Anda di halaman 1dari 34

Nota lengkap pertolongan cemas asas dlm msword

PERTOLONGAN CEMAS

Pengertian Pertolongan Cemas


Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat
kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan
perubatan yang sempurna.

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas


a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik


a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau
sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan
rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si
mangsa.

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas


a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa
terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh
supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.

Pengendalian Mangsa Kemalangan


a) Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi keadaan.
b) Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang.
c) Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan segera.
d) Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu.

Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan


a) Membuat penilaian keadaan,
- Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
- Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan
bantuan.
- Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
b) Membuat diagnosa mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling
yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa.
c) Memberi rawatan sementara menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi
keutamaan kepada mangsa yang teruk.
d) Membuat dan memberi laporan mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi,
kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa.
Peringatan !!!
a) Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat
mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk.
b) Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak sedarkan diri. Lakukan
dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat.
c) Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera.
d) Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan
kecederaan patah.
e) Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan.

PEMBEBATAN

Tujuan pembebatan
a) Menahan pendarahan
b) Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran yang boleh
menyebabkan jangkitan.
c) Mencegah jangkitan di tempat luka.

Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih suci hama.
Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan
kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap.

Pembebat Semasa Kecemasan


a) Sapu tangan yang bersih.
b) Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.

Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau menempoh


kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di
tempat cedera tersebut.

Pembalut (Bandages)
Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa
kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:-
a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).
b) Pembalut lebar (broad bandage).
c) Pembalut panjang (narrow bandage).
d) Pembalut gulung (rollar bandage).
Kegunaan Kain Pembalut
a) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
c) Mengampu bahagian yang cedera.
d) Membantu menghentikan pendarahan.
e) Mengurangkan bengkak.

Kain Anduh Tiga segi


Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas kerana
ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1 meter x 1.4
meter.
Antara kegunaan kain anduh ialah:-
a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b) Menghenti atau menahan pendarahan.
c) Menetapkan bahagian yang cedera.
d) Dapat digunakan sebagai pengipas.
e) Menutup tempat yang luka atau cedera.
f) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.

Anduh (sling)
Jenis-jenis Anduh
a) Anduh besar (large arm sling)
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b) Anduh tiga segi/Anduh St. Johns (triangular sling)
- menahan pendarahan anggota atas.
- Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
c) Anduh kecil (small arm sling)
- mengampu kecederaan di bahagian bahu.
- Mengampu tulang klavikal yang cedera.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
- mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.

SISTEM PENGALIRAN DARAH


Merupakan rangkaian sistem yang tertutup yang terdiri dari jantung, saluran-saluran darah dan
limpa. Saluran darah terbahagi kepada 3 jenis iaitu saluran arteri, vena dan kapilari.

Jantung
Jantung terletak di ruang dada iaitu di belakang bawah dada. Letaknya 2/3 arah ke kiri ruangan
dada iaitu di antara kanan dan kiri jantung. Saiznya adalah lebih kurang sebesar gengaman.
Bentuknya adalah seperti buah pear iaitu tirus di hujungnya. Jantung dapat mengepam darah
kira-kira 120-150 mls darah bagi setiap kali ia mengepam. Setiap minit ia dapat mengepam kira-
kira 5 liter darah. Pengaliran dan pengepaman darah dari jantung akan menjadi lebih banyak
apabila seseorang itu melakukan pergerakan.
Jantung terbina daripada otot-otot di luar kawalan. Oleh yang demikian, pergerakannya adalah
tidak dikawal oleh mana-mana bahagian sistem badan. Jantung terbina dari 3 lapisan otot.
Antaranya:-
a) Lapisan pericardium (bahagian luar jantung) terbina dari otot-otot berfiber dan serosa.
b) Lapisan Myocardium (lapisan tengah) terbina dari lapisan tisu otot bebas.
c) Lapisan Endocardium (lapisan dalam) terbina dari tisu-tisu epithelium leper.
Jantung terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian kiri jantung dan bahagian kanan jantung.
Kedua-dua bahagian ini dipisahkan oleh dinding yang dikenali sebagai septum. Dari setiap
bahagian ini ianya terbahagi kepada 2 ruangan iaitu atrium (aurikal) di bahagian atas dan
ventrikal di bahagian bawah. Oleh itu secara keseluruhannya di dalam jantung terdapat 4
ruangan yang dikenali sebagai aurikal kiri, aurikal kanan, ventrikal kiri dan ventrikal kanan.

Di dalam ruangan-ruangan jantung ini terdapat injap-injap iaitu:-


a) Injap Antrio Ventricular (injap serambi) yang terdiri dari Injap Tricuspid yang terletak di
antrium kanan dan injap Bicuspid yang dikenali sebagai Injap Mitral di antrium kiri.
b) Injap Semi Luar (injap separuh bulat) terdapat di bahagian kanan ventrikal ke pulmonary
artery dan kiri ventrikal ke aorta.

Saluran darah terbahagi kepada 3 jenis iaitu:-


a) Saluran Arteri terbina dari 3 lapisan selaput. Selaput luar terbina dari lapisan tisu berfiber
yang bertindak sebagai pelindung kepada saluran arteri. Dinding arteri sebagai elastik dan kuat.
b) Saluran Vena terdiri daripada 3 lapisan selaput tetapi tidak setebal dan selastik arteri.
c) Saluran Kapillari saluran ini sangat kecil, terbina dari satu lapisan selaput tisu epithelium
leper biasa.

Saluran arteri mengalirkan darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan kecuali saluran
pulmonary arteri. Manakala saluran vena pula menyalurkan darah yang berkarbon dioksida dari
tisu ke jantung untuk pembebasan gas karbon dioksida di paru-paru.

Darah yang telah digunakan oleh tisu akan di salur kembali ke saluran badan kecuali kapillari
vena, saluran vena dan seterusnya ke ruangan antrium kanan jantung. Dari situ darah dipam ke
ruangan ventrikal kanan jantung dan seterusnya dipam ke paru-paru melalui saluran pulmonary
arteri untuk proses pengoksigenan. Apabila telah pengoksigenan, darah akan dialir ke saluran
pulmonary vena ke ruangan antrium kiri jantung dan seterusnya dipam keluar untuk diedarkan
ke seluruh badan melalui saluran aorta, arteri dan kapillari arteri untuk kegunaan sel badan.

Pengaliran Darah
Terbahagi kepada 2 peringkat:-
a) Peredaran darah paru-paru (pulmonary) yang bermula dari ventrikal kanan hingga ke antrium
kiri.
b) Peredaran sistematik peredaran darah mula dari ventrikal kiri hinggalah kembali ke antrium
kanan jantung.

Jantung berdenyut antara 70 hingga 100 kali seminit bagi orang dewasa. Manakala peredaran
darah mengambil masa kira-kira 0.8 saat bagi setiap kali.

Nadi
Apabila ventrikal kiri jantung mengucup bagi mengepam darah keluar, maka satu utusan
mengalir ke saluran aorta dan seterusnya keseluruh saluran arteri. Pengucupan jantung yang
dihasilkan itu akan menghasilkan nadi. Nadi boleh dirasa pada tempat-tempat tertentu di
saluran arteri sahaja.
Sistol istilah yang menyatakan jantung mula mengepam (berdenyut).
Diastol istilah peringkat jantung berehat.
Untuk mengukur tekanan darah alat yang digunakan dikenali sebagai sphygmomanometer.

Darah terdiri dari beberapa kumpulan tertentu, antaranya ialah:-


a) Kumpulan A.
b) Kumpulan B.
c) Kumpulan AB.
d) Kumpulan O.

SISTEM SARAF
Sistem araf terdiri dari unit-unit neuron. Sistem saraf berfungsi sebagai pengalir rangsangan
bagi penyelarasan perhubungan di antara satu binaan dengan binaan yang lain. Pusat
pengawalan saraf berpusat di otak. Sistem saraf terdiri dari otak, saraf tunjang dan gentian-
gentian saraf (aferen dan eferen) yang bertugas menghantar utusan ke otak dan membawa
semua utusan rangsangan dari otak.

Sistem saraf boleh dibahagikan kepada:-


a) Sistem saraf pusat.
b) Sistem saraf pinggir yang berfungsi menghubung saraf pusat dengan organ dan otot.
c) Sistem saraf otonomi (sistem di luar kawalan kemahuan).

Otak dilindungi oleh satu lapisan selaput nipis yang dikenali sebagai meninges. Berat otak
adalah kira-kira 31bs. Manakala otak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:-
a) Serebrum yang terdiri dari 2 hemispere.
b) Serebrum yang terdiri dari 2 cuping (lobe)
c) Otak tengah, Pons varoliidan Mendulla Oblongata yang membentuk pangkal otak.

Tugas Sereblum
a) Menerima utusan rangsangan deria dan mentafsirkannya.
b) Berfungsi sebagai pusat intelektual dan ingatan.
c) Menguasai gerak geri otot jalur.
d) Menguasai bahagian rendah otak dan mempengaruhi beberapa tugas tubuh.

Tugas Sereblum
a) Menyelenggara kesegaran otak.
b) Menyelaras segala gerak-geri otot.
c) Mengawal keseimbangan badan.
SISTEM PERNAFASAN
Sistem yang penting bagi hidupan, di mana oksigen dari bahagian hidung hingga ke peparu
diserapkan oleh saluran darah untuk diedar untuk kegunaan pernafasan semula sel-sel. Setelah
oksigen digunakan, karbon diokida dan wap yang terhasil akan di hantar kembali ke paru-paru
dan dibebaskan melalui hidung.

Pernafasan terbahagi kepada 2 kategori iaitu:-


1. Pernafasan luar oksigen yang disedut dari udara di bawa ke dalam sistem saluran darah
dan kemudiannya pembebasan karbon dioksida.
2. Pernafasan dalam pertukaran oksigen di antara saluran kapillari dengan sel-sel.

Sistem pernafasan terdiri daripada :-


a. Hidung
b. Faring
c. Laring (larynx) peti suara
d. Bronchi
e. Bronchiole
f. Alveoli (air sac)
g. Paru-paru

Hidung
Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian hadapan dan belakang. Ia bermula dari hadapan
hidung ke bahagian faring. Rongga hidung terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian kiri dan
kanan yang dipisahkan oleh nasal septum. Tisu yang membina lapisan ini adalah dari sel
epithelium turus bersisik. Dalam ruangan hidung terdapat turbinate, bulu hidung, tulang lembut
dan tulang hidung.
Tugas hidung:
a) Saluran tempat mula-mula udara masuk ke paru-paru.
b) Sebagai organ bau
c) Menentukan sifat bunyi suara.
Faring.
Merupakan sebahagian dari saluran pernafasan . Panjang kira-kira 5 inci panjang yang bermula
dari dasar tengkorak (base of skull) hingga ke oesophagus (ruas ke 6 tulang cervical).
Faring terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:-
a) Nasopharynx belakang rongga hidung
b) Oropharynx belakang ruang mulut (tekak).
c) Laryngopharynx saluran penyaluran udara yang di sedut.
- membantu menentukan sifat bunyi suara.
Laring
Terletak di pertengahan leher iaitu di antara faring dengan trakea (ruas 4,5 dan 6 tulang
cervical). Terbina dari rawan hailin. Pada bahagian laring terdapat juga rawan thyroid, krikoid,
anteoid dan epiglotis.

Tugas Laring : - penyaluran udara


- menentukan sifat bunyi suara.

Trakea
Bermula dari bahagian bawah laring hingga ke cabang braonchi. Trakea terletak di bahagian
depan saluran oesophagus. Terbina dari rawan.

Tugas Trakea: menjadi saluran pernafasan udara masuk dan keluar.

Bronchi
Terbina dari rawan berbentuk C. Panjangnya kira-kira 4.5 inci. Struktur binaan sama seperti
struktur trakea.

Bronchiles
Merupakan cabang atau ranting bronchi yang lebih kecil bentuknya. Terbina dari otot bebas
(involuntary muscle).
Alveoli
Merupakan penghujung bronchioles. Ia merupakan gelembung udara (air sac) yang diliputi oleh
selaput squamous epithelium.

Paru-paru
Paru-paru merupakan organ yang elastik yang berbentuk kun yang terletak pada ruangan
thorex. Ia diseliputi oleh lapisan nipis yang dikenali sebagai lapisan pleura. Paru-paru terbahagi
kepada 2 iaitu kiri dan kanan paru-paru. Setiap bahagian terbahagi kepada cuping-cuping (lobe)
yang tersendiri. Paru-paru kanan mempunyai 3 cuping manakala kiri pula mempunyai 2 cuping.

Mekanisma pernafasan
Pernafasan manusia dikawal oleh pusat pernafasan di bahagian meduolla oblongata.
Mekanisma pernafasan adalah merupakan pergerakan pernafasan yang berlaku akibat dari
pergerakan selaput diagphram, otot-otot intercostal dan tulang rusuk.

Mekanisma pernafasan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat penarikan nafas masuk
(inspiration), peringkat hembusan keluar (expiration ) dan waktu rehat (pause).
Peringkat penarikan nafas merupakan pergerakan aktif yang menyebabkan ruangan thorex
menjadi luas. Tulang rusuk bergerak keluar kearah luar dan ke atas (upward andoutward)
menyebabkan otot intercostal mengucup. Manakala otot diaghparam menjadi luas. Ini
menyebabkan berlaku tekanan rendah di dalam paru-paru. Keadaan ini memberi ruang kepada
udara masuk ke dalam paru-paru.

Peringkat hembusan keluar - Merupakan pergerakan pasif di mana ruang thorex kembali
kepada saiz biasa. Otot intercostal berehat dan menyebabkan tulang rusuk tertarik ke bawah.
Manakala diagphram kembali ke bentuk asal iaitu melengkung ke atas. Tekanan di ruangan
thorex menjadi sempit dan tekanan di dalam paru-paru menjadi tinggi. Ini menyebabkan udara
yang terdapat di dalam paru-paru tertekan keluar.

Kandungan oksigen di udara yang kebiasaan disedut oleh manusia adalah kira-kira 20 21%.
Setiap minit pernafasan yang normal berlaku sebanyak 14 15% kali seminit. Manakala kadar
udara yang disedut adalah kira-kira 400 500 mls. Kandungan oksigen yang digunakan adalah
kira-kira 4 5% sahaja, selebihnya antara 14 15% dihembus keluar bersama-sama karbon
dioksida sebanyak 4%
TERHENTI PERNAFASAN (ASPHYXIA)
Suatu keadaan bila mana berlakunya kekurangan bekalan oksigen di dalam darah yang
menyebabkan tisu dan sel-sel tidak mendapat bekalan oksigen untuk bernafas dan
menjalankan tugas.

Kekurangan bekalan oksigen berpunca dari kekurangan bekalan oksigen di udara, gangguan
pada pusat pernafasan di medulla oblonggata, sekatan saluran pernafasan, gangguan sistem
saraf, jantung dan paru-paru tidak berfungsi dengan sempurna dan sebagainya.

Punca-punca terhenti pernafasan


a) Lemas dalam asap, gas beracun atau asap
b) Terkena kejutan elektrik atau panahan petir.
c) Termakan atau terminum bahan-bahan beracun.
d) Tersekat bendasing pada saluran pernafasan.
e) Tercekik atau terjerut pada bahagian leher.
f) Tertimbus atau ditimpa benda berat di dada atau tertimbus bantal bagi bayi.
g) Penyakit-penyakit pada saluran pernafasan atau jantung. Contohnya penyakit jantung, lelah,
radang paru-paru, pertumbuhan pada saluran pernafasan.
h) Alahan atau allergi yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak atau gangguan pada
pusat pernafasan.
i) Berlakunya pertukaran tekanan secara mengejut dari tekanan rendah ke tekanan tinggi dan
sebaliknya.
j) Kecederaan di bahagian dada seperti patah tulang dada atau tulang rusuk.

Tanda-tanda dan gejala terhenti pernafasan

a) Sukar bernafas.
b) Pernafasan cepat dan pendek-pendek.
c) Muka menjadi pucat.
d) Mangsa berkeadaan gelisah.
e) Bibir dan kuku menjadi pucat dan kebiruan
f) Mangsa berkeadaan lemah dan tidak berkeupayaan.
g) Saluran vena di bahagian leher mengembang.
h) Berpeluh dan badan menjadi sejuk.
i) Pergerakan nadi menjadi cepat dan lemah pada permulaannya dan diikuti pergerakan yang
perlahan sebelum terhenti.
j) Mangsa mengalami renjatan dan terhenti pernafasan.

Rawatan Am Terhenti Pernafasan


a) Bawa mangsa ke tempat selamat dan baringkan mangsa dalam keadaan melentang.
b) Dongakan kepala mangsa supaya saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik.
c) Cuba periksa punca penyebab terhentinya pernafasan supaya mudah memberi bantuan yang
sebaik mungkin.
d) Periksa pernafasan mangsa secara dengar, lihat dan rasa. Sekiranya pernafasan terhenti,
beri bantuan pernafasan melalui kaedah mulut ke mulut, mulut ke hidung, Holger Neilson atau
Selvesters.
e) Periksa pergerakan nadi mangsa, sekiranya tiada, lakukan permulihan tekanan jantung dari
luar (chest compression). Lakukan kaedah ini berselang seli antara pernafasan dan tekanan
jantung sehingga jantung dan pernafasan berfungsi kembali atau bantuan sampai.
f) Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa.
g) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
h) Dapatkan bantuan perubatan segera.
Rawatan-rawatan Khas Terhenti Pernafasan.
Lemas Dalam Air (Drowning)
a) Bantuan pernafasan mulut ke mulut atau mulut ke hidung, ia boleh dilakukan sekiranya
mangsa terhenti pernafasan semasa lemas.
b) Bawa ke daratan dan baringkan mangsa. Dongak kepala mangsa dan periksa pernafasan
mangsa.Beri bantuan pernafasan sekiranya pernafasan terhenti.
c) Periksa pergerakan nadi mangsa, dan lakukan tekanan dada dari luar sekiranya nadi
terhenti.
d) Lakukan tekanan jantung dan bantuan pernafasan berselang seli sehingga mangsa bernafas
dan jantung berdenyut kembali.
e) Longgarkan pakaian mangsa.
f) Selimutkan mangsa.
g) Jangan diberi sebarang makanan atau minuman semasa mangsa dalam keadaan tidak
sedar.
i) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Tergantung (hanging)
a) Ampu anggota mangsa ke atas bagi mengurangkan jerutan tali.
b) Potong tali dan tanggalkan jerutan.
c) Baringkan mangsa dan dongakan kepala mangsa.
d) Periksa pernafasan dan pergerakan nadi. Lakukan CPR.
e) Rawat kecederaan sekiranya ada.
f) Dapatkan rawatan perubatan.
Lemas dalam asap/gas beracun (suffocation by gas/smoke)
a) Pastikan gas atau asap beracun keluar terlebih dahulu. Buka pintu atau tingkap.
b) Tutup mulut dan hidung dengan tuala basah/ lembab dan masuk secara merangkak.
c) Keluarkan mangsa secara menarik perlahan-lahan.
d) Longgarkan pakaian mangsa.
e) Periksa pernafasan dan pergerakan nadi mangsa. Sekiranya terhenti, lakukan CPR.
e) Dapatkan rawatan perubatan segera.
Bendasing Dalam Saluran Pernafasan.
1. Orang dewasa (Sekiranya mangsa sedar)
Tanya mangsa sama ada boleh bernafas atau tidak.
Perhatikan keadaan mangsa. Arah mangsa supaya batuk agar bendasing dapat keluar.
Lakukan bantuan secara kaedah Heimlich Manuver atau chest thrust sekiranya mangsa tidak
boleh bernafas.
Arah mangsa membongkok perutnya ke belakang kerusi atau melakukan sendiri Hiemlich
Manuver jika perlu. Lakukan kaedah ini sehingga bendasing keluar.

Sekiranya mangsa pengsan


Baringkan mangsa dalam keadaan melentang.
Periksa mulut mangsa bagi menentukan terdapat atau tidak bendasing.

Lakukan kaedah Heimlich Manuver atau chest compression berselang seli dengan
memeriksa mulut mangsa bagi menentukan bendasing keluar atau tidak. Lakukannya sehingga
bendasing keluar.
Setelah keluar, periksa gerak nadi mangsa. Jika tiada lakukan CPR.
Dapatkan bantuan perubatan.
2) Bayi
Sekiranya mangsa sedar
Angkat bayi dalam keadaan kaki ke atas dan kepala ke bawah. Beri tepukan di bahagian kiri
kanan tulang belikat mangsa sehingga bendasing keluar.
Dapatkan bantuan perubatan jika perlu.
Sekiranya mangsa pengsan
Baringkan mangsa secara melentang.
Dongak kepala mangsa dan periksa mulutnya.
Tiarapkan si mangsa dan berikan 5 tepukan di bahagian belakang mangsa. Kemudian
telentangkan mangsa dan beri 5 tekanan jantung dari luar.
Periksa mulut mangsa dan keluarkan bendasing jika terdapat. Lakukan kaedah ini sehingga
bendasing dapat dikeluarkan.
Lakukan CPR jika pernafasan dan pergerakan jantung terhenti.
Dapatkan bantuan perubatan segera.
Rawatan Terhenti Pernafasan Oleh Kejutan Elektrik
a) Tutup dan cabut plug terlebih dahulu atau alih wayar berarus elektrik dengan menggunakan
kayu yang kering atau benda yang tidak mengalirkan arus elektrik dengan baik.
b) Pastikan ahli pertolongan cemas memakai kasut getah semasa menghadapi keadaan.
c) Bawa mangsa ke tempat selamat dan betulkan saluran pernafasan mangsa. Periksa
pernafasan dan gerak nadi. Lakukan CPR jika pernafasan dan nadi terhenti.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
e) Dapatkan rawatan perubatan segera.

PATAH
Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak,
putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.

Punca-punca patah
Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung
a) Secara Langsung
Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan, tendangan atau
kemalangan.
b) Secara Tidak Langsung
Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot
atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.
Jenis-jenis patah
a) Patah tebu/tertutup (simple fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.
b) Patah riok (Compound fracture)
Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian
luar kulit.
c) Patah melarat (Complicated fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.

d) Patah Remok (Comminuted fracture)


Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.

e) Patah Terenyok (Impacted fracture)


Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang patah
itu.
f) Patah Rebung (Green Stick fracture)
Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanak-kanak
dan bayi.

g) Pecah Remok (Depressed fracture)


Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak
kepala yang terbenam menghimpit otak.

Tanda-tanda dan gejala patah


a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.
b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.
c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera.
d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek.
e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.
f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

Rawatan Am Patah
a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian
kecuali keadaan merbahaya di situ.
b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi
dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan.
Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.
e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan
tempat yang patah.
g) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Patah-patah Tertentu
Pecah Tengkorak Kepala
Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak.
Tanda-tanda dan gejala
a) Mengalami pengsan sebentar atau berterusan.
b) Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.
c) Muntah.
d) Mangsa berkeadaan gelisah.
e) Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain.
h) Nafas berbunyi kuat.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.
b) Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa. Keluarkan bendasing
sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa.
c) Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan dan nadi tidak
berfungsi.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
d) Dapatkan bantuan perubatan segera.
Patah Tulang Rahang
Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit pada bahagian dagu atau rahang.
b) Tidak boleh menggerakkan atau membuka mulut.
c) Bengkak dan lebam di bahagian belakang.
d) Air liur meleleh keluar dari mulut pesakit.
e) Gigi mangsa berselisih.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik.
b) Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan balutan dagu.
c) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
d) Dapatkan bantuan perubatan.

Patah Tulang Belakang


Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit di bahagian yang mengalami kecederaan.
b) Tidak berupaya menggerakkan anggota badan.
c) Merasa kebas atau hilang rasa anggota bawah.
d) Terdapat kecacatan atau lebam pada bahagian tulang yang patah.

Rawatan
a) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian.
b) Tenangkan mangsa.
c) Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan pergerakan pesakit.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
e) Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Rusuk


Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit yang kuat semasa bergerak atau menarik nafas.
b) Bengkak dan lebam di tempat cedera.
c) Susah bernafas.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan mangsa dan beri bantuan
pernafasan jika perlu.
c) Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh.
d) Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain yang lembut dan bersih.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Selangka (Klavikal)


Tanda-tanda dan gejala.
a) Sakit pada bahagian bahu.
b) Hilang upaya mengangkat atau mengerakkan anggota atas.
c) Bengkak, lebam dan terdapat kecacatan di bahagian bahu.
Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Ampu anggota atasa yang terlibat dengan menggunakan anduh.
c) Rawat kecederaan yang terdapat.
d) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Anggota Atas


Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Ampu anggota atas supaya tidak banyak bergerak dengan menggunakan anduh.
c) Jika anggota atas tidak boleh dibengkok, gunakan tuap untuk mengampu bahagian yang
tercedera.
d) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Punggung


Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit di bahagian punggung.
b) Susah bergerak atau berdiri.
c) Bengkak dan lebam di bahagian cedera.
d) Kemungkinan kencing beserta dengan darah.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenangkan mangsa.
c) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
d) Tuap bahagian anggota bawah hingga ke ketiak dengan menggunakan tuap.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Paha


Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenagkan mangsa.
c) Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera.
d) Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Tibia dan Fibula


Rawatan
a) Letak mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenangkan mangsa.
c) Rawat kecederaan.
d) Tuapkan anggota yang cedera supaya tidak bergerak. Jangan cuba membetulkan tulang
yang patah.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Pecah Tulang Patela


Rawatan
a) Baringkan dan luruskan kaki mangsa.
b) Tinggikan bahagian kaki dan tuapkan bahagian yang patah.
c) Dapatkan rawatan perubatan.

Terkehel (Dislocation)
Terkehel bermaksud berlaku perubahan kedudukan tulang dari
acuan persendiannya. Terkehel terjadi pada persendian tulang
tanpa melibatkan kecederaan tulang.

Tanda-tanda dan gejala terkehel


a) Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian.
b) Bengkak dan lebam bahagian sendi.
c) Tidak dapat mengerakkan anggota yang tercedera.
d) Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera.
e) Terdapat tanda-tanda am renjatan.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan letak mangsa dalam keadaan selesa.
b) Ampu bahagian yang cedera dengan menggunakan tuap atau anduh bagi mengurangkan
pergerakan.
c) Jangan cuba memasuk kembali sendi yang cedera atau mengurut-urut bahagian tersebut.
d) Beri demahan sejuk bagi mengurangkan sakit dan bengkak.
e) Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

Tergeliat (Sprain)
Cedera, terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligament pada bahagian persendian akibat dari
pergerakan yang melampaui batas.
Tanda-tanda dan Gejala tergeliat
a) Sakit bahagian yang tercedera.
b) Bengkak dan lebam pada bahagian persendian.
c) Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera tetapi masih dapat mengerakkan anggota
tersebut.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan jangan mengerakkan anggota terlibat.
b) Ampu bahagian cedera dengan tuap atau anduh.
c) Jangan mengurut bahagian cedera.
d) Beri demahan sejuk pada tempat cedera supaya dapat mengurangkan sakit atau bengkak.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Salah Urat (Strain)


Ketegangan urat yang terjadi akibat pergerakan yang berlebihan anggota yang terlibat.

Tanda dan gejala


a) Sakit dan tegang otot-otot.
b) Susah mengerakkan anggota tetapi tetap dapat bergerak.
Rawatan
a) Rehatkan bahagian yang terlibat.
b) Beri demahan sejuk atau sapu minyak panas untuk mengurangkan sakit.
c) Ampu dan rehatkan bahagian yang terlibat.
d) Beri minum air yang banyak.

Kekejangan otot (Cramp)


Kekejangan otot terjadi apabila otot-otot mengucup secara tiba-tiba akibat dari pergerakan yang
berlebihan, kehilangan garam dalam badan melampau, suhu yang terlampau sejuk. Kecutan
otot yang berlaku ini menyebabkan otot menjadi pendek dan sakit yang kuat.

Tanda-tanda dan gajala


a) Sakit yang kuat terjadi secara tiba-tiba di tempat yang mengalami kekejangan.
b) Terjadi gumpalan otot pada bahagian yang terlibat. Otot menjadi keras dan tegang.
c) Tidak dapat meluruskan anggota yang terlibat.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dan tenangkannya.
b) Luruskan kembali bahagian yang mengalami kekejangan.
c) Beri demahan, dan beri minum minuman dengan banyak.
d) Rehatkan bahagian yang tercedera.
g) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

LUKA DAN PENDARAHAN


Luka:
Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada ianya mengeluarkan darah atau tidak yang
boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.

Pendarahan:
Kecederaan yang berlaku kepada saluran-saluran darah arteri,vena atau kapilari yang
menyebabkan keluarnya darah.

Jenis-jenis luka.

a) Luka terhiris (incised wound)


-luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan lukanya adalah
berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang,
semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.

b) Luka terkoyak (lacerated wound)


luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alat-alat
yang tidak tajam.Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau
sebagainya.

c) Luka lebam (contusion)


luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul dalam tisu.
Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam.
Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang berat.

d) Luka tembus (punctured wound)


luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya tajam. Luka
ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah yang
banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya.

e) Luka tembakan (gun shot wound)


luka yang disebabkan oleh senjata api. Luka di bahagian kena tembakan adalah lebih kecil
berbanding luka di mana peluru itu keluar. Contohnya kena tembakan senapang atau pistol

JENIS-JENIS PENDARAHAN
a) Pendarahan dari saluran arteri
- Darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya mengikut rentak denyutan jantung.
Darah yang keluar pula keadaannya merah cerah.Ini disebabkan ianya mengandungi oksigen
yang tinggi.
b) Pendarahan dari saluran vena
- Darah keluar secara meleleh dan berterusan. Di samping itu, warna darahnya pula berwarna
merah gelap. Ini disebabkan darah mengandungi kandungan gas karbon dioksida yang tinggi.
c) Pendarahan dari salur kapilari- darah keluar secara menitis dan darah cepat berhenti. Warna
darah adalah merah cerah kerana mengandungi kandungan oksigen.

TANDA DAN GEJALA LUKA DAN PENDARAHAN


Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera.
Pucat.
Pening kepala.
Meloya dan kemungkinan muntah.
Gelisah dan berpeluh dengan banyak.
Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya.
Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek.
Kulit badan berpeluh dan sejuk.
Hilang kekuatan atau keupayaan.
Berlaku renjatan dan pengsan.

RAWATAN AM LUKA DAN PENDARAHAN


Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna.
Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.
Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran
pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan.
Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang.
Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak.
Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:
a) Hentikan pendarahan secara langsung
mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.
b) Secara tidak langsung
-menekan urat-urat darah.
-menggunakan penjerut catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit
selama seminit.
Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai.
Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau baru
sedar dari renjatan.
Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

PENDARAHAN-PENDARAHAN / LUKA KHAS


Pendarahan dari hidung
-Picit pangkal tulang lembut dengan tulang mangsa 10 minit.
-Tundukan kepala si mangsa sedikit supaya darah tidak masuk ke dalam perut atau saluran
pernafasan.
-Tenangkan mangsa dan mengarahkan mangsa bernafas melalui mulut.
-Beri demahan sejuk pada bahagian hidung dan dahi mangsa agar dapat mengurangkan sakit
atau menghentikan pendarahan.
-Jangan buang ketulan-ketulan darah beku kerana ini boleh menyebabkan berlaku pendarahan
kembali.
-Dapatkan rawatan perubatan segera.
Pendarahan dari gusi
-Tenangkan mangsa dan letakkan di dalam keadaan yang selesa.
-Letakan kain kasa atau kapas pada tempat yang berdarah dan arah mangsa menggigit kain
kapas selam 15 minit.
-Beri demahan sejuk di bahagian pipi supaya saluran darah menjadi kecut dan mengurangkan
kesakitan.
-Jangan meludah-ludah tanpa berhenti-henti.
-Jangan berkumur terlampau banyak
-Jangan membuang darah beku pada tempat luka
-Dapatkan rawatan perubatan segera.

Pendarahan dari telinga.


- Baringkan mangsa dengan merendahkan telinga yang mengalami pendarahan bagi mangsa
yang tidak sedarkan diri kerana kemungkinan berlaku pendarahan atau pecah tengkorak.
-Jangan menyumbat kapas ke dalam telinga yang berdarah.
-Balut telinga yang berdarah dengan kain yang bersih.
-Dapatkan rawatan perubatan segera.

Berdarah Varicose Vein


-Tenangkan mangsa agar tidak panik
-Letakkan mangsa dalam keadaan selesa.
-Hentikan pendarahan secara tekanan langsung
-Balut bahagian pendarahan dengan kemas dan tinggikan bahagian tersebut.
-Dapatkan rawatan perubatan segera

Pendarahan lebam
-Tenangkan mangsa
-Berikan demahan sejuk pada tempat yang lebam bagi mengurangkan sakit dan bengkak
-Jangan mengurut tempat lebam

Luka bahagian perut


-Tenangkan mangsa dan baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
-Condongkan badan ke arah bahagian yang cedera.
-Balut bahagian luka dengan kemas
-Jangan cuba masukkan usus jika ianya keluar, sebaliknya tutup usus tersebut dengan kain
yang dibasahkan.
-Dapatkan bantuan perubatan dengan segera

Kecederaan dada (chest injury)


Tanda-tanda dan simpton
-Semasa penarikan nafas - kedengaran bunyi seperti sedutan (sucked sound).
-Semasa hembusan - darah keluar secara berbuih (blood stain buble)
-batuk berserta darah.

Rawatan
-Kenakan balutan yang kemas di tempat cedera.
-Letak pesakit dengan bahagian dada menyandar.
-Dapatkan bantuan perubatan segera.
Kecederaan dada (stove in chest) Tanda dan gejala
-Sukar bernafas
-Bibir kebiruan
-Sakit di bahagian dada.

Rawatan
-Longgarkan pakaian pesakit
-Letak pesakit dalam keadaan bersandar
-Bahagian yang cedera hendaklah di immobilize.
-Balut bahagian anggota atas ke bahagian dada (strapping the arm to the chest)
Kecederaan Letupan (Blast Injury)
Tanda dan simptom
-Sakit pada bahagian dada.
-Gelisah.
-Bibir pucat dan kebiruan.
-Batuk beserta darah.
-Sukar bernafas.
-Bengkak bahagian dada (tenderness).

Rawatan
-Rehatkan mangsa
-Longgarkan pakaian
-Baringkan dan tinggikan bahagian kepala dan dada mangsa.
-Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Crush Injury
Kebiasaannya disebabkan oleh jentera atau mesin yang mencederakan otot, kulit atau tulang.

Rawatan
-Baringkan pesakit, tinggikan bahagian kaki dan merendahkan bahagian kepala.
-Balut dan tahan pendarahan bahagian yang cedera.
-Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Pendarahan Dalam Badan (Internal Bleeding)


Tanda dan gejala
-Muka mangsa pucat
-Mangsa lemah dan tiada upaya.
-Gelisah
-Badan sejuk
-Pening kepala dan muntah
-Pernafasan cepat dan lemah
-Nadi berdenyut cepat tetapi berkeadaan lemah.

Rawatan
-Tenangkan mangsa.
-Baringkan mangsa dalam keadaan tinggikan kaki.
-Longgarkan pakaian yang ketat.
-Jangan beri sebarang makanan dan minuman.
-Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa.

-Sekiranya mangsa mengalami renjatan, cuba pulihkan mangsa.


-Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

TEMPAT-TEMPAT TEKANAN PENDARAHAN SEMASA PENDARAHAN / LUKA


a) Temporal arteri di hadapan telinga.
b) Facial arteri 1 inci ke hadapan liku rahang bawah.
c) Karotik arteri 1 inci ke kanan atau kiri biji halkum.
d) Subclavian arteri ke dalam ruang sebelah atas pertengahan. tulang rusuk pertama di
belakang tulang selangka.
e) Axillary arteri arah atas menuju kepala tulang humeous.
f) Brachial arteri pergelangan siku.
g) Radial arteri bahagian atas pergelangan tangan.
h) Ulna arteri bahagian bawah pergelangan tangan.
i) Femoral pertengahan lipatan paha.
j) Popliteal arteri di belakang lutut.
k) Anterior tibial pergelangan kaki.

TERBAKAR DAN MELECUR


Terbakar
Kecederaan yang berpunca dari bahan-bahan panas kering. Contohnya api, kilat, besi panas,
cahaya matahari, asid , alkali dan sebagainya.

Melecur
Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau basah. Contohnya
wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.

Tanda-tanda dan gejala.


a) Sakit yang kuat.
b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas.
c) Terjadi gelembung air pada kulit.
d) Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh asid atau alkali.
e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair.
f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.

Terbakar dan melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbakar luaran dan terbakar
dalaman. Terbakar atau melecur luaran menyebabkan kulit luar yang terlibat. Manakala
terbakar peringkat kedua (dalaman) melibatkan tisu-tisu dalam. Contohnya terkena asid dan
alkali.
Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh menyebabkan terjadinya renjatan kepada
mangsa.
Pengiraan PeratusanTerbakar dan Melecur
Pengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah sembilan (rule of nine).
Pengiraannya adalah seperti berkut:-
a) Bahagian kepala dan leher - 9%
b) Sebelah anggota atas - 9%
c) Bahagian depan badan -18%
d) Bahagian belakang badan -18%
e) Sebelah anggota bawah -18%
f) Bahagian kemaluan - 1%

Rawatan Am Terbakar dan Melecur


a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau
mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin,
subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk
menanggalkan peralatan tersebut.
e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu.
f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang
melekat.
g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.
h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
j) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi menggantikan
kehilangan cecair yang hilang.
k) Dapatkan rawatan perubatan segera.

Terbakar oleh Asid atau Alkali


a) Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera.
b) Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak.
c) Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid.
d) Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan
gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh menggunakan
air biasa yang mengalir sahaja.
e) Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan Terbakar Pakaian


a) Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya api dapat
dipadamkan.
b) Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian.
c) Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api.
d) Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan perlu dilakukan.
e) Cuci tempat terbakar dengan cermat.
f) Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan Terbakar atau Melecur Tekak.


a) Beri mangsa minuman sejuk atau ais sebanyak mungkin.
b) Beri demahan sejuk pada bahagian leher.
c) Dapatkan rawatan perubatan.

RENJATAN
Renjatan adalah suatu keadaan bila mana berlaku kekurangan bekalan darah beroksigen ke
bahagian otak dan seluruh badan yang menyebabkan fungsi-fungsi badan menjadi lemah dan
aktiviti-aktivitinya tidak dapat berjalan dengan sempurna. Keadaan ini berpunca dari
kecederaaan, kehilangan darah, kehilangan cecair, gangguan perasaan, kesakitan, alahan
kepada ubatan atau bahan kimia, gangguan sistem saraf dan lain-lain

Sebab-sebab renjatan
a) Pendarahan yang banyak dan berterusan. Pendarahan ini adalah pendarahan luaran dan
dalaman.
b) Kehilangan plasma. Contohnya kecederaan terbakar atau melecur.
c) Kehilangan air dalam badan yang teruk. Contohnya perpeluhan yang melampau, muntah-
muntah berterusan atau cirit-birit yang kuat seperti kes taun dan cirit-birit.
d) Kecederaan yang teruk seperti patah tulang, luka besar yang menyebabkan darah keluar
dengan banyak.
e) Penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit jantung, kencing manis, angin ahmar dan
sebagainya.
f) Gangguan saraf. Contohnya terkena kejutan elektrik, kilat, terminum atau tersedut bahan
beracun, alahan kepada ubatan dan lain-lain.

Jenis-jenis renjatan.
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
a) Renjatan terbina- akibat dari kecederaaan atau kehilangan cecair dan darah dalam badan.
b) Renjatan saraf- berpunca dari gangguan pada sistem saraf yang menyebabkan aktiviti dalam
badan terganggu. Renjatan ini tidak melibatkan kehilangan cecair dalam badan.
c) Renjatan gabungan- melibatkan gangguan pada sistem saraf dan kehilangan cecair dalam
badan.

Tanda-tanda dan gejala renjatan.


a) Mangsa berada di dalam gelisah.
b) Kulit badan menjadi pucat.
c) Merasa pening, mual dan muntah-muntah.
d) Perpeluhan dengan banyak.
e) Pergerakan nadi berdenyut dengan pantas tetapi dalam keadaan lemah.
f) Mangsa lemah dan tidak bertenaga.
g) Badan menjadi sejuk dan basah.
h) Pandangan menjadi kabur.
i) Mengadu dahaga
j) Mangsa tidak sedar diri.

Rawatan am renjatan
a) Bawa maangsa ke tempat yang selamat dan berudara.
b) Baringkan mangsa dengan meninggikan bahagian kaki dan merendahkan bahagian kepala.
c) Tenangkan mangsa.
d) Dongakkan kepala mangsa supaya saluran pernafasan terbuka. Periksa pernafasan dan
gerak nadi.Beri bantuan CPR jika perlu.
e) Longgarkan pakaian mangsa.
f) Selimutkan mangsa jika mangsa dalam kesejukan.
g) Rawat sebarang kecederaan jika berlaku kecederaan.
h) Jangan beri sebarangan makanan atau minuman sekiranya mangsa dalam keadaan
ranjatan. Apabila pulih basahkan bibirnya bagi menghilangkan dahaga.
i) Dapatkan rawatan perubatan.

PITAM
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang menyebabkan
terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri
buat sementara.

Punca-punca pitam
a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan.
b) Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah kepada kepanasan.
c) Kesakitan kuat akibat kecederaan.
d) Kelaparan atau terlalu dahaga.
e) Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit

Tanda-tanda dan gejala


a) Mangsa mengadu pening
b) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah
c) Muka dan tangan jadi pucat
d) Berpeluh dengan banyak
e) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah
f) Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguap
g) Hilang kesedaran.

Rawatan am pitam
a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.
b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan tundukkan kepala
mangsa ke bawah
c) Longgarkan pakaian mangsa.
d) Tenangkan mangsa.
e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranyan mangsa telah
pengsan.
f) Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman.
g) Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.
h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

PENGSAN (TIDAK SEDAR DIRI)


Suatu keadaan yang diakibatkan oleh berlakunya gangguan di otak yang menyebabkan otak
tidak berfungsi. Ini disebabkan oleh berlakunya kekurangan bekalan oksigen atau kecederaan
di bahagian otak.

Peringkat-peringkat pengsan
a) Setengah pengsan (drowsiness) Mangsa mudah sedar tetapi akan kembali pengsan
kemudiannya.
b) Stupor- mangsa boleh merasa kesakitan tetapi tidak mengetahui apa yang berlaku di
sekelilingnya.
c) Tidak sedar langsung (koma) Tidak sedar dan tidak tahu apa- apa langsung. Otak
mengalami kerosakan.

Punca-punca pengsan
a) Terkejut- contohnya terkena kejutan elektrik atau petir
b) Terhenti pernafasan.
c) Kecederaan di kepala atau kecederaan luar anggota yang teruk.
d) Penyakit-penyakit tertentu- contohnya penyakit jantung, angin ahmar, epilepsi, kencing manis
dan barah otak.
e) Lemas dalam asap atau dalam air.
f) Penyakit sawan pada kanak-kanak.
g) Keracunan atau alahan kepada sesuatu bahan ubatan atau racun ( gigitan ular atau binatang
berbisa )

Rawatan am pengsan
a) Baringkan mangsa secara mengiring
b) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasannya. Periksa gerak pernafasan
dan nadinya dan lakukan bantuan CPR jika di perlukan.
c) Cari punca-punca yang menyebabkan mangsa pengsan dan buat catatan untuk
memudahkan rawatan perubatan.
d) Rawat kecederaan sekiranyan terdapat kecederaan.
e) Selimutkan mangsa.
f) Catatkan pergerakan nadi dan pernafasan dari masa kesemasa.
g) Jangan diberi sebarang makanan atau minuman kepada mangsa apabila berada dalam
keadaan pengsan.
h) Dapatkan perubatan segera.

Pengsan Akibat Kecederaan Otak


Ia terjadi akibat dari gegaran yang kuat pada otak, pecah tempurung kepala dan sebagainya.
Otak tercedera atau terganggu secara sementara kesan dari gegaran yang kuat.

Tanda-tanda dan Gejala Gegaran Otak


a) Muka menjadi pucat, kulit badan sejuk.
b) Nadi berdenyut perlahan.
c) Anak mata tidak bertidak balas terhadap cahaya dengan sempurna.
d) Muntah-muntah.
e) Mangsa gelisah
f) Pernafasan mangsa berbunyi kuat.
g) Mangsa tidak sedar apa-apa yang berlaku di sekeliling.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Periksa tempat cedera dan beri rawatan kecederaan
c) Periksa pernafasan dan gerak nadi mangsa. Berikan rawatan CPR jika di perlukan.
d) Dapatkan rawatan perubatan segera.

Sawan (Epilepsi)
Tanda-tanda dan Gejala
a) Mangsa mengadu pening kepala dan rasa kurang selesa.
b) Muka kelihatan pucat dan mangsa gelisah.
c) Mangsa jatuh secara tiba-tiba di sertai dengan kekejangan otot-otot sambil menggelepar
beberapa ketika.
d) Mulut mangsa berbuih.
e) Giginya terkancing dengan kuat.
f) Mangsa tidak sedar diri.
g) Muka dan bibir mangsa biru dan tiada pernafasan seketika.
h) Mangsa terkencing atau membuang air besar tanpa di sedari .
i) Mangsa kemudiannya bernafas dengan nafas yang berbunyi kuat.
j) Mangsa mengalami kebingungan dan kelihatan keletihan.
k) Mangsa kemudiannya tidur dengan nyenyak beberapa jam.
Rawatan
a) Semasa mangsa jatuh dan mengelepar, cuba elakkan mangsa dari mengalami kecederaan
atau terjatuh ke tempat yang berair.
b) Masukkan benda keras ke dalam mulut mangsa seperti sapu tangan, sudu dan sebagainya
bagi mengelakkan berlaku kecederaan pada lidah dan mulut mangsa.
c) Baringkan mangsa dalam baringan separuh meniarap dan betulkan saluran pernafasan.
Periksa pernafasan dan gerak nadi. Jalankan bantuan CPR jika perlu.
d) Longgarkan pakaian mangsa.
e) Sekiranya terdapat kecederaan beri rawatan sewajarnya.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Terselap (Hysteria)
Terselap merupakan suatu keadaan bila mana mangsa tidak dapat mengawal perasan akibat
dari tekanan emosi, gangguan perasaan, tidak dapat menyelesaikan masalah atau takut yang
menyebabkan perasaannya tidak dapat di kawal lagi.

Tanda-tanda dan Gejala


a) Mangsa terjatuh secara tiba-tiba.
b) Mangsa menjerit-jerit dan tidak dapat mengawal perasaan, menagis, ketawa, meracau,
tersentak-sentak badan, menarik rambut atau ketakutan.
c) Kekadang berlaku kekejangan otot.
d) Bernafas cepat dan pendek-pendek.
Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Beri mangsa sedut garam cium (smelling salt) beberapa ketika.
c) Elakkan mangsa dari mencederakan diri.
d) Beri arahan agar mangsa bernafas panjang dan kawal pernafasan seperti biasa.
e) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

Sawan Kanak-kanak ( Febrile Fits)


Sawan ini terjadi pada bayi dan kanak-kanak yang kebiasannya mengalami demam yang
suhunya sangat tinggi atau mengalami jangkitan terutamanya di bahagian otak.

Tanda-tanda dan Gejala


a) Demam yang tinggi.
b) Bayi menangis dan di dalam keadaan gelisah.
c) Berlaku kekejangan otot dan anggota mengelepar.
d) Anak mata naik ke atas.
e) Kancing gigi dan mulut mengeluarkan buih.
f) Nafas tersekat-sekat dan boleh terhenti.
g) Mangsa terkencing atau membuang air besar tanpa di sedari.
h) Mangsa tidak sedar diri.
Rawatan
a) Baringkan mangsa separuh meniarap.
b) Longgarkan pakaian mangsa.
c) Masukkan benda-benda keras ke dalam mulut mangsa bagi mengelakkan kecederaan pada
lidah.
d) Periksa pernafasan dan gerak nadi mangsa dan beri bantuan CPR jika di perlukan.
e) Beri jeluman sejuk ke seluruh badan mangsa bagi mengurangkan suhu badan.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Koma Akibat Kencing Manis ( Diabetes)


Pengidap penyakit kencing manis akan mendapat koma sekiranya kandungan gula dalam
darah terlalu rendah atau terlalu tinggi. Kandungan gula yang melampau di dalam darah akan
menyebabkan pengidap mengalami koma.
Koma jenis ini di kenali sebagai diabetic koma. Manakala jika kandungan gula terlalu rendah di
dalam darah akan terjadinya koma yang di kenali sebagai insulin koma.

Tanda-tanda dan Gejala


a) Mangsa mengadu pening, tidak selesa dan lemah.
b) Kulit badan mangsa berkeadaan kering dan panas.
c) Pernafasan mangsa yang pengsan berbunyi seperti dengkuran.
d) Pernafasan mangsa berbau acetone.

Rawatan Diabetik Koma


a) Baringkan mangsa dalam baringan separuh meniarap.
b) Betulkan saluran pernafasan mangsa dan periksa gerak nadi serta pernafasannya. Beri
bantuan CPR jika di perlukan.
c) Periksa anggota dan pakaian mangsa supaya mendapat maklumat tentang penyakit
pengidap ataupun ubat.
d) Jika sekiranya mangsa sedar - sekiranya terdapat ubat berikan secepat mungkin.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Tanda-tanda Insulin Koma


a) Badan mangsa berkeadaan sejuk dan berpeluh.
b) Mangsa gelisah dan pening.
c) Berpeluh dengan banyak.
d) Nadi berdenyut pantas dan lemah.
e) Mangsa mengalami tidak sedarkan diri.
Rawatan Insulin Koma
a) Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.
b) Berikan larutan air gula kepada mangsa yang masih sedar.
c) Longarkan pakaian mangsa.
d) Sekiranya mangsa pengsan, periksa gerak nadi dan pernafasan. Beri rawatan CPR jika
perlu.
e) Letak mangsa dalam baringan separuh meniarap.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Racun
Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu atau gas yang bila mana
ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh badan melebihi dari sukatan yang sepatutnya, maka
ianya akan menjejaskan kesihatan badan.

Cara- cara racun masuk ke tubuh


a) Sistem pemakanan Secara memakan atau meminum bahan-bahan yang berbentuk pepejal
atau cecair. Contohnya terminum racun, ubat-ubatan, makanan tercemar dan sebagainya.
b) Sistem pernafasan Melaui sedutan gas atau bahan debu yang terampai di udara.
Contohnya gas karbon dioksida, Karbon monoksida, kotoran, debu-debu racun serangga dan
lain-lain.
c) Melalui suntikan urat darah atau otot Biasanya ia berbentuk cecair. Contohnya menyuntik
ubat melalui otot atau urat darah, menyuntik dadah, sengatan binatang bisa dan patukan atau
gigitan ular berbisa.
d) Serapan kulit Sesetengah bahan cecair seperti racun rumpai atau serangga yang terkena
kulit akan menyerap ke dalam sistem badan. Contohnya racun malation dan paraquat.

Tanda-tanda dan Gejala


a) Pening kepala dan tidak sedap badan.
b) Loya dan muntah-muntah.
c) Sakit perut sekiranya racun dimakan atau diminum.
d) Mengalami sesak nafas.
e) Mangsa di dalam keadaan gelisah.
f) Muka dan badan menjadi pucat dan sejuk.
g) Nadi berdenyut pantas dan dalam keadaan lemah.
h) Mengalami cirit-birit sekiranya racun masuk melalui saluran pemakanan.
i) Berpeluh dengan banyak.
j) Terdapat kesan terbakar atau melecur di mulut dan bibir sekiranya termakan atau terminum
racun. Mulut mangsa juga berbau bahan beracun yang dimakan.
k) Terdapat tanda suntikan atau bekas gigitan sekiranya bahan yang diambil secara suntikan
atau kerana gigitan.
l) Berlaku renjatan.

Rawatan Am Keracunan
a) Tenangkan mangsa.
b) Longgarkan pakaian mangsa.
c) Sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan, periksa gerak nadi dan penafasan. Beri bantuan
CPR jika perlu.
d) Cari punca-punca keracunan melalui tanda-tanda di badan atau bekas-bekas yang terdapat
di sekeliling mangsa.
e) Letakan mangsa di dalam baringan separuh meniarap sekiranya mangsa dalam keadaan
pengsan.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Keracunan Melalui Sistem Pemakanan.


Tanda-tanda dan Gejala
a) Sakit perut.
b) Loya dan muntah-muntah.
c) Gelisah dan pucat.
d) Berlaku cirit-birit.
e) Mangsa mengadu dahaga.
f) Terdapat tanda melecur atau terbakar di bibir dan mulut mangsa bagi racun jenis yang
membakar.
g) Terdapat bau racun apabila mangsa bernafas atau bercakap.
h) Berlaku renjatan.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Longgarkan pakaian yang ketat.
c) Cuba keluarkan bahan yang beracun dengan memberi air yang dicampur garam sebanyak
mungkin, atau mengeletek bahagian leher atau kerongkong mangsa. Ini boleh di lakukan bagi
racun yang bukan jenis membakar.

d) Sekiranya bahan membakar jangan cuba muntahkan mangsa dengan cara di atas kerana
ini membahayakan mangsa. Jika mangsa sedar cuba nuteralkan dengan bahan-bahan air yang
dicampur limau bagi racun alkali dan air tepung jika sekiranya bahan asid.
e) Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan separuh meniarap.
f) Betulkan saluran pernafasan. Periksa gerak nadi dan pernafasan. Lakukan CPR jika
penafasan terhenti.
g) Dapatkan rawatan perubatan berserta dengan bahan yang boleh menjadi bukti jenis
keracunannya. Contohnya bekas ubat, muntah atau bekas-bekas kosong pengisi bahan
beracun tersebut.

Keracunan Melalui saluran pernafasan.


Tanda-tanda dan Gejala
a) Mangsa mengadu pening.
b) Lemah dan tidak bertenaga.
c) Loya dan muntah-muntah.
d) Mangsa mengadu sukar atau sesak nafas.
e) Muka mangsa dalam keadaan pucat dan mangsa dalam keadaan gelisah.
f) Pergerakan nadi pantas dan lemah.
g) Berlakunya renjatan.

Rawatan Keracunan Melalui Sistem pernafasan.


a) Bawa mangsa ke tempat yang berudara.
b) Tenagkan mangsa dan longgarkan pakaian yang ketat.
c) Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan separuh meniarap. Periksa
gerak nadi dan pernafasan. Beri bantua CPR segera sekiranya pernafasan atau gerak nadi
mangsa terhenti.
d) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Keracunan Melalui Serapan kulit


Tanda-tanda dan Gejala.
a) Pening dan badan menjadi lemah.
b) Loya dan muntah.
c) Terdapat tanda kegatalan atau bintik-bintik merah di tempat yang terkena racun.
d) Badan menjadi sejuk.
e) Sesak nafas dan nadi berdenyut cepat.
f) Berlaku renjatan.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa
b) Cuci tempat terkena racun dengan air yang banyak.
c) Letakkan mangsa dalam keadaan yang selesa.
d) Dapatkan bantuan perubatan.

Keracunan Melalui Suntikan atau Gigitan


Tanda- tanda dan Gejala
a) Mangsa mengadu pening dan lemah.
b) Loya dan muntah-muntah.
c) Gelisah dan badan menjadi sejuk.
d) Mangsa mengalami kesukaran bernafas.
e) Gerak nadi menjadi cepat dan lemah.
f) Mangsa berkedaan pucat dan keletihan.
g) Terdapat tanda-tanda suntikan atau gigitan di badan.
h) Terdapat tanda bengkak pada tempat sengatan atau gigitan.
i) Terjadi renjatan.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan letakkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Dapatkan butir-butir keracunan dari mangsa.
c) Berikan rawatan CPR jika mangsa dalam keadaan terhenti pernafasan atau pergerakan
nadinya.
d) Dapatkan rawatan perubatan dengan segera
RINGKASAN RACUN DAN BAHAN-BAHAN KIMIA
Jenis Racun Tindakan / Pemulihan Awal
a) Bahan asid a) Jangan muntah mangsa.
b) Beri mangsa minum air, air bancuhan susu dan air tepung.
b) Bahan alkali a) Jangan muntahkan mangsa.
b) Beri air, air limau atau air yang mengandungi sedikit cuka.
c) Bahan Disinfectant
(Carbolic asid, Lysol) a) Jangan muntahkan mangsa.
b) Beri minum air yang banyak.
d) Racun Arsenik
(Racun tikus) a) Muntahkan mangsa.
b) Beri minum air yang banyak pada mangsa.

e) Aspirin a) Muntahkan mangsa.


b)Beri minum air yang dicampur sodium bicarbonate.
f) Barbiturate
(Luminal, Ubat tidur) a) Muntahkan mangsa.
b) Beri mangsa minum banyak air.

g) Bahan timah a) Muntahkan mangsa.


b) Beri mangsa minum banyak air.
h) Raksa a) Beri putih telur, kemudian diikuti dengan air susu.
b) Muntahkan mangsa.
i) Candu/Morfin a) Muntahkan mangsa.
j) Bahan petrol a) Muntahkan mangsa.
b) Beri mangsa banyak minum air.

BENDA-BENDA ASING DALAM RONGGA MATA.


Benda Asing Dalam Rongga Mata.
Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Larang mangsa menggosok-gosok mata yang terlibat.
c) Keluarkan benda asing dengan cara:-
Menggunakan hujung sapu tangan atau kain yang lembut yang telah dibasahkan. Pastikan
tempat benda asing terletak.
Alirkan air ke dalam kelopak sehingga benda asing keluar.
Suruh mangsa mengelip mata di dalam bekas / besen yang mengandungi air.
d) Jika bahan alkali atau asid tertitis ke mata, alirkan banyak air ke dalam mata atau celik mata
dalam bekas yang mengandungi air. Jangan cuba nutralkan asid atau alkali dengan bahan-
bahan asid atau alkali.
e) Tutup mata dengan kain yang lembut dan dapatkan rawatan perubatan.

Benda Asing Dalam Telinga


Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Jangan cuba keluarkan benda asing dengan cara mengorek telinga
c) Masukkan air atau minyak ke dalam lubang telinga sekiranya benda asing masih hidup
supaya benda asing mati.
d) Jika benda asing kecil, sangetkan telinga ke bawah dan ketukkan kepala beberapa kali
supaya benda asing keluar.
e) Dapatkan bantuan perubatan jika benda asing tidak keluar.

Benda Asing Dalam Rongga Hidung


Rawatan Awal
a) Tenangkan mangsa.
b) Suruh mangsa menghembus angin dengan kuat melalui hidung.
c) Jangan cuba mengorek benda asing.
d) Nasihatkan mangsa bernafas melalui mulut dan jangan cuba menyedut nafas dengan kuat
melalui hidung.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Benda Asing Terlekat di Tekak


Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Arah mangsa batuk.
c) Suruh mangsa menelan makanan lembut atau air sekiranya benda asing tersebut kecil atau
tulang yang kecil saja yang terlekat pada tekak.
d) Jangan cuba mengorek tekak mangsa.
e) Jika benda asing besar, suruh mangsa membongkokkan perutnya di penyandar kerusi
beberapa kali.
f) Lakukan keadaan Hemlich Manuver atau Chest compression jika perlu sehingga benda asing
dapat dikeluarkan.
g) Dapatkan rawatan perubatan.

SENGATAN ATAU GIGITAN BINATANG BISA

1) Sengatan Kala Jengking, Lipan, Tebuan, dan Lebah


Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit di tempat sengatan atau gigitan.
b) Bengkak, lebam dan keluar darah.
c) Tempat gigitan menjadi panas.
d) Mangsa gelisah.
e) Mangsa mengalami sesak nafas.
f) Berlaku renjatan.

Rawatan
a) Bawa mangsa ke tempat yang selamat.
b) Tenangkan mangsa.
c) Sekiranya mangsa renjat periksa gerak nadi dan pernafasan. Berikan rawatan CPR jika
perlu.
d) Beri demahan sejuk di tempat cedera untuk mengurangkan sakit dan bengkak.
e) Cuci tempat sengatan.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

2) Digigit Lintah atau Pacat


Gigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak dan berterusan
kerana lintah memuntahkan sejenis enzim yang menyebabkan pembekuan darah lambat.

Rawatan
a) Tanggalkan lintah atau pacat dengan menggunakan garam, abu atau secara membakar
badan binatang tersebut. Jangan mencabut lintah yang melekat kerana ianya boleh
menyebabkan taringnya tertanggal di tempat luka.
b) Cuci tempat cedera dengan menggunakan larutan ammonia bagi mengurangkan kegatalan.
c) Balut luka dengan kemas.
d) Dapatkan rawatan perubatan.

3) Patukan Ular Berbisa


Ular berbisa boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf atau pun sistem darah yang
menyebabkan berlakunya pendarahan di seluruh badan. Contohnya ular senduk atau king
cobra.Ular laut menyebabkan berlakunya gangguan pada sistem saraf dan sistem pernafasan.
Manakala ular jenis ular kapak menyebabkan sistem pendarahan terganggu di mana darah
tidak mudah membeku dan keluar melalui semua sistem badan.
Tanda- tanda.
a) Sakit di tempat patukan.
b) Bengkak dan lebam terutamanya patukan ular jenis kapak.
c) Darah keluar di tempat patukan.
d) Terdapat tanda patukan di tempat patukan.
e) Sesak nafas.
f) Gelisah, keletihan dan berasa anggota sejuk.
g) Gerak nadi berdenyut pantas dan lemah.
h) Berlaku renjatan.

Rawatan
a) Tenangkaan mangsa.
b) Longgarkan pakaian magsa.
c) Rendahkan anggota yang cedera dan jangan bergerak terlalu banyak.
d) Awasi mangsa dari renjatan.
e) Cuci tempat cedera dan buat pembebatan.
f) Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

PENGENDALIAN KELAHIRAN KECEMASAN


Bersalin atau kelahiran merupakan suatu proses biasa bagi wanita yang mengandung. Oleh itu,
sebelum tiba kelahiran terdapat tanda- tanda dan gejala awal ditunjukkan sebelum lahirnya
bayi.

Tanda- tanda
a) Sakit di bahagian belakang terutama bahagian pinggang.
b) Sakit di bahagian abdomen iaitu di sekitar pusat.
c) Sakit berselang seli dengan keredaan. Ini diikuti dengan sakit yang lebih memanjang
berbanding masa keredaannya.
d) Ibu berkeadaan gelisah, cemas dan berpeluh.
e) Peringkat awal keluar lendir berserta dengan sedikit darah dari kemaluan ibu. Ini diikuti
dengan keluar air tuban dengan banyak akibat pecahnya tuban kandungan.
f) Kelihatan kepala bayi menonjol pada bahagian faraj ibu.

Peringkat peringkat kelahiran hingga bersalin.


Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
a) Peringkat Pertama
i. Bermula dari permulaan sakit hinggalah pecahnya tuban kandungan. Proses ini kebiasaannya
memakan masa sekitar 12 hingga 16 jam.
ii. Pembukaan serviknya melebihi 10 sm.
iii. Jangkamasa kelahiran dianggarkan sekitar 8 hingga 12 jam.

b) Peringkat Kedua
i) Bermula dari pembukaan servik sehinggalah lahirnya bayi. Kebiasaannya jangka masa yang
diambil adalah sekitar 2 jam.
c) Peringkat Ketiga
i. Peringkat bayi telah dilahirkan sehinggalah keluarnya placenta (uri).
ii. Peringkat ini mengambila masa sekitar jam di mana placenta ibu akan keluar dengan
sendirinya.

Bantuan Kecemasan Di Saat Kelahiran


a) Tenangkan ibu dan nasihat agar bernafas melalui mulut dan tidak meneran kesakitannya.
b) Bantu ibu membuang air kecil atau air besar sebelum proses kelahiran. Ini akan
memudahkan kelahiran dan mengelakan sebarang komplikasi dan masalah kepada bayi.
c) Sediakan tempat tidur dengan selesa. Lapikkan tilam dengan plastik atau kain getah bagi
mengelakan darah dan air tuban membasahi tilam.
d) Sediakan alatan kelahiran seperti besin berisi air, sabun, pisau atau gunting bersih, tali
pengikat atau benang, lampin dan tuala.
e) Baringkan ibu melentang, bengkokkan kedua-dua kakinya. Buka kelengkapannya.
f) Cuci tangan dan basuh kemaluan ibu bagi tujuan menjaga kebersihan.
g) Setelah saat kelahiran tiba, galakkan ibu meneran sewaktu berlaku pengecutan otot rahim.
Tarik nafas secara dalam dan melepaskannya melalui mulut berulang-ulang kali.
h) Sambut bayi dengan kedua belah tangan. Jangan cuba menarik atau memusingkan semasa
bayi mula menonjol keluar
i) Pastikan tali pusat tidak membelit leher bayi. Uraikan belitan sekiranya berlaku belitan tali
pusat.
j) Cuci badan, mata, dan hidung bayi dengan kapas yang dibasahkan.
k) Angkat bayi dengan memegang kedua belah pergelangan kakinynya agar lendir dapat keluar
dari mulut dan hidungnya.
l) Tepuk bahagian tapak kaki bayi bertujuan memberi ransangan kepadanya. Lakukan berulang
kali sehingga bayi menangis.
m) Sekiranya selepas 3 minit, tiada sebarng tangisan, beri bantuan pernafasan kepada bayi.
n) Selimutkan bayi, ikat tali pusat kira-kira 15 sm dari pusatnya di kedua bahagian. Potong tali
pusat dengan gunting yang suci hama.
o) Cuci kemaluan ibu.
p) Tunggu hingga placenta keluar dan keluarkan secara cermat.
q) Beri urutan di bahagian abdomen ibu bertujuan membantu pengecutan rahim.
r) Pakaikan tuala wanita kepada ibu.
s) Periksa gerakan nadi dan ukur kehilanghan darah.
t) Dapatkan bantuan perubatan sekiranya perlu.
PEMINDAHAN PESAKIT
Pemindahan pesakit boleh dilakukan dengan berbagai cara. Antaranya ialah:
a) seorang pembantu (single helper)
b) dua orang pembantu (double helpers)
c) menggunakan penggusung (stretcher)

a) Seorang pembantu (Single Helper)


Kaedah seorang pembantu boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara.
Antaranya ialah:
Kaedah dukungan (Cradle Lift)
-kaedah ini sesuai digunakan untuk mengusung pesakit yang ringan terutama kanak-kanak dan
bayi.
Bergandingan dengan pesakit (Human Crutch)
-Usungan ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang boleh berjalan atau mengalami kecederaan
sebelah anggota bawah. Mangsa berjalan beriringan dengan pembantunya.
Mendukung di belakang atau encang (Pick a back)
-Mangsa memanjat sambil memeluk belakang pembantunya.Tangan pembantu mengampu
kedua belah anggota bawah mangsa. Mangsa berada di dalam keadaan sedar.

Dukung di bahu atau usungan bomba ( Firearm Lift)


-Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan. Kedudukan kepala mangsa condong ke bawah
manakala badannya berada di atas bahu pembantunya.

Usungan merangkak
-Digunakan untuk membawa mangsa pengsan atau sedar di tempat yang sempit. Mangsa
menyangkut kedua belah tangan di leher pembantunya. Pembantu akan merangkak sambil
mengheret mangsa.
Usungan menarik
-Pembantu menghadap ke arah belakang mangsa. Tumpangkan tangan mangsa di bahagian
ketiak. Tarik mangsa secara berundur ke belakang.
Menarik menggunakan blanket
-Letakkan mangsa di atas blanket. Pegang kedua belah bucu di bahagian kepala mangsa. Tarik
blanket secara berundur ke balakang.

a) Kaedah dua pembantu


Duduk di atas dua tangan (two hand seat)
-Mangsa memegang bahu kiri dan kanan pembantunya sambil duduk di atas tangan
pembantunya. Kedua-dua pembantu menggunakan sebelah lengan masing-masing sebagi
tempat duduk mangsa. Manakala tangan yang lagi sebelah mengampu belakang mangsa.

Mengusung berekoran atau berbuntut.


-Seorang pembantu memeluk kedua-dua belah ketiak mangsa dari arah belakang mangsa.
Manakala seorang lagi berdiri di celah kangkang dengan muka mengadap ke belakang mangsa
sambil memeluk kedua-dua bahagian lutut mangsa.

Duduk di atas tiga tangan (three hand seat)


-Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan tempat duduk mangsa. Sementara sebelah tangan
lagi mengampu belakang mangsa.
Duduk di atas empat tangan (four hand seat)
-Menjadikan kedua belah tangan pembantu sebagai tempat duduk mangsa. Mangsa akan
memeluk bahu pembantu-pembantunya.

Mengangkat menggunakan kerusi


-Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala pembantu-pembantu mengangkat kaki kerusi.
Cara ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara usungan beriringan atau secara
berekoran.

b) Usungan menggunakan penggusung ( Stretcher)


Pengusung gantian ( improvise stretcher)
I. menggunakan kain blanket atau selimut tebal dan diangkat di keempat-empat bucunya.
II. Menggunakan empat atau lima kain anduh yang diikat di dua batang kayu.
III. Menggunakan dua buah guni yang ditebuk buntutnya. Kemudian dimasukkan dua batang
kayu dalam guni itu.
IV. Menggunakan dua kain sarung yang dimasukkan dua batang kayu di dalamnya.
V. Menggunakan tiga atau empat kain baju kemeja. Masukkan dua batang kayu di dalam baju-
baju tersebut dan kemudian dibutangkan kancingnya.

Anda mungkin juga menyukai