Anda di halaman 1dari 3

PENENTANGAN DATO’ MAHARAJA LELA MENENTANG

RESIDEN BRITISH

Latar Belakang

Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak. Pada November 1874 Perak
menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor. Pelantikan itu menimbulkan
konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.

FAKTOR PENENTANGAN J.W.W BIRCH

J.W.W Birch
a) Mengambil Hak Mengutip Cukai

Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British
mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani
pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah
di Bidor.

b) Mencabar Ketuanan Melayu

Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak
menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada
Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.

c) Memperkenalkan Cukai Baru

Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata
dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.

d) Mencabuli Adat Resam

Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan
yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba
perempuan dirumahnya.

PERISTIWA PENENTANGAN

Ahli-ahli mesyuarat untuk menghapuskan J.W.W Birch

Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang. Mereka mengambil
keputusan untuk membunuh Birch. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan
Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya, mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak.
Tempat Birch Di bunuh

Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan
mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu
untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela
dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten
Innes terkorban. Pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun. Pada 7
November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua. Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British
dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong.

Kubu Dato’ Maharajalela.

KESAN PENENTANGAN

Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati
di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja
Ismail dibuang negeri ke Johor.British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya
sebagai kuasa penjajah. Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.

Anda mungkin juga menyukai