Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

KERTAS CADANGAN: PROGRAM AWAL REMAJA TAHUN 2022


SJK(C) PUAY CHAI 2 2022

YANG BERBAHAGIA GURU BESAR PN TEE KIM HONG


TAJUK: PROGRAM AWAL REMAJA SJK(C) PUAY CHAI 2 2022

2. PENGENALAN
Remaja adalah merupakan suatu peralihan masa daripada alam kanak-kanak ke alam
dewasa. Zaman remaja bermula daripada usia 10 hingga 19 tahun. Walau bagaimana
pun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain.
Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami
perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku
akibat tindakan hormon dalam badan yang lazimnya dialami sewaktu berada dalam
lingkungan umur remaja.

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Memperolehi pengetahuan mengenai perubahan dan perkembangan remaja.
3.2 Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan.
3.3 Meningkatkan kesedaran dan kefahaman murid-murid berkaitan tentang ciri-ciri
keremajaan.
3.4 Mendedahkan perkembangan psikologi semasa tahapan masa remaja yang
berbeza dari segi kognitif, sosial dan emosi kepada murid-murid.
3.5 Pencegahan isu-isu trenda psikologi yang melibatkan nilai dan moral remaja
iaitu termasuklah cinta awal dan kelahiran luar nikah.

4. KUMPULAN SASAR
4.1 Semua murid Tahun 6
4.2 Semua murid Tahun 5
5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM
5.1 Tarikh : 18 Oktober 2022
5.2 Tempat : Dewan sekolah SJK(C) Puay Chai 2
5.3 Peserta : Semua murid Tahun 6 dan 5
5.4 Pengelola : Unit Bimbingan dan Kaunseling
5.5 Keperluan : Sijil dan hadiah

6. JAWATANKUASA PELAKSANA

NO PERKARA AJK TANGGUNGJAWAB


1. Penasihat Pn.Tee Kim Hong  Penasihat Perancang
2. Perancang Pn. Yap Lee Kien  Menyelaraskan urusan
 Menubuhkan jawatankuasa
 Mencari dan berhubung dengan
penceramah
3. Setiausaha Cik Ooi Rou Min  Membuat kertas kerja
 Menyelaraskan urusan dengan
perancang
4. Penyelaras Semua guru kelas  Memberikan notis dan
Tahun 5 dan 6 pemberitahuan kepada murid-
murid Tahun 5 dan 6.
 Mengumpulkan soalan-soalan
murid berkaitan tentang topik awal
remaja.
5. Juruacara Cik Ooi Rou Min  Mengawal serta memimpin
perjalanan sepanjang program
7. Penceramah Dr. Chin Wai  Menyediakan program
Seong(Penceramah  Membimbing murid sepanjang
Luar) program dilaksanakan
8. Jurugambar Cik Lok Shin Yei  Pengambilan gambar sepanjang
Pn. Loh Yee Jie ceramah dilaksanakan.
9. Disiplin Semua guru kelas  Menjaga disiplin sepanjang
Tahun 5 dan 6 program dilaksanakan.
10. Laporan  Pelaksanaan laporan selepas
program
11. Sijil Cik Ooi Rou Min  Menyediakan sijil kepada
penceramah.
12. Poster dan  Membuat poster dan video
video Program Awal Remaja.
7. LATAR BELAKANG PENCERAMAH
Dr Chin Wai Seong
Perunding Pakar Pediatrik,
MD (Hons) UKM, MRCP (UK), MRCPCH (UK), AM
 Dr Chin Wai Seong dianugerahkan Doktor Perubatan (MD) dengan Kepujian
daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 Beliau menamatkan latihan pediatrik di Hospital Ipoh. Beliau lulus peperiksaan
pediatrik MRCP(UK) dan melayakkan dirinya sebagai pakar klinikal pada tahun
2000.
 Beliau berkhidmat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, dari 2000 hingga
2001 sebagai pakar pediatrik klinikal, sebelum memulakan amalan
persendiriannya di Kepong pada Disember 2001.
 Beliau merupakan pakar perunding pediatrik bertauliah dan berdaftar dengan
National Specialist Register (NSR) yang berada di bawah seliaan Kementerian
Kesihatan Malaysia.
 Pada tahun 2013, beliau telah menubuhkan sebuah lagi klinik pediatrik yang
dikenali sebagai Klinik Pakar Kanak-Kanak ABC di Centrepoint, Bandar Utama.
 Beliau telah diterima masuk sebagai ahli Royal College of Paediatrics and Child
Health (MRCPCH), UK pada tahun 2006.
 Dr Chin ialah penceramah yang kerap dijemput untuk pelbagai simposium,
persidangan dan forum; penontonnya termasuk bukan sahaja ibu bapa, tetapi
juga ahli farmasi dan doktor. Beliau juga telah menyumbang banyak artikel
dalam akhbar; menjalankan temu bual televisyen dan radio mengenai topik yang
berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Malah, Dr Chin
telah menangani isu pendidikan seks di pelbagai sekolah di Lembah Klang.
 Sumbangan beliau kepada persaudaraan kanak-kanak Malaysia terus diiktiraf
oleh Akademi Perubatan Malaysia. Pada Ogos 2019, beliau telah diterima masuk
sebagai ahli akademi berprestij yang membawa gelaran Ahli Akademik Malaysia
(AM).
 Beliau menerbitkan buku pertamanya dalam bahasa Cina, "No worry Handling
Sick Children" yang dilancarkan pada Mei 2019 di seluruh negara. Jualan telah
mencecah 5,000 naskhah sehingga kini.
 Beliau kemudiannya menerbitkan sebuah lagi buku dalam bahasa Inggeris, “Eat
Well, Grow Well” awal 2021. Buku ini membincangkan isu-isu yang berkaitan
dengan tumbesaran kanak-kanak, pemakanan, kesukaran memberi makan dan
pengurusan..
 Beliau juga sangat aktif dalam laman facebook Dr Chin:
https://www.facebook.com/DrChinWaiSeong dan mengadakan LIVE setiap
malam Jumaat untuk menyampaikan ilmu penjagaan anak kepada ibu bapa.

8. IMPLIKASI KEWANGAN
8.1 Anggaran Perbelanjaan PCG
BIL BUTIRAN KUANTITI HARGA JUMLAH (RM)
SEUNIT (RM)
1 Penceramah - RM 500.00 RM 500.00
JUMLAH RM 500.00

9. ULASAN JPN/PPD (sekiranya perlu)


Tiada
……………………………………………………………………………………………………

10. PENUTUP
Semoga program ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Program ini dapat memberi
bimbingan tentang perubahan dan perkembangan remaja yang betul kepada murid-
murid.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

......................... ................................
(OOI ROU MIN) (YAP LEE KIEN)
GBKSM GPK HAL EHWAL MURID
SJK C PUAY CHAI 2 SJK C PUAY CHAI 2
KERTAS CADANGAN : PROGRAM AWAL REMAJA TAHUN 2022
SJK(C) PUAY CHAI 2 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Program Awal Remaja Tahun 2022 Anjuran


Unit Kokurikulum & Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Atau

Tidak meluluskan Program Awal Remaja Tahun 2022 Anjuran


Unit Kokurikulum & Unit Bimbingan dan Kaunseling

Ulasan :

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

…………….……
(TEE KIM HONG)
GURU BESAR
SJK C PUAY CHAI 2
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai