Anda di halaman 1dari 5

SMJK PEREMPUAN PERAK, IPOH, PERAK.

PENTAKSIRAN SUMATIF DALAM TALIAN NOVEMBER 2021


PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN KERTAS 1
TINGKATAN SATU
( MASA : 1 JAM 30 MINIT )

Nama murid : _____________________________ ( ) Kelas : 1_____

Disediakan oleh: Pn. Qistina Wong Sook Yee


Disemak oleh : Pn.Norzaiton Akmal binti Mohd Yusup (Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
*************************************************************************************************
Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak.

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 8 soalan struktur dan 2 soalan esei. Jawab semua soalan.

1. Padankan jenis hantaran bola jaring berikut dengan tujuannya yang betul. Menulis A, B, C, D, dan E dalam
ruang jawapan yang disediakan. [5
markah]
Jenis hantaran
A Hantaran atas kepala
B Hantaran aras dada
C Hantaran aras bahu
D Hantaran sisi
E Hantaran lantun

Tujuan
i. Membuat hantaran cepat pada jarak yang dekat dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
ii. Membuat hantaran laju pada jarak yang jauh dengan menggunakan sebelah tangan.
Melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh pihak lawan dengan menggunakan kedua-dua
iii.
belah tangan.
iv. Digunakan apabila pemain lawan terlalu dekat atau terdapat terlalu ramai pemain berhampiran.
v. Melakukan hantaran cepat menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan.

1
2. Gariskan pilihan jawapan yang tepat pada pernyataan bola sepak berikut. [5
markah]
i. Bagi mengekalkan kawalan bola semasa mengelecek, bola hendaklah digerakkan dengan (perlahan /
laju).
ii. Takel (hadapan / menggelungsur) adalah takel yang paling berisiko dan perlu dielakkan kecuali jika
terdesak.
iii. Selain kemahiran hantaran secara lambung, kemahiran (menanduk / menyerkap) juga boleh digunakan
untuk menjaring gol.
iv. Seorang penjaga gol hendaklah menguasai kemahiran seperti menangkap atau (mengadang / menepis)
bagi menghalang bola daripada membolosi gawang.
v. Kemahiran asas bola sepak (menjaring / menjaga gawang) adalah bertujuan untuk menyerang.

3. Kenal pasti jenis kemahiran asas bola tampar berpandukan gambar yang diberi. Isi yang tepat pada ruang
jawapan yang disediakan. [5
markah]
Pilihan jawapan:
Mengumpan Menyangga Merejam Mengadang Servis

(i) (ii) (iii)

2
(iv) (v)

4. Soalan berikut adalah berkaitan permainan badminton. [5


markah]
A. Kenal pasti pemasaan untuk melakukan pukulan hadapan dan pukulan kilas dengan menulis A atau B pada
ruang yang disediakan.
A Pukulan kilas B Pukulan hadapan

i. Dilakukan apabila bulu tangkis cenderung ke ruang di sebelah tangan raket.


ii. Dilakukan apabila bulu tangkis cenderung ke ruang di sebelah tangan tanpa raket.

B. Tandakan (√ ) pada pernyataan yang betul mengenai pukulan junam dan ( X ) pada pernyataan yang salah.
iii. Dilakukan untuk membawa pemain lawan ke belakang gelanggang.
Membuka peluang kepada pemain untuk menyerang bahagian tengah atau belakang
iv.
gelanggang.
v. Bulu tangkis dipukul perlahan supaya mendarat berhampiran jaring.

5. Tandakan (√ ) pada cara-cara mengurus perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal yang betul dan
( X ) yang salah pada ruang yang disediakan. [5
markah]

i. Mengamalkan langkah mencuci muka yang betul.


ii. Mencabut atau menggunting pendek bulu ketiak.
iii. Mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.
iv. Berkongsi pakaian dalam dengan orang lain.
v. Menukar tuala wanita sekali sehari (bagi perempuan).

6. Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang betul mengenai kesan negatif multimedia kepada tingkah
laku seksual berisiko. [5 markah]
Pilihan jawapan:
lucah mahram seks jenayah maruah

i. Mengundang perlakuan _____________________ sebelum nikah.


ii. Menyebabkan ketagihan terhadap bahan-bahan _____________________.
iii. Menjurus kepada kegiatan sumbang _____________________.
iv. Berlaku peningkatan _____________________ seksual.
v. Mencemarkan _____________________ diri dan keluarga.

3
7. A. Lengkapkan jawapan berikut bagi pernyataan perokok pasif. Pilihan jawapan diberikan.
[5 markah]
Pilihan jawapan:
2 sakit jantung tidak merokok 15 3

Individu yang (i)_____________________ tetapi terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya


(ii)_____________________ minit dalam masa (iii)_____________________ hari untuk tempoh
seminggu. Kajian menunjukkan perokok pasif mempunyai risiko 30% lebih tinggi untuk mendapat kanser
paru-paru dan 25% lebih tinggi untuk mendapat (iv)____________________________.

B. Berdasarkan gambar di bawah, siapakah individu sebagai perokok pasif? ________________

X Y Z

8. Tandakan (√ ) pada ciri-ciri pemikiran yang betul dan ( X ) pada yang salah. [5
markah]

Ciri-ciri pemikiran
i. Sentiasa berfikiran terbuka menerima pandangan orang lain.
ii. Cepat berputus asa apabila menghadapi kegagalan.
iii. Menjadikan orang yang berjaya sebagai sumber inspirasi.
iv. Suka memberi alasan berbanding melaksanakan tindakan.
v. Kekal tenang dalam apa jua keadaan.

9. Jawab soalan yang diberi berdasarkan situasi di bawah. [10 markah]

4
A. Apakah jenis komunikasi yang digunakan pada perbualan di atas?
______________________________________________________________________________________

B. Berdasarkan jawapan pada soalan A, berikan satu contoh jenis komunikasi tersebut.
______________________________________________________________________________________

C. Apakah kepentingan komunikasi dalam situasi di atas?


i. ____________________________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________________________
iii. ____________________________________________________________________________________

10. Baca dan nilai situasi di bawah. Terangkan pemeriksaan dan langkah seterusnya yang perlu anda lakukan
terhadap mangsa. [10
markah]

i. ____________________________________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________________________________
iii. ____________________________________________________________________________________
iv. ____________________________________________________________________________________
v. ____________________________________________________________________________________

KERTAS PENTAKSIRAN TAMAT


5

Anda mungkin juga menyukai