Anda di halaman 1dari 28

SJK C PEI HWA

TELOK KERANG, 82020 PONTIAN


TUGASAN MODUL 3
Bahagian 1
Tugasan 1 : Menjalankan analisis keperluan tentang amalan PAK21
Kriteria Kejayaan: Data awal diperoleh tentang amalan PAK21.

Tinjauan Kefahaman Tentang Amalan PAK21 telah dijalankan melalui Google Form
untuk mendapat data awal bagi menganalisis kesediaan guru terhadap PAK21.
Analisis ini penting untuk memudahkan pihak SLT untuk merancang dan
melaksanakan CPD khusus berkaitan amalan PAK21.
Berikut adalah analisis yang diperoleh:
Rumusan

Secara keseluruhannya, 56% guru faham tentang Pembelajaran Abad Ke-21


dan 44% guru kurang faham tentang Pembelajaran Abad Ke-21. Melalui tinjauan,
didapati bahawa kebanyakan guru kurang faham tentang 5 standard asas PAK21 dan
kemahiran 4C dalam PAK21. Seramai 66.7% guru yang tidak faham tentang konsep
dan ciri-ciri pengurusan bilik darjah PAK21. Selain itu, separuh daripada guru sekolah
kurang faham tentang pelaksanaan aktiviti-aktiviti PAK 21 seperti round table, gallery
walk, think pair share dan sebagainya di dalam bilik darjah.

Melalui analisis ini, tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah adalah untuk
mengadakan CPD Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 dan menekankan aspek-aspek
yang kurang difahami oleh guru-guru.

Berharap CPD yang akan dilaksanakan akan meningkatkan kesediaan guru


terhadap Pembelajaran Abad Ke-21.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________ __________________
(LOH SENG HAU) (HIEW KAU MAN)
GPK PENTADBIRAN GURU BESAR
SJK C PEI HWA SJK C PEI HWA
Tugasan 2: Menjalankan sesi pembangunan profesionalisme berterusan (CPD)
berkaitan PAK21.
Kriteria Kejayaan: CPD dilaksanakan berdasarkan keperluan guru.

Laporan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD)


Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)

Tarikh : 11 November 2021


Hari : Khamis
Masa : 1.30 petang hingga 3.30 petang
Tempat : Bilik darjah Tahun 5
Modul : Pembelajaran Abad Ke-21
Standard 4 SKPMg2
Hubungan PAK21 dengan SKPMg2
Aktiviti-aktiviti PAK21 di dalam bilik darjah
Kehadiran : 10/10 orang guru

Gambar Pelaksanaan:
Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________ __________________
(LOH SENG HAU) (HIEW KAU MAN)
GPK PENTADBIRAN GURU BESAR
SJK C PEI HWA SJK C PEI HWA
Bahan-bahan Slaid Pembentangan CPD PAK21
Analisis Maklum Balas CPD PAK21
Selepas pelaksanaan CPD PAK21, maklum balas telah dijalankan melalui google form.
Berikut adalah analisis yang diperoleh:
Rumusan:
Peningkatan ilmu pengetahuan guru terhadap amalan PAK21 adalah
meningkat melalui CPD yang telah dirancang dan dilaksanakan. Hampir 90% guru
berkeyakinan merancang dan melaksanakan aktiviti PAK21 dalam PdPC pada masa
akan datang.
Secara keseluruhan, objektif CPD adalah tercapai.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________ __________________
(LOH SENG HAU) (HIEW KAU MAN)
GPK PENTADBIRAN GURU BESAR
SJK C PEI HWA SJK C PEI HWA
Tugasan 3: Menyediakan elemen-elemen dan persekitaran Pembelajaran Abad
Ke-21 (PAK21).
Kriteria Kejayaan: Penghasilan model bilik darjah abad ke-21.

Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan dipaparkan pada papan putih.

Kad Traffic Light disediakan untuk setiap murid.


Parking Lot disediakan di dalam bilik darjah untuk menerima suara murid.

Hasil kerja murid dipaparkan di dalam bilik darjah.

Jadual waktu dan jadual bertugas disediakan di dalam bilik darjah.


Sudut Bacaan disediakan di dalam bilik darjah.

Sudut BBM, pelbagai jenis bahan pembelajaran dipaparkan.


TUGASAN MODUL 3
Bahagian 2
Tugasan 1 : Menjalankan Analisis Keperluan tentang RPH.
Kriteria Kejayaan: Data awal diperoleh tentang amalan guru terhadap penulisan
RPH.
Tinjauan Kefahaman Tentang Penulisan RPH Berasaskan PAK21 telah dijalankan
melalui Google Form untuk mendapat data awal bagi menganalisis kesediaan guru
terhadap penulisan RPH berasaskan PAK21.
Analisis ini penting untuk memudahkan pihak SLT untuk merancang dan
melaksanakan CPD khusus berkaitan penulisan RPH PAK21.
Berikut adalah analisis yang diperoleh:
Rumusan

Secara keseluruhan, separuh daripada guru-guru kurang memahami tentang


elemen yang wajib ada dalam RPH mengikut SPI Bil 3/1999. Walaubagaimanapun,
kebanyakan guru faham tentang cara menulis objektif pembelajaran yang betul. Selain
itu, seramai 56% guru yang tidak faham tentang cara penulisan kriteria kejayaan dan
hubungkait antara objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan. Berdasarkan tinjauan
yang dilaksanakan, seramai 78% guru tidak faham tentang cara penulisan RPH
berasaskan Pembelajaran Abad Ke-21.

Melalui analisis ini, tindakan yang akan pihak sekolah lakukan adalah
mengadakan CPD Penulisan RPH Berasaskan PAK21 dan objektif CPD adalah
berdasarkan analisis yang telah dilaksanakan. CPD yang dirancang akan
menekankan penulisan objektif dan kriteria kejayaan. Guru-guru juga akan
menghasilkan RPH berasaskan PAK21 mengikut panitia masing-masing untuk
dijadikan kerangka RPH bagi panitia masing-masing.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________ __________________
(LOH SENG HAU) (HIEW KAU MAN)
GPK PENTADBIRAN GURU BESAR
SJK C PEI HWA SJK C PEI HWA
Tugasan 2 : Menjalankan sesi pembangunan profesionalisme berterusan (CPD)
berkaitan RPH.
Kriteria Kejayaan: CPD dilaksanakan untuk memantapkan RPH guru.

Laporan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD)


Penulisan RPH Berasaskan PAK21

Tarikh : 15 November 2021


Hari : Isnin
Masa : 1.30 petang hingga 3.30 petang
Tempat : Bilik darjah Tahun 5
Modul : Menulis objektif pembelajaran berdasarkan DSKP
Menulis kriteria kejayaan berasaskan objektif pembelajaran
Menghasilkan RPH berasaskan PAK31 mengikut panitia
masing-masing
Kehadiran : 10/10 orang guru

Gambar Pelaksanaan:

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________ __________________
(LOH SENG HAU) (HIEW KAU MAN)
GPK PENTADBIRAN GURU BESAR
SJK C PEI HWA SJK C PEI HWA
Bahan-bahan Slaid Pembentangan CPD Penulisan RPH Berasaskan PAKA21
Analisis Maklum Balas CPD RPH Berasaskan PAK21
Selepas pelaksanaan CPD PAK21, maklum balas telah dijalankan melalui google form.
Berikut adalah analisis yang diperoleh:
Rumusan:
Peningkatan ilmu pengetahuan guru terhadap penulisan RPH berasaskan
PAK21 adalah meningkat melalui CPD yang telah dirancang dan dilaksanakan.
Walaubagaimanapun, masa yang dirancang dalam CPD ini agak padat dan
menyebabkan terlebih masa yang digunakan. Penambahbaikan akan dirancang agar
isi kandungan CPD menepati masa yang diperuntukkan.
Secara keseluruhan, objektif CPD adalah tercapai.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________ __________________
(LOH SENG HAU) (HIEW KAU MAN)
GPK PENTADBIRAN GURU BESAR
SJK C PEI HWA SJK C PEI HWA
Tugasan 3 : Menghasilkan RPH merangkumi:
Pembinaan dan penggunaan alatan pembelajaran dalam talian, Elemen KBAT
, Elemen Gaya Pembelajaran, Elemen Pentaksiran
Kriteria Kejayaan: RPH dsediakan mengikut kehendak tugasan.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


SJK C PEI HWA

NAMA GURU: LOH SENG HAU


MINGGU : 20 TARIKH : 9-11-2021 HARI : SELASA

MATA PELAJARAN Bahasa Melayu Kelas 6A Masa 10.20 – 11.20


TEMA Istimewa Keluargaku
UNIT 1 Bakat Istimewa
STANDARD 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul
KANDUNGAN mengikut konteks
STANDARD 5.1.1 Memahami dan menggunakan pelbagai kata nama am
PEMBELAJARAN dan penjodoh bilangan mengikut konteks dengan betul
OBJEKTIF Pada akhir PdPC, murid dapat memahami dan menggunakan
PEMBELAJARAN sekurang-kurangnya 5 kata nama am dan penjodoh bilangan
mengikut ayat yang diberikan dengan tepat.
KRITERIA Murid akan berjaya jika mereka boleh:
KEJAYAAN 1) Menggunakan penjodoh bilangan untuk melengkapkan
ayat dengan tepat.
2) Menulis 3 ayat yang lengkap menggunakan penjodoh
bilangan dan kata nama am dengan betul.
BAHAN BANTU Video, kertas mahjong, pen, sticky notes
MENGAJAR
PENGISIAN Nilai: Hormat-menghormati
KURIKULUM Ilmu: Sosiobudaya
EMK: Mengecam
PAK21: Think Pair Share / Gallery Walk / Kolaboratif
RANGKA PENGAJARAN
AKTIVITI 1) Murid menonton video situasi di halaman rumah
PERMULAAN 2) Murid menyatakan penjodoh bilangan yang terdapat
dalam video.
3) Murid membaca objektif pembelajaran dan kriteria
kejayaan.
AKTIVITI UTAMA 1) Murid diberikan pendedahan tentang penggunaan
penjodoh bilangan yang disenaraikan.
2) Guru mengedarkan soalan kepada murid.
THINK PAIR SHARE 3) Secara berpasangan, murid menjalankan aktiviti Think
Pair Share.
4) Murid melengkapkan ayat menggunakan penjodoh
bilangan (Think) dan berbincang jawapan dengan
rakannya(Pair).
5) Murid berkongsi hasil perbincangan di hadapan kelas.
(Share)
KOLABORATIF 6) Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.
7) Setiap kumpulan berbincang dan menulis ayat
menggunakan penjodoh bilangan pada kertas mahjong
dalam masa yang ditetapkan.
8) Hasil perbincangan murid dipamerkan di dalam bilik
darjah.
GALLERY WALK 9) Setiap kumpulan bergerak ke kumpulan lain untuk
membaca hasil perbincangan.
10) Setiap murid perlu mencatat ayat yang menarik dan
memberikan komen kepada kumpulan lain.
PENTAKSIRAN 11) Murid menulis 3 ayat menggunakan penjodoh bilangan
dan kata nama am secara individu.
AKTIVITI PENUTUP 1) Murid membuat rumusan tentang pembelajaran hari ini.
PENTAKSIRAN Menulis
REFLEKSI _____/11 orang murid mencapai objektif pembelajaran.
____ orang murid diberikan bimbingan.

Anda mungkin juga menyukai