Mekanisma pernafasan adalah merupakan pergerakan pernafasan yang berlaku akibat dari
pergerakan selaput diagphram, otot-otot intercostal dan tulang rusuk.
Mekanisma pernafasan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat penarikan nafas masuk
(inspiration), peringkat hembusan keluar (expiration ) dan waktu rehat (pause).
Peringkat penarikan nafas merupakan pergerakan aktif yang menyebabkan ruangan
thorex menjadi luas. Tulang rusuk bergerak keluar kearah luar dan ke atas (upward
andoutward) menyebabkan otot intercostal mengucup. Manakala otot diaghparam menjadi
luas. Ini menyebabkan berlaku tekanan rendah di dalam paru-paru. Keadaan ini memberi
ruang kepada udara masuk ke dalam paru-paru.
Peringkat hembusan keluar - Merupakan pergerakan pasif di mana ruang thorex kembali
kepada saiz biasa. Otot intercostal berehat dan menyebabkan tulang rusuk tertarik ke
bawah. Manakala diagphram kembali ke bentuk asal iaitu melengkung ke atas. Tekanan di
ruangan thorex menjadi sempit dan tekanan di dalam paru-paru menjadi tinggi. Ini
menyebabkan udara yang terdapat di dalam paru-paru tertekan keluar.
Kandungan oksigen di udara yang kebiasaan disedut oleh manusia adalah kira-kira 20
21%. Setiap minit pernafasan yang normal berlaku sebanyak 14 15% kali seminit.
Manakala kadar udara yang disedut adalah kira-kira 400 500 mls. Kandungan oksigen
yang digunakan adalah kira-kira 4 5% sahaja, selebihnya antara 14 15% dihembus
keluar bersama-sama karbon dioksida sebanyak 4%
TERHENTI PERNAFASAN (ASPHYXIA)
Suatu keadaan bila mana berlakunya kekurangan bekalan oksigen di dalam darah yang
menyebabkan tisu dan sel-sel tidak mendapat bekalan oksigen untuk bernafas dan
menjalankan tugas.
Kekurangan bekalan oksigen berpunca dari kekurangan bekalan oksigen di udara,
gangguan pada pusat pernafasan di medulla oblonggata, sekatan saluran pernafasan,
gangguan sistem saraf, jantung dan paru-paru tidak berfungsi dengan sempurna dan
sebagainya.
Punca-punca terhenti pernafasan
a) Lemas dalam asap, gas beracun atau asap
b) Terkena kejutan elektrik atau panahan petir.
c) Termakan atau terminum bahan-bahan beracun.
d) Tersekat bendasing pada saluran pernafasan.
e) Tercekik atau terjerut pada bahagian leher.
f) Tertimbus atau ditimpa benda berat di dada atau tertimbus bantal bagi bayi.
g) Penyakit-penyakit pada saluran pernafasan atau jantung. Contohnya penyakit jantung,
lelah, radang paru-paru, pertumbuhan pada saluran pernafasan.
h) Alahan atau allergi yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak atau gangguan pada
pusat pernafasan.
i) Berlakunya pertukaran tekanan secara mengejut dari tekanan rendah ke tekanan tinggi
dan sebaliknya.
j) Kecederaan di bahagian dada seperti patah tulang dada atau tulang rusuk.
Tanda-tanda dan gejala terhenti pernafasan
a) Sukar bernafas.
b) Pernafasan cepat dan pendek-pendek.
c) Muka menjadi pucat.
d) Mangsa berkeadaan gelisah.
e) Bibir dan kuku menjadi pucat dan kebiruan
f) Mangsa berkeadaan lemah dan tidak berkeupayaan.
g) Saluran vena di bahagian leher mengembang.
h) Berpeluh dan badan menjadi sejuk.
i) Pergerakan nadi menjadi cepat dan lemah pada permulaannya dan diikuti pergerakan
yang perlahan sebelum terhenti.
j) Mangsa mengalami renjatan dan terhenti pernafasan.
Rawatan Am Terhenti Pernafasan
a) Bawa mangsa ke tempat selamat dan baringkan mangsa dalam keadaan melentang.
b) Dongakan kepala mangsa supaya saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik.
c) Cuba periksa punca penyebab terhentinya pernafasan supaya mudah memberi bantuan
yang sebaik mungkin.
d) Periksa pernafasan mangsa secara dengar, lihat dan rasa. Sekiranya pernafasan terhenti,
beri bantuan pernafasan melalui kaedah mulut ke mulut, mulut ke hidung, Holger Neilson
atau Selvesters.
e) Periksa pergerakan nadi mangsa, sekiranya tiada, lakukan permulihan tekanan jantung
dari luar (chest compression). Lakukan kaedah ini berselang seli antara pernafasan dan
tekanan jantung sehingga jantung dan pernafasan berfungsi kembali atau bantuan sampai.
f) Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa.
g) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
h) Dapatkan bantuan perubatan segera.
Rawatan-rawatan Khas Terhenti Pernafasan.
Lemas Dalam Air (Drowning)
a) Bantuan pernafasan mulut ke mulut atau mulut ke hidung, ia boleh dilakukan sekiranya
mangsa terhenti pernafasan semasa lemas.
b) Bawa ke daratan dan baringkan mangsa. Dongak kepala mangsa dan periksa pernafasan
mangsa.Beri bantuan pernafasan sekiranya pernafasan terhenti.
c) Periksa pergerakan nadi mangsa, dan lakukan tekanan dada dari luar sekiranya nadi
terhenti.
d) Lakukan tekanan jantung dan bantuan pernafasan berselang seli sehingga mangsa
bernafas dan jantung berdenyut kembali.
e) Longgarkan pakaian mangsa.
f) Selimutkan mangsa.
g) Jangan diberi sebarang makanan atau minuman semasa mangsa dalam keadaan tidak
sedar.
d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih
pendek.
e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.
f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.
Rawatan Am Patah
a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat
kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.
b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya
nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah
dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut
kesesuaian.
e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan
dan tempat yang patah.
g) Dapatkan bantuan perubatan segera.
Patah-patah Tertentu
Pecah Tengkorak Kepala
Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak.
Tanda-tanda dan gejala
a) Mengalami pengsan sebentar atau berterusan.
b) Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.
c) Muntah.
d) Mangsa berkeadaan gelisah.
e) Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain.
h) Nafas berbunyi kuat.
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.
b) Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa. Keluarkan
bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa.
c) Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan dan nadi tidak
berfungsi.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
d) Dapatkan bantuan perubatan segera.
Rawatan
a) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian.
b) Tenangkan mangsa.
c) Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan pergerakan pesakit.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
e) Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang.
f) Dapatkan rawatan perubatan.
Patah Tulang Rusuk
Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit yang kuat semasa bergerak atau menarik nafas.
b) Bengkak dan lebam di tempat cedera.
c) Susah bernafas.
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan mangsa dan beri bantuan
pernafasan jika perlu.
c) Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh.
d) Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain yang lembut dan bersih.
e) Dapatkan rawatan perubatan.
c) Jika anggota atas tidak boleh dibengkok, gunakan tuap untuk mengampu bahagian yang
tercedera.
d) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
e) Dapatkan rawatan perubatan.
JENIS-JENIS PENDARAHAN
a) Pendarahan dari saluran arteri
- Darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya mengikut rentak denyutan
jantung. Darah yang keluar pula keadaannya merah cerah.Ini disebabkan ianya
mengandungi oksigen yang tinggi.
b) Pendarahan dari saluran vena
- Darah keluar secara meleleh dan berterusan. Di samping itu, warna darahnya pula
berwarna merah gelap. Ini disebabkan darah mengandungi kandungan gas karbon dioksida
yang tinggi.
c) Pendarahan dari salur kapilari- darah keluar secara menitis dan darah cepat berhenti.
Warna darah adalah merah cerah kerana mengandungi kandungan oksigen.
TANDA DAN GEJALA LUKA DAN PENDARAHAN
Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera.
Pucat.
Pening kepala.
Meloya dan kemungkinan muntah.
Gelisah dan berpeluh dengan banyak.
Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya.
Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek.
Kulit badan berpeluh dan sejuk.
Hilang kekuatan atau keupayaan.
Berlaku renjatan dan pengsan.
RAWATAN AM LUKA DAN PENDARAHAN
Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna.
Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.
Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran
pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan.
Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang.
Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak.
Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:
a) Hentikan pendarahan secara langsung
mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.
b) Secara tidak langsung
-menekan urat-urat darah.
-menggunakan penjerut catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20
minit selama seminit.
Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai.
Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau
baru sedar dari renjatan.
Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.
PENDARAHAN-PENDARAHAN / LUKA KHAS
Pendarahan dari hidung
-Picit pangkal tulang lembut dengan tulang mangsa 10 minit.
-Tundukan kepala si mangsa sedikit supaya darah tidak masuk ke dalam perut atau saluran
pernafasan.
-Tenangkan mangsa dan mengarahkan mangsa bernafas melalui mulut.
-Beri demahan sejuk pada bahagian hidung dan dahi mangsa agar dapat mengurangkan
sakit atau menghentikan pendarahan.
-Jangan buang ketulan-ketulan darah beku kerana ini boleh menyebabkan berlaku
pendarahan kembali.
-Dapatkan rawatan perubatan segera.
Pendarahan dari gusi
-Tenangkan mangsa dan letakkan di dalam keadaan yang selesa.
-Letakan kain kasa atau kapas pada tempat yang berdarah dan arah mangsa menggigit kain
kapas selam 15 minit.
-Beri demahan sejuk di bahagian pipi supaya saluran darah menjadi kecut dan
mengurangkan kesakitan.
-Jangan meludah-ludah tanpa berhenti-henti.
-Jangan berkumur terlampau banyak
-Jangan membuang darah beku pada tempat luka
-Dapatkan rawatan perubatan segera.
Pendarahan dari telinga.
- Baringkan mangsa dengan merendahkan telinga yang mengalami pendarahan bagi
mangsa yang tidak sedarkan diri kerana kemungkinan berlaku pendarahan atau pecah
tengkorak.
-Jangan menyumbat kapas ke dalam telinga yang berdarah.
-Balut telinga yang berdarah dengan kain yang bersih.
-Dapatkan rawatan perubatan segera.
Berdarah Varicose Vein
-Tenangkan mangsa agar tidak panik
-Letakkan mangsa dalam keadaan selesa.
-Hentikan pendarahan secara tekanan langsung
-Balut bahagian pendarahan dengan kemas dan tinggikan bahagian tersebut.
-Dapatkan rawatan perubatan segera
Pendarahan lebam
-Tenangkan mangsa
-Berikan demahan sejuk pada tempat yang lebam bagi mengurangkan sakit dan bengkak
-Jangan mengurut tempat lebam
Luka bahagian perut
-Tenangkan mangsa dan baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
-Condongkan badan ke arah bahagian yang cedera.
-Balut bahagian luka dengan kemas
-Jangan cuba masukkan usus jika ianya keluar, sebaliknya tutup usus tersebut dengan kain
yang dibasahkan.
-Dapatkan bantuan perubatan dengan segera
Kecederaan dada (chest injury)
Tanda-tanda dan simpton
Rawatan
-Tenangkan mangsa.
-Baringkan mangsa dalam keadaan tinggikan kaki.
-Longgarkan pakaian yang ketat.
-Jangan beri sebarang makanan dan minuman.
-Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa.
-Sekiranya mangsa mengalami renjatan, cuba pulihkan mangsa.
-Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
TEMPAT-TEMPAT TEKANAN PENDARAHAN SEMASA PENDARAHAN / LUKA
a) Temporal arteri di hadapan telinga.
b) Facial arteri 1 inci ke hadapan liku rahang bawah.
c) Karotik arteri 1 inci ke kanan atau kiri biji halkum.
d) Subclavian arteri ke dalam ruang sebelah atas pertengahan. tulang rusuk pertama di
belakang tulang selangka.
e) Axillary arteri arah atas menuju kepala tulang humeous.
f) Brachial arteri pergelangan siku.
g) Radial arteri bahagian atas pergelangan tangan.
h) Ulna arteri bahagian bawah pergelangan tangan.
i) Femoral pertengahan lipatan paha.
j) Popliteal arteri di belakang lutut.
k) Anterior tibial pergelangan kaki.
Pengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah sembilan (rule of nine).
Pengiraannya adalah seperti berkut:a) Bahagian kepala dan leher - 9%
b) Sebelah anggota atas - 9%
c) Bahagian depan badan -18%
d) Bahagian belakang badan -18%
e) Sebelah anggota bawah -18%
f) Bahagian kemaluan - 1%
Rawatan Am Terbakar dan Melecur
a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk
atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin,
subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar
untuk menanggalkan peralatan tersebut.
e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu.
f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang
melekat.
g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.
h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
j) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi menggantikan
kehilangan cecair yang hilang.
k) Dapatkan rawatan perubatan segera.
Terbakar oleh Asid atau Alkali
a) Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera.
b) Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak.
c) Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid.
d) Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan
gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh
menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.
e) Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih.
f) Dapatkan rawatan perubatan.
Rawatan Terbakar Pakaian
a) Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya api dapat
dipadamkan.
b) Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian.
c) Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api.
d) Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan perlu dilakukan.
e) Cuci tempat terbakar dengan cermat.
f) Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.
Rawatan Terbakar atau Melecur Tekak.
a) Beri mangsa minuman sejuk atau ais sebanyak mungkin.
b) Beri demahan sejuk pada bahagian leher.
c) Dapatkan rawatan perubatan.
RENJATAN
Renjatan adalah suatu keadaan bila mana berlaku kekurangan bekalan darah beroksigen ke
bahagian otak dan seluruh badan yang menyebabkan fungsi-fungsi badan menjadi lemah
dan aktiviti-aktivitinya tidak dapat berjalan dengan sempurna. Keadaan ini berpunca dari
kecederaaan, kehilangan darah, kehilangan cecair, gangguan perasaan, kesakitan, alahan
kepada ubatan atau bahan kimia, gangguan sistem saraf dan lain-lain
Sebab-sebab renjatan
a) Pendarahan yang banyak dan berterusan. Pendarahan ini adalah pendarahan luaran dan
dalaman.
b) Kehilangan plasma. Contohnya kecederaan terbakar atau melecur.
c) Kehilangan air dalam badan yang teruk. Contohnya perpeluhan yang melampau, muntahmuntah berterusan atau cirit-birit yang kuat seperti kes taun dan cirit-birit.
d) Kecederaan yang teruk seperti patah tulang, luka besar yang menyebabkan darah keluar
dengan banyak.
e) Penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit jantung, kencing manis, angin ahmar dan
sebagainya.
f) Gangguan saraf. Contohnya terkena kejutan elektrik, kilat, terminum atau tersedut bahan
beracun, alahan kepada ubatan dan lain-lain.
Jenis-jenis renjatan.
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
a) Renjatan terbina- akibat dari kecederaaan atau kehilangan cecair dan darah dalam
badan.
b) Renjatan saraf- berpunca dari gangguan pada sistem saraf yang menyebabkan aktiviti
dalam badan terganggu. Renjatan ini tidak melibatkan kehilangan cecair dalam badan.
c) Renjatan gabungan- melibatkan gangguan pada sistem saraf dan kehilangan cecair
dalam badan.
Tanda-tanda dan gejala renjatan.
a) Mangsa berada di dalam gelisah.
b) Kulit badan menjadi pucat.
c) Merasa pening, mual dan muntah-muntah.
d) Perpeluhan dengan banyak.
e) Pergerakan nadi berdenyut dengan pantas tetapi dalam keadaan lemah.
f) Mangsa lemah dan tidak bertenaga.
g) Badan menjadi sejuk dan basah.
h) Pandangan menjadi kabur.
i) Mengadu dahaga
j) Mangsa tidak sedar diri.
Rawatan am renjatan
a) Bawa maangsa ke tempat yang selamat dan berudara.
b) Baringkan mangsa dengan meninggikan bahagian kaki dan merendahkan bahagian
kepala.
c) Tenangkan mangsa.
d) Dongakkan kepala mangsa supaya saluran pernafasan terbuka. Periksa pernafasan dan
gerak nadi.Beri bantuan CPR jika perlu.
e) Longgarkan pakaian mangsa.
f) Selimutkan mangsa jika mangsa dalam kesejukan.
g) Rawat sebarang kecederaan jika berlaku kecederaan.
h) Jangan beri sebarangan makanan atau minuman sekiranya mangsa dalam keadaan
ranjatan. Apabila pulih basahkan bibirnya bagi menghilangkan dahaga.
i) Dapatkan rawatan perubatan.
PITAM
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang menyebabkan
terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan mangsa tidak sedarkan
diri buat sementara.
Punca-punca pitam
a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan.
b) Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah kepada kepanasan.
c) Kesakitan kuat akibat kecederaan.
d) Kelaparan atau terlalu dahaga.
e) Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit
Tanda-tanda dan gejala
a) Mangsa mengadu pening
b) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah
c) Muka dan tangan jadi pucat
d) Berpeluh dengan banyak
e) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah
f) Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguap
g) Hilang kesedaran.
Rawatan am pitam
a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.
b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan tundukkan kepala
mangsa ke bawah
c) Longgarkan pakaian mangsa.
d) Tenangkan mangsa.
e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranyan mangsa
telah pengsan.
f) Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman.
g) Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.
h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.
a) Setengah pengsan (drowsiness) Mangsa mudah sedar tetapi akan kembali pengsan
kemudiannya.
b) Stupor- mangsa boleh merasa kesakitan tetapi tidak mengetahui apa yang berlaku di
sekelilingnya.
c) Tidak sedar langsung (koma) Tidak sedar dan tidak tahu apa- apa langsung. Otak
mengalami kerosakan.
Punca-punca pengsan
a) Terkejut- contohnya terkena kejutan elektrik atau petir
b) Terhenti pernafasan.
c) Kecederaan di kepala atau kecederaan luar anggota yang teruk.
d) Penyakit-penyakit tertentu- contohnya penyakit jantung, angin ahmar, epilepsi, kencing
manis dan barah otak.
e) Lemas dalam asap atau dalam air.
f) Penyakit sawan pada kanak-kanak.
g) Keracunan atau alahan kepada sesuatu bahan ubatan atau racun ( gigitan ular atau
binatang berbisa )
Rawatan am pengsan
a) Baringkan mangsa secara mengiring
b) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasannya. Periksa gerak
pernafasan dan nadinya dan lakukan bantuan CPR jika di perlukan.
c) Cari punca-punca yang menyebabkan mangsa pengsan dan buat catatan untuk
memudahkan rawatan perubatan.
d) Rawat kecederaan sekiranyan terdapat kecederaan.
e) Selimutkan mangsa.
f) Catatkan pergerakan nadi dan pernafasan dari masa kesemasa.
g) Jangan diberi sebarang makanan atau minuman kepada mangsa apabila berada dalam
keadaan pengsan.
h) Dapatkan perubatan segera.
Pengsan Akibat Kecederaan Otak
Ia terjadi akibat dari gegaran yang kuat pada otak, pecah tempurung kepala dan
sebagainya. Otak tercedera atau terganggu secara sementara kesan dari gegaran yang
kuat.
Tanda-tanda dan Gejala Gegaran Otak
a) Muka menjadi pucat, kulit badan sejuk.
b) Nadi berdenyut perlahan.
c) Anak mata tidak bertidak balas terhadap cahaya dengan sempurna.
d) Muntah-muntah.
e) Mangsa gelisah
f) Pernafasan mangsa berbunyi kuat.
g) Mangsa tidak sedar apa-apa yang berlaku di sekeliling.
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Periksa tempat cedera dan beri rawatan kecederaan
c) Periksa pernafasan dan gerak nadi mangsa. Berikan rawatan CPR jika di perlukan.
d) Dapatkan rawatan perubatan segera.
Sawan (Epilepsi)
Tanda-tanda dan Gejala
a) Mangsa mengadu pening kepala dan rasa kurang selesa.
b) Muka kelihatan pucat dan mangsa gelisah.
c) Mangsa jatuh secara tiba-tiba di sertai dengan kekejangan otot-otot sambil menggelepar
beberapa ketika.
d) Mulut mangsa berbuih.
e) Giginya terkancing dengan kuat.
f) Mangsa tidak sedar diri.
g) Muka dan bibir mangsa biru dan tiada pernafasan seketika.
h) Mangsa terkencing atau membuang air besar tanpa di sedari .
i) Mangsa kemudiannya bernafas dengan nafas yang berbunyi kuat.
j) Mangsa mengalami kebingungan dan kelihatan keletihan.
k) Mangsa kemudiannya tidur dengan nyenyak beberapa jam.
Rawatan
a) Semasa mangsa jatuh dan mengelepar, cuba elakkan mangsa dari mengalami
kecederaan atau terjatuh ke tempat yang berair.
b) Masukkan benda keras ke dalam mulut mangsa seperti sapu tangan, sudu dan
sebagainya bagi mengelakkan berlaku kecederaan pada lidah dan mulut mangsa.
c) Baringkan mangsa dalam baringan separuh meniarap dan betulkan saluran pernafasan.
Periksa pernafasan dan gerak nadi. Jalankan bantuan CPR jika perlu.
d) Longgarkan pakaian mangsa.
e) Sekiranya terdapat kecederaan beri rawatan sewajarnya.
f) Dapatkan rawatan perubatan.
Terselap (Hysteria)
Terselap merupakan suatu keadaan bila mana mangsa tidak dapat mengawal perasan
akibat dari tekanan emosi, gangguan perasaan, tidak dapat menyelesaikan masalah atau
takut yang menyebabkan perasaannya tidak dapat di kawal lagi.
Tanda-tanda dan Gejala
a) Mangsa terjatuh secara tiba-tiba.
b) Mangsa menjerit-jerit dan tidak dapat mengawal perasaan, menagis, ketawa, meracau,
tersentak-sentak badan, menarik rambut atau ketakutan.
c) Kekadang berlaku kekejangan otot.
d) Bernafas cepat dan pendek-pendek.
Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Beri mangsa sedut garam cium (smelling salt) beberapa ketika.
c) Elakkan mangsa dari mencederakan diri.
d) Beri arahan agar mangsa bernafas panjang dan kawal pernafasan seperti biasa.
e) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.
Sawan Kanak-kanak ( Febrile Fits)
Sawan ini terjadi pada bayi dan kanak-kanak yang kebiasannya mengalami demam yang
suhunya sangat tinggi atau mengalami jangkitan terutamanya di bahagian otak.
Tanda-tanda dan Gejala
a) Demam yang tinggi.
b) Bayi menangis dan di dalam keadaan gelisah.
c) Berlaku kekejangan otot dan anggota mengelepar.
Racun
Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu atau gas yang bila
mana ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh badan melebihi dari sukatan yang
sepatutnya, maka ianya akan menjejaskan kesihatan badan.
Cara- cara racun masuk ke tubuh
a) Sistem pemakanan Secara memakan atau meminum bahan-bahan yang berbentuk
pepejal atau cecair. Contohnya terminum racun, ubat-ubatan, makanan tercemar dan
sebagainya.
b) Sistem pernafasan Melaui sedutan gas atau bahan debu yang terampai di udara.
Contohnya gas karbon dioksida, Karbon monoksida, kotoran, debu-debu racun serangga
dan lain-lain.
c) Melalui suntikan urat darah atau otot Biasanya ia berbentuk cecair. Contohnya
menyuntik ubat melalui otot atau urat darah, menyuntik dadah, sengatan binatang bisa dan
patukan atau gigitan ular berbisa.
d) Serapan kulit Sesetengah bahan cecair seperti racun rumpai atau serangga yang
terkena kulit akan menyerap ke dalam sistem badan. Contohnya racun malation dan
paraquat.
d) Sekiranya bahan membakar jangan cuba muntahkan mangsa dengan cara di atas
kerana ini membahayakan mangsa. Jika mangsa sedar cuba nuteralkan dengan bahanbahan air yang dicampur limau bagi racun alkali dan air tepung jika sekiranya bahan asid.
e) Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan separuh meniarap.
f) Betulkan saluran pernafasan. Periksa gerak nadi dan pernafasan. Lakukan CPR jika
penafasan terhenti.
g) Dapatkan rawatan perubatan berserta dengan bahan yang boleh menjadi bukti jenis
keracunannya. Contohnya bekas ubat, muntah atau bekas-bekas kosong pengisi bahan
beracun tersebut.
Keracunan Melalui saluran pernafasan.
Tanda-tanda dan Gejala
a) Mangsa mengadu pening.
b) Lemah dan tidak bertenaga.
c) Loya dan muntah-muntah.
d) Mangsa mengadu sukar atau sesak nafas.
e) Muka mangsa dalam keadaan pucat dan mangsa dalam keadaan gelisah.
f) Pergerakan nadi pantas dan lemah.
g) Berlakunya renjatan.
pernafasan. Manakala ular jenis ular kapak menyebabkan sistem pendarahan terganggu di
mana darah tidak mudah membeku dan keluar melalui semua sistem badan.
Tanda- tanda.
a) Sakit di tempat patukan.
b) Bengkak dan lebam terutamanya patukan ular jenis kapak.
c) Darah keluar di tempat patukan.
d) Terdapat tanda patukan di tempat patukan.
e) Sesak nafas.
f) Gelisah, keletihan dan berasa anggota sejuk.
g) Gerak nadi berdenyut pantas dan lemah.
h) Berlaku renjatan.
Rawatan
a) Tenangkaan mangsa.
b) Longgarkan pakaian magsa.
c) Rendahkan anggota yang cedera dan jangan bergerak terlalu banyak.
d) Awasi mangsa dari renjatan.
e) Cuci tempat cedera dan buat pembebatan.
f) Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
kedua belah anggota bawah mangsa. Mangsa berada di dalam keadaan sedar.
Dukung di bahu atau usungan bomba ( Firearm Lift)
-Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan. Kedudukan kepala mangsa condong ke bawah
manakala badannya berada di atas bahu pembantunya.
Usungan merangkak
-Digunakan untuk membawa mangsa pengsan atau sedar di tempat yang sempit. Mangsa
menyangkut kedua belah tangan di leher pembantunya. Pembantu akan merangkak sambil
mengheret mangsa.
Usungan menarik
-Pembantu menghadap ke arah belakang mangsa. Tumpangkan tangan mangsa di
bahagian ketiak. Tarik mangsa secara berundur ke belakang.
Menarik menggunakan blanket
-Letakkan mangsa di atas blanket. Pegang kedua belah bucu di bahagian kepala mangsa.
Tarik blanket secara berundur ke balakang.
a) Kaedah dua pembantu
Duduk di atas dua tangan (two hand seat)
-Mangsa memegang bahu kiri dan kanan pembantunya sambil duduk di atas tangan
pembantunya. Kedua-dua pembantu menggunakan sebelah lengan masing-masing sebagi
tempat duduk mangsa. Manakala tangan yang lagi sebelah mengampu belakang mangsa.
Mengusung berekoran atau berbuntut.
-Seorang pembantu memeluk kedua-dua belah ketiak mangsa dari arah belakang mangsa.
Manakala seorang lagi berdiri di celah kangkang dengan muka mengadap ke belakang
mangsa sambil memeluk kedua-dua bahagian lutut mangsa.
Duduk di atas tiga tangan (three hand seat)
-Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan tempat duduk mangsa. Sementara sebelah
tangan lagi mengampu belakang mangsa.
Duduk di atas empat tangan (four hand seat)
-Menjadikan kedua belah tangan pembantu sebagai tempat duduk mangsa. Mangsa akan
memeluk bahu pembantu-pembantunya.
Mengangkat menggunakan kerusi
-Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala pembantu-pembantu mengangkat kaki kerusi.
Cara ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara usungan beriringan atau secara
berekoran.
Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang mengalami terhenti pernafasan. Kaedah ini
tidak sesuai dilakukan bagi mangsa-mangsa yang mengandung atau gemuk dan berperut
buncit.
Cara pratiknya.
Mangsa dibaringkan dalam baringan meniarap dengan lengan dan tangan mangsa
mengampu bahagian kepala dan mukanya.
Palingkan muka mangsa ke kiri/kanan dan donggakkan kepala mangsa ke hadapan
supaya saluran pernafasan mangsa terbuka.
Pemulih duduk separuh melutut di bahagian kepala mangsa.
Kedua-dua tangan pemulih diletakkan di bahagian kiri dan kanan tulang scapula.
Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan selama kira-kira 2 saat di bahagian
tulang scapula mangsa.
Angkat bahagian kedua-dua siku mangsa ke atas supaya rongga dada mangsa
mengembang. Lakukan selama kira-kira 2 saat.
Letakkan kembali tangan pemulih ke bahagian tulang scapula mangsa.
Kaedah ini di lakukan berulang kali sehingga mangsa bernafas kembali atau sehingga tiba
bantuan perubatan.
e) Kaedah Selvesters
Cara pratiknya.
Letakkan mangsa dalam baringan melentang.
Pemulih melutut di bahagian kepala mangsa dengan bahagian lutut pemulih mengepit
bahagian kepala mangsa.
Dongakkan kepala mangsa.
Pegang kedua belah pergelangan tangan mangsa dan letakkan di bahagian dada mangsa.
Kenakan tekanan di bahagian dada menggunakan berat badan pemulih. Jangan gunakan
kaedah kekuatan tenaga menekan dada mangsa kerana ini boleh mencederakan dada
mangsa.
Tekanan dilakukan selama kira-kira 2 saat.
Angkat dan depangkan kedua-dua belah tangan mangsa supaya memberi ruang dada dan
mengembang kira-kira 2 saat.
Kembalikan tangan ke bahagian dada dan lakukan kaedah ini berulangkali sehingga
mangsa pulih atau bantuan tiba.
f) Kaedah Schafers
Cara pratiknya.
Letakkan mangsa dalam baringan meniarap dengan bahagian tangan mangsa mengampu
bahagian kepalanya.
Pemulih duduk melutut selari dengan bahagian pinggang / punggung mangsa dengan
muka mengarah ke arah kepala mangsa.
Letakkan kedua belah tangan di bahagian pinggang mangsa. Kenakan tekanan dengan
menggunakan berat badan ke atas mangsa sekama kira-kira 2 saat.
Balikkan badan pemulih ke tempat melutut bagi melemahkan tekanan.
Kaedah ini dilakukan berulang-ulang kali sehingga mangsa pulih atau sehingga tibanya
bantuan perubatan.
Awas !!!
Kaedah ini tidak sesuai dilakukan kepada mangsa yang gemuk atau mangsa yang
mengandung.
bayi dengan 3 jari tangan. Letak 2 jari di atas tulang sternum manakala 1 jari diangkat.
Tekan menggunakan dua jari sedalam 0.5 hingga 1.0 inci sebanyak 5 kali tekanan dengan
kadar 100 kali seminit. Pusingan keseluruhan adalah 20 pusingan.
-Periksa pergerakan nadi. Jika ada nadi, periksa pernafasan mangsa. Lakukan bantuan
pernafasan sekali bagi setiap 3 saat berterusan jika di dapati mangsa tidak bernafas.
5. TEKNIK MERAWAT MANGSA TERCEKIK /
TERSEKAT PERNAFASAN(ORANG DEWASA YANG MASIH SEDAR )
Jika mangsa berseorangan tanpa sebarang pembantu, ia boleh menjalankan beberapa
kaedah bagi mengeluarkan benda asing yang tersekat dalam saluran pernafasan. Antaranya
ialah :
i. Menggunakan kaedah berdiri di belakang penyandar bangku dan meletakkan bahagian
abdomennya di penyandar bangku tersebut.Tundukkan badan ke hadapan bangku
berulang-ulang kali. Tundukan akan menyebabkan udara yang terdapat di abdomen
menolak keluar udara dan seterusnya membantu mengeluarkan bendasing yang tersekat.
ii. Menggunakan Teknik Heimlich iaitu menggenggam penumbuk satu tangan. Letakkan
penumbuk tersebut di bahagian abdomen dan tangan yang satu lagi diletakkan di atas
penumbuk tersebut. Lakukan tekanan ke arah dalam dan ke atas secara cepat dan
berulangkali kerana daya tekanan yang kuat dan cepat akan memaksa udara di dalam paruparu keluar dan menolak bendasing keluar.
Sekiranya terdapat membantu semasa kejadian tercekik bendasing, maka pembantu boleh
menjalankan tugasnya melalui kaedah-kaedah berikut :
- Tanya mangsa sama ada ia boleh bernafas, tercekik dan batuk. Jika mendapat tindakbalas
positif dari mangsa, jangan lakukan apa-apa ke atas mangsa melainkan berada di sisi
mangsa kerana kebiasaannya mangsa akan berusaha sendiri mengeluarkan bendasing
tersebut.
- sekiranya mangsa memberi tindakbalas negatif, maka pembantu perlu mengambil tindakan
melakukan bantuan-bantuan berikut :
a) Teknik Heimlich
-berdiri di belakang mangsa.
-peluk bahagian pinggang mangsa.
-genggam penumbuk dengan ibu jari dimasukkan ke dalam pada satu tangan dan letakkan
di bahagian atas sedikit dari pusat. Lapikkan genggaman tersebut dengan tangan sebelah
lagi.
-tekan penumbuk dengan cepat dan berulangkali secara gerakan ke dalam dan ke atas.
Tekanan tersebut dapat memaksa udara di paru-paru keluar dan seterusnya menolak keluar
bendasing yang menyekat saluran pernafasan. Kaedah ini tidak sesuai dilakukan kepada
mangsa yang gemuk, berperut buncit dan perempuan mengandung.
b) Tekanan Dada ( chest thrusts )
Kaedah ini sesuai bagi mangsa gemuk, berperut buncit dan perempuan mengandung.
caranya
berdiri di belakang mangsa.
genggam penumbuk sebelah tangan.
letak genggaman mengarah ke ibu jari di bahagian tengah tulang dada mangsa.
lapikkan penumbuk dengan tangan yang sebelah lagi.
tekan ke arah dalam dengan kuat dan cepat berulangkali.
lakukan teknik ini sehingga bendasing keluar atau sehingga mangsa pengsan.
Sama seperti teknik mengeluarkan bendasing kepada orang dewasa yang sedar kepada
tidak sedar.
Vertebra aksis mempunyai sentrum dan cuaran melintang yang kecil tetapi spina sarafnya
besar.
Tulang ini juga mempunyai sepasang salur vertebrateri.
Di hujung superior tulang ini ialah satu cuaran yang disebut cuaran odontoid yang menjulur
ke dalam salur saraf vertebra atlas dan membenarkan kita memusingkan kepala.
Vertebra serviks
Vetebra serviks mempunyai sentrum yang pipih, spinal saraf yang pendek, dan cuaran
melintang yang lebar.
Vertebra ini mempunyai sepasang salur vertebrateri pada cuaran melintangnya yang
bertugas untuk menyokong tengkorak dan leher kita.
Vertebra toraks
Spina saraf vertebra toraks panjang dan meruncing ke bawah.
cuaran melintangnya lebar serta sentrumnya tebal dan besar.
Saraf spinanya menyediakan suatu permukaan bagi pelekatan otot yang menyokong
kepala dan leher.
Pada cuaran melintang dan sentrumnya terdapat muka sendi untuk bersendi dengan
tulang rusuk, tetapi muka sendi ini tidak hadir pada vetebra toraks ke-11 dan ke-12.
Muka sendi di cuaran melintang bersendi dengan bahagian tuberkulum tulang rusuk,
manakala bahagian kapitulum tulang rusuk bersendi dengan muka sendi di sentrum toraks.
Vertebra lumbar
Vertebra lumbar adalah vertebra paling besar, mempunyai spina saraf yang pendek dan
menjulur ke posterior secara mengufuk.
Cuaran melintangnya lebar dan pipih.
Sentrumnya besar dan tebal.
Dibahagian anterior dan posteriornya terdapat muka sendi untuk bersendi dengan vertebra
yang lain.
Spina saraf dan cuaran melintangnya adalah tempat pelekatan otot belakang.
VERTEBRA LUMBAR
SAKRUM
Terdiri daripada 5 vertebra yang bertaup untuk membentuk satu tulang tunggal yang
berbentuk segitiga.
Salur ini tidak mempunyai salur saraf dan permukaan anteriornya melengkung.
Sakrum mempunyai muka sendi pada sisinya untuk bersendi dengan ilium lengkungan
pelvis.
Spina saraf kelima-lima vertebra adalah pedek dan bersambung bersama untuk
membentuk satu permatang.
4 pasang bukaan pada sakrum membolehkan salur darah dan saraf melaluinya.
Vertebra koksik
Terdiri daripada 4 tulang yang bertaup untuk membentuk suatu struktur berbentuk segitiga
dan meruncing pada satu hujung.
Saiz vertebranya kecil dan tidak mempunyai fungsi yang penting.
TULANG RUSUK
sigmoid dan cuaran olekranon, manakala hujung bawah radius-ulna bersendi dengan
tulang-tulang karpus.
7. Karpus merupakan tulang pergelangan tangan, terdiri daripada lapan tulang kecil yang
disusun dalam 2 baris.
8. Metakarpus atau tapak lengan terdiri daripada lima tulang. Kepala metakarpus
merupakan buku lima kita. Metakarpus bersendi dengan tulang jari yang disebut falanks.
9. Falanks terdiri daripada 14 tulang. Ibu jari kita mempunyai 2 tulang falanks, jari yang lain
mempunyai 3 tulang falanks setiap satunya.
LENGKUNGAN PELVIS
1. Lengkungan ini terdiri daripada dua tulang punggung yang serupa dan bercantum antara
satu sama lain di simfisis pubis di anterior dan berpaut dengan turus vertebra di
posteriornya.
2. Setiap tulang punggung terdiri daripada 3 bahagian, iaitu
Ilium
Iskium
Pubis
3. Ilium mempunyai muka sendi yang bersendi dengan sakrum. Kebanyakan permukaan
adalah untuk pelekatan otot abdomen.
4. Iskium dan pubis mengurungi suatu permukaan yang disebut obturator foramen yang
membenarka saraf, salur darah, dan ligamen melaluinya.
5. Di setiap lengkungan pelvis terdapat lesung supaya kepala femur kaki termuat ke
dalamnya untuk membentuk sendi punggung. Lesung ini dinamakan asetabulum.
TULANG KAKI
1. Tulang terdiri daripada:
Femur
Tibia-fibula
Tarsus
Metatarsus
Falanks
2. Femur ialah satu tulang yang panjang dan merupakan kaki atas. Kepalanya berbentuk
bebola dan bersendi dengan asetabulum.
3. Trokanter yang berdekatan dengan kepala femur menyediakan tempat pelekatan otot
punggung dan otot paha.
4. Hujung bawah femur adalah berbentuk takal dan disebut kondil yang bersendi dengan
tibia melalui sendi lutut. Sendi ini dioleh suatu tulang kecil yang dinamakan patela atau
tempurung lutut.
5. Tibia-fibula merupakan kaki bawah kita yang terdiri daripada percantuman tulang tibia dan
tulang fibula.
6. Tibia lebih besar daripada fibula dan menanggung kebanyakan berat badan kita. Hujung
atas tibia bersendi dengar femur, manakala hujung bawah tibia-fibula bersendi dengan
tarsus.
7. Tarsus atau pergelangan kaki terdiri daripada 7 tulang tetapi hanya satu tulang bersendi
dengan tibia-fibula. Tulang tarsus yang terbesar ialah tumit kaki.
8. Metatarsus atau tapak kaki terdiri aripada 5 tulang yang bersendi dengan tarsus pada
satu hujung dan bersendi dengan falanks pada hujung yang lain.
9. Falanks atau tulang jari kaki terdiri daripada 14 tulang kecil. Setiap jari dibentuk oleh 3
tulang kecuali ibu cari kaki yang terdiri daripada dua tulang falanks yang lebih besar.
PERANAN OTOT, LIGAMEN DAN TENDON
Otot rangka terbentuk daripada gentian otot yang tersusun bersama secara selari sebagai
bongkah.
Bongkah otot ini mempunyai dua hujung, iaitu satunya melekat pada tulang yang tetap
dan satu lagi pada tulang yang bebas bergerak.
Pengecutan otot mengakibatkan tulang yang bebas bergerak ditarik ke arah yang
dikehendaki.
Otot rangka bertindak biasanya bertindak secara bertentangan iaitu salah satu otot
mengecut, maka otot lagi satu akan mengendur dan sebaliknya. Pasangan otot ini
dinamakan otot antagonis.
Contoh otot antagonis ialah otot biseps dan otot triseps yang yang terdapat lengan kita.
Apabila otot biseps mengecut, otot triseps akan mengendur dan mengakibatkan tangan
kita membengkok. Apabila otot triseps mengecut, otot biseps akan mengendur, maka tangan
diluruskan.
Otot rangka bersambung kepada tulang tendon.
Tedon terdiri daripad gentian yang kukuh dan tidak kenyal.
Tendon dipercayai berasal dari bahagian dalam tulang dan berterusan ke dalam bongkah
otot. Oleh itu, perpautan antara otot dengan tulang adalah kuat.
Apabila otot mengecut, daya tarikan itu akan dipindahkan kepada tulang melalui tendon
untuk menghasilkan pergerakan.
Tulang disambung dengan tulang yang lain oleh ligamen pada sendinya.
Ligamen merupakan gentian yang liat, kuat, dan kenyal. Oleh itu, ia dapat memegang dua
tulang secara kukuh dan membenarkan tulang membengkok di sendi.
JENIS SENDI BERGERAK DAN TIDAK BERGERAK
Sendi merupakan dua tulang bersambung.
Sendi boleh di bahagi kepada tiga jenis, iaitu
Sendi tidak bergerak
Sendi bergerak sedikit
Sendi bebas bergerak
Pada amnya, sendi bebas bergerak adalah sendi sinovia seperti rajah di bawah yang terdiri
Bahagian sendi Struktur binaan Fungsi
Kapsul Terbentuk daripada tisu gentian. Membalutka sendi dan juga mengikat tulang-tulang
pada sendi itu.
Membran sinovia Terbentuk daripada sel epitelium. Merembeskan bendalir sinovia.
Rawan Terbentuk daripada tisu liat dan licin. Mengurangkan geseran antara dua permukaan
tulang yang bergerak dan menyerap sebarang hentakan.
Ligamen Terbentuk daripada gentian yang kuat dan licin.
Menyambung tulang dengan tulang.
Jenis sendi
Contoh
Jenis pergerakan
Sendi tidak bergerak Sendi antara kepingan tulang di tengkorak manusia (sutur) Tidak
membenarkan pergerakan
Sendi bergerak sedikit Sendi antara tulang rusuk dengan sternum.
Sendi antara vertebra.
Sendi antara dua belah lengkungan pelvis
Beri sedikit pergerakan
Terdapat lapisan rawan gentian
Sendi bebas bergerak
1.Sendi lesung yang terbentuk daripada permuatan kepala satu tulang yang berentuk
bebola dgn lesung tulang yg lain.
2.Sendi engsel
3.Sendi pangsi-terbentuk apabila cuaran suatu tulang menjulur ke dalam saluran tulang
yang lain.
4.Sendi gelongsor
5.Sendi kondil
Sendi bahu
Sendi punggung
Sendi lutut
Sendi siku
Sendi jari
-Sendi antara tulang atlas dengan tulang aksis.
-Sendi antara tarsus.
-Sendi antara karpus.
-Sendi antara tulang tengkorak dengan tulang atlas.
Sendi pergelangan tangan dan kaki.
-benarkan pergerakkan
jenis putaran.
-Tulang kecil dengan permukaan rata yang mengelongsor antara satu sama lain.
-Pergerakkan pada dua satah.