Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN A

ARAHAN: Jawab semua soalan

1. (a) Isi tempat kosong di bawah dengan pilihan jawapan yang sesuai.

Fardu Ain hendaklah bertanggungjawab lengkap

Islam mempunyai peraturan yang _____________(I) untuk diamalkan oleh


setiap penganutnya. Setiap umat Islam _____________(ii) melaksanakan
semua perkara yang telah di fardukan, sama ada ______________(iii) atau
fardu kifayah.

2. (b) Isi tempat kosong di bawah dengan pilihan jawapan yang sesuai.

azab membersihkan ganjaran beristinjak

Istinjak ialah perbuatan _________________(I) qubul (kemaluan) dan


dubur selepas membuang membuang air besar atau kecil dengan
menggunakan alat-alat tertentu. Setiap kali selepas membuang air kecil atau
besar kita dihendaki ________________(ii) dengan cara yang betul. Sesiapa
yang tidak membersihkan qubul atau duburnya akan menerima
________________(iii) di akhirat.

3. Pilih hukum yang betul bagi situasi di bawah berdasarkan pilihan jawapan
yang disediakan.
Makruh Batal Sunat Tidak sah

(i)Ahmad berwuduk dengan membaca basmalah.


Jawapan: ........................
(ii) Adli bercakap-cakap ketika mengambil wuduk.
Jawapan: .....................…

(iii) Saiful yang berwuduk telah menyentuh kemaluannya dengan tapak


tangan tanpa berlapik.

Jawapan: ........................

(iv) Amin mengambil wuduk tanpa membaca niat.


Jawapan: .....................…

4. Tandakan (/) pada 'Pelajar Yang Beradab Dengn Guru' dan

(x) pada 'Pelajar Yang Kurang Sopan dengan Guru' bagi pernyataan di bawah.

(i) Mendahului salam apabila bertemu.

(ii) Bertanya khabar apabila bertemu di luar sekolah.

(iii) Tidak membuat kerja yang disuruh dengan bersungguh-sungguh.

(iv) Bermasam muka dan tidak ceria menerima teguran dan nasihat.

4. Tandakan (/) pada 'Adab kepada Ibu Bapa´ dan

(x) pada ´Adab Bukan Kepada Ibu Bapa´ bagi pernyataan di bawah.

(i) Mentaati perintah selagi tidak bertentangan dengan syarak.

(ii) Bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar.

(iii) Menjaga perasaan.

(iv) Tidak berterima kasih.

Anda mungkin juga menyukai